You are on page 1of 31

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 1.

Latar Belakang
1.1

Pengenalan

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam yang telah mencacat keamanan dan keharmonian rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Tiada siapa yang dapat menyangka api kebencian tersebut bertukar menjadi tragedi yang sukar dilupakan. Walau bagaimanapu n, bibit-bibit perpecahan kaum ini wujud sejak negara mencapai kemerdekaan lagi disebabkan ketidakpuasan hati kaum lain terhadap hak -hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan terutamanya yang menyentuh mengenai bahasa dan pela jaran. Rentetan daripada ketidakpuasan hati itu, maka setiap perkara yang menjurus kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu dipertikaikan

khususnya oleh kaum Cina. Perkara ini semakin ketara apabila di dalam kempen Pilihanraya 1969. Tanpa menghiraukan se nsitiviti serta isu-isu yang boleh mencetuskan kontroversi di kalangan kaum, orang -orang Cina telah mencabar hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Keadaan kempen yang tidak dikawal ini merupakan punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Hal ini seolah-olah ada suatu elemen yang tidak harmonis antara kaum dalam Negara khususnya antara masyarakat Melayu dan Cina yang mendominasi majoriti kaum di Malaysia.
1.2

Pengajaran Daripada Peristiwa 13 Mei 1969

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab -sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan pe njajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada

peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yan g negatif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini. Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British. Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia. Ekoran daripada Peristiwa 13 Mei 1969, Jabatan Perpaduan Negara (kini dikenali sebagai Jabatan Perp aduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Keseniandan Warisan) ditubuhkan bagi menggerakkan program-program yang boleh memupuk perpaduan dan muhibah dalam masyarakat. Selanjutnya pelbagai program dari Rukun Tetangga sehingga kepada program Sekolah Wawasan dan Program Khidmat Negara, telah direka dan dilaksanakan sebegitu rupa untuk menangani dan memupuk perpaduan serta integrasi secara lebih menyeluruh. Selain Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pula cuba membangun para remaja agar lebih patriotik dan cinta kepada negara dengan pengisian pelbagai aktiviti yang melibatkan fizikal, mental, pembinaan karektor, kenegaraan dan kemasyarakatan. Walaupun pada awal tahun pelaksanaannya ia menerima pelbagai reaksi dan kritikan lebih-lebih lagi dari segi pengurusan, namun kini diakui oleh pelbagai pihak bahawa program ini dapat membentuk sikap yang lebih positifdi kalangan generasi muda pelbagai kaum terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Di samping itu, pergaulan di antara etnik juga dapat diperbaiki dengan penglibatan semua peserta dalam aktiviti kerjasama dan berkumpulan
2. Kepentingan Hubungan Etnik

Untuk mengukuhkan kestabilan dan keharmonian sesebuah negara termasuk aspek politik, ekonomi dan sosial maka kayu ukur hubu ngan antara kaum yang mendiami sesebuah negara menjadi teras utama. Dalam konteks negara Malaysia, selepas peristiwa 13 Mei 1969, status kstabilan negara semakin pulih. Banyak perancangan dibuat dan diimplimentasikan.
2

Antara perancangan yang dibuat ialah m enubuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pada tahun 1969. Tujuan utama merapatkan hubungan anatara kaum di Malaysia seperti Bangsa Melayu, Cina dan India. Disamping itu juga, merapatkan hubungan antara masyarakat di Sabah serta Sarawak. Rukun Negara turut diperkenalkan. Rukun negara merupakan Ideologi Kebangsaan. Rukun Negara akan dihayati oleh semua kaum yang berada dalam Negara dan merupakan teras serta tiang Negara. Disamping itu, kerajaan turut memperkenalkan usaha yang lain untuk menjamin kestabilan Negara. Antaranya : i. ii. iii. iv. Dasar Ekonomi Baru Dasar Pendidikan Kebangsaan Satu Parti Majoriti mentadbir Negara Dasar Kebudayaaan

Namun untuk mengecapi nikmat kestabilan negara, buka sahaja pihak kerajaan yang perlu lebih berusaha ke arah itu . Tetapi perkara yang lebih besar ialah gabungan masyarakat seperti individu, pihak persatuan, pertubuhan dan kesatuan perlu menyedari kepentingan perpaduan. Akhir sekali, hubungan etnik yang baik dan harmonis memberi jaminan untuk mengukuhkan pentadbiran negara. Negara Aman Rakyat Makmur .

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

1.

Bagaimanakah konsep integrasi berbeza daripada konsep asimilasi dalam konteks memupuk perpaduan nasional? Perbezaan konsep integrasi daripada konsep asimilasi dalam konteks memupuk perpaduan nasional adalah Integrasi merupakan s atu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Proses integrasi berlaku melalui int egrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan dan politik. Proses untuk menghasilkan sebuah masyarakat integrasi adalah suatu proses yang sukar dan amat kompleks. Asimilasi pula merupakan proses percantuman antara etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Proses asimilasi apabila wujudnya interaksi yang erat ahli kumpulan etnik yang berbeza dalam jangka masa yang lama. Asimilasi berjaya apabila etnik minoriti sanggup menerima identiti atau b udaya etnik majoriti yang lebih dominan sebagai cara hidup mereka seharian.

2.

Jelaskan kepentingan memahami konsep -konsep asas hubungan etnik dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia? Kepentingan memahami konsep-konsep asas hubungan etnik dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia:

i.

Mengetahui sifat struktur sosial, keadaan sosial dan ikatan sosial masyarakat, darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik dan struktur masyarakat bersifat kolonial.

ii. iii. iv.

Memberi

gambaran

perkembangan

sejarah

dan

kemampua n

sosioekonomi sesebuah negara. Mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial. Menggambarkan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku masyarakat, isu prasangka dan diskriminasi. 3. Huraikan aplikasi tiga konsep asas hubungan etnik dalam konteks Masyarakat Malaysia. a. Konsep Masyarakat

Memahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain tetapi untuk hidup bermasyarakat. Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat. Manusia juga perlu memahami budaya masyarakat sendiri dan juga masyarakat lain serta memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain. b. Konsep Budaya Dapat membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti; dan kedua, memupuk kesedaran kebangsaan dan ken egaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan. Maka manusia itu sendiri membentuk bud aya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri c. Konsep Perpaduan dan Integrasi Konsep Perpaduan harus diperluaskan melalui acara -acara peringkat setempat supaya perpaduan kaum benar -benar wujud dan bukan semata-mata dalam acara-acara formal saja seperti tradisi rumah terbuka kebangsaan ini bukan saja untuk Hari Raya tetapi juga untuk lima perayaan utama lain iaitu Krismas, Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Keamatan dan Hari Gawai. Integrasi ialah suatu pr oses yang sangat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu amalgamasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewuju dkan integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perasaan harmonis antara pelbagai etnik.

PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM SEJARAH
Dua konsep yang sering digunakan untuk menjelaskan ciri -ciri Asia Tenggara ialah plurality dan masyarakat plural (plural society). Pluraliti : istilah yang digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai bangsa di alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah ( Eropah ) yang terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya. Masyarakat Plural : ianya terbentuk selepas zaman kedatangan orang -orang Eropah. Penjajah membawa masuk pendatang asing dari China dan India ke Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi. Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan system social-politik-agama yang wujud di Asia Tenggara. Kesannya daripada itu wujudlah k elompok-kelompok masyarakat yang hidup terasing daripada kelompok yang lain walaupun tinggal di tempat yang sama (Masyarakat Majmuk). Penjajahan Barat menjadi titik pemisah antara Pluraliti dan Masyarakat Plural. Di mana mereka telah memperkenalkan sistem mereka yang menggalakkan perkembangan masyarakat pluralistik. Pluraliti alam Melayu boleh dikaji berdasarkan plurality social dan alam sekitar. Pluraliti social dapat dilihat berdasarkan reality kehidupan masyarakat yang ada. Pluraliti alam sekitar merujuk kepada leadaan alam sekitar dan muka bumi alam Melayu yang begitu mudah berinteraksi dengan kawasan -kawasan lain di dunia. Contohnya, Bunga raya adalah dibawa dari Kepulauan Pasifik, manakala getah pula berasal dari Brazil.

Pembentukan Pluraliti di ala m Melayu

1. Hubungan dengan China dan India. Hubungan antara alam Melayu dengan China dan India ini telah lama berlaku. Hubungan yang terjalin ini adalah disebabkan oleh faktor perdagangan dari kedua dua benua tersebut. Di mana alam Melayu merupakan tempat persinggahan para pedagang bagi memperdagangkan bahan -bahan yang mereka bawa bersama. Hubungan perdagangan secara langsung antara Gugusan Kepulauan Melayu dengan China
6

telah diasaskan pada awal a

bad ke -5 Masihi. Hubungan tersebut gterladi

disebabkan oleh beberapa faktor seperti perdagangan dan pendidikan. Alam Melayu juga terkenal sebagai pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan sejak abad ke-7 Masihi.
2. Zaman Hinduisme dan Buddhisme.

Pembentukan Pluraliti di alam Melayu juga dipengaruhi ole h agama dan kebudayaan India. Di mana masyarakat alam Melayu terutamanya dalam kalangan raja dan bangsawan telah menerima unsur-unsur agama Hindu dan Buddha yang tidak bercanggah dengan kepercayaan tempatan. Pengaruh Hinduuisme dan Buddhisme tidak member kesan yang besar dalam kehidupan rakyat biasa berbeza dengan pengaruh Islam (menurut Syed Muhammad Naquib Al -Attas). Satu aspek lagi menurut Al-Attas ialah tidak terdapat jitab -kitab yang membincangkan idea-idea besar seperti falsafah, ketuhanan, metafizik dan sebagainya berasaskan Hinduisme dan Buddhisme di alam Melayu. Apa yang ada atau terdapat cuma kitab -kitab yang bersifat keseniaan terutamanya dalam bahasa Jawa. Hinduisme dan Buddhisme diterima baik di kalangan pemerintah alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Mitos Hinduisme telah mengukuhkan lagi institusi raja di alam Melayu. Kebesaran raja -raja juga digambarkan menerusi candi -candi yang didirikan.
3. Penjelmaan dari segi material dan non -material.

Penjelmaan ini dapat dilihat dan difahami berdasarkan perubahan yang bersifat epistemological yang dibawa oleh penjajah British. Epistemologikal bererti asal mula sesuatu ilmu pengetahuan. Perubahan epistemologikal dari segi ilmu pengetahuan yang melibatkan cara berfikir dan cara melihat sesuatu yang seterus nya akan melibatkan perubahan terhadap cara memahami sesuatu. Sebelum kedatangan penjajah Inggeris, ilmu pengetahuan di alam Melayu banyak berasaskan epistemologikal yang bercorak metafizik atau ilmu yang bersumberkan alam ghaib. Amalan perubatan perdukuna n dan perbomohan yang menggunakan jampi serapah dalam berinteraksi dengan pihak alam ghaib adalah manifestasi yang jelas mengenai ilmu metafizik alam Melayu. Kedatangan Inggeris telah mengubah epistemologi yang bersifat non -material ini kepada epistemology fizikal yang bersifat rasional atau saintifik. Asasnya ialah pembuktian sesuatu material menerusi pancaindera dan kenudiannya

dipertingkatkan menerusi alat -alat saintifik seperti mikroskop dan sebagainya. Kesan
7

daripada itu muncullah pelbagai ilmu dan ins titusi moden, pengenalan kepada ekonomi kapitalis yang berorientasikan pasaran dan birokrasi politik. Kesemua ini kemudiannya dikenali sebagai ilmu kolonial.

PUNCAK PLURALITI ALAM MELAYU: EMPAYAR MELAKA (KESULTANAN MELAKA) MERCU HUBUNGAN ETNIK PRA-PENJAJAHAN.

Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu. Melaka diperintah oleh para sultan dan pembesaryang berpandangan jauh. Di mana empayar Melaka pada masa itu merupakan tempat pertemuan para pedagang dari seluruh pelosok dunia sehingga ianya digelar The Venice of The East.
Dari segi pemerintahan:

Pemerintahan dijalankan dengan sikap penuh diplomasi dan terbuka. Para pegawai istana terdiri daripada campuran orang -orang Melayu tempatan dengan bangsabangsa asing yang dating berdagang dan menetap di istana. Perkhawinan campur telah berlaku antara pemerintah Melaka dengan anak perempuan pemerintah Negara China dan lain -lain. Pemerintahan Melaka pada masa itu telah mengambil kira keharmonian antara kaum. Perlembagaan Melaka yang berasaskan ajaran Islam iaitu (Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka) telah menyumbangkan atau menggalakkan kepada kemakmuran dan kemajuan system pemerintahan Melaka. Perdagangan Melaka pada waktu itu berjalan de ngan lancer hasil daripada system pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang cekap. Malah pelaksanaan Undang-undang Laut Melaka itu sendiri telah menjamin tahap keselamatan yang tinggi kepada ribuan kapal pedagang. Kecekapan kawalan terhadap hasil rempahratus yang menjadi tarikan kepada kedatangan pedagang asing berdagang ke Melaka.

Kependudukan.

