You are on page 1of 23

1

PROGRAM MENTOR MENTEE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JUASSEH MODUL PERTAMA


Sesi Berkenalan Objektif : 1. Mentor dan mentee dapat mengetahui nama, tempat asal, pencapaian akademik dan maklumat-maklumat lain berkenaan dengan latar belakang setiap ahli kumpulan secara ringkas. 2. Mentor dapat menaikkan motivasi pelajar untuk menghadapi peperiksaan dan mengelakkan dari perasaan cepat putus asa setelah mendapat keputusan akhir tahun lepas. Metedologi : 1. Mentor menerangkan serba ringkas objektif program mentor mentee. 2. Mentor memulakan sesi suai kenal dengan mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan dari mentee. 3. Mentee mencatatkan matlamat pencapaian yang ingin dicapai dalam peperiksaan akan datang. 4. Mentor menerangkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang. MATLAMAT BELAJAR Bagi Peperiksaan ........................................................... saya pada ..................................... Matlamat saya adalah untuk memperolehi keputusan penuh seperti berikut :BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. MATAPELAJARAN KEPUTUSAN

Program Mentor Mentee

Tiga sebab utama saya perlu mencapai matlamat diatas ialah : 1. ........................................................................................................................................................... 2. .................................................................................................................................................. 3. ................................................................................................................................................ Saya boleh berjaya sebab : Dengan ini saya .................................................................... berjanji untuk berusaha bersungguhsungguh dan berterusan dari sekarang.

Tandatangan : ....................................................

Tarikh : ............................................

NOTA UNTUK PERBINCANGAN MATLAMAT BELAJAR JANGKA PENDEK Matlamat jangka pendek samada berbentuk matlamat harian atau matlamat mingguan. Contohnya saya akan belajar hari ini dari jam 8.30 malam hingga 11.30 malam. Saya akan menghabiskan bab 1 dan bab 2 Sejarah. JANGKA PANJANG Matlamat jangka panjang adalah harapan pencapaian yang ingin dicapai dalam peperiksaan PMR/SPM/STPM. Matlamat jangka panjang juga adalah seperti jurusan yang ingin diambil di universiti, bidang pekerjaan yang ingin diceburi atau universiti yang ingin dipilih untuk menyambung pelajaran.

Program Mentor Mentee

3 KAEDAH PEMBELAJARAN YANG LEBIH BERKESAN Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha pelajar menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu 'formula' yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan.

FAKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN Mengenal pasti wujudnya 'motivasi dalaman' atau faktor-faktor pendorong di dalam diri masing-masing, misalnya YAKIN BOLEH! atau AKU JUGA BOLEH BERJAYA SEPERTI ORANG LAIN Menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang dikumpulkan itu. Dorongan dari rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa hadapan.

LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN Kesempurnaan kesediaan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani yang mampu mengahadapi peringkat pembelajaran yang baik. Persediaan mental yang baik ialah persediaan tumpuan fikiran yang sepenuhnya terhadap pelajaran. Pemikiran yang masih bercampur-aduk dengan perkara-perkara lain akan mengakibatkan kebuntuan untuk memberi perhatian yang serius kepada pelajaran. Seseorang pelajar hendaklah menghilangkan ingatannya kepada perkara yang lain, sebaliknya ingatan hendaklah ditumpukan kepada pelajaran sahaja. Berkhayal kepada perkara lain ialah penyakit yang paling besar bagi seseorang pelajar yang sedang menghadapi pelajarannya. Oleh itu, pelajar hendaklah mengelakkan diri daripada berkhayal semasa belajar.

Program Mentor Mentee

PROGRAM MENTOR MENTEE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JUASSEH MODUL KEDUA


Kemahiran Belajar Objektif : 1. Mentee dapat mengenalpasti kaedah smart study 2. Mentee dapat membentuk budaya belajar yang efektif 3. Mentee dapat membina pelan belajar untuk mengulangkaji pelajaran Mentodologi : 1. Mentor meminta mentee menuliskan kaedah belajar yang mentee gunakan sebelum ini. Contohnya berapa lama belajar atau di mana belajar. 2. Mentee membuat penilaian kendiri sama ada kaedah belajar yang digunakan berkesan atau tidak. Mentee harus jujur pada diri sendiri dalam membuat penilaian tersebut. 3. Mentee haruslah cuba untuk mencari tempat belajar dan masa yang sesuai untuk ulangkaji pelajaran. Apabila mentee telah dapat masa dan tempat yang sesuai, mentee harus jadikan kesesuaian itu sebagai amalan untuk membentuk budaya belajar yang efisyen 4. Mentor membimbing mentee membina pelan belajar

Kaedah Belajar Sekarang

Adakah Berkesan

Perubahan yang perlu dilakukan

Tempat Belajar :

Masa belajar / jangkamasa

Program Mentor Mentee

5 NOTA UNTUK PERBINCANGAN TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARAN Suasana / Tempat Belajar Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan , tidak selesa dan sebagainya

