You are on page 1of 50

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 1




KEMAHIRAN TARANNUM BIL-QURAN

PENGERTIAN AL-QURAN

Al-Quran ialah Kalamullah berupa mukjizat yang telah diturunkan ke atas Nabi Muhammad
s.a.w. dengan perantaraan Malaikat Jibril a.s. dalam Bahasa Arab dan ditulis dalam beberapa
Mushaf yang dipindahkan secara tawatir yang dimulai dengan Surah al-Fatihah dan disudahi
dengan Surah an-Nas serta membacanya merupakan suatu ibadah.

PENGERTIAN TARANNUM BIL-QURAN
Tarannum merupakan suatu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyinya melalui proses nada,
rentak dan irama tertentu untuk menambahkan keunikan seni tilawah al-Quran

FALSAFAH TARANNUM BIL-QURAN
Bertilawah al-Quran secara berlagu adalah suatu inisiatif ke arah pencapaian amalan
membaca al-Quran di tahap tertinggi bagi menghubungkan rasa hati pembaca dan pendengar
al-Quran kepada Keagungan Allah Taala. Bertarannum tanpa memahami falsafahnya bukan
sahaja suatu penyelewengan, malah merupakan suatu pengkhianatan. Justru, setiap individu
muslim mesti mempelajari dan menguasai kaedah-kaedah bertarannum dengan baik demi
memelihara kemuliaan Kitab Suci al-Quran

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 2

DALIL-DALIL DISYARIATKAN TILAWAH AL-QURAN SECARA BERTAJWID,
BERTARTIL DAN BERTARANNUM

Firman Allah Taala,
4g~-.- N_E4uO>-47
=U4-^- +O4^OUu-4C E-EO
gOg>4Eg> Elj^q
4pONLg`uNC gO) }4`4 O'4C
gO) Elj^q N-
4p+OOC^- ^g
Maksudya: Orang-orang yang Telah kami berikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya
dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. dan barangsiapa yang
ingkar kepadanya, maka mereka Itulah orang-orang yang rugi. (Surah al-Baqarah : 121)

Firman Allah Taala,
gE>4O4 4p-47O^-
EOg>O> ^j
Maksudnya: Dan bacalah Al Quran itu dengan tartil. (Surah al-Muzzammil:4)

Sabda Rasulullah s.a.w.


Maksudnya: Perelokkanlah bacaan al-Quran itu dengan suara kamu (yang baik).
Sesungguhnya suara yang elok itu akan menambahkan lagi keelokan al-Quran (Riwayat
Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, ad-Darimi, an-Nasa-ie dan al-Hakim)


Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 3


Sabda Rasulullah s.a.w.


Maksudnya: Dipersilakan ahli al-Quran ke syurga seraya berkata: Bacalah, naiklah ke
tingkat atas dan perelokanlah bacaan kamu sebagaimana kamu mengelokkan bacaannya
ketika di dunia dahulu. Sesungguhnya tempat tinggal kamu di syurga ini adalah
berdasarkan akhir ayat yang kamu bacakan (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Tirmizi)

Sabda Rasulullah s.a.w.

Maksudnya: Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu ialah apa yang diizinkan kepada Nabi
(Muhammad s.a.w) yang selalu mengelokkan suara untuk melagukan bacaan al-Quran
dalam bentuk nyaring. (Riwayat al-Bukhari)

Sabda Rasulullah s.a.w.

Maksudnya: Hendaklah kamu menghiasi bacaan al-Quran itu (dengan mempelbagaikan


bunyi) suara kamu. (Riwayat Abu Daud dan an-Nasa-ie)

Sabda Rasulullah s.a.w.

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS



m.s 4

Maksudnya: Bukanlah dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan dengan
bacaan al-Quran. (Riwayat al-Bukhari)

Sabda Rasululah s.a.w.


Maksudnya: Hendaklah kamu melagukan dengan bacaan al-Quran kerana bukan dari
kalangan kami mereka yang enggan melagukan dengan bacaan al-Quran dan
menangislah. Jika engkau tidak mampu menangis maka usahakanlah menangis. (Riwayat
an-Nasa-ie)

Sabda Rasulullah s.a.w.

.
Maksudnya: Bacalah al-Quran itu dengan irama (tarannum) Arab dan dengan suara yang
berlahjah Arab. Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran dengan gaya ahli fasiq.
Demikianlah juga dengan irama ahli gereja (kristian dan yahudi) (Riwayat al-Tabrabi dan al-
Baihaqi).

Sabda Rasulullah s.a.w.

Maksudnya: Hendaklah kamu mempelajari Kitab Allah (al-Quran) dan ceriakanlah serta
perelokkanlah irama bacaannya. (Riwayat Muslim)


Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 5



SIFAT-SIFAT TILAWAH AL-QURAN RASULULLAH S.A.W.

Abdullah ibnu Maghfal telah berkata:

.
Maksudnya: Aku menyaksikan Nabi s.a.w. membaca al-Quran sedangkan baginda
berada di atas untanya yang sedang maju berjalan. Baginda membaca ayat-ayat dari
Surah al-Fathu dengan bacaan yang amat lembut dalam bentuk bacaan Tarji
(melagukan). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Al-Barra ibnu Aazib berkata:

.
Maksudnya: Aku pernah mendengar Nabi s.a.w. membaca Surah al-Thin ketika solat
Isyak. Ya, sungguh indah sekali bacaannya. Tiada pernah aku mendengar seorang pun
yang lebih lunak suara bacaan daripadanya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 6

Jabir ibnu Muthim telah berkata:

.
Maksudnya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. membaca Surah al-Thur ketika
solat maghrib. Tidak pernah aku mendengar seorang pun sebegitu lunak suara bacaan
daripadanya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

PERANAN TARANNUM BIL-QURAN

Untuk mencapai tahap ketartilan yang tinggi ketika membaca al-Quran sesuai dengan
maksud Firman Allah Taala : Dan hendaklah kamu membaca al-Quran dengan setartil
yang mungkin. (Surah al-Muzzammil : 4)

Suatu penghormatan kepada status al-Quran sebagai wahyu Allah Taala yang teragung.
Sabda Rasululah s.a.w. bermaksud: Diturunkan al-Quran itu dengan penuh kebesaran
dan kehormatan. (Riwayat Muslim)

