You are on page 1of 1

Ayat Satu

ERTINYA :" ALLAH LAH TUHAN KAMI DAN TUHAN KAMU, BAGI KAMI AMAL-AMAL KAMI DAN BAGI KAMU AMAL-AMAL KAMU. TIDAK ADA PERETNGKARAN ANTARA KAMI DAN KAMU. ALLAH MENGHIMPUNKAN ANTARA KITA DAN KEPADANYA LAH KEMBALI KITA " - ( Asy-Ssyuura 15 )
Ayat 15 As Syura atau lebih dikenali dengan ayat Satu dalam ilmu kebatinan... Manfaat ayat ini diantaranya ialah: 1. Dibaca ayat ini di hadapan orang zalim dengan izin Allah S.W.T musuh tidak akan mampu memudaratkan. 2. Dibaca ayat ini dihadapan binatang buas dengan izin Allah S.W.T tidak aakan mendatangkan mudarat. 3. Mendapat kemenangan perbicaraan di dalam mahkamah. 4. Semasa membaca ayat ini dibayangkan wajah musuh dan makrifatkan Allah sebagai pendinding Rujukan Amalan Rahsia dan Kehebatan Ayat Al-Quran - ustaz Hj Mohammad Sahri Bin Hj Sulaiman

Tambahan: Menurut yang diajarkan, ayat ini baik sekali diamalkan sebagai berikut:1. Ketika berhadapan dengan musuh atau orang yang dzalim, atau orang-orang yang ditakuti, maupun binatang buas, maka dibaca satu kali insyaAllah lepas dari aniaya dan kejahatankejahatannya. 2. Dibaca tiap-tiap lepas solat fardhu yang lima, seraya ma'rifatkan musuh kita itu dan ma'rifatkan Allah sebagai pendinding antara kita dengan musuh kita, yakni kalau kita kebetulan bermusuhan atau dalam sidang pengadilan. 3. Dibacakan setiap hari ini sebagai bekalan perwatakan dalaman kita agar lebih kuat dan disegani oleh orang lain, mohon dipermudahkan akan apa-apa jua urusan kita di dunia ini 4. Ayat ini juga boleh di ma'rifatkan menjadi daya tarikan kepada usaha-usaha perniagaan kita daripada pelanggan. Dengan bekalan titipan ayat ini menjadi santapan batin kita setiap hari, ia akan meresap dan menjadikan kita lebih kuat dan lebih terbuka dalam menghadapi sebarang situasi dengan pegangan kepada kekuasaan Allah sentiasa menjadi pendinding kita antara musuh-musuh kita.

You might also like