You are on page 1of 11

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENUTUP
MAJLIS TADARUS AL-QURAN
PERINGKAT NEGERI PERAK 2009M/1430H
DI SM TEKNIK GERIK, PERAK DARUL RIDZUAN
25 APRIL 2009

TINDAKAN TEKS
PARA TETAMU MENGAMBIL TEMPAT
MAKLUMAN AWAL

Para hadirin sekalian.

Makluman kepada semua peserta Majlis Tadarus Al-Quran. Sekiranya anda


diumumkan sebagai pemenang, untuk mengambil hadiah di atas pentas, sila
RUSLI gunakan tangga sebelah kanan pentas dan turun di sebelah kiri pentas.

Manakala untuk Johan, mohon ada seorang pengiring yang ikut bersama
pemenang naik ke atas pentas membantu membawa piala yang akan
disampaikan.

Para hadirin sekalian.

Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita sekiranya para hadirin dapat
mengambil tempat masing-masing.
RUSLI
Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin
sekalian dapat mematikan telefon bimbit atau tukarkan ke mod senyap
sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu majlis.

Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih.

SETELAH DIBERI ISYARAT


UCAPAN PENGUMUMAN

Diumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Jabar,
RUSLI
Pengarah Pelajaran Perak dan Dif-dif Jemputan.

PERARAKAN MASUK PERASMI & VIP


SETELAH PERASMI DAN VIP DUDUK

Hadirin dipersilakan duduk.


RUSLI

1
‫بسم اهلل الرمحن الرحيم‬
‫السالم عليكم ورمحة اهلل وبركاته‬
‫احلمد هلل رب العاملني والصلوة السالم على اشرف األنبياء واملرسلني‬
.‫وعلى أله وصحبه أمجعني‬
‫رب اشرح لي صدري ويسر لي امري‬
.‫وحلل عكدة من لسلين يفكح قولي‬

Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Jabar


Pengarah Pelajaran Perak

Yang Berusaha Ustaz Wan Ramdzan bin Wan Mamat


Ketua Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Perak

Yang Berusaha Dr. Ahmad Damanhuri bin Ibrahim


Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
Peringkat Negeri Perak 2009M/1430H

Yang Berusaha En. Abdul Rahim bin Ismail


Pengetua Sekolah Menengah Teknik
Selaku Tuan Rumah

Yang Berusaha En. Rosli bin Hashim


Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak

Ketua-ketua Sektor

Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Perak


dan Pejabat Pelajaran Daerah

Pengetua-pengetua

Guru-guru Besar

Jawatankuasa Pengelola

Guru-guru Pengiring

2
Ibu bapa

Para Peserta

dan seterusnya

Tuan-tuan & Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah pembuka kata.

‫بسم اهلل الرمحن الرحيم‬


Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke
hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin
Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Penutup Majlis Tadarus Al-
Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri
Perak 2009M bersamaan 1430H ini.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kehadiran Yang


Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin Abd Jabar, Pengarah Pelajaran Perak
kerana sudi hadir merasmikan Majlis Penutup Majlis Tadarus Al-Quran
Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak
2009M bersamaan 1430H pada tengahari ini.

‫بسم اهلل الرمحن الرحيم‬

SHAHZATUL

3
Dengan tema kali ini iaitu Al-Quran Pemangkin Modal Insan Cemerlang,
semoga majlis seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan yang mendalam
terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke tahap
tertinggi dan dijadikan petunjuk utama dalam melahirkan insan yang cemerlang
di dunia dan akhirat.
RUSLI
Sedari malam tadi hinggalah sebentar tadi 5 acara iaitu Tilawah Al-Quran,
Tahfiz Al-Quran, Syarahan Agama, Bercerita Kisah Dari Al-Quran dan Kuiz
Agama yang melibatkan 160 orang peserta mewakili setiap daerah telah
dipertandingkan dalam Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak kali ini.

SHAHZATUL

Al-Quran diturun sebagai penyuluh,


Membaca dikurnia pahala dan juga rahmat,
Angkat doa jari sepuluh,
RUSLI Doa minta biar selamat.

Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis, dipersilakan Tuan Haji Zamri bin
Zakaria untuk memimpin bacaan doa.

SHAHZATUL

4
RUSLI Dipersilakan...

BACAAN DOA

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Zamri bin Zakaria di atas
bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dimuliakan.


RUSLI
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha Dr. Ahmad
Damanhuri bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak Merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009M/1430H untuk
menyampaikan ucapan aluan.

SHAHZATUL

RUSLI Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Dr. Ahmad Damanhuri bin
Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak di atas ucapan aluan itu tadi.

RUSLI Kini menyusul pula ucapan perasmian penutup. Untuk itu, majlis dengan segala
hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi
bin Abdul Jabar, Pengarah Pelajaran Perak untuk menyampaikan ucapan &
perasmian penutup Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009M/1430H.

5
SHAHZATUL

RUSLI Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN PENGARAH PELAJARAN PERAK

Terima kasih majlis ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin
Abd Jabar, Pengarah Pelajaran Perak atas ucapan yang disampaikan sebentar
tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

RUSLI Kini sampailah masanya untuk kita mengetahui keputusan pertandingan Majlis
Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat
Negeri Perak 2009M/1430H. Tetapi sebelum itu, mari kita sama-sama
mendengar ulasan jemaah hakim mengenai pertandingan yang dijalankan.
Untuk itu, majlis mempersilakan Tuan Haji Muhammad bin Haji Yahya,
Pengerusi Jemaah Hakim untuk menyampaikan Ulasan Penghakiman
Pertandingan.