Menambahkan kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar terhadap
ayat-ayat al-Quran sebagaimana Firman Allah Taala bermaksud: Mereka (orang-orang
beriman) segera menundukkan muka sambil menangis sedangkan al-Quran itu boleh
menambahkan kekhusyukan dan keinnsafan. (Surah al-Isra:109)

Untuk memperoleh rahmat dan hidayah daripada Allah Taala sebagaimana Firman Allah
Taala yang bermaksud: Dan apabila al-Quran dibaca maka hendaklah kamu
mendengarnya dan diam (untuk memerhati dan dengar bacaannya) semoga kamu
beroleh rahmat Allah Taala. (Surah al-Araf: 204)

Dapat menambahkan lagi keunikan al-Quran dari aspek seni bacaan selaras dengan
sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud : Perelokkanlah bacaan al-Quran dengan kelunakan
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 7

suara kamu. Sesungguhnya dengan suara yang lunak sahaja mampu menambahkan lagi
keindahan seni bacaan al-Quran itu. (Riwayat al-Nasa-ie dan Abu Daud)

SUMBER ILHAM UMUM IRAMA TARANNUM BIL-QURAN

Pakar-pakar sejarah Ilmu Tarannum berpendapat bahawa sumber ilham irama-irama
Tarannum bil-Quran adalah bersumberkan alam fenomena alam seperti:

Dari bunyi geseran kayu
Dari bunyi tiupan angin
Dari suara kicauan burung
Dari bunyi deruan air sungai dan ombak laut


PENGGUBAH /PEMODENAN TARANNUM BIL-QURAN

Menurut Syeikh Muhammad Sholeh al-Fathaniy dalam Kitab Sirajul Qari bahawa
pemodenan Tarannum adalah diilhamkan oleh Professor Batlimus al-Hakim al-Falsufi
yang kemudiannya diperkembangkan lagi oleh Ishaq bin Ibrahim al-Musiliy al-Nadimi
(keturunan Greek).









Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 8


SEJARAH TARANNUM BIL-QURAN

Tarannum Bil-Quran bermula sejak peristiwa Nuzulul Quran pada tahun 610 masihi ketika
Rasulullah s.a.w. sedang bertahannuth di Gua Hiradengan turunnya wahyu pertama ayat
1 hingga 5 Surah al-Alaq. Baginda menerima ayat-ayat tersebut dan membacanya
dengan elok dan lunak sepertimana disampaikan oleh malaikat Jibril a.s. serta
memerintahkan supaya para sahabatnya membacanya dengan bertazyin dan bertahsin.
Seterusnya para sahabat seperti Abdullah ibnu Masud, Ubai ibn Kaab, Salim Maula Abi
Huzaifah dan Abu Musa al-Asyari telah menyebar luaskan pengajaran al-Quran secara
demikian kepada para sahabat lain.

Aktiviti ini diteruskan pula oleh para ulama al-Quran dari kalangan tabiin seperti Al-qamah
bin Qais di Kufah, Abdullah ibnu al-Sa-ib di Makkah, Abu Abdur Rahman al-Sulami di
Kufah, Abdullah ibn Iyasy dan lain-lain lagi. Di kalangan tabi tabiin pula lahir tokoh-tokoh
ulung seperti Umar ibn Abdul Aziz, Imam Muhammad ibn Idris as-Syafiie, para imam
qiraat, guru-guru al-Quran, para qari dan qariah yang muktabar hingga kini

Pengajaran Tarannum Bil-Quran terus berkembang pesat di seluruh dunia Islam. Kini
terdapat pelbagai institusi pengajian al-Quran di berbagai peringkat pengajian seperti
universiti-universiti di negara-negara Timur Tengah, Nusantara dan tempatan. Di
Malaysia, kursus-kursus berkaitan dengan kemahiran al-Quran telah menjadi suatu
daripada bidang pengajian bermula di peringkat TADIKA, sekolah-sekolah rendah,
sekolah-sekolah menengah, kolej-kolej universiti, universiti-universiti, maahad-mahad
Tahfiz dan di dalam bidang latihan keguruan. Malah Malaysia dan Indonesia telah
mewujudkan Akademi Al-Quran bagi memantapkan lagi penguasaan kemahiran al-Quran
di kalangan umat Islam khususnya remaja.



Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 9

SEJARAH PENGAJIAN AL-QURAN DAN TARANNUM DI NUSANTARA

Almarhum Profesor Dr. HAMKA di dalam Sejarah Umat Islam menjelaskan bahawa Islam
telah berkembang di Nusantara mulai kurun pertama hijrah bersamaan kurun ke tujuh
masihi iaitu di zaman pemerintahan Khulafa Bani Umaiyah. Perkembangan ini sekali gus
membawa kepada perkembangan pengajaran dan pembelajaran al-Quran melalui inisiatif
pedagang-pedagang dan mubaligh-mubaligh Islam yang datang dari Tanah Arab dan
India pada kurun ke sepuluh hingga kurun ke lima belas masihi (sebelum era penjajahan
barat dan Jepun di Nusantara). Mulai kurun ke dua puluh masihi, perkembangan Islam
dan al-Quran tidak lagi dimonopoli oleh golongan berketurunan Arab, malah telah diambil
alih dengan giatnya oleh umat Islam tempatan hingga kini.


JENIS-JENIS TARANNUM BIL-QURAN DAN HURAIANNYA

Tarannum Hijazi : iaitu Tarannum Arab berlahjah Hijaz. Iramanya panas dipengaruhi
suasana padang pasir yang berbukit bukau dengan suhu tinggi kepanasan. Alunan
iramanya agak nyaring, lincah di samping suara yang tinggi kehangatan.

Tarannum Masri : iaitu Tarannum Arab berlahjah Mesir. Iramanya lembut dipengaruhi
persekitaran Lembah Nil yang subur menghijau serta airnya yang beralun tenang dan
nyaman. Alunan iramanya sederhana, lembut, bersopan di samping nada suaranya
sederhana kemanisan.




Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 10

ASAS-ASAS UMUM TARANNUM HIJAZI

Tarannum Hijazi diasaskan daripada beberapa jenis tarannum seperti berikut:


Banjakah
Husaini
Mayyah
Rukbi
Dukah
Sikah
Usya


Unsad
Shun-ani
Yaman
Hijazi
Jiharkah
Hirab
Dan lain-lain lagi


ASAS-ASAS UMUM TARANNUM MASRI

Tarannum Masriy pula diasaskan daripada beberapa jenis tarannum iaitu


Bayyati
Hijazi
Iraqi
Rast
Husaini
Kurdi


Shoba
Ajam
Nahawand
Nawa Athar
Sikah dan
Jiharkah

Sehingga kini beberapa jenis tarannum yang masih popular di kalangan qari dan qari-ah
adalah seperti Bayyati, Shoba, Hijaz, Nahawand, Rast, Sikah, Jiharkah dan Kurdiy.


Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 11

SUSUNAN / KOMBINASI TARANNUM YANG POPULAR DI NUSANTARA

Bayyati Shoba Hijaz Nahawand Bayyati penutup.
Bayyati Hijaz Nahawand RastSikah Bayyati penutup
Bayyati Nahawand Rast Jiharkah Bayyati penutup
Bayyati Rast Jiharkah Sikah Bayyati penutup
Bayyati Shoba Sikah Jiharkah Bayyati penutup
Bayyati Nahawand Sikah Jiharkah Bayyati penutup
Bayyati Nahawand Jiharkah Sikah Bayyati penutup

SISTEM PERSEMBAHAN TARANNUM BIL-QURAN DI MALAYSIA

Beberapa kriteria telah ditetapkan bagi melahirkan sebuah persembahan Tarannum Bil-
Quran yang berkualiti. Ia perlu memenuhi sistem dan teknik seperti berikut:

Satu Harakat: iaitu suatu alunan irama tarannum yang mengandungi beberapa
qitah dengan satu mahattah.

Satu Qitah: iaitu suatu potongan daripada alunan irama yang paling pendek tanpa
mahattah.

Satu Mahattah: iaitu suatu bentuk atau gaya penghujung yang lengkap bagi sesuatu
harakat tarannum.

Satu Tarannum: iaitu suatu jenis irama yang mengandungi beberapa harakat, qitah
dan mahattah yang lengkap

Satu Persembahan : iaitu suatu persembahan tilawah dengan kombinasi beberapa
jenis tarannum yang disusun dengan lengkap.



Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 12

SISTEM PERSEMBAHAN TARANNUM BIL-QURAN DI MALAYSIA

Di Malaysia, setiap persembahan tarannum perlu memenuhi ciri-ciri berikut:

Menggabungkan beberapa jenis tarannum yang berlainan tanpa takrir
Mengandungi beberapa tabaqat suara yang disusun mengikut teknik yang menarik
Tarannum pembukaan mestilah sama seperti tarannum penutup


PERSEMBAHAN TARANNUM BIL-QURAN YANG MUKTABAR

Sesuatu persembahan tarannum bil-Quran yang baik perlu memenuhi beberapa ciri
seperti berikut:

Susunan harakatnya rapi dan sistematik
Susunan tarannumnya rapi dan selesa
Bersesuaian tarannum dengan maksud ayat yang dibaca
Tarannum menepati hukum-hukum tajwid
Bersesuai tarannum dengan suara
Pengendalian suara berlahjah Arab
Mempunyai Salalim yang menarik
Mempunyai Ikhtilal Lahn yang baik
Mutu suara yang lunak lagi menarik
Mempunyai Wushlah Mumasalah yang menarik dan sesuai
Disertai dengan Qitah dan Mahatthah yang menarik.
Disertai dengan Burdah yang menarik


Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 13

PERANAN HARAKAT DALAM TARANNUM BIL-QURAN

Harakat ialah tingkatan-tingkatan atau pergerakan suara semasa mengalunkan sesuatu
tarannum. Lazimnya setiap jenis tarannum mempunyai beberapa harakat yang sesuai
dengan nada suara yang dialunkan. Antara lain peranan harakat ialah:
Untuk mempelbagaikan seni bunyi suara bacaan
Untuk menghidupkan bacaan
Untuk meningkatkan persembahan bacaan
Menjadi pengukur kepada tarannum berikutnya

PERANAN KHUSUS SETIAP HARAKAT DI DALAM TARANNUM BIL-QURAN

Harakat 1 : sebagai penyesuaian kepada persembahan
Harakat 2 : menjadi rangsangan kepada persembahan
Harakat 3 : sebagai Jawab
Harakat 4 : sebagai Jawabul Jawab
Harakat 5 : sebagai persediaan penutup persembahan
Harakat 6 : sebagai penutup persembahan.

CIRI-CIRI HARAKAT TARANNUM YANG ISTIMEWA

Beberapa ciri penting perlu dipenuhi dalam menilai keistimewaan harakat-harakat dalam
tarannum iaitu seperti berikut:

Mempunyai Salalim Nuzul atau nada suara menurun
Mempunyai Salalim Suud atau nada suara menaik
Mempunyai Wuslah Mumathalah iaitu kombinasi dua angin/air lagu atau lebih
Mempunyai Ikhtilal Lahn iaitu kesumbangan suara yang tidak mencacatkan
Dihiasi dengan Burdah yang menarik.



Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 14


HURAIAN JENIS-JENIS TARANNUM BIL-QURAN YANG POPULAR

Terdapat beberapa jenis irama Tarannum Bil-Quran yang sangat popular di seluruh dunia
Islam yang hingga kini masih dipertahan dan diperkembangkan dengan begitu pesat.
Berikut diperincikan setiap jenis tarannum dari aspek-aspek pengertian, latarbelakang,
sifat, peranan dan tarannum yang sesuai digandingkan dengannya.


1. TARANNUM BAYYATI


Latar Belakang Tarannum Bayyati
Bayyati menurut bahasa ialah rumah atau tempat kediaman. Pada istilah bermaksud
suatu jenis alunan tarannum yang diasaskan di Tanah Hijaz dan dipopularkan oleh para
qari dari pada Mesir. Tarannum Bayyati mula diperkenalkan di Nusantara sekitar tahun
1940an. Sesuatu persembahan tarannum yang tidak dimulai dan tidak disudahi dengan
Bayyatiy dianggap tidak sempurna

Sifat-Sifat Tarannum Bayyati
1. Gaya kelembutan di samping ketegasan
2. Sesuai dengan tabaqat suara sederhana
3. Mempunyai unsur-unsur keharmonian dan ketenangan
4. Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup persembahan


Peranan Tarannum Bayyati

Untuk memantapkan persembahan tarannum
Menjadi tarannum pembukaan dan penutup persembahan
Menjadi pengukur kepada irama tarannum seterusnya
Membawa kefasihan dalam melafazkan huruf-huruf dan kalimah al-Quran
Melahirkan kemukjizatan al-Quran dalam aspek bacaan

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 15

Tarannum Yang Sesuai Selepasnya

Sekiranya berlaku ketegangan semasa persembahan ia sesuai diwasalkan dengan
Tarannum Nahawand, Kurdi dan Iraqi
Sekiranya berlaku kelemahan pada persembahan ia sesuai diwasalkan dengan
Tarannum Husaini.