Memilih Masa Yang Sesuai Tidak semua waktu di dalam sehari boleh di gunakan untuk menumpukan fikiran pada pelajaran Setiap hari persekolahan , peruntukan sekuirang-kurangnya 2 jam untuk menelaah / mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan guru. Pada waktu cuti, 4 hingga 5 jam adalah memadai untuk menelaah pada waktu yang sesuai, iaitu pada waktu pagi dan malam. (ingat ! waktu belajar yang sesuai tidak sama antara semua individu) Menyediakan satu jadual kerja harian walaupun begitu, mungkin jadual tersebut tidak mampu diikuti sepenuhnya oleh pelajar Pembaziran masa dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan memperkukuhkan mutu pembelajaran baik secara formal atau informal haruslah dielakkan. Pembelajaran di Sekolah Pembelajaran di sekolah merupakan sumber yang penting serta yang paling baik untuk seseorang pelajar menghadapi pelajarannya dan segala penumpuan yang maksimum haruslah diberikan serta tidak patut berlaku kecuaian, leka, nakal ketika berada disekolah. Kesungguhan belajar Elakkan diri dari faktor-faktor yang boleh membosankan ketika membaca, jangan sesekali membebankan diri dengan kerja-kerja sekolah yang terlampau banyak pada masa tertentu dan berehat panjang selepasnya Kesungguhan belajar mestilah berterusan dari segi semangat belajar dan usaha dari awal hinggalah ke masa peperiksaan Sentiasa meningkatkan semangat belajar dari masa ke semasa. Semakin hampir dengan tarikh peperiksaan semakin bersungguh-sungguh untuk belajar dan semakin berkeyakinan dalam menghadapi peperiksaan. Kesungguhan belajar mungkin boleh dibina melalui kerja-kerja secara berkumpulan. Yang pentingnya carilah teman / rakan yang boleh anda manfaatkan pengetahuan dan kefahaman anda kepadanya dan sebaliknya.

Program Mentor Mentee

Yakinlah dengan kebolehan dan kefahaman anda kepadanya dan sebaliknya untuk belajar dan yakinlah dengan pertolongan Allah S.W.T

Pelan Belajar Jadual Belajar Mingguan

Minggu

Sejarah

Mat. Tambahan

Biologi

Jadual Belajar harian Tarikh Masa 9.30-11.30 mlm 11.45-12.45 mlm 9.30-11.30 mlm 11.45-12.45 mlm 9.30-11.30 mlm 11.45-12.45 mlm 9.30-11.30 mlm 11.45-12.45 mlm M/ Pelajaran Sejarah Kimia Mat Tambah Biologi Sejarah BM Matematik Biologi Tajuk / bab Tamadun Awal Asia Tenggara Kadar Tindakbalas & Garam Vektor Pergerakan dann Koordinasi Menghadapi cabarab barat Meringkaskan Karangan Kebarangkalian Pertumbuhan

Program Mentor Mentee

PROGRAM MENTOR MENTEE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JUASSEH MODUL KETIGA


Kemahiran Belajar Objektif : 1. Mentee dapat mengetahui beberapa teknik dalam membaca dan menggunakan teknik-teknik yang sesuai untuk mengulangkaji pelajaran. 2. Mentor dapat mengenalpasti kelemahan kemahiran membaca yang ada pada mentee Mentodologi : 1. Mentor bertanya masalah yang mentee hadapi sewaktu membaca 2. Mentor menerangkan beberapa kemahiran teknik membaca kepada mentee 3. Seelok-eloknya mentor mencari beberapa contoh bahan untuk latihan mentee sewaktu perjumpaan

NOTA UNTUK PERBINCANGAN KEMAHIRAN MEMBACA Dalam proses kemahiran belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak di pandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu, teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran. Berikut adalah beberapa teknik dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca : 1. Membaca secara BERHATI-HATI Beri tumpuan apa yang di baca Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya Elakkan gangguan radio dan televisyen

2. Membaca secara MENYELURUH Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir Jangan anggap bahagian pengenalan kurang penting

3. Membaca secara BERULANG-ULANG Bacaan berulang membantu mengingatkan fakta dengan lebih baik

Program Mentor Mentee

Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam Ini dapat mengelakkan kamu tertinggal membaca fakta penting

Program Mentor Mentee

9 4. Membaca dalam SUASANA yang selesa Lampu hendaklah dipasang dengan terang Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap Udara sekitar mestilah mencukupi Suhu bilik sederhana. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas

5. Berasa dalam KEADAAN selesa Duduk dengan betul Pastikan kamu tidak demam, pening, selsema dan sebagainya Jangan berbaring ketika membaca. Kamu mungkin tertidur atau mengantuk

6. Baca secara BERPERINGKAT Peringkat permulaan : baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan Peringkat seterusnya : membaca isi untuk mendapatkan maklumat : pada peringkat ini teknik meningat dan menulis nota digunakan