Zaman Empayar Kesultanan Melayu Melaka adalah merupakan zaman plurality kerana proses penghijrahan berlaku secara semula jadi atau alamiah tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak di mana mereka tidak memerlukan passport dan visa untukm memasuki sesuatu kawasan. Pedagang dari Arab, Cina , India dan negara-negara lain datang berdagang secara sukarela. Mereka telah berakomodasi
8

dengan penduduk tempatan da n sistemnya dengan baik. Ini mewujudkan kategori masyarakat yang baik yang tidak pernah wujud sebelumnya iaitu masyarakat Baba. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka telah memperlihatkan wujudnya interaksi aktif di kalangan pelbagai kaum dan bangsa di Melaka .
Kebudayaan:

Keterbukaan daripada

pemerintah Empayar Melaka menerima kehadiran para pedagang pelosok dunia tanpa syarat -syarat yang menyulitkan

seluiruh

memungkinkan pelabuhan Melaka berkembang sebagai pelabuhan penting dunia. Kemajuan perdagangan dan ke majuan sebagai kota metropolitan memungkinkan Melaka wujud sebagai kota multi -budaya di mana setiap budaya mempunyai tempat masing-masing. Pluralisme budaya bukanlah suatu fenomena baharu dalam alam Melayu. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab pra -Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah (Portugis, Belanda & British) dengan budaya alam Melayu telah berlaku sekurang-kurangnya sejak abad ke-5 Masihi lagi. Pertemuan dan pertembungan budaya-budaya besar dunia tersebut telah melahirkan satu ci rri fenomena kepluralitian budaya.
Pengasas Masyarakat Plural

Kedatangan penjajah British ke alam Melayu khususnya Tanah Melayu telah membawa bersama-sama dasar pentadbiran yang selaras dengan kemajuan mereka dari segi ilmu pengetahuan. Prinsip, system, st ruktur dan dasar yang diamalkan dalam pemerintahan mereka jauh berbeza dengan sistem yang ada di alam Melayu. Perubahan epistemologikal yang besar ialah dari segi pemisahan di antara Negara dan Agama. Kesannya di alam Melayu, pemerintahan Negara dikawal ol eh penjajah manakala agama dan adat istiadat peribumi di bawah pengawasan sultan Melayu. Sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa di antara tiga unsure penting iaitu Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman telah diperkenalkan oleh penjajah. Ianya

berbeza dengan kuasa mutlak raja yang tiada agihan kuasa. Hasil daripada pemerintahan moden ini berkembangnya sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan ekonomi perindustrian dan perdagangan. Sistem ekonomi ini bergantung kepada pasaran, modal dan buruh. Perkemban gan pesat ekonomi kapitalis inilah yang mendorong kepada kewujudan masyarakat plural di alam Melayu dengan

kemasukan

bangsa

asing

yang

dibawa

oleh

penjajah

untuk

tujuan

pengeksploitasiam ekonomi dengan segera dan menguntungkan.

LATARBELAKANG BANGSA MALAYSIA DALAM KONTEKS KEPULAUAN MELAYU.

Aspek Geo.budaya. Kepulauan Melayu (Nusantara): ianya terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Borneo, selatan Filipina, gugusan Kepulauan Maluku, Jawa dan Sumatera. Masyarakat terawal ialah orang Melayu yang terd iri daripada pelbagai suku etnik dan mempunyai pelbagai kepercayaan dan cara hidup. Mereka ini terangkum sebagai Rumpun Melayu (mempunyai cirri-ciri persamaan budaya yang jelas antara satu suku dengan suku yang lain. Aspek Rumpun Bangsa Di Semenanjung Tanah Melayu penduduknya ialah terdiri daripada kelompok Melayu yang bertutur dalam bahasa Melayu serta mengamalkan cara hidup orang Melayu dan beragama Islam. Selain daripada itu terdapat juga sebahagiannya datang dari sekitar Kepulauan Melayu seperti Jaw a, Banjar, Bugis, Minangkabau, Melayu-Patani. Selain itu terdapat juga suku kaum asli iaitu Jakun, Sakai, Senoi dan lain-lain. Penduduk di sabah - penduduknya lebih heterogenes dan dikenali sebagai bumiputera. Terdapat pelbagai suku kaum peribumi seperti K adazan dusun, Murut, Bajau, Bisaya, Suluk, Iranun, Idahan, Melayu -Brunei, Kedayan dan lain-lain. Suku kaum ini pula terdiri dua iaitu Islam dan bukan Islam. Kaum yang beragama Islam seperti kaum Bajau, Melayu-Brunei, Bisaya, Suluk manakala kaum Kadazan Dusun dan Murut ialah masyarakat bumiputera yang bukan beragama Islam (beragama Kristian dan fahaman animism) tetapi sebahagiannya juga beragama Islam. Penduduk di Sarawak - penduduknya lebih heterogenes dan dikenali sebagai bumiputera. Terdapat pelbagai suku kaum peribumi iaitu Iban, Melanau, Kelabit, Bidayuh, Penan, Melayu, Murut, Kenyah, Kayan, Kedayan dan lain -lain. Melayu, Melanau dan Kedayan merupakan masyarakat bumiputera yangb beragama Islam. Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan dan Bisaya merupakan mas yarakat bumiputera bukan Islam (beragama Kristian dan fahaman animism) tetapi sebahagiannya juga beragama Islam.

10

Aspek Bahasa.

Bahasa Melayu adalah berasal daripada bahasa Austronesia atau juga dikenali sebagai bahasa Malay-Polinesia. Bahasa Melayu berkembang menjadi 150 cabang bahasa lain mengikut suku kaum yang ada di Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu mula berubah setelah kedatangan ajaran Hindu di mana pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu kuno. Dengan kedatangan pengaruh Islam pada abad ke -13 dan ke-14 Masihi, bahasa Melayu berkembang pesat. Pengenalan tulisan Jawi menyebabkan perkembangan ilmu (Kesusasteraan, Teologi, Falsafah dan Tasawuf). Bahasa Melayu adalah bersifat dinamik. Ianya menjadi bahasa Lingua-franca di alam Melayu terutamanya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan Tradisi Melayu Pada zaman Hindu-Buddha mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Ini dapat dilihat seperti Kerajaan Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya dan Majapahit. Pada zaman pemerintahan Islam seperti Kerajaan Mel aka dan Kerajaan Aceh telah memainkan peranan dalam bangsa Melayu. Selepas Kerajaan Melaka maka munculm pula kerajaan Johor -Riau dan Brunei.

CAMPURTANGAN BRITISH DAN KELAHIRAN MASYARAKAT PLURALISTIK

Penguasaan kuasa penjajah ke atas Melaka oleh bangsa Portugis pada tahun 1511, Belanda pada tahun 1641. Ini diikuti oleh British yang menguasai ke atas pelabuhan Pulau Pinang pada tahun 1786, Melaka pada tahun 1824 dan Singapura pada 1826 bermulalah penguasaan British ke atas Tanah Melayu. Ini diperkuatkan l agi dengan terbentuknya satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Inggeris -Belanda pada tahun 1824. Perjanjian ini telah membentuk satu pembentukan sempadan Kepulauan Melayu di bawah pengaruh British dan Belanda. Pada tahun 1874 pihak British telah memberkenalkan pentadbiran ke atas Tanah Melayu iaitu Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Sistem Penasihat di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Di Sarawak pula kaum Bumiputera yang utama ialah orang Iban, Bidayuh, Melayu dan Melanau. Penguasaan keluarga Brooke pada tahun 1841 1946 telah menggalakkan kemasukan orang Cina untuk bekerja sebagai pedagang, petani dan pelombong. Di Sabah ianya dikuasai oleh Pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) pada tahun 1881 1946 juga telah menggalakkan penghijrahan masuk orang Cina ke Sabah.
11