2. TARANNUM HUSAINI

Latar Belakang Tarannum Husaini
Dari sudut bahasa Husaini bermaksud kecantikan. Menurut Istilah pula ia adalah nama
suatu jenis tarannum yang dipopularkan oleh pakar-pakar tarannum Hijaz. Ia
kemudiannya mengalami pengubahsuaian oleh qari-qari Mesir. Menurut al-Syeikh Dr
Ahmad Naina, Tarannum Husaini adalah cabang dari Bayyati yang sama tarafnya dengan
Suri dan Khiyar.

Sifat-sifat Tarannum Husaini
Mempunyai pergerakan yang aktif, hangat dan bersemangat
Sesuai dengan tabaqat suara tinggi
Mempunyai unsur-unsur tenang tetapi tegas
Mempunyai unsur-unsur rangsangan dan galakan

Peranan Tarannum Husaini
Untuk memantapkan persembahan tarannum
Dapat merangsang tarannum berikutnya
Menghangatkan persembahan
Memantapkan lafaz huruf-huruf, kalimah dan ayat-ayat al-Quran
Melahirkan kemukjizatan al-Quran dari sudut bacaan


Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 16

Tarannum-Tarannum Yang Sesuai Selepasnya
Jika berlaku ketegangan pada persembahan ia sesuai digandingkan dengan
Tarannum Kurdi dan Nahawand.
Jika berlaku kelemahan pada persembahan ia sesuai digandingkan dengan
Tarannum Shoba, Hijaz atau Ajam


3. TARANNUM KURDI

Latar Belakang Tarannum Kurdi
Kurdi adalah nama bagi satu rumpun Arab yang menetap di Asia Tengah antara Turki
dengan Iraq. Menurut istilah, Tarannum Kurdi adalah sejenis alunan tarannum yang
dipopularkan oleh pakar-pakar tarannum berketurunan Kurdisy mengikut budaya mereka
sendiri. Tarannum ini telah mengalami proses ubahsuai oleh pakar-pakar tarannum Mesir
dan diterima pakai oleh para qari dari seluruh pelusuk dunia Islam. Namun kini ia agak
kurang dihayati.

Sifat-sifat Tarannum Kurdi
Mempunyai pergerakan yang tegas dan berkesan
Bergaya lincah ketika menaik dan menurun
Sesuai dengan tabaqat suara sederhana
Sesuai dijadikan sebagai tarannum penutup

Peranan-peranan Tarannum Kurdi
Untuk meyakinkan persembahan
Untuk meredakan ketegangan persembahan
Untuk memberi laluan kepada harakat sederhana
Untuk membawa kefasihan dalam melafazkan al-Quran
Untuk melahirkan kemukjizatan al-Quran dari sudut bacaan

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 17

Tarannum yang sesuai digandingkan selepasnya
Jika berlaku ketegangan pada persembahan maka ia sesuai diwasalkan dengan
Tarannum Nahawand dan Bayyati
Jika berlaku kelemahan pada persembahan maka ia sesuai diwasalkan dengan
Tarannum Shoba, Ajam atau Husaini

4. TARANNUM SHOBA

Latar Belakang Tarannum Shoba

Shoba bermaksud rindu dan menurut istilah ialah nama sejenis tarannum yang
dipopularkan oleh pakar-pakar tarannum Mesir. Sesuatu persembahan tarannum tidak
sempurna sekiranya tidak dimasukkan Tarannum Shoba. Alunannya sayu mendayu dan
sangat sinonim bagi menyampaikan maksud kesedihan dan sayu.

Sifat-sifat Tarannum Shoba
Memiliki gerak lembut yang menyentuh jiwa pembaca dan pendengar
Alunannya lembut merdu mempesonakan
Sesuai digandingkan dengan tabaqat suara sederhana
Sesuai dialunkan pada ayat-ayat berbentuk permohonan doa, rayuan dan rintihan

Peranan Tarannum Shoba
Memberi ketenangan pada persembahan
Kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar
Melahirkan kefasihan dalam melafazkan ayat-ayat al-Quran
Melahirkan kemukjizatan al-Quran dalam aspek bacaan


Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 18

Tarannum yang Sesuai Selepasnya

Jika berlaku ketegangan pada persembahan maka sesuai diwasalkan dengan
tarannum Iraqi atau Nahawand
Jika berlaku kelemahan pada persembahan maka sesuai diwasalkan dengan
tarannum Ajam dan Hijaz.


5. TARANNUM HIJAZ

Latar Belakang Tarannum Hijaz

Tarannum Hijaz lahir dari budaya hidup bumi Hijaz yang kering dan tandus serta dikelilingi
bukit bukau berbatu pejal dan padang pasir. Alunan iramanya panas kehangatan sesuai
dengan tabaqat suara sederhana. Kini tarannum Hijaz telah mengalami proses
pengubahsuaian oleh para qari Mesir yang disesuaikan dengan suasana persekitaran
Lembah Nil yang subur menghijau dan nyaman. Tarannum Hijaz bergaya lembut dan
menarik, sesuai dengan kelembutan dan keunikan bahasa al-Quran.

Sifat-Sifat Tarannum Hijaz

Memiliki gerak lembut menyentuh perasaan
Alunan iramanya lembut mempesona
Sesuai digandingkan dengan tabaqat sederhana
Sesuai dialunkan pada ayat-ayat doa, rayuan, peringatan azab dan rintihan.