7. Cuba BENTUK SOALAN ketika membaca Gunakan kaedah 1 husband 6 wives Dengan membentuk soalan kamu akan lebih ingat isi yang di baca how, what,which,who,when,why,where

8. Catatkan isi yang dibaca Dengan mencatat kamu menggunakan tiga kaedah sekali gus : membaca, mencatat, mengingat Ketika mencatat kamu berfikir apakah yang perlu di catat? ingatan kamu menjadi tajam

9. Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca Pastikan pen, highlighter, kamus, penanda buku ada disini Tandakan isi-isi penting dengan highlighter Gunakan kamus untuk mencari penbendaharaan kata yang sukar Gunakan penanda buku merujuk semula sesuatu bahagian

Program Mentor Mentee

10

Gunakan pen untuk menulis isi-isi penting

Program Mentor Mentee

11

PROGRAM MENTOR MENTEE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JUASSEH MODUL KEEMPAT


Kemahiran Ingatan Objektif : 1. Mentee dapat menggunakan teknik ingatan yang berkesan untuk pembelajaran 2. Mentee mengetahui sebab-sebab kita menjadi lupa 3. Mentee lebih berkeyakinan untuk berjaya dengan cemerlang Metodologi : 1. Mentor bertanya kepada mentee kaedah yang digunakan untuk mengingati fakta dalam pelajaran 2. Mentee menyenaraikan beberapa teknik 3. Sebaik-baiknya mentor menyediakan satu contoh isi dibengkelkan teknik-teknik yang didedahkan kepada mentee 4. Mentor menyatakan punca-punca lupa pelajaran untuk

NOTA UNTUK PERBINCANGAN LUPAAN DAN INGATAN INGATAN Minat Pilihan Ulangan Tinggikan minat terhadap perkara yang di pelajari

Manusia lebih senang mengingati sesuatu jika :

Memilih isi-isi penting untuk diingati bagi peperiksaan

Sentiasa mengulangkaji, boleh dibuat melalui perbincangan secara berkumpulan, penulisan semula atau pembacaan yang kerap

Assasiasi Membuat perkaitan dengan sesuatu perkara lain untuk ingatan

Program Mentor Mentee

12 Tubi Belajar Didalam proses pembelajaran terdapat peringkat seperti :1. 2. 3. 4. Mendengar untuk pertama kali Memahami Menggunakannya Mencipta Yang baru

Jika anda membaca berulang kali, tentunya perkara tersebut akan dapat diingati di dalam jangkamasa yang lama. Ingatan jangka masa pendek (STM) Ingatan STM juga dikenali working memory. STM melibatkan penyimpanan maklumat di dalam ingatan untuk beberapa saat atau minit sahaja dan jarang lebih dari itu. Jangka masa keupayaan kapasiti STM secara relatif terhad kepada 5 hingga 9 item dan dalam masa 30 saat. Kandungan dalam STM boleh dihapuskan secara pantas kapasiti seseorang itu terhad kepada 7 item jika ia tidak tahu menggunakan STM secara berkesan. Seorang ahli psikologi, Miller telah mengkaji kapasiti STM dan menghasilkan artikel pada 1956 yang bertajuk The Magical Number 7, plus 1 or minus 2 Ini bermakna pada kadar purata manusia boleh menyimpan 7 aksara tapi ada yang hanya boleh menyimpan 5 ( 7 2 ) dan ada boleh menyimpan 9 ( 7 + 2 ) TEKNIK INGATAN 1. Menyedia dan mengulang kaji konsep atau peta minda : Berbagai-bagai peta konsep atau minda telah di terangkan. 2. Menyedia dan mengulang kaji carta aliran dan gambar rajah Venn. 3. Menyedia dan mengulang kaji singkatan, simbol,nemoniks,lukisan atau lakaran. 4. Membuat bayangan atau visual : a) Membuat bayangan atau visual dalam minda dengan gambar, gambar rajah, peta konsep carta aliran, jadual, graf, pemandangan atau pergerakan. b) Mengulang atau mengingat kembali bayangan atau visual itu dengan lebih kerap. 5. Menyebut berulang kali a) Menyebut berulang kali perkataan, data, fakta atau maklumat akan membantu ingatan b) Mengingati perkataan adalah susah tetapi boleh dicapai sekiranya bilangan perkataan dikurangkan kepada perkataan yang penting sahaja dan juga digunakan dengan teknik lain seperti peta konsep, bayangan, carta aliran dan sebaginya. 6. Menulis atau melakar semula a) Menulis atau melakar semula berulang kali perkataan,data,fakta, peta konsep,carta aliran dan sebagainya akan membantu daya mengingat. b) Pelajar anada perlu dilatih menulis atau melakar tanpa melihat nota yang telah disediakan. 7. Melakukan gerakan, kerja amali, eksperimen a) Sekiranya pelajar melakukan sesuatu gerakan, kerja amali atau eksperimen ingatan mereka lebih lama. b) Misalnya, pelajar yang melakukan kerja amali atau eksperimen berkaitan dengan fotosintesis, ingatan mereka lebih lama. 8. Membuat kaitan a) Membuat kaitan dengan cepat dan meluas akan membantu daya mengingat b) Nombor, perkataan, data, fakta atau maklumat boleh dikaitkan dengan akronim,nemoniks atau perkataan berirama, dengan bayangan atau visual seperti gambar, peta konsep atau carta. Program Mentor Mentee