Dalam proses campurtangan ke atas kerajaan Melayu, kuasa Barat (British) telah mengiktiraf orang Melayu sebagai Tuan kepada tanah airnya. Manakala pihak British terus berhubung dengan sultan -sultan Melayu untuk mendapatkan persetujuan mereka. Akibat daripada penjajahan ini juga telah menimbulkan penentangan tokoh atau masyarakat tempatan ke atas kuasa Barat. Sebagai contohnya, di mana penasihat British pertama yang mati dibunuh iaiatu J.W.W Bi rch. Penjajahan British ini telah meninggalkan kesan yang sangat besar dalam politik, demografik dan sosio ekonomi Tanah Melayu

KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK ATAU PLURALISTIK

Kewujudan ini berkait rapat dengan dasar British mengeksploitasi ekonomi Tanah Melayu untuk keuntungan yang cepat dan maksimum. Dasar British yang membawa masuk orang Cina dari Kwangtung dan Fukien melalui sistem kontrak buruh, tiket kredit, secara berkumpulan dan persendirian. Masyarakat Cina ini bertumpu di sekitar Pulau Pinang hingga ke Singapura dan negeri -negari pantai barat. Pada tahun 1895 hingga 1927 terdapat lebih daripada 6 juta oranjg Cina berhijrah ke Tanah Melayu. Dengan ini pada tahun 1931 didapati 34 % daripada penduduk Tanah Melayu ialah orang Cina. Di Sarawak orang Cina bertumpu di kawasan Bandar Sibu, Miri dan Bintulu manakala di Sabah, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British membawa masuk buruh asing seperti orang Cina, Filipina, Jawa dan Jepun untuk bekerja di lading tembakau, getah, kelapa, pembalakan dan pemeliharaan mutiara. Selain daripada orang Cina, migrasi orang India dari selatan India dan di bawa melalui sistem Kangani. Ianya bermula pada tahun 1880an dan pesat pada abad ke 20. Pada tahun 1911, orang India hanya 10 % daripada penduduk Tanah Melayu dan telah meningkat kepada 15 % pada tahun 1921. Mereka ini di bawa masuk untuk bekerja di lading -ladang getah, sektor perkhidmatan dan kerja raya. Migrasi penduduk melayu dari Indonesia, Jawa dan Sumatera datang ke Tanah Melayu untuk bekerja dalam sector pertanian dan tinggal di luar Bandar. Selain daripada itu terdapat juga migrasi penduduk Arab -Parsi dan Ceylon. Imigran yang masih tinggal di Tanah Melayu membentuk satu masyarakat yang tetap dan mengasaskan organisasi social masing -masing. Contohnya orang-orang cina telah membentuk persatuan dan pertubuhan social masyarakat mereka
12

(Huatuan).

British

telah

melaksanakan

dasar

Pecah

dan

Perintah

bagi

memudahkan kawalan ke atas imigran tersebut. Kesannya, pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi, pengasingan tempat tinggal dan pengasingan sistem pendidikan. Dasar British telah mengasingkan kaum menceburi sector ekonomi adalah berbeza iaitu : Melayu sebagai nelayan dan petani (sektor luar Bandar ), Cina bekerja perlombongan dan perdagangan dan kaum India bekerja di perladanga n dan kerja raya. Dengan ini timbullah Sistem Ekonomi Duaan/Dualisme Ekonomi. Perkembangan sistem Ekonomi Moden dan Ekonomi Tradisional tidak seimbang. Penjajah juga telah membezakan sistem pendidikan bagi setiap kaum iaitu Sekolah Inggeris, sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil. Pada dasarnya hubungan kaum baik dalam konteks bercampur tetapi tidak berssatu.

MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA. Politik:

Malaysia dianggap sebagai sebuah Negara yang berupaya melaksanakan sistem demokrasi dengan berkesan. Demokrasi di Negara ini telah berjalan lancer terutamanya semenjak pilihan raya umum pertama pada tahun 1955, di mana tiga kumpulan etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India telah bersatu untuk mendesak British memberikan kemerdekaan. Selepas era 1960an perjalanan politik terus berkembang secara dinamik. Kerjasama parti-parti politik dalam pakatan parti pemerintah telah berkembang dengan peningkatan keahliannya, contoh penubuhan Barisan Nasional tahun 1974. Dasar dasar kerajaan berkaitan perhubung an etnik melalui formula tolak ansur telah berjaya mengekalkan keharmonian masyarakat di Malaysia.
Perlembagaan:

Kontrak social merupakan satu kesepakatan yang telah dirunding, pembentukan parti-parti etnik dan coalitionsebagai model permuafakatan politi k (Parti Perikatan, Barisan sosialis, barisan nasional, Barisan Alternatif). Perlembagaan merupakan panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di Negara ini. Perlembagaan mencatatkan kontrak social yang dipersetujui bersama antara kaum di Negara ini. Dari segi sejarah terdapat dua peringkat kontrak social di alam Melayu iaitu:

13

Pertama- berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja. Janji taat setia dan saling menghormati ini diistilahkan sebagai waad. Kedua berlaku dalam komnteks masyarakat pluralistic hasil daripda syarat yang dikenakan oleh pihak British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Setiap etnik mempunyai wakil dalam bentuk parti politik dan mencapai persepakatan untuknhidup dalam aman dan damai. Dengan itu terbentuklah jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (Communities Liason Committee CLC) pada tahun 1949. Ini usaha bersama tan Cheng Lock dan Dato Onn Jaafar.
Pendidikan:

Sebelum Penyata Razak, ada 4 aliran dalam sistem pendidi kan iaitu aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Setiap aliran ini mempunyai adunan dan acuan pendidikan yang berbeza. Semasa penjajah ianya dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu: Pertama pendidikan British rendah dan menengah yang mana anak -anak di kalangan bangsawan Melayu dan hartawan Cina dan India. Kedua, sekolah Melayu peringkat rendah yang dibantu oleh British untuk jadi petani yang pandai sikit. Terdapat juga sekolah agama dan mengaji Quran.dan ketiga pula sekolah vernacular Cina dan India. Sistem pendidikan Kebangsaan telah dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi, iaitu Laporan Razak 1956b dan Laporan Rahman taib 1960. Matlamat utama dasar pendidikan menurut kedua -dua laporan tersebut ialah untuk menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan 1957, Bahasa Inggeris masih bahasa rasm i. Pucuk pimpinan parti Perikatan telah mencapai kesepakatan pada tahun 1956 dan bersetuju dengan Akta Pendidikan 1957 di atas prinsip: a) Sekolah pelbagai aliran di benarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan; b) Oleh sebab bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, maka di sekolah-sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar bahasa Melayu sebagai salah satu daripada mata pelajaran;
14

c) Pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan buku -buku teks yang lain mestilah berteraskan Malaysia; d) Bukan lagi berteraskan Negara China dan India (John Lowe, 1960).
Ekonomi:

Selepas mendapat kemerdekaan tahun 1957, kerajaan telah menggiatkan usaha untuk mengatasi pelbagai masalah sosio -ekonomi dan sosio-politik. Rancangan pembangunan ekonomi Negara dibaha gikan kepada empat peringkat iaitu: 1. Rancangan pramerdeka iaitu Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950 -1955) dan rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956 1960); 2. Perancangan selepas merdeka, merangkumi Rancangan Prsekutuan Tanah Melayu Kedua (1961 1966) dan sebahagian daripada Raancangan Malaysia Pertama (1966 -1970); 3. Perancangan dan era Dasar Ekonomi Baru; dan 4. Dasar-Dasar Pembangunan Negara. Sistem ekonomi dualism ini merujuk kepada dua orientasi dan tumpuan yang bberbeza namun bergerak seiring dengan garis etnik: Pertama sistem ekonomi moden yang mendominasi keseluruhan organisasi pengeluaran (getah dan bijih timah), Kedua sistem ekonomi tradisional diidentifikasikan dengan sektor ekonomi pertanian. Komoditi utamanya ialah padi da n perikanan. Teknik pengeluarann ya, pemasaran, tenaga kerja serta modal adalah didominasi oleh etnik Melayu. Ia bercirikan budaya luar Bandar (Ness, 1967). Ketiga jelas terdapat ketidakseimbangan antara etnik. Etnik Cina menguasai separuh daripada keseluruhan sektor ini, manakala etnik Melayu dan India masing masing Cuma menguasai satu perempat sahaja. Isu yangb berkaitan dengan ekonomi memerlukan iltizam yang kuat daripada semua pihak untuk merapatkan jurang yang sedia ada. Keperluan untuk memperbetulk an kedudukan dimensi ekonomi ini amat mendesak kerana ia menjadi sebagai salah satu asas dalam memupuk kerjasama antara etnik. Ketidakseimbangan kedudukan ekonomi berdasarkan etnik juga harus diatasi kerana ia dapat menjadi sumber pencetus konflik. ( contohnya, 13 Mei 1969).

15

KESIMPULAN

Memahami plurality adalah asas penting kea rah memahami pembentukan masyarakat plural.Pluraliti telah sedia wujud di alam Melayu. Ideologi secular telah mempengaruhi perubahan dalam sistem masyarakat sepadu. Pluraliti masyarakat Malaysia diperkukuhkan melalui dasar -dasar Negara yang dibentuk berteraskan persetujuan bersama. Persefahaman dan kerjasama inilah yang membolehkan Negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan seterusnya

mempergiatkan usaha untuk mengera tkan perpaduan nasional dan keharmonian kaum.

16

Huraikan bagaimana prosses dan tindakan politik boleh memupuk hubungan etnik yang harmonis di Malaysia.

Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum dengan latar belakang sejarah, keturunan, budaya, agama dan kepercayaan serta cara hidup dan nilai hidup yang berbeza. Dasar penjajah British telah menggalakkan kemasukan imigran asing (dari China dan India) ke Malaysia pada abad ke -19 dan awal abad ke-20 untuk mengembangkan sistem ekonomi penjajah. Orang Cina digalakkan datang kerana keperluan sebagai tenaga buruh di sektor perlombongan bijih timah. Orang India pula sebagai sumber tenaga buruh dalam sektor perladangan.Kedua -dua sektor ekonomi (perlombongan & perladangan) adalah tulang b elakang ekonomi British di negara ini. Kehadiran imigran asing telah melahirkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia; setiap kaum dipisahkan dengan kegiatan ekonomi, tempat tinggal dan sistem persekolahan yang berbeza. Kepelbagaian etnik di Malaysia telah mempengaruhi dan mencorakkan pembangunan politik di Negara ini. Perkembangan Politik Kepartian Melayu, Cina & India Sebelum penubuhan parti -parti politik, kesedaran politik di kalangan penduduk berbilang kaum telah lahir. Di kalangan orang Melayu, telah b ermula kesedaran berteraskan keagamaan, kemudian berkembang kepada pembentukan persatuan kenegerian dan seterusnya pertubuhan bercorak politik sebelum penubuhan parti politik. Kesedaran politik orang Cina dan orang India berteraskan kepada pergolakan politik di negara China & India sebelum lahirnya parti politik kau m itu sendiri di Tanah Melayu. Berbeza dengan orang Melayu, kegiatan politik orang Cina dan India di Tanah Melayu berdasarkan kepada peristiwa politik di negara asal mereka, China dan India. Ini kerana kedatangan mereka ke Tanah Melayu pada awalnya hanyalah untuk mencari kekayaan sebelum kembali ke negara asal mereka. Budaya berpersatuan telah diamalkan oleh orang Cina sejak di China. United Malays National Organisation (UMNO) ditubuhkan oleh ora ng Melayu kesan daripada bantahan terhadap rancangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada tahun 1946. Antara 1 - 4 Mac 1946, 41 pertubuhan Melayu dari pelbagai bahagian Tanah Melayu dan Singapura berhimpun di Kelab Selangor,
17

Kuala Lumpur, untuk membantah perlembagaan Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, persetujuan dicapai untuk membentuk UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR). Kelahiran UMNO adalah hasil cetusan semangat

kebangsaan orang Melayu dalam memperjuangkan kepentingan dan hak-hak mereka di bawah Rancangan Malayan Union. Melihat kepada perkembangan politik di Tanah Melayu, orang Cina menubuhkan parti mereka. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) dimulakan pada satu majlis makan malam di rumah Yong Shook Lin pada 15 Disember 1948. Pada peringkat awal, MCA lebih menumpukan perhatian kepada kerja -kerja sosial dalam membantu orang Cina menghadapi zaman Darurat di Tanah Melayu. Orang India menubuhkan Malayan Indian Congress (MIC) pada Ogos 1946. MIC diketuai oleh John A. Thivy (1946-1947). Penubuhannya bertujuan untuk membantu dan memperjuangkan kepentingan politik, ekonomi dan sosial orang India di Tanah Melayu. UMNO berjaya mencapai kesepakatan dengan Malayan Chinese Association (MCA) dalam membentuk Perikatan UMNO-MCA dalam menghadapi persaingan politik di Tanah Melayu. Kerjasama itu kemudian diperkukuhkan dengan penyertaan Malayan Indian Congress (MIC) pada tahun 1954 dan membentuk Perikatan UMNO-MCA-MIC. Perikatan telah berjaya dalam pilihanraya & dapat mengukuhkan kedudukannya ke arah memperjuangkan berkerajaan sendiri dan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Kemenangan parti perikatan dalam pilihan raya 1955 teal menjadi bukti bahawa kerjasama politik dan perkongsian kuasa antara etnik boleh berjalan dengan baik. Suruhanjaya Reid menghasilkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang dianggap sebagai kontrak sosial merupakan satu persetujuan yang dicapai antara etnik Melayu,Cina dan India Perjanjian Malaysia 1963 merupakan satu lagi persetujuan yang dicapai antara para pemimpin Persekutuan Tanah Melayu , Sabah, Sarawak dan Singapura untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia. Perkembangan tersebut sangat penting untuk memahami proses politik antara etnik dan hubungan antara Kerajaan Pusat serta Kerajaan Negeri, khasnya berkaitan Sabah dan Sarawak.Pergabungan parti parti politik yang beasaskan etnik telah membawa kepada pemupukan hubungan etnik yang lebih harmonis.