Peranan Tarannum HIjaz
Memberi ketenangan pada sesuatu pesembahan
Mendatangkan kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar
Melahirkan kefasihan sebutan ayat-ayat al-Quran
Melahirkan kemukjizatan al-Quran dalami aspek bacaan
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 19

Tarannum yang sesuai selepasnya
Jika berlaku ketegangan pada persembahan maka sesuai diwasalkan dengan
Tarannum Nahawand, Rast, Kurdiy dan Ajam
Jika berlaku kelemahan pada persembahan maka sesuai diwasalkan dengan
Tarannum Sikah, Ajam dan Husaini

6. TARANNUM IRAQI

Latar Belakang Tarannum Iraqi
Tarannum Iraqi merupakan sejenis alunan yang popular di kalangan umat Islam
berkuturunan Iraq mengikut zauq budaya dan cita rasa qari-qarinya yang hampir
menyamai qari-qari Hijaz. Tarannum Iraqi telah mengalami pengubahsuaian oleh para
qari Mesir dengan mengekalkan identiti asalnya dan telah diterima pakai oleh seluruh
dunia Islam

Sifat-sifat Tarannum Iraqi

Mempunyai gerak lambat tetapi berkesan
Alunan iramanya lembut menusuk jiwa
Bergaya sederhana dan tenang
Sesuai dengan tabaqat sederhana
Sesuai dengan ayat-ayat memohon, bercerita, dialog-dialog dan sebagainya



Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 20

Peranan Tarannum Iraqi
Dapat meredakan ketegangan persembahan
Melahirkan ketenangan jiwa
Melahirkan kefasihan dalam melafazkan ayat-ayat al-Quran
Menonjolkan kemukjizatan al-Quran dari aspek pembacaan
Menyampaikan mesej-mesej al-Quran dengan berkesan

Tarannum yang sesuai selepasnya

Jika berlaku ketegangan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan Tarannum
Nahawand dan Kurdi
Jika berlaku kelemahan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan Tarannum
Shoba dan Hijaz

7. TARANNUM NAHAWAND

Latar Belakang Tarannum Nahawand

Nahawand adalah nama suatu tempat yang terletak di daerah Hamadan, Farsi. Tarannum
Nahawand sangat popular di kalangan para qurra di Nahawand mengikut zauq budaya
tempatan. Kini Tarannum Nahawand telah mengalami proses ubahsuai oleh pakar-pakar
al-Quran Mesir dengan mengekalkan identiti asalnya. Tarannum ini diterima pakai secara
meluas di seluruh dunia Islam

Sifat-sifat Tarannum Nahawand
Mempunyai gerak ringan, tenang dan berkesan
Memilki gaya lembut bersopan
Alunannya sederhana memikat hari
Sesuai bagi tabaqat suara sederhana
Sesuai diperagakan pada ayat-ayat memohon, bercerita dan sebagainya
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 21

Peranan Tarannum Nahawand
Meredakan ketegangan pada persembahan
Melahirkan ketenangan jiwa pembaca dan pendengar al-Quran
Melahirkan kefasihan sebutan ayat-ayat al-Quran
Dapat melahirkan kemukjizatan al-Quran dari aspek bacaan

Tarannum yang sesuai selepasnya
Jika berlaku ketegangan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan Tarannum
Kurdi dan Iraqi
Jika berlaku kelemahan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan Tarannum Ajam
dan Rast

8. TARANNUM RAST

Latar Belakang Tarannum Rast
Tarannum Rast berasal daripada Iran yang telah diubahsuai mengikut zauq budaya dan
lahjah Hijaz. Kini ia telah diubahsuai pula oleh pakar-pakar tarannum Mesir dengan
mengekalkan identiti asalnya dan diterima pakai di seluruh dunia Islam.

Sifat-Sifat Tarannum Rast
Memiliki gaya lembut tetapi tegas
Mempesonakan
Mempunyai ciri-ciri lincah yang menyemarakkan
Sesuai dengan mana-mana tabaqat
Sesuai dengan semua bentuk ayat al-Quran

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 22

Peranan Tarannum Rast
Merangsang persembahan
Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya
Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar
Membantu menyampaikan mesej-mesej al-Quran
Melahirkan kefasihan sebutan kalimah-kalimah al-Quran
Melahirkan kemukjizatan al-Quran dari aspek bacaan
Tarannum Yang Sesuai Selepasnya
Sekiranya ketegangan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan tarannum
Jaharkah atau Sikah
Sekiranya kelemahan persembahan ia seauai diwasalkan dengan tarannum
Husainiy.

9. TARANNUM SIKAH

Latar Belakang Tarannum Sikah
Tarannum Sikah berasal daripada Iran yang telah diubahsuai dan diterima pakai oleh qari-
qari daripada Hijaz. Tarannum ini telah dipopularkan oleh para qari di seluruh dunia Islam
mengikut lahjah Arab Hijazi. Kini ia dipopularkan lagi oleh qari-qari Mesir yang dikenali
sebagai Sikah Misri di mana bentuk alunannya lebih lembut dan bersopan.

Sifat-Sifat Tarannum Sikah
Memiliki gerak lembut meyakinkan
Gayanya lembut menusuk hati
Sesuai dengan ayat-ayat berbentuk sedih, rintihan dan rayuan
Sesuai dengan mana-mana tabaqat

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 23

Peranan Tarannum Sikah
Untuk melembutkan persembahan
Untuk memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar
Membawa kepada kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar
Dapat menambah kesenian dan ketartilan
Melahirkan kemukjizatan al-Quran dari aspek bacaan

Tarannum Yang Sesuai Selepasnya
Sekiranya berlaku ketegangan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan
Tarannum Rast atau Jiharkah
Sekiranya berlaku kelemahan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan Tarannum
Hijaz dan Husainiy

10. TARANNUM JIHARKAH

Latar Belakang Tarannum Jiharkah
Berasal dari Iran dan diterima pakai oleh para qari Hijaz dengan pengubahsuaian
mengikut zauq budaya mereka. Kini tarannum ini semakin popular di kalangan para qari
Mesir mengikut zauq budaya mereka yang agak lembut sesuai dengan kelembutan dan
keunikan al-Quran.


