You are on page 1of 2

SUPER EDUCATION GROUP PMR A-WRITING _________________________________________________________________ A-WRITING : Masalah penyalahgunaan dadah semakin menular dalam kalangan masyarakat

terutamanya remaja pada masa ini.Bincangkan faktor-faktor berlakunya masalah ini.


Peribahasa Isi (1) Isi Sebab

Setiap pokok ada pangkalnya,setiap masalah ada sebab musababnya.


Yang pertama sekali,/Sebagai lontaran idea yang pertama, faktor utama mengundang kepada masalah tersebut ialah institusi keluarga yang goyah dan rapuh. Hal ini lantaran ibu bapa sebagai tonggak sesebuah keluarga bersikap individualistik bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing untuk berlumba-lumba mencari kekayaan seterusnya mengabaikan anak-anak mereka. Misalnya, kebanyakan ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja dan menganggap wang yang diberikan kepada anak-anak sebagai kasih sayang mereka. Oleh hal yang demikian, anak-anak yang kekurangan kasih sayang ibu bapa akan terjebak dalam kemelut penyalahgunaan dadah ini apabila mereka menginjak ke dewasa semata-matanya untuk menarik perhatian daripada ibu bapa mereka. Tegasnya,peranan ibu bapa dikatakan sebagai penyumbang utama dalam fenomena yang kurang sihat ini kerana ibu bapalah merupakan orang yang terdekat dan guru pertama kepada anak-anak.

contoh Akibat

Rumusan

Isi(2) Isi

Sebab

Bertitik tolak daripada itu,faktor lain yang boleh dikaitkan dengan masalah tersebut ialah kekurangan didikan agama dan moral dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan remaja. Hal ini berlaku demikian kerana didikan agama boleh ditakrifkan sebagai benteng dan pedoman dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan ranjau . Menurut kajian yang diselidiki,kebanyakan remaja yang menyalahgunakan dadah kurang diterapkan nilai-nilai murni dan pendidikan moral dalam kehidupan seharian. Kesannya,mereka mudah terjerumus dalam kancah maksiat tersebut dan memusnahkan masa depan mereka. Oleh itu,didikan agama dan moral mestilah disematkan dalam sanubari remaja sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Contoh Akibat Rumusan Isi(3) Isi sebab contoh

Sehubungan dengan itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu punca yang
menyebabkan masalah penyalahgunaan dadah ini semakin hari semakin menular. Hal ini disebabkan oleh rakan merupakan orang yang paling mudah mempengaruhi dan dipengaruhi. Tamsilannya,kebanyakan penagih dadah bermula menyalahgunakan dadah akibat daripada ingin diterima dalam suatu kumpulan dan takut disingkir oleh rakan sebaya

SUPER EDUCATION GROUP PMR A-WRITING _________________________________________________________________


mereka.
Akibat

Implikasinya, mereka akan terikut sama dengan rakan yang berjinak-jinak


dengan dadah.

Rumusan

Oleh itu,masyarakat kini terutamanya sebagai remaja harus berwaspada apabila memilih rakan keran rakan yang berunsur negatif bukan sahaja menjejaskan masa depan seseorang malah memusnahkan kehidupan bahagia seseorang.

Isi(4) Isi sebab

Jika diselidiki dengan lebih jauh, perasaan ingin mencuba turut merupakan punca remaja terbabit dalam kancah penyalahgunaan dadah. Hal ini lantaran remaja pada zaman yang pancaroba ini memang condong ke arah mencari sesuatu yang luar biasa. Hal ini dibuktikan bahawa mereka yang ingin memuaskan nafsu mereka akan mengambil dadah tanpa mengetahui implikasi dadah ke atas diri mereka. Impaknya, naluri ingin tahu remaja telah membawa mereka ke kancah dadah tanpa disedari seterusya mereka telah menjadi anasir-anasir dadah. Sebagai intihanya,pihak sekolah harus mengajar para pelajar cara untuk mengawal nafsu ingin tahu mereka agar gejala tersebut dapat dikikis daripada golongan remaja.

contoh

Akibat Rumusan

You might also like