You are on page 1of 6

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL.

8)

Nampak macam sama, tapi makna beza

Bau: sesuatu yang tercium oleh hidung (spt wangi, hangir, dll).

Baur: campur Berbaur: 1. beraduk, bercampur; 2. Bergaul; 3. mempunyai unsur. Blok: 1. gabungan (negara, parti, dll) yang sama kepentingannya; 2. bongkah kayu, logam atau bahan lain yang mempunyai reka bentuk timbul terguris, atau terukir, digunakan untuk mencetak atau mengecap kulit buku dll; 3. deretan beberapa buah rumah. Belut: ikan yang panjang (spt ular) dan licin.

Belok: kelok, liku, bengkok, tidak lurus. Membelok: menukar arah, memusing.

Belot: 1. berpihak kepada musuh (menderhaka); 2. berlaku tidak setia ( tidak jujur), berpaling hati. Bena: 1. ombak, air bah; 2. endah, hirau, peduli.

Bina: bangunan 1. seni atau ilmu merancang, mereka bentuk, dan membina bangunan; 2. gaya sesuatu bangunan direka bentuk dan dibina, terutamanya pada zaman atau tempat tertentu. Buruh: orang yang bekerja untuk mencari makan, pekerja.

Boroh: 1. jaminan, barang tanggungan (hutang dll); 2. penanggung, penjamin.

Cocok: 1. sesuai benar, kena benar, sepadan; 2. setuju, bersefahaman, sepakat; 3. sama benar, tidak berbeza; 4. tepat, betul; 5. setuju di hati, suka; 6. serasi.

Cucuk: 1. sesuatu yang tajam yang digunakan untuk menusuk dll (spt jarum, cuban, penyemat, dll); 2. penjodoh bilangan untuk barang yang ditusuk dengan lidi; 3. suntik ( untuk memasukkan ubat ke dalam badan). Culik: 1. culik-culik, sejenis burung yang keluar pada waktu malam. Culik: 1. sl sj hantu yang mencuri kanak-kanak; 2. =penculik a) orang yang mencuri (melarikan) kanakkanak; b) orang yang mencuri (menangkap) orang untuk dilarikan (dibunuh, diminta wang bagi menebusnya, dll. Menculik mencuri (melarikan) kanakkanak atau orang dewasa (untuk dibunuh, diminta wang tebusannya, dll). Penculikan: perihal atau perbuatan menculik.

Colek: I secolek 1. sebanyak yang disentuh (diambil, dicalit) dengan hujung jari ;2. sedikit sangat, sececah. Mencolek 1. menyentuh (mengambil, mencalit dll) dengan hujung jari; 2. mencecah kuah (manisan dll); 3. mencungkil dengan hujung jari (bilah dll) untuk mengeluarkan atau mengambil sesuatu ; 4. menggores (memantik) dengan bilah gores api dll; 5. menyentuh (menggamit) dengan hujung jari. Colek: II mencolek menghasut, menaikkan darah, menimbulkan kemarahan. Colek III 1. buah-buahan yang dicecah dengan pencecah; 2. sambal yang cair untuk dicecah dengan buah-buahan, keropok dll. Delima: 1. sejenis tumbuhan (pokok renek); 2. batu delima, sejenis permata berwarna merah muda.

Dilema: keadaan yang menyebabkan sukarnya membuat pilihan antara dua alternatif (benda, orang, situasi dll) atau lebih, dalam keadaan serba salah. Gulungan: lipatan berbentuk bulat torak.

Golongan: kumpulan, kelompok.

Hemah: budi pekerti yang mulia.

Hemat: 1. tidak boros atau membazir (dalam membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu) cermat, jimat ; 2. dengan penuh perhatian (minat dll), dengan teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berwas-was, beringatingat,berjaga-jaga; 3. pemerhatian, pengamatan. Berhemat: 1. berjimat, bercermat; 2. berhati-hati, teliti.

Jenjang: I tangga, menaiki jenjang pelamin, melangsungkan perkahwinan. Berjenjang, berjenjang-jenjang bertangga, bertingkat-tingkat. Jenjang: II panjang (leher dll). Kelok: liku, selekoh (jalan).

Jinjang 1. = jinjangan (sastera lama) ketua (hantu dll); 2. badan yang dimasuki hantu; 3. pawang yang menguasai hantu ; 4. orang yang mengiringi utusan raja.

Keluk: 1. lengkung ; 2. garis yang melengkung bentuknya (dalam graf, rajah, dll). Kerenah: ragam, tingkah laku, kemahuan. Lancung: 1. tidak tulen (barangbarang dll), palsu; 2. tidak jujur, tidak sebenar-benarnya, curang. Melancung, melancungkan membuat palsu atau tidak benar, menipu. Lancungan (barang-barang) tiruan atau palsu.

Karenah: alamat, bukti, tanda.

Lancong: melancong melawat sambil melihat-lihat (bersenang-senang). Pelancongan: 1. perihal pelancongan; 2. perihal orang melancong dan perkhidmatan yang berkaitan dengannya. Pelancong: orang yang melancong.

Kelancungan keadaan yang tidak tulen (betul, jujur dll), kepalsuan. Lancung: (rumput). Lengkong: 1. agar-agar ; 2. cincau. Lengkong: pantai yang berkeluk, teluk. sejenis tumbuhan

Lengkung: I lengkok, kelok, berkelok atau berlengkok. Melengkung, terlengkung berkelok spt bahagian daripada sesuatu bulatan, membengkok. Lengkung: II bunyi benda keras dipalu, dengkung.

Lingkung: 1. lilit, keliling, pusing keliling; 2. gulung, gelung. Lingkungan: 1. sempadan (garisan dll) yang mengelilingi sesuatu, bulatan, lingkaran; 2. semua yang terlingkung dalam suatu kawasan. Lewat: 1. lalu, berjalan (di samping, di hadapan, dekat); 2. lampau, habis, selesai ; 3. lanjut lebih (daripada yang patut dll), larut; 4. sesudah waktunya, melampaui waktunya, lambat; 5. melalui, menerusi. Mampan: mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb) TIDAK ADA DALAM KAMUS DEWAN EDISI KETIGA Pedalaman: daerah yang jauh dari pantai (yang terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu. Liwat: persetubuhan antara lelaki dengan lelaki, homoseks.

Mapan: 1.tidak berubah-ubah (sudah diterima umum); 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali,dsb). Pendalaman: perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan.

Pojok: 1. penjuru, pelosok, sudut; 2. ruangan dalam akhbar dll yang memuatkan kata-kata lucu tetapi pedas serta menyindir. Rasmi: disahkan oleh kerajaan atau yang berkuasa, (yang) diisytiharkan (ditentukan, disahkan) oleh kerajaan atau jabatan dll. Selok: selok-belok 1.perhubungan atau pertalian antara satu sama lain, kaitan, sangkut-paut; 2. sesuatu yang ada hubungannya dengan yang lain, hal yang berkaitan dengan sesuatu; 3. hal yang berselit-belit (berliku-liku). Seloroh: 1. menggelikan hati, lucu; 2. gurau senda, kelakar, lawak, lelucon, olok-olok. Senget: tinggi sebelah ( letak atau duduk sesuatu benda), condong, miring, sendeng.

Pujuk: pujukan kata-kata yang sangat menarik untuk memikat hati.

Resmi: sifat semula jadi, sifat khas (benda, adat, perangai, tabiat).

Seluk: seluk saku, perbuatan merogoh. Menyeluk 1. memasukkan tangan ke dalam lubang (saku