Sifat-Sifat Tarannum JIharkah
Mempunyai gerak ringan yang berkesan
Iramanya lembut menusuk jiwa
Alunannya tenang dan harmoni
Sesuai dengan ayat-ayat berbentuk sedih, rintihan, rayuan dan doa
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 24

Sesuai dengan tabaqat suara sederhana

Peranan Tarannum Jiharkah
Untuk mengurangkan ketegangan persembahan
Melembutkan persembahan bacaan
Melahirkan kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar
Sesuai digandingkan dengan ayat-ayat benbentuk memohon doa, rintihan, rayuan
dan kesedihan
Melahirkan kemukjizatan dan keunikan ayat-ayat al-Quran dari aspek bacaan

Tarannum Yang Sesuai Selepasnya
Sekiranya berlaku ketegangan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan
Tarannum Shoba atau Sikah
Sekiranya berlaku kelemahan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan Tarannum
Rast atau Husainiy

11. TARANNUM AJAM

Latar Belakang Tarannum Ajam
Tarannum Ajam berasal dari Iran yang diterima pakai oleh qari-qari Hijaz dengan sedikit
ubaisuai mengikut zauq budaya mereka. Kini Tarannum Ajam terus dipopularkan lagi
oleh para qari Mesir mengikut budaya mereka tanpa menghakis identiti asalnya.
Sifat-Sifat Tarannum Ajam
Mempunyai gerak lembut berkesan
Berunsur ketegasan yang meyakinkan
Memiliki kehangatan yang menyemarakkan jiwa
Sesuai dengan tabaqat suara tinggi
Sesuai dengan ayat-ayat berbentuk menyoal, perintah, tegahan, amaran dan herdik
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 25

Peranan Tarannum Ajam
Untuk menghangatkan persembahan
Untuk menyemarakkan jiwa pembaca dan pendengar
Membawa mesej-mesej al-Quran dengan jelas, berkesan dan tepat
Membawa kefasihan pada ayat-ayat al-Quran
Dapat melahirkan kemukjizatan al-Qran dari aspek bacaan
Tarannum Yang Sesuai Selepasnya
Tarannum Ajam sesuai digandingkan dengan mana-mana tarannum seair lagu
dengannya seperti Tarannum Hijaz dan Rukbiy
Sekiranya berlaku ketegangan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan
Tarannum Hijaz
Jika berlaku kelemahan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan Tarannum
Rukbiy

KATEGORI-KATEGORI TARANNUM BIL-QURAN


Di antara keunikan Tarannum Bil-Quran ialah kepelbagaian kategorinya iaitu:

Kategori Lembut :Jiharkah, Iraqi, Nahawand dan Shoba
Kategori Sederhana Lembut :Bayyatiy, Husainiy, Sikah, Usyak dan Syuri
Kategori Keras dan Tegas :Ajam, Hijaz dan Kurdiy

PERANAN HARAKAT-HARAKAT DALAM TARANNUM BIL-QURAN

Satu pertiga harakatnya untuk melendikkan persembahan
Satu pertiga harakatnya untuk menghangatkan persembahan
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 26

Satu pertiga harakatnya untuk menghangatkan lagi persembahan
(semua harakat tersebut mesti dijaga agar tidak berlaku takrir dan tidak bercampur aduk
antara satu tarannum dengan tarannum lain)


TEKNIK PENYUSUNAN TARANNUM BIL QURAN YANG BERKESAN

Tentukan jenis tarannum yang akan dipersembahkan

Sesuaikan tarannum yang dipilih dengan ayat-ayat yang dibaca

Cermat ketika menukar tarannum yang dipilih

Susunan tarannum hendaklah dilakukan dengan cermat, bertambah hangat
dan memiliki ciri-ciri istimewa




TEKNIK-TEKNIK BAGI MEMANTAP DAN MENGHANGATKAN PERSEMBAHAN
TARANNUM BIL-QURAN

Bagi memantapkan dan menghangatkan persembahan tarannum beberapa teknik yang
sesuai diaplikasikan adalah seperti berikut:

Menggunakan suara tinggi, lantang dan tajam
Menggunakan rentak atau jalan tarannum yang menarik dan canggih
Penggunaan Burdah yang menarik.
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 27

Penggunaan Ikhtilal Lahn yang baik
Gabungan Salalim Nuzul dan Salalim Suud yang sesuai.

CIRI-CIRI ISTIMEWA PERSEMBAHAN TARANNUM BIL QURAN


Setiap tarannum yang melebihi empat harakat yang menarik

Setiap persembahan yang melebihi tiga jenis tarannum yang sesuai lagi menarik

Setiap tarannum yang dialunkan mengikut lahjah Arab

Setiap harakat tarannum diberi penyesuaian dengan maksud ayat yang dibaca

Setiap tarannum yang menggunakan empat tabaqat suara yang sempurna dan
selesa

Setiap harakat mempunyai Burdah yang menarik

Setiap harakat mempunyai Washlah al-Mumasalah

Setiap harakat mempunyai Ikhtilal Lahn

Setiap harakat mempunyai Salalim Nuzul dan Salalim Suud






Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 28

BEBERAPA ISTILAH PENTING DALAM TARANNUM BIL-QURAN


1. Qitah
Pengertiannya: Qitah ialah suatu rentak atau gerak tarannum yang paling pendek tanpa
mahattah tertentu
Bentuknya:
Qitah yang diwaqafkan mengikut kehendak kalimah atau ayat
Qitah yang diwasalkan kepada beberapa kalimah atau ayat sehingga kepada
mahattahnya yang sempurna
Peranannya:
Sebagai daya penggerak bagi bacaan
Menjadi penghidup bacaan
Membawa kepada penekanan jiwa yang meyakinkan
Memberi penyesuaian kepada kalimah atau ayat yang dibaca
Memberi keselesaan kepada pembaca al-Quran

2. Mahattah
Pengertiannya: Mahattah ialah suatu bentuk gaya penghujung kepada suatu alunan
tarannum.
Peranannya: Mahattah berperanan untuk menyempurnakan setiap harakat tarannum.
3. Burdah
Pengertiannya: Burdah ialah bunga-bunga lagu atau renik-renik suara semasa
bertarannum.
Peranannya: Burdah akan melahirkan keindahan dan keunikan seni suara tarannum.
Burdah terbahagi kepada dua jenis iaitu:
Burdah Asli: getaran/bunga/renik suara semula jadi
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 29

Burdah Shuna-iy: getaran/bunga/renik suara yang digubah dan disusun mengikut
kesesuaian dan keselesaan irama tarannum.