13 Misalnya untuk mengingati kembali proses belajar kita boleh mengaitkannya dengan akronim BafIA iaitu baca,faham.ingat dan aplikasi 9. Pelajar harus menggunakan mana-mana teknik mengingat yang tersebut di atas secara berasingan atau kombinasi. *Yang penting ialah pelajar harus mengulang kaji berkali-kali Apakah sebabnya kita sering lupa? Kerana Gangguan Membaca perkara-perkara lain selepas buku pelajaran menyebabkan soal peperiksaan luput dari ingatan Tumpuan perhatian Tanpa perhatian yang sepenuhnya ketika membaca menyebabkan perkara tersebut tidak dapat kekal lama. Faktar masa Masa yang terlalu lama menyebabkan anda lupa akan apa yang dipelajari Teori Lupa 1. Teori gangguan atau interference Lupa tentang suatu perkara kerana terdapat informasi lain yang menghalang informasi itu daripada di dapat kembali. Contoh mempelajari dua bahasa asing i) Gangguan Proatif Lupa akibat informasi awal ii) Gangguan Retroaktif lupa akibat gangguan informasi yang telah dipelajari kemudian 2. Teori kemunduran (decay) Ingatan sama seperti proses biologi lain iaitu merosot mengikut masa. Contoh, suatu kemahiran dan ingatan akan merosot jika ia lama tidak digunakan 3. Teori lupa teransang ( motivated forgetting theory) Teori ini menghalang kita dari mengingati sesuatu yang menyakitkan hati dan memalukan 4. Teori kegagalan mendapat kembali Keadaan blank out / kosong dalam ingatan semasa exam atau perbualan. Menurut teori ini, ingatan dalam LTM tidak dilupakan tetapi ia tidak dapat diterima pada satu ketika kerana gangguan sesuatu benda atau tahap emosi c)

Program Mentor Mentee

14

PROGRAM MENTOR MENTEE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JUASSEH MODUL KELIMA


Belajar Berkumpulan Objektif : 1. Mentee mengetahui kepentingan belajar secara berkumpulan 2. Mentee dapat menggunakan kaedah yang dipelajari untuk di praktikan dalam pembelajaran Metodologi : 1. Mentee dapat penerangan tentang belajar secara berkumpulan 2. Mentor menunjukkan kaedah belajar secra berkumpulan 3. Membuat amali perbincangan dalam kumpulan mengenai satu tajuk NOTA PERBINCANGAN Teknik belajar berkumpulan Antara teknik belajar yang begitu popular di kalangan pelajar serta mahasiswa adalah secara berkumpulan. apabila ditanya kepada kita, apakah kita tahu tentang teknik belajar secara kumpulan. Ramai antara kita yang akan mengatakan mereka tahu tentang apakah yang dimaksudkan dengan belajar berkumpulan, tetapi sejauh manakah pengetahuan serta pemahaman kita dalam aspek ini. Apabila ditanya tentang belajar berkumpulan ini, ramai menyatakan bahawa ia hanya sekadar dilaksanakan bersama kawan-kawan. Belajar berkumpulan harus dihalusi dan teliti. Ini kerana ada segelintir yang menyatakan bahawa belajar berkumpulan hanya membuang masa sahaja. Apabila keluar dari sesi belajar secara berkumpulan, tidak banyak manfaat yang diperolehi. Ini merupakan tanggapan yang salah. Menurut Mohd Yusof Othman (1998), menyatakan satu kaedah yang boleh dilakukan dalam usaha untuk meningkat dan menjana ilmu adalah belajar secara berkumpulan. belajar secara berkumpulan boleh dalam bentuk yang formal seperti membentuk dalam kumpulan tertentu (study circle) dengan matlamat yang sama atau kumpulan yang tidak formal dana mempunyai ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar bersendirian. Ini kerana dalam belajar secara berkumpulan, idea atau pemikiran dapat dikongsi bersama. Misalnya ada sebahagian ahli yang membaca buku yang berbeza daripada kita, pandangan daripada buku tersebut dapat diperolehi dengan segera. Begitu juga dengan pengalaman yang berbeza yang di alami oleh setiap ahli kumpulan. Namun begitu, belajar berkumpulan memerlukan adab dan disiplin diri yang tinggi, misalnya perlu mengemukakan pandangan secara teratur, bersedia untuk berbeza pendapat, menggunakan kumpulan sebagai wadah untuk sumbang saran atau menyemarakkan idea. Perkara lain yang juga perlu diberi perhatian dalam usaha unutk meningkatkan ilmu pengetahuan adalah kesanggupan untuk berfikir secara aktif. Yakni kesanggupan untuk berhujah dalam minda dengan melakukan analisi dan hipotesis secara kritis dengan penuh adab dan akhlak disamping meyakini wibawa diri orang yang menyampaikan maklumat. Dengan sedemikian, pemikir yang baik bukanlah pemikir yang streotype yang tidak boleh menghormati kaedah bagaimana orang yang tidak sealiaran dengannya berfikir

