You are on page 1of 3

MESYUARAT PENAJA PENUBUHAN KOPERASI BEKAS PELAJAR SMTM SESI 93-94

Tarikh Masa Tempat Kehadiran : : : : (SI) - Pengerusi (IMS) Setiausaha (SH) (BAK) (ZR) (AAR) Bendahari Marlina Samat Izhar Ismail Makhadhir Khalid Sikendar Afero Khan Ahmad Fitri Alias (MS) (II) (MK) (SAK) (AFA) 14 Oktober 2012 11.30 pagi Z&Z Network Trading Sdn Bhd Training Centre

Shahrul Idzham Zainon Aznan Ira Mastika Syamsir Suzana Hashim Badariah Abdul Kadir Zamri Razak Azrin Abdul Rahman

No
1.0

Perkara/Usul
AGENDA MESYUARAT I. II. III. IV. V. Pembukaan Pengenalan Ringkas Koperasi Aktiviti yang Mungkin Diceburi Keahlian dan Yuran Lain lain Perkara

Tindakan Oleh

2.0 2.1

PEMBUKAAN

Tuan Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan pembukaan dan terima kasih kepada yang dapat hadir untuk mensyuarat pertama penubuhan koperasi SMTM 93-94 Si memaklumkan selepas pertemuan pada majlis berbuka puasa yang lalu, idea ini timbul bagi menambahkan keakraban dan bantuan secara langsung yang dapat diwujudkan dalam koperasi.

2.2

3.0 3.1

PENGENALAN MENGENAI KOPERASI

SI memberikan penerangan mengenai koperasi secara ringkas kepada semua yang hadir termasuk undangundang kecil, tujuan penubuhan koperasi dan fungsifungsi koperasi setelah ditubuhkan.

No
3.2

Perkara/Usul
SI juga memaklumkan ada diantara ahli mesyuarat telah juga diberikan contoh undang undang kecil untuk diteliti samaada dapat diguna pakai secara langsung atau harus dilakukan penyesuaian bagi tujuan aktiviti koperasi. Pemilihan nama koperasi Koperasi Teknik Venture Bhd Koperasi Teknik National Bhd Koperasi Lagenda Teknik Bhd

Tindakan Oleh

3.3

Walaubagaimanapun, nama nama yang dicadangkan tertakluk pada budi bicara pihak SKM untuk melululskannya.

4.0 4.1

PERBINCANGAN AKTIVITI KOPERASI

Aktiviti-aktiviti koperasi yang dicadangkan oleh peserta yang hadir terbahagi kepada dua seperti : Aktiviti Perniagaan i) ii) iii) iv) Aktiviti Ahli i) ii) iii) Hari Keluarga Koperasi Umrah/Haji berkumpulan Bantuan kewangan Perkhidmatan dobi Perkhidmatan iklan/pemasaran Perkhidmatan kereta sewa Perkhidmatan pelancongan

4.2

SI telah menyarankan agar koperasi yang bakal ditubuhkan nanti, menjalankan aktiviti perkhidmatan. SI telah menjemput II untuk membentangkan secara ringkas kertas kerja beliau untuk dijadikan contoh bagaimana sesebuah projek itu dapat dilaksanakan oleh koperasi. BAK telah membangkitkan persoalan berkenaan pengurusan projek didalam koperasi. Ini adalah memandangkan kepada komitmen yang diperlukan dalam menjalankan aktiviti koperasi adalah tinggi. Selain itu modal permulaan juga menjadi tanda Tanya samaada mengutip dari kalangan ahli atau terdapat mana-mana agensi yang berupaya memberikan peruntukkan. SI menerangkan bahawa kelebihan koperasi ialah adanya bantuan secara langsung dari segi khidmat nasihat dan modal dari pihak Suruhanjaya Koperasi

4.3

4.4

No

Perkara/Usul
Malaysia. Selain itu, untuk tidak membebankan ahli dengan yuran yang berkala, SI menyarankan agar perkara ini dihalusi semasa Mesyuarat Agung Permulaan.

Tindakan Oleh

5.0 5.1

KEAHLIAN & YURAN

Cadangan keahlian hanya terbuka kepada semua bekas pelajar SMTM sessi 93-94 dan ahli keluarga mereka sahaja. Namun, ini tertakluk kepada kelulusan pihak SKM. SAK mencadangkan Yuran keahlian sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh sahaja (RM50.00) SAK mencadangkan SH di lantik sebagai bendahari sementara untuk mengumpulkan dana bagi tujuan perbelanjaan mesyuarat agung permulaan.

5.2 5.3

6.0 6.1

LAIN-LAIN PERKARA

Mesyuarat yang berlangsung banyak berkisar mengenai aktiviti dan perlaksanaan aktiviti ekonomi yang ingin dijalankan oleh koperasi. Secara keseluruhan, perjumpaan yang telah berlangsung menggariskan aspek keseragaman dalam aspirasi meningkatkan ekonomi ahli koperasi. Pelbagai buah fikiran telah disarankan dan diajukan didalam perjumpaan dan tidak kesemuanya dimasukkan di dalam minit mesyuarat ini kerana berkisar kepada aspek individu.

6.2

SI telah mencadangkan agar beliau meneruskan langkah pendaftaran Koperasi kepada SKM pada minggu hadapan. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 4:30 petang dan cadangan Mesyuarat Agung Permulaan diadakan pada cuti sekolah iaitu 16 Disember 2012 jam 2 petang. Lokasi mesyuarat adalah di Melaka dan akan diperhalusi lagi dalam perbincangan akan datang. Ini juga bergantung juga pada persetujuan SKM dan wakilnya.

6.3

Direkodkan Oleh: Ira Mastika Syamir

Diperakui Oleh: Shahrul Idzham Zainon Aznan

You might also like