Peranan Burdah ialah:

Menjadi daya penarik kepada persembahan tarannum
Sebagai daya penggerak bacaan
Menjadi penghias bacaan yang berseni
Menjadi perangsang dan semangat kepada pembaca dan pendengar

4. Wushlah Mumasalah
Pengertiannya: kombinasi atau gandingan dua atau lebih irama tarannum yang berlainan
atau suatu teknik memindahkan dua atau lebih harakat tarannum yang berbeza dalam
satu persembahan.
Peranan Wushlah Mumasalah ialah:
Menambahkan lagi keunikan dan keindahan sesuatu harakat tarannum
Untuk menghidupkan semula mana-mana harakat yang lemah atau kaku

5. Salalim
Pengertiannya: suatu gaya kawalan suara untuk mengindahkan suatu persembahan
bacaan al-Quran
Salalim terbahagi kepada dua iaitu:
Salalim Nuzul: iaitu gaya menurunkan tabaqat suara bacaan sedikit demi sedikit
Salalim Shuud iaitu: gaya menaikkan tabaqat suara bacaan sedikit demi sedikit.
Peranan Salalim ialah:
Untuk melahirkan keindahan seni tarannum al-Quran
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 30

Dapat melahirkan kemukjizatan al-Quran dalam aspek bacaan
Supaya mesej-mesej sesuatu ayat al-Quran dapat disampaikan kepada pendengar
dengan tepat dan berkesan.

6. Ikhtilal Lahn
Pengertiannya: suatu gaya sengaja menyumbangkan suara tanpa mencacatkan bacaan
mengikut irama dan tabaqat tertentu
Peranannya ialah:
Menjadi daya tarikan pendengar bagi sesuatu persembahan tarannum
Bagi melahirkan variasi persembahan tarannum
Untuk melahirkan kesyahduan bacaan al-Quran

7. Tabaqat Suara
Pengertiannya: pemeringkatan suara bacaan yang digubah dan dibawa oleh kehendak
sesuatu persembahan tarannum
Tingkatan Tabaqat:Suara
Tabaqat rendah : suara dada
Tabaqat sederhana : suara rongga mulut/tekak
Tabaqat tinggi : suara rongga hidung (khaisyum)
Tabaqat tertinggi : suara rongga otak


Peranan Tabaqat Suara:
Memberi tenaga peningkatan suara kepada sesuatu persembahan bacaan
Dapat menentukan harakat yang tepat sesuai dengan sesuatu tarannum
Melahrkan penekanan bacaan yang sesuai dengan sesuatu ayat yang dibaca.

8. Harakat
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 31

Pengertiannya: peningkatan tabaqat suara bacaan badi sesuatu persembahan bacaan al-
Quran
Harakat-harakat suara:
Qarar : suara dada bagi permulaan persembahan
Jawab : suara tekak bagi merangsang kehangatan persembahan
Jawabul Jawab : suara tekak yang paling tinggi dalam sesuatu persembahan

9. Tawasyih
Pengertiannya: alunan irama sesuatu tarannum berbentuk bait-bait syair Arab dan nasyid-
nasyid.
Peranan Tawasyih:
Sebagai pembayang sesuatu irama tarannum
Memudahkan qari dan qari-ah mengingati alunan irama sesuatu tarannum


CIRI-CIRI SUATU PERSEMBAHAN TARANNUM BIL-QURAN YANG SEMPURNA


Sesuatu persembahan tarannum yang sempurna perlu memenuhi kriteria berikut:

Bacaan yang teliti dan tertib
Memelihara semua hukum tajwid
Fasih dalam melafazkan setiap kalimah al-Quran
Sebutan setiap kalimah berlahjah Arab
Susunan dan kombinasi tarannum yang sesuai dengan maksud ayat
Suara lunak, lembut dan lunak
Suara licin, tidak tersekat-sekat dan serak berpanjangan
Mengaplikasi teknik-teknik tarannum yang unik dan istimewa


Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 32



TEKNIK MEMELIHARA SUARA SUPAYA SENTIASA BERKUALITI TINGGI


Elakkan minuman sejuk (ais krim, ABC dll)
Elakkan makanan berlemak dan berminyak
Kurangkan pedas
Elakkan berada di tempat yang panas terik
Untuk mendapatkan suara yang lantang dan tajam sentiasalah mengeluarkan suara
yang nyaring di dalam air atau semasa hujan lebat, menyelam di dalam air sambil
menjerit sekuat hati
Banyak minum air masak atau air suam.
Hindarkan merokok
Amalkan banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Elakkan minum air sambil makan kerana akan menjejaskan kestabilan pernafasan
semasa membaca al-Quran

TEKNIK MENJADIKAN NAFAS PANJANG

Baca ayat-ayat yang panjang secara satu nafas berulang kali
Amalkan menyelam di dalam air
Membaca ayat-ayat yang panjang sambil berlari atau berjoging
Amalkan bersenam
Elakkan makan sambil minum
Elakkan makan dan minum terlalu kenyang
Elakkan tidur selepas makan
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 33

Amalkan bersenam dan riadhah











Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 34


CONTOH
MODUL-MODUL TARANNUM
BIL-QURAN













Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 35

MODUL 1


El4^OU4*OEC ^}4N E^- W
~ NE^- *. OcO-4 W W
-OE> -.- W-O)U;4 =-O
:gLuO4 W
W-ONOgC4 -.- N.Oc4O4
p) +L7 4-gLg`uG`
E^^) ]ONLg`u^- 4g~-.-
-O) 4OgO +.- ;eU_4
gOU~
-O)4 ;e4O)U> jgOU4N
+O+-4C-47 g^E1-Ee 4LEC)
g^E1-Ee 4LEC)
_)_)4OO>4N4 4pOU-4O4-4C





-g~-.- ]OONC E_OUO-
Og`4 _4L^~Ee4O 4pOgLNC
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 36

Elj^q N- 4pONLg`u^-
EEO _
+= 7eE_4OE1 E4gN )_)4O
E4Og^4`4 -^ejO4 _C@O
.EE ElE_4Ou= ElG4O }g`
Elg-uO4 --E^)
Ep)4 LC@O =}g)` 4-gLg`u^-
4pO-@O















El4^O7gO_7 O) --E^-
Eu4 4` 4E-4l> E^^WE
4pO~=O+C O) VOE^- -4
4E^^WE 4pO~=O+C O)
VOE^- -4 pNOOL4C
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 37