Program Mentor Mentee

15 Sebagai contoh katakanlah seorang pelajar yang bijak menyenaraikan isi-isi penting dalam topik gejala sosial di kalangan remaja. Pelajar ini mendapat 10 isi. Kemudian tajuk ini diberikan juga kepada kumpulan (5 hingga 7 orang) pelajar. Mereka ini dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 15 isi penting Secara luarannya dapat dilihat bahawa kumpulan yang dapat memberikan sumbangan yang besar jika dibandingkan dengan seorang. Namun yang menjadi dilemanya adalah kaedah yang tersusun, sistematik dan sempurna. Disini dipaparkan kaedah yang betul tentang belajar berkumpulan Peranan belajar berkumpulan 1. Agihkan setipa ahli dengan satu tajuk Setiap ahli perlu diberi tanggungjawab. Jika kita menjadi ahli dalam kumpulan tersebur, kita mesti mempunyai satu tanggungjawab yang mesti dipegang. Ini membolehkan kita mengambil berat dan merasakan bahawa kita mempunyai peranan di dalam kumpulan

2. Ahli mesti sehaluan Ahli yang dipilih dalam kumpulan mesti mempunyai matlamat yang sama iaitu cemerlang dlam pelajaran. Kita tidak mahu ahli yang ada di dalam kumpulan untuk mencukupkan bilangan. Ahli mesti mempunyai matlamat yang jelas dan bukan hanya keranan ia sahabat karib sahaja. Dikhuatiri ahli jika seumpama ini ada. Ia akan menyebabkan kumpulan kita tidak akan mencapai matlamatnya.

3. Setiap ahli perlu menjiwai tajuk tersebut Apabila kita telah menyediakan ahli dengan setiap tajuk, kita mestilah juga memastikan bahawa kita bersedia dengan tajuk tersebut. Ini sangat penting kerana jika kita telah bersedia maka persoalan yang timbul hasil kemusykilan dari ahli yang lain dapat kita jelaskan

4. Berbincang dengan guru atau orang yang lebih arif Sebelum melaksanakan teknik belajar secar berkumpulan ini, sila pastikan kalaukalau ada perkara yang tidak faham tentang topik yang dipertanggungjawabkan, oleh demikian, berbincanglah dahulu dengan guru. Ini bertujuan untuk kita lebih mandalami tentang topik tersebut. Dengan yang denikian, kita akan lebih bersedia semasa perbincangan.

5. Penumpuan semasa ahli membentang Penglibatan semua ahli membawa implikasi yang besar. Berikan penumpuan yang sewajarnya kepada ahli yang sedang membentang. Janganlah ada dia antara kita semasa ahli sedang membentang, kita tidak akan memberikan perhatian. Andaiakan apabila kita sedang bercakap, ada orang yang tidk memberi perhatian kepada kita. Bagaimanakah perasaan kita ketika itu? Sudah tentu kita merasai kita tidak dihargai. Justeru itu, berikan sepenuh-penuh penumpuan semasa rakan sedang membentang dalam kumpulan. Penghormatan dan kesediaan mendengar pembentangan merupakan seni dalam aktiviti belajar berkumpulan ini.

Program Mentor Mentee

16

6. Bersoal jawab Kumpulan yang dinamik dan berkembang adalah kumpulan yang wujudnya perbincangan dan soal jawab. Semakin banyak perkara yang relevan dibincangkan, semakin bertambah dinamik kumpulan itu. Ahli kumpulan bukan sahaja mendengar ahli kumpulan lain membentang semata-mata, tetapi sentiasa bersoal jawab atas perkara yang menimbulkan ketidakfahaman. Ini sebenarnya membuka minda kita agar lebih memberikan penelitian atas isu dan tajuk yang dibincangkan. Ini emnjadikan kita individu yang kritikal dan analitikal dalam membincangkan tajuk tersebut. Minda yang kritikal dan analitikal merupakan minda yang cemerlang. Galakkan diri bertanya hal-hal yang berkaitan yang tidak difahami atau bercanggah dengan pemahaman kita.

7. Agihkan bahan Di dalam belajar kumpulan lantik seorang ketua, setiausaha dan bendahari secara bergilir-gilir iaitu bagi mata pelajaran yang berbeza-beza mempunyai ketua yang berbeza-beza. Ini adalah unutk memberikan peluang dan tanggungjawab kepada semua ahli. Maka laksanakanlah tugas menagihkan bahan-bahan kepada ahli-ahli dimana dilakukan oelh setiausaha. Ketua akan menetapkan masa perjumpaan serta berbincang tentang pembahgian tajuk-tajuk Secara ringkasnya belajar berkumpulan banyak memebantu pelajar menguasai sesuatu mata pelajaran jika dilaksanakan dengan betul.