18

i)

Jelaskan sikap akomodatif yang wujud semasa penggubalan Perlembagaan

Malaysia.

KONSEP AKOMODASI

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma & nilai kumpulan etnik yg lain & tetap mempertahankan budaya hidup masing -masing. Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung. Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalka n budaya mereka dalam keadaan harmoni. Perlembagaan ialah kumpulan peratu ran atau undang -undang sama adayang bertulis atau tidak bertulis, yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip - prinsip umum bagaimana kuasakuasa tersebut dilaksanakan. Perlembagaan juga berperanan sebagai panduan bagi membentuk undang-undang sama ada oleh pihak kerajaan atau rakyat. Semangat akomodatif yang dapat dilihat ialah persefahaman orang bukan Melayu terhadap keistimewaan orang Melayu. Dengan pengenalan Persekutuan Tanah Melayu, kerjasama antara orang Melayu dan bukan Melayu semakin kuat . Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ( Communities Liason Comittee CLC ) 1949 yang terdiri daripad a pelbagai golongan etnik telah menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan, politik dan ekonomi yang wujud akibat permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik. CLC juga merupakan organisasi pertama ditubuhkan secara tidak rasmi bagi membincangkan pelbagai isu seperti kewarganegaraan dan kedudu kan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan. Antara tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini ialah Dato Onn Jaafar, Dato Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C. C. Tan, Dr J. S. Goonting dan E.E.C. Thuraisingham. Jawatankuasa ini telah berjaya memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum. Kesediaan dan rela berkongsi kuasa dapat menggambarkan dengan jelas sikap akomodarif yang wujud pada masa itu di mana orang Melayu dengan penuh rela hati menyokong calon - calon Parti Perikatan berbangsa Cina dan India.
19

Pemimpin Melayu sanggup melepaskan kerusi - kerusi mereka kepada pemimpin dari kaum Cina dan India. Dalam pilihanraya 1955 Perikatan yang diterajui oleh UMNO telah meminta 40 kerusi diberikan kepada UMNO atas alasa jumlah pengundi Melayu ialah 84.2 peratus, tetapi demi perpaduan dan mengamalkan konsep perkongsian kuasa, UMNO diperuntukkan 35 kerusi sahaja, MCA 15 kerusi dan MIC sebanyak 2 kerusi. Kerjasama yang lebih erat antara orang Melayu dan bukan Melayu terus terjalin apabi la British mensyaratkan kemerdekaan hanya diberikan sekiranya rakyat negara ini bersatu padu dan bekerjasama. Orang Melayu memberikan pengorbanan yang begitu banyak daripada hak hak sebagai Bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa bukan Melayu. Wala upun ada jaminan hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perjanjian Persekutuan , tetapi ini tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan. Sehingga sekarang hak -hak istimewa Melayu itu masih belum menghasilkan keadaan yang setaraf antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu, hal ini jelas dapat disimpulkan sebagai semangat akomodatif yang wujud semasa penggubalan perlembagaan Malaysia.

ii) Huraikan peranan dan kepentingan unsur - unsur tradisi dan kontrak social dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

KONSEP KONTRAK SOSIAL

Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakya t dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti -parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapidari perspektif lain, kontrak sosial

sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara. Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah as as keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asa s segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus
20

dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Kontrak sosial di Malaysia lebih merujuk kepada permuafakatan dan perkongsian hidup bersama secara aman harmoni antara penduduk dalam masyarakat majmuk di negara ini. Seperti dalam mana-mana kontrak atau

perjanjian, walaupun ada sebahagiannya yang tidak disuratkan dan boleh dipindamengikut keadaan, namun segala perubahan itu mestilah merupakan persetujuan bersama atau keizinan bersama. Kontrak ata u perjanjian tidak boleh diubah secara satu pihak sahaja. Semua yangterlibat dalam perjanjian itu mesti setuju kepada perubahan dan pindaan. Apatah lagi kontrak sosial itu telah diinstitusikan dengan menyuratkannya ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Di samping itu, asal usul dan rentetan sejarah kontrak sosial ini mesti didedahkan, diperturunkan, dipelajari dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat, terutama generasi muda daripada kalangan anak-anak Melayu, Cina dan India. Mereka mesti memahami dan menghargai apa yang tersirat dan yang tersurat dalam kontrak sosial itu. Hal ini amat penting kerana kontrak sosial dapat diertikan sebagai resipi kehidupan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, aman makmur dan harmoni. Penyebaran luas maklumat mengenai kontrak sosial perlu dijalankan secara sungguh-sungguh, terutamamelalui sistem pendidikan di pelbagai peringkat sama ada rendah, menengah, kolej dan universiti.

KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL

Ternyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembag aan. Sesungguhnya elemen -elemen kontrak sosial yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan

mempersoalkan mana-mana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum. Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak -hak tertentu berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman
21

damai di Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain yang mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk menghormati dan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan. Sebahagian masyarakat bukan Melayu ketika itu mungkin menganggap kontrak sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegar aan yang diberikan kepada mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau keturunan imigran. Generasi bukan Melayu sekarang pula menganggap kontrak sosial ini sebagai sesuatu yang sudah berlalu.Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan kerana bagi mereka iaadalah sesuatu yang automatik. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera merupakan sebahagian daripada kontrak

sosial. Jika golongan bukan Melayu diberi kewarganegaraan atas syarat -syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberi perlindungan melalui fasal -fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa orang Melayu. Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum bumiputera pula har us memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah kedua -dua pihak harus saling memahami. Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak -hak kaum lain tidak dipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan. Penulis teringat polemik berkaitan isu kontrak sosial ini yang pernah ditimbulkan oleh Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) satu ketika dahulu iaitu tentang 83 tuntutan yang antaranya menuntut agar semua orang Cina mendapat semua perkara yang dianggap sebagai hak mereka dan menghapuskan hak istimewa orang Melayu.[Utusan Malaysia, "Suqiu keterlaluan PM -Kerajaan menolak sama sekali tuntutan hapuskan hak istimewa orang Melayu", 24 Disember 1998]. Begitu juga kenyataan yang dibuat oleh Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik melupakan formula kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan.[Utusan Malaysia, "Lupakan formula kontrak sosial antara kaum Keng Yaik", 14 Ogos 2005]. Menurut beliau, formula kontrak sosial itu membuatkan masyarakat Cina dan India merasa kecil hati. Contoh-contoh polemik di atas seharusnya perlu dielakkan bagi menjamin keharmonian kaum di Malaysia. Ini kerana mengapa perlu kontrak sosial dirombak
22

sedangkan formula tersebut ternyata berkesan hingga kini dalam memelihara perpaduan antara kaum. Mungkin jika kontrak sosial ini dibincangkan secara terbuka akan memberi lebih banyak kesan kepada setiap kaum di Malaysia. Ini kerana jika ini sudah tentu orang Melayu akan memprotes dan ini sekaligus boleh menimbulkan ketidaksefahaman dan sangsi dengan kaum lain. Oleh itu bagi mengelakkan rasa prejudus ini dan mengelak perkara yang tidak dijangka adalah lebih wajar jika kita mengambil jalan mudah dengan tidak membicarakan tentang kontrak sosial secara terbuka.

