You are on page 1of 3

Bermula dengan penglibatan Malaysia, Filipina,Singapura dan Thailand pada 1967.

ASEAN kini terdiri dari 10 buah Negara serantau iaitu terdiri dari Negara Malaysia, Filipina,Singapura Thailand, Indonesia, Kemboja, Laos, Vietnam, Brunei dan Myanmar. Manakala ASEAN + 3 merupakan satu pakatan kerjasama antara negara-negara anggota ASEAN dan tiga negara di Asia Timur Laut iaitu China, Jepun dan Korea Selatan. ASEAN + 3 berasal daripada EAEC yang kemudiannya menjadi ASEAN + 3 atas cadangan Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad. ASEAN + 3 dibentuk pada Disember 1997 di Malaysia. Pakatan ini dibentuk bagi meningkatkan kerjasama antara negara Asia Timur dalam ekonomi (termasuk pembentukan kawasan pembangunan ekonomi Asia timur cth. Sungai Mekong), kewangan (termasuk memerhati aliran modal kawasan), pembangunan sosial dan sumber manusia, pembangunan saintifik dan teknikal, budaya dan informasi, dan pembangunan infrastrutur. China menjalinkan hubungan dengan ASEAN bagi membolehkan Negara tersebut menjadi rakan perdagangan terbesar di rantau Asia Tenggara. AFTA atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area) adalah perjanjian yang dibuat oleh Persatuan Negaranegara Asia Tenggara (ASEAN) untuk pengeluaran produk tempatan bagi semua negara-negara yang terlibat.Ketika perjanjian AFTA ditandatangani secara rasmi, ASEAN memiliki enam buah negara iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Vietnam bergabung pada tahun 1995, Laos dan Myanmar pada 1997 manakala Kemboja pada 1999. Anggota AFTA ketika ini terdiri dari sepuluh buah negara ASEAN. Dibawah terma AFTA, China akan

menghapuskan 90% duti import produk mereka menjelang tahun 2010 kepada 6 negara asal ASEAN. Manakala Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam pula menjelang 2015.

Penulis juga menjelaskan bahawa peningkatan perbelanjaan dalam menaik taraf kekuatan ketenteraan dikalangan Negara ASEAN telah menyebabkan China merasa tidak stabil dan tergugat sehingga menyebabkan mereka melipat gandakan kekuatan ketenteraan Negara tersebut bagi menyaingi Negara-negara ASEAN yang lain. Fenomena ini telah menyebabkan Amerika Syarikat cuba untuk hadir ke Asia Tenggara bagi mengimbangi kekuatan China di rantau ini. ASEAN boleh meraih faedah dari persaingan antara Amerika Syaikat dan Cina di rantau Asia Tenggara kerana kedua-dua kuasa besar itu mahu meluaskan pengaruh masing-masing di situ. Ketegangan antara China dan Negara ASEAN juga tidak dapat dielakkan walaupun hubungan perdagangan dan ekonomi berlaku seperti kebiasaan. Ketegangan membabitkan negara-negara yang membuat tuntutan bertindih terhadap kawasan di Laut China Selatan contohnya Kepulauan Spratly dan Paracel yang kaya dengan mineral dan ikan serta laluan paling sibuk di dunia, semakin memuncak tahun ini. Vietnam dan Filipina khasnya menuduh Beijing dengan berani menggerakkan gelombang untuk menakut-nakutkan bagi mengukuhkan tuntutannya terhadap perairan strategik itu [Utusan Malaysia 11.9.2012]. Walaupun Asean dan China telah mencapai satu kesepakatan yang bersejarah berhubung garis panduan pelaksanaan Deklarasi mengenai Tata Laku pihak-pihak berkepentingan di Laut China Selatan, namun China tetap angkuh mempertahankan pendirian mereka dengan mengatakan bahawa kedaulatan Laut Cina Selatan adalah milik mereka. China juga mengatakan mereka mempunyai sumber sejarah yang mencukupi untuk mempertahankan pendirian mereka di sisi undang-undang.

http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20120911/lu_03/Redakan-ketegangan-isu-LautChina-Selatan

You might also like