^O)4 N7g4C +.- OEu)
u-4-Ej*.-C- OgE+ 7
]14O>4
Ep]14O>4 4OOEN g-O
gOOO=- C]O7> 7
C@ONC4 +.- p E-g47 E-E^-
gOg-E)U) E7C^4C4 4O)-E1
4jOg^-




E-N1g E-E^- gClNC4
gC4l^- O4 E@OE
]ON`@O;^-
^O) 4pO1O4-O 7+4O
=E4c : O)E+ 7OgN`
=E4c : O)E+ 7OgN`
l-^) =}g)` gOj^UE^-
--gg1O ^_










Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 38








MODUL2


4`4 N-EE_ +.- ) O4O;=+
E'E;C4g4 gO) 7+OU~ _
4`4 +O^EL- ) ;}g` g4gN *.-
_
]) -.- NOCjG4N v1EO
^O) N71g]=4NC "EEOL-
LO4L4` +Ou4g)` Nj)O46NC4 7^OU4
=}g)` g7.EOO- w7.4`
74O)-_CNOg gO) =Ug-'ONC4
7L4N 4O;_jO ^}C^OO=-
EO)uO=Og4 _O>4N :)OU~
=e)Ol1NC4 gO) 4-E^~-


Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 39

^O) /^ONC ElG4O O)
gOj^UE^- O)E+ 7E4`
W-O+-)O1O)E+ 7E4`
-g~-.- W-ONL4`-47 _
O^qEc O) OU~ -g~-.-
W-NOEE =U;NOO-
W-O+)O;g -O -E4;N-
W-O+)O;g-4W-O+)O;g
-O -E4;N- gu+g` E
p4L4
CgO _^^) W-Oe~.E- -.-
N.Oc4O4 _
}4`4 -g~4=+C -.- N.Oc4O4
]) -.- CgE- g^-





:gO +O~7O ]4
=}C@OgUg =-EO4N jOEL-
E_GC^4C =}Cg~-.- W-EONL4`-47
-O) O+-1 4g~-.- W-NOEE
L;OEe
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 40

-O) O+-1 4g~-.- W-NOEE
L;OEe E N-Oe4O>
4O4u1-
}4`4 )_g4ONC lOj4`O4C
+4O+1 ) +@OE4-N`
) +@OE4-N` 4-g u
-O)OE4-N` _) lO4Og ;
47.4 U_4) ;g)` *.-
+O.44`4 NE4E_E_ W w^-)4
+OOO^-







U -OU+^> ;4 -.-
_U4-~ _
4`4 =e^O4`4O ^O) =e^O4`4O ;4
-.- _O4-4O _
4Oj>lN1g4 --gLg`u^- +OuLg`
7E4 L=OEO _
]) -.- 77OgEc _1)U4





Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 41







;4 E4uO>-47 =}E^7
OE'g4^- p O7;-- *. _
}4`4 O:;=4C E^^) NO7;=EC
gOO^4Lg W
}4`4 4OEE Ep) -.- /j_EN
/OgEO
^O)4 4~ }E^7 gOgL]
4O-4 +OOg4C
O/E_+:4C4O-4 +OOg4C ')O;
*.) W
]) EuO]- vUO _1g4N
4L^1O44 =}=Oee"-
gOuCEg4O) +OuU4EO +OG`q
+OuU4EO +OG`q Lu-4 _O>4N
}u-4 +OU=g4 O) u-4`~4



Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 42


+OU=g4 O) u-4`~4 p
O:;-- Oj EluCEg4O)4 O)
+OOE^-
p)4 C-EE_E_ -O>4N p
CjO;= O). 4` "^1 El gO)
EUg E E_ugC> W
E_:gO=4 O) 4Ou^O-
+NOu4` W ;7)lE>-4 O):Ec ;}4`
=4^ O) _ O
+OU=g4 O) u-4`~4 O)
7N_O4` :N)O4^q E)
+L7 4pOUEu> ^) O/E_+:4C
.OgE+) p) l> 4u1g` lO*:EO
;}g)` E1OE= }74 O) E4OuC= u
O) g4OEOO- u O) ^O-
g4C Ogj +.- _ Ep) -.- 7-OgC
OO)lE= ^g O/E_+:4C g~
E_OUO- ON`4
NOuE^) 4Ou^-4 ^}4N
@OL^- uO;-4 _O>4N .4`
El4= W Ep) ElgO ;}g` ^uO4N
jOON`1- ^_ 4 Og)=> CO
+EELUg 4 +;> O) ^O-
O4O4` W Ep) -.- OUg47 E7
4^C` OONC ^g ;^~-4 O)
CjO;=4` ;*_^N-4 }g` Elg>O= _
Ep) 4O^ g4O;- O=
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 43

)OOgO4^- ^_ W-u4O>
Ep -.- 4OOCEc 7 E` O)
g4OEOO- 4`4 O) ^O-
Eu4lc4 7^OU4 +OEEg^
LE4O)_ LO4LgC44 =}g`4
+EEL- }4` NgO_7 ) *.-
)OO4) Ug 4 O1- 4 U4-g
OOgLG` ^g -O)4 1g~ N_
W-ON)l4>- .4` 44O^ +.-
W-O7~ 4 7)l44^ 4` 4^;E}4
gO^OU4N .4^47.4-47 _ O4
4p~ }C^OO=- -ONN;4C _O)
-EO4N )OOgOO- ^g }4`4
)UO+C +OE_;_4 O) *.-
4O-4 E}O^4` g El=O;4-c-
jE4ON^) _O^+O^-
O)4 *.- O4l4N jOON`1-
^gg





Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 44



^O) 7+7.E_ }g)` 7g~O ;}g`4
Ec 7Lg` ^O)4 geEN-Ee
NO=- ge4U44
COU^- 4O_E4E^-
4pOOLO>4 *.) 4^ONLe-
^
4O4C CU^U> _-ON_N O)
jOEL- 4pO7O4C .4LE^OU4C
E4uC -.- 4LuC4
OcO- ^gg W-O7~4
.E4+4O .^^) 4LuC
4L>E1Ec 4^47.-4OE74
4^OwU= _EO):OO- ^g_





Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 45






MODUL 3


Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 46






MODUL 4





MODUL5


Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 47




MODUL6




MODUL 7
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 48






MODUL 8


Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

m.s 49



MODUL 9



MODUL 10

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS



m.s 50



MODUL 1

You might also like