KEPENTINGAN UNSUR-UNSUR TRADISI

Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat -sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi

mengekalkan keistimewaan mereka iaitu institusi beraja, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam sebagai a gama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Empat perkara tersebutlah yang di ambil kira semasa membentuk perlembagaan iaitu Bahasa Kebangsaan, agama persekutuan ,Kedudukan

keistimewaan orang melayu dan pemerintahan beraja. Semua unsur -unsur tradisi tersebut memainkan peranan yang penting dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. i) Bahasa Kebangsaan Bahasa kebangsaan diwujudkan untuk komunikasi dan bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia. Isu bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara dan kontrak sosial. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing -masing dengan bahasa pertuturannya. Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yan g termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan. ii) Kedudukan istimewa orang melayu
23

Masyarakat Melayu bimbang dengan undang -undang yang diperkenalkan Oleh British. Selain itu juga, masyarakat Melayu risau kedudukan dan hak mereka sebagai penduduk pribumi akan tergugat dengan kemasukan pendatang dari negara China dan India. Kerana itu, kontark sosial antara kaum di Malaysia member jaminan kepada masyarakat pribumi. Perlembagaan Malaysia mempunyai satu

peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa

menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan. Kedudukan istimewa orang Melayu ya ng lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang M elayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai

sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.

iii) Agama Persekutuan Selain itu juga, keduduka n Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan orang Melayu di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan: Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama -agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana -mana bahagian Persekutuan [Perkara 3: Perlembagaan Persekutuan] Islam sebagai agama rasmi negara tidak membimbangkan kaum lain kerana kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan iv) Pemerintahan beraja Institusi beraja di Malaysia bermula sebelum kedatangan penjajah. Apabila Tanah Melayu dijajah, raja -raja negeri Melayu merasakan kedudukan mereka mula tergugat. Semasa penjajahan British,kuasa mutlak raja telah dihadkan hanya kepada
24

hal adat istiadat dan agama islam sahaja. British memperkenalkan Malayan Union yang menghapuskan sistem beraja sebelum memberikemerdekaan kepada Tanah Melayu. Pada tahun 1957, akhirnya kemerdekaan diberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan [Salleh Abbas, 1997]. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Masyarakat bukan melayu harus memahami sejarah ini dan .......
KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, kontrak sosial dan undus-unsur

tradisi adalah satu

formula mewujudkan satu cara hidup yang dinamik, aman dan terus membangun melalui perpaduan dalam kepelbagaian berasaskan prinsip berkongsi, bekerjsama, toleransi dan bersatu padu. Formula ini sebahagian besarnya tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan, yang diamalkan secara bijaksana dalam satu pakatan agung negara dengan inspirasi untuk membawa Malaysia muncul dalam p eta dunia sebagai sebuah negara maju. Tugas rakyat Malaysia ialah menghayati semangat kontak sosial dan unsur tradisi ini dengan menolak keganasan, perkauman, ketaksuban dan ekstrimisme; dan pada masa yang sama terus memperkukuhkan ikatan masyarakat majmuk ini dalam satu ikatan yang erat dan padu serta mengadunkanny a dalam acuan tersendiri yang unik dan menyenangkan. Dalam kata-kata yang ringkas, unsur-unsur tradisi dan kontrak sosial menjunjung semangat keadilan dan perpaduan berasaskan kepada prinsip duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Dan inilah semangat kontrak sosia dan unsur tradisil yang perlu kita pertahankan bersama dalam sebuah masyarakat majmuk di Malaysia bagi menjamin keamanan negara.

25

BERDASARKAN PEMBACAAN ANDA, SEDIAKAN SATU PELAN TINDAKAN TENTANG USAHA ANDA UNTUK MENGERATKAN PERHUBUNGAN ANTARA ETNIK MURID SEKOLAH ANDA.

Dewasa ini, masyarakat bukan Melayu mula menerima budaya orang Melayu dari segi pakaian dan makanan. Contohnya, pela jar perempuan bukan Melayu memakai baju kurung ke sekolah. Dari segi pemakanan pula di kantin, pelbagai makanan dari pelbagai kaum perlulah disediakan dimana sedikit sebanyak pelajar dapat mengenali pemakanan kaum tersebut. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, berlakunya rusuhan kaum yang mengancam keselamatan negara. Kerajaan menyedari bahawa pendidikan menjadi alat perpaduan untuk membina rakyat yang bersatu padu dan merapatkan jurang kemiskinan. Kerajaan sedar bahawa pembangunan pendidikan haruslah selaras dengan ideologi dan hasrat negara untuk mencapai perpaduan kaum dan mewujudkan integrasi nasional. Lantaran itu Rukun Negara telah digubal berasaskan lima (5) prinsip utama dan telah diterapkan dalam ra ncangan kurikulum di sekolah .
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai -bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggun akan sains dan teknologi moden. Melalui cara ini, kanak-kanak akan dilatih atau diasuh serta diserapkan nilai nilai murni dan norma-norma masyarakat dalam proses pendidikan dan

mengamalkannya dalam kehidupan mereka demi mewujudkan perpaduan di antara kaum. Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti sukan, kelab, dan pe rsatuan, dan ceramah haruslah dipergiat dan dipertingkatkan. Aktiviti kokurikulum hendaklah dilaksanakan secara berkumpulan di mana setiap kumpulan itu terdiri daripada pelbagai kaum.

26

Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat di mana ibu bapa secara tidak langsung akan dapat memupuk perpaduan dan tali persahabatan yang erat. Persatuan dan badan beruniform juga boleh memainkan peranan penting didalam memupuk perpaduan dan haruslah di sertai oleh pelbagai kaum. Walaubagaimanapun guru haruslah pandai memainkan peranan didalam usaha memujuk pelbagai kaum menyertai dengan memberi penjelasan serta huraian akan kebaikan penyertaan. Jelaslah bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan i ntegrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah pelajar. Selain itu, sebagai salah satu pendekatan alternatif untuk memupuk nilai perpaduan kaum dan integrasi nasional pelajar adalah dengan mengadakan program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsur-unsur etnik dalam kurikulum serta

meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan golongan etnik lain. Sehubungan dengan itu, para pelajar hendaklah di terapkan dengan nilai -nilai murni melalui bahasa kebangsaan agar komunikasi di antara mere ka boleh berjalan dengan lebih lancar dan efektif tanpa mengenepikan bahasa ibunda mereka.

Penerangan tentang budaya, amalan dan agama semua kaum juga perlu di terangkan dengan lebih terperinci agar setiap golongan lebih perihatin dan lebih menghormati serta tidak menyinggung perasaan sesuatu golongan itu. Kesenian dan kebudayaan seperti kelas -kelas seni tari, kraf tangan, permainan tradisional, kelas gamelan, kompang, tarian tradisional, tarian singa, pertunjukan pentas dan lain-lain juga merupakan salah satu cara perpaduan. Dari segi semangat perpaduan pula di sekolah-sekolah, gotong-royong melibatkan pelbagai kaum juga merupakan satu kaedah untuk menyatu padukan pelbagai kaum selain dari projek-projek kecil seperti tanaman sayur-sayuran di sekolah-sekolah.