SHAHZATUL

6
RUSLI Dipersilakan...

ULASAN PENGERUSI JEMAAH HAKIM

Terima kasih diucapkan.

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman keputusan


pertandingan dan penyampaian hadiah dan cenderamata. Untuk
RUSLI
menyempurnakan majlis ini, dijemput Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin
Abdul Jabar, Pengarah Pelajaran Perak dengan diiringi oleh Dr. Ahmad
Damanhuri bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak naik ke pentas
untuk menyampaikan cenderamata dan hadiah kepada para pemenang.

SHAHZATUL

RUSLI Dipersilakan...

PERASMI & PPD NAIK KE ATAS PENTAS

Majlis dimulakan dengan penyampaian cenderamata kepada tuan rumah.


Dijemput En. Abdul Rahim bin Ismail, Pengetua Sekolah Menengah Teknik
RUSLI
Gerik naik ke atas pentas untuk menerima cenderamata daripada Tuan
Pengarah.

SHAHZATUL

7
Dipersilakan..

RUSLI Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada setiap ketua


kontinjen. Untuk itu dipersilakan ketua-ketua kontinjen untuk menerima
cenderamata.

SHAHZATUL

Kita mulai dengan daerah:


1. Batang Padang
2. Hilir Perak
3. Perak Tengah
4. Manjung
5. Kinta Utara
6. Kinta Selatan
7. Kuala Kangsar
8. Larut Matang Selama
RUSLI
9. Kerian
10. dan akhir sekali tuan rumah, Hulu Perak.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Kini sampailah saat yang ditunggu-tunggu, pengumuman keputusan


pertandingan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Keputusan telah berada di tangan kami. ...................................................

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG

Tahniah diucapkan kepada para pemenang Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-


sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009/1430H
kali ini.
RUSLI
Dan terima kasih kepada Tuan Pengarah kerana sudi menyampaikan
cenderamata dan hadiah kepada para pemenang.

Sebagai penghargaan pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

8
Yang Berusaha Dr. Ahmad Damanhuri bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah
Hulu Perak untuk menyampaikan cenderamata kepada Tuan Haji Mohd Radzi
bin Abd Jabar, Pengarah Pelajaran Perak. Dipersilakan.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PENGARAH

Terima kasih sekali lagi Tuan Pengarah Pelajaran Perak dan terima kasih juga
kepada Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak kerana sudi
menyampaikan cenderamata sebentar tadi.
RUSLI
Acara penutup tengahari ini ialah __________________________________,
Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
Peringkat Negeri Perak 2009M/1430H. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan ___________________________________________________

SHAHZATUL

Terima kasih diucapkan.

Bunga melur bunga kenanga


Cantik disusun penyeri anjung
Al-Quran bagaikan intan permata
Al-Quran dijunjung umat disanjung

Bunga mawar cantik berseri


RUSLI
Mekar disirami si embun pagi
Majlis Tadarus Al-Quran mengundur diri
Semoga tahun hadapan berjumpa lagi.

Alhamdulillah.. Dengan persembahan ________________________ sebentar


tadi maka Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009M/1430H pada kali ini sampai ke
penghujungnya.

9
Sekalung budi penghargaan terima kasih pihak majlis kalungkan kepada Yang
Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin Abd Jabar, Pengarah Pelajaran Perak
kerana sudi hadir ke majlis pada petang ini.

Terima kasih juga kepada semua dif-dif jemputan, pegawai-pegawai Jabatan


Pelajaran Perak, pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah seluruh negeri
Perak, Guru-guru, para peserta yang mengambil bahagian, Jawatankuasa
Pengelola dan seluruh pihak yang telah menjayakan Majlis Tadarus Al-Quran
Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak
2009M/1430H ini.

SHAHZATUL

Seterusnya.. Dijemput kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin Abd
Jabar, Pengarah Pelajaran Perak dengan diiringi oleh Dr. Ahmad Damanhuri
bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak dan dif-dif jemputan ke
jamuan makan tengahari.
RUSLI
Kalau ada kepuk di ladang,
Boleh juga tumpang mandi;
Diberi Allah umur panjang,
Boleh kita jumpa lagi.

10
Selamat pulang ke destinasi masing-masing. Semoga tiba dengan selamat.

SHAHZATUL

Akhir kalam, marilah kita tutup majlis ini dengan sama-sama membaca Surah
Al-Asr.
RUSLI
Sekian.

WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.RT.

PENGUMUMAN

Kepada semua ketua kontinjen diharap dapat mengambil saguhati bagi acara
yang tidak mendapat tempat Johan, Naib Johan atau ketiga dibelakang pentas
RUSLI selepas ini menerusi Jawatankuasa Hadiah.

Terima kasih.

Teks disediakan oleh :

USTAZ AHMAD RUSLI BIN HAJI ABDUL GANI


& USTAZAH SHAHZATUL FAKHRIAH BT HJ SHAARANI
SK SRI ADIKA RAJA, GERIK, PERAK
APRIL 2009
ahmad_rusli@yahoo.com

11

You might also like