Program Mentor Mentee

17

PROGRAM MENTOR MENTEE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JUASSEH MODUL KEENAM


Persediaan Menghadapi Peperiksaan Objektif: : 1. Mentee bersedia dengan yakin untuk menghadapi peperiksaan 2. Mentee mengetahui persediaan mental dan fizikal agar tidak mudah untuk merasa cemas apabila peperiksaan semakin hampir. Metodologi : 1. Mentor mendapatkan maklumbalas dari mentee tentang persediaan mentee di saat hampir dengan peperiksan 2. Mentor membimbing mentee membuat persediaan untuk hadapi peperiksaan NOTA UNTUK PERBINCANGAN JENIS-JENIS PERSEDIAAN 1. 2. 3. 4. persediaan akademik persediaan mental memulakan peperiksaan menjawab soalan

PERSEDIAAN AKADEMIK Persediaan akademik terbahagi kepada peringkat yang penting iaitu : Persediaan peringkat awal Iaitu persediaan di sepanjang waktu persekolahan. Ini termasuklah tumpuan semasa di dalam kelas, melengkapkan nota-nota, membaca semua mata pelajaran dan membuat nota. Fahamkan apa yang dipelajari dan rujuk kepada guru jika ada masalah. Persediaan peringkat pertengahan Iaitu kira-kira 2 bulan sebelum peperiksaan. Eloknya sekiranya pelajar membaca balik semua nota ringkas dan cuba ringkaskan nota kepada fakta-fakta yang penting sahaja. Buatlah kata-kata kunci untuk setiap nota. Untuk memastikan pelajar mengingati apa yang telah dipelajari, tuliskan kembali apa yang diingati. Pastikan pelajar faham setiap mata pelajaran. Untuk menguatkan ingtan, cuba berbincang dengan kawan-kawan. Buat latihan untuk soalan-soalan lepas bagi membiasakan diri dengan format soalan peperiksaan

Program Mentor Mentee

18

Persediaan akhir Iaitu seminggun sebelum pepriksaan. Baca kembali semua nota ringkas. Pastikan anda mengingati semua mata pelajaran peperiksaan. Nota ringkas seharusnya mengandungi kata-kata kunci sahaja. Semak nota sekerap yang boleh sehingga anda dapat menulis kembali isi sesuatu mata pelajaran yang lengka PERSEDIAAN MENTAL Malam peperikssan Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris,kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang di ambil dan mudah diingati Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA

Pagi sebelum peperiksaan Jangan lupa ambil sarapan pagi Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda. Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan kawan-kawan sebelum masuk ke dewan peperiksan. Perbincangan seperti ini boleh merunsingkan fikiran anda Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda

MEMULAKAN PEPERIKSAAN Dengar arahan pengawas peperiksaan Pastikan kertas soalan anda itu lengkap Lihat semua soalan Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei) Tandakan semua soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.

Program Mentor Mentee

19

PROGRAM MENTOR MENTEE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JUASSEH MODUL KETUJUH


Pengurusan Stress Objektif : 1. Mentee dapat mengurangkan rasa stress apabila berhadapan peperiksaan. 2. Mentee dapat mengelakkan dari berlaku sindrom black out. Metodologi : 1. Mentor bertanya apakah perasaan mentee disaat hampir peperiksaan. 2. Mentor berbincang dengan mentee tentang stress dan cara hadapinya. Nota Untuk Perbincangan Stress adalah perkara yang sering berlaku kepada manusia yang normal. Oleh yang demikian untuk mental yang sihat maka kita perlu mengetahui kaedah atau cara-cara untuk mengurus stress dengan berkesan. Oleh yang demikian untuk mengurus stress dinyatakan disini beberapa perkara yang boleh diaplikasikan oleh pelajar. Stress perlu diurus dengan baik. Jika ia tidak diurus diragui kita akan mengalami perkara-perkara yang tidak baik. Secara umumnya antara perkara-perkara yang perlu diketahui adalah seperti berikut :a) Riadah Riadah merupakan satu keperluan di dalam hidup manusia. Dengan bersukan badan menjadi sihat. Fizikal menjadi lebih mantap, pernafasan menjadi lebih baik. Apabila kita beriadah kita menjadi lebih segar dan tenteram. Apabila kita beriadah bersama rakan-rakan kita selalunya merasa gembira dan hubungan sesama kawan-kawan dapat mengurangkan stess. dengan

b) Ganjaran Diri Penghargaan diri perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar. Kita berikan dalam bentuk kata-kata intrapersonal. Setiap tindakan yang baik yang kita lakukan, kita sendiri yang memberikan penghargaan tersebut. Ganjaran diri ini dilakukan dengan cara menyatakan bahawa kita juga mempunyai bakat dan potensi yang cemerlang, kerana itulah kita berhak cemerlang. Sehubungan itu ia dapat mengurangkan stress dalam diri.

c) Percakapan Diri Yang Membina Percakapan diri membawa maksud kita bercakap di dalam diri iaitu menggunakan komunikasi intapersonal. Kita boleh melakukannya. Tentu ada rahsia disebalik kejayaan tersebut. Dengan kemahiran pendidikan serta pengetahuan yang ada pada kita dapat melakukan sebagaimana orang yang telah berjaya dapat melakukannya. Jika ini dilaksanakan kita sudah ada jalan keluar dari kongkongan stress. Ini mengelakkan kita daripada hanya mempunyai impian tanpa ada apa-apa tindakan atau daya juang. Percakapan diri boleh membantu diri kita.

Program Mentor Mentee

20 d) Kerja Kemasyarakatan Dan Kebajikan Manusia adalah indan sosial. Manusia saling berhubung dengan insan yang lain. Kerja-kerja kemasyarakatan dan berbentuk kebajikan perlu dilaksanakan untuk mengurus stress. Jika sekarang kita lihat badan-badan bukan kerajaan yang berperanan membina kumpulan masyarakat yang bahagia. Bagi pelajar aktiviti badan beruniform adalah satu kaedah terbaik mengurus stress. Kita juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti amal sama ada di dalam kawasan sekolah atau luar sekolah. Sumbangan kepada sekolah misalnya dapat membawa implikasi yang besar dalam hidup pelajar.

e) Penulisan Bagi individu yang merasakan bahawa mereka tidak cenderung untuk memasuki badanbadan beruniform dan kecemerlangan mereka adalah dengan puisi, sajak, cerpen dan sebagainya. Maka kaedah yang terbaik untuk mengurus stress ialah dengan melaksanakan aktiviti penulisan. Luahkan segala apa yang terbuku dalam perasaan kepada bentuk penulisan. Luahkan perasaan yang terpendam dalam bentuk yang lebih kreatif dan dinamik. Kaedah penulisan ini semamngnya membawa erti yang besar iaitu membina bakat dan potensi kita. Dengan itu, kita dapat mengurus stressdalam corak yang lebih baik.

f)

Berjenaka Jenaka adalah perkara yang lumrah dalam masyarakat kita. Manusia sering berjenaka. Rasulullah s.a.w selalu berjenaka dengan isteri-isterinya. Ini adalah fitrah manusia yang suka kepada jenaka dengan baik dan mengikut lunas-lunas agama, budaya dan nilai masyarakat. Jenaka ini adalah bertujuan untuk menghilangkan masalah yang mana masalah itu merupakan rentetan dari stress yang timbul.

g) Ketenangan (Bebaskan Diri) Setiap pelajar perlukan ketenagan dalam hal-hal tertentu. Ketenangan perlu dicari. Kaedah yang dimaksudkan ini ialah apabila kita berada dalam keadaan stress, maka carilah tempat yang jauh dari kebisingan dan orang ramai dan di tempat itu melaunglah sekuat hati dan sepuas-puasnya tentang apa-apa yang mahu dilaungkan sebagai contoh Ahh............ Namun begitu laungan tersebut jangan hingga melanggar batas-batas agama dan norma masyarakat. Laungan ini sebenarnya dapat membebaskan ketegangan yang terkumpul di dalam diri.

h) Meninjau orang yang kurang bernasib baik Keinginan manusia yang tinggi seperti yang disebutkan di dalam penyebab stress sering berlaku. Antara keinginan yang tinggi ini ialah seperti untuk lebih daripada orang lain. Oleh itu dalam keadaan-tertentu tertentuadalah lebih baik merenung sejenak dan meninjau golongan yang lebih dan susah daripada kita. Penelitian dan pemerhatian seumpama ini sekurangkurangnya dapat menyedarkan kita bahawa kita sebenarnya lebih bernaib baik dan lebih beruntung daripada mereka tersebut. Hal ini juga dapat memberikan ketenangan tentang pentingnya bersyukur.

Petanda Stress a) b) c) d) e) f) g) Menghadapi masalah makan dan tidur Menyalahgunaan dadah Kerja bertangguh Masalah membuat keputusan Sukar menguruskan diri sendiri Sifat seteru, cepat naik angin Tahap kekecewaan yang tinggi

Program Mentor Mentee

21

h) i) j) k) l)

Cepat terkejut Berpeluk tubuh, menggigit kuku Nafas sesak Hilang upaya berfikir secara berkesan Gangguan kesihatan Gatal Selsema Letih, lesu Panik Gelisah Ulser Sakit kepala Serangan jantung

Faktor yang mempengaruhi stress Faktor Dalaman a) Perwatakan Jika dilihat seperti contoh yang diberikan awal tadi, perwatakan ini berbeza-beza. Oleh kerana itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Manusia adalah unik, iaitu jika dilihat kadang-kadang kita meminati mata pelajaran Bahasa Melayu dan tidak meminati mata pelajaran matematik. Ada pula manusia yang meminati mata pelajaran Geografi tapi bukan Bahasa Melayu dan sebagainyalagi. Ini yang dikatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai kecenderungan, pelbagai minat dan nilai dan seumpamanya lagi. Ada manusia begitu cepat mengalami stress dan ada pula yang lambat mengalaminya. Oleh itu sebagai manusia kita perlu kenal di mana kedudukan atau tahap kedudukan stress yang ada pada diri kita.

b) Kendiri yang terlalu ideal Manusia mempunyai cita-cita dan impian yang tersendiri. Impian atau cita-cita ini selalunya akan menjadi kenyataan apabila manusia berusaha untuk mencapai impian tersebut. Yang menjadi masalahnya ialah apabila manusia bertingkah laku yang langsung tidak mengejar impian tersebut. Tegasnua disini ialah apabila kendiri ideal terlalu tinggi tetapi dari segi kendiri sebenarnya (tingkah lakunya) tidak memaparkan usaha ke arah pencapaian tersebut. Sebagai contoh kita melihat pencapaian pelajaran rakan kita atau orang yang telah berjaya tetapi kita sedikit pun tidak berusaha ke arah itu, malah kita masih bertabiat lama seperti meniru kawan, membuang masa dan sebagainya. Oleh itu adalah tidak tepat kiranya kita tidak menyeimbangkan antara usaha dan cita-cita.

c) Kognitif Kognitif adalah pemikiran yang wujud dalam diri manusia. Manusia mengalami ketegangan disebabkan kognitif atau banyak berfikir perkara-perkara yang negatif. Manusia kadangkadang merasakan dirinya lemah, tidak mempunyai bakat dan potensi. Ini disebutkan sebagai faktor kognitif yang begitu menekan. Manusia-manusia ini mudah dihinggapi stess kerana berfikiran lemah. Jesteru itu kita ridak dapat menimbangkan antara rasional dan tidak rasional. Stress mudah datang pada manusia ini. Oleh yang demikian kita perlu memberikan perhatian dari sudut itu.

Program Mentor Mentee

22

d) Tidak selaras personaliti Stress hadir apabila manusia tidak mempunyai keselarasan antara personaliti diri dan minat dalam kerjaya. Sebagai contoh manusia yang mempunyai minat di bidang sosial iaitu menjadi guru dan sebagainya tetapi bekerja sebagai Jurutera. Ini menunjukkan tiada keselarasan antara minat dan personaliti yang ada. Perkara ini sering berlaku kepada kita lantaran kita tidak mengenalpasti sungguh-sungguh.

e) Kelemahan dalam komunikasi dan berbahasa Stress juga terjadi kepada manusia yang mempunyai masalah berkomunikasi dan berbahasa. Kegagalan berkomunikasi menyebabkan sesorang sukar untuk berinteraksi dengan seseorang yang lain. Dengan itu segala maklumat yang ingin disampaikan tidak diterima oleh pendengar dengan berkesan. Ini akan menimbulkan masalah dan sekiranya ia tidak dapat diatasi, stress pasti akan berlaku.

f)

Keperluan dan kemahuan Status Kuasa Kasih sayang Prestasi Kesihatan Keselamatan diri

Faktor Luaran a) Sosial dan tempat kerja Selalunya manusia tidak terlepas dari hubungan dengan manusia lain. Manusia juga bekerja dan di tempat kerja sudah pasti manusia berkomunikasi dengan orang lain. Jesteru hubungan sentiasa berlaku. Dalam hubungan ini selalunya berlakulah komunikasi yang mecetuskan masalah. Lumrah hidup di dunia masalah tidak boleh lari. Sebenarnya masalah yang datang boleh mematangkan manusia. Jika kita lari dari masalah maka kita lari dari proses membina kematangan diri. Manusia yang berani menghadapi masalah ialah manusia yang ebrani menghadapi kenyataan. Apabila hubungan negatif berlaku dengan orang lain, ini juga boleh menjadi penumbang kepada stress. Maka hadapilah masalah ini dengan penuh kerjasama.

b) Hubungan dengan keluarga Ramai orang mengalami stress kerana hubungan antara suami-isteri, ibuanak, ibubapa anakanak yang tidak baik. Kekalutan yang berlaku di dalam hubungan kekeluargaan boleh mencetuskan hasil yang tidak baik. Misalnya ibu tidak lagi memberi penghargaan kepada anak-anak. Anak-anak tidak lagi menghormati ibu dan ayah sebagaimana sewajarnya dihormati. Komunikasi dua hala sudah terkubur dan inilah bibit-bibit yang mencetuskan kehancuran institusi keluarga dan seterusnya menyebabkan stress berlaku. Jesteru itu perkara ini perlu diberi perhatian. Maka kita perlu mencorakkan satu hubungan yang penuh empati dan memahami antara antara satu sama lain. Hubungan ini dijalinkan berdasarkan kepada kasih sayang, hormat menghormati dan menghargai individu lain.

c) Persekitaran Cuaca Bising

Program Mentor Mentee

23

Sibuk Kawalan tempat belajar

Program Mentor Mentee

You might also like