27

Berdasarkan kepada pembacaan dan pemerhatian anda,hasilkan satu laporan ringkas yang mengandungi maklumat tentang peranan sekolah anda dalam mengeratkan hubungan etnik dalam kalangan pelajar.

Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk,perpaduan rakyat sangat penting.Para pelajar perlu berinteraksi ketika berada di sekolah untuk mengukuhkan perpaduan.Sekolah memainkan peranan penting untuk merobohkan tembok yang memisahkan pelajar-pelajar dan mengeratkan hubungan etnik dalam kalangan pelajar.Langkah-langkah yang berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangat perpaduan kaum sesama pelajar dan memperkasakan sekolah. Langkah-langkah berikut telah dilaksanakan di sekolah kami u ntuk mengeratkan hubungan dalam kalangan pelajar seperti melaksanakan melalui:
1. Aktiviti aktiviti kurikulum

Peranan guru-guru adalah sangat penting.Guru mesti menunjukkan contoh yang baik.Guru harus menyedarkan pelajar tentang pentingnya perpaduan kaum seperti kata pepatah Bersatu kita teguh,Bercerai kita roboh.Hakikat ini perlu disedari dan dihayati bersama.Di dalam kelas semua kegiatan kurikulum hendaklah melibatkan semua pelajar tanpa mengira kaum berinteraksi dan bergaul antara satu sama lain seperti

perbincangan,diskusi,forum dan kegiatan akedemik yang lain.

2. Aktiviti-aktiviti KoKurikulum

Selain aktiviti dalam bilik darjah,kerjasama pelajar berlainan bangsa boleh dipupuk melalui aktiviti di luar bilik darjah atau kokurikulum seperti permainan dan sukan.Selain menyihatkan tubuh badan, sukan boleh meneguhkan lagi pembentukan sikap kenegara an dan moral kerana pelajar berpeluang berinteraksi dengan pelbagai kaum,mendisplinkan diri mematuhi peraturan,bekerjasama dalam pasukan dan mengamalkan sikap toleransi terhadap rakan. Melalui aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan pula, pelajar dapat

berinteraksi di antara satu sama lain,berpeluang memupuk nilai -nilai murni seperti berkerjasama dan semangat kekitaan dalam usaha menjayakan projek yang dirancang.

28

Begitu juga melalui aktiviti -aktiviti Unit Beruniform dapat membentuk sikap kenegaraan kecemasan melalui dan aktiviti kawad,berkhemah,gotong akan dapat royong,latihan sikap sebagainya.Ini menyemai

kerjasama,memupuk nilai-nilai murni dan semangat kemasyarakatan.Semua aktiviti ini akan dapat menghapuskan benteng yang memisahkan pelajar pelajar antara kaum.

3. Program-program yang dianjurkan oleh sekolah.

Demi memperkukuhkan keharmonian dan perasaan muhibah antara kaum dalam kalangan pelajar ,mereka boleh didorong untuk bergaul melalui kerja-kerja berkumpulan atau berpasukan.Pelajar per lu diberi kesempatan untuk merancang aktiviti-aktiviti penting di sekolah seperti sambutan Hari Guru,Temasya Sukan Tahunan dan pesta -pesta kebudayaan.Penglibatan pelajar ini akan mendorong mereka berinteraksi dan bergaul serta bertukar tukar idea dan salin g memahami. Para pelajar patut digalakkan untuk mengadakan lawatan sambil belajar,perkhemahan dan perkelahan.Aktiviti seperti ini akan menggalakkan mereka bergaul mesra.Pelajar-pelajar juga boleh digalakkan mengadakan jamuan di dalam kelas mengikut musim perayaan seperti Hari Raya Puasa,Tahun Baru Cina,Deepavali dan Krismas.Sambutan bersama

perayaan kaum-kaum lain memberi impak yang kukuh dalam hubungan persahabatan antara kaum.

4. Kegiatan gotong royong dan kerja amal

Pelajar perlu dise mai untuk sentiasa bersifat tolong menolong dan toleransi.Kegiatan mewujudkan gotong -royong yang dianjurkan di sekolah kebersihan dapat dan semangat sayangkan sekolah,cintakan

memupuk semangat muhibah antara pelajar.Melalui kerja -kerja amal seperti mengadakan pungutan derma bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum akan dapat mengeratkan lagi rasa kekitaan dan perpaduan di kalangan pelajar.

29

5. Memupuk kesedaran sivik

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan mendidik pelajar supay a menghormati hak orang lain,membentuk peribadi mulia dan menjadi model kepada rakan-rakan,mempamerkan sifat-sifat mulia di sekolah dan di luar sekolah.Kesedaran ini akan mewujudkan semangat kekitaan dan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri,sekolah ,masyarakat dan negara.Hal ini akan mendorong wujudnya hubungan baik sesama insan dan secara tidak langsung hubungan dapat dipereratkan

6. Pendidikan Sejarah

Bertepatan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan para guru,perlu menanamkan bibit-bibit kesedaran dan semangat patriotism bagi tujuan penyatuan perpaduan dan pembangunan kewarganegaraan.Pelajar perlu peka bahawa asas-asas pembinaan negara bangsa i ni merujuk kepada pendidikan sejarah.Sejarah awal ketamadunan bangsa,sejarah perjuangan bangsa dan sejarah pembinaan semula masa depan nasib bangsa perlu dimantapkan sesuai peranannya sebagai alat sosialisasi bagi pembinaan bangsa Malaysia.Pelajaran sejara h mempunyai kaitan erat dengan proses perpaduan kaum dan membina masyarakat yang bersatu padu di negara kita.Pelajar-pelajar akan mengenal erti patriotism,nasionalisme dan identiti bangsa.Generasi muda akan celik sejarah dan akan menghargai semangat juang generasi terdahulu mempertahankan hak dan rasa cinta akan tanah air demi kemakmuran bangsa dan negara.Sambutan Hari Kemerdekaan melalui kempen kibar jalur gemilang yang melibatkan penyertaan semua pelajar akan menyemarakkan perpaduan kaum.
7. Program Bahasa

Selaras dengan tujuan kerajaan memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai alat perpaduan antara kaum pelbagai program Kebahasaan dan Kesusasteraan boleh dilaksanakan di sekolah seperti minggu Bahasa,Pelajar digalakkan menyertai pertandingan deklama si sajak,berbalas

pantun,syarahan dan pidato serta pertandingan menulis cerpen.Melalui aktiviti ini pelajar dapat berinteraksi sesama mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
30

Kesimpulan

Sebagai pendidik kita harus meletakkan kepentingan nasional dan negara pada kedudukan paling utama daripada kepentingan diri.Hal ini dapat dilakukan dengan memberi sokongan dan dorongan kepada usaha -usaha

murni dan program-program yang sistematik. Kesemua ini adalah bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di Malaysia.

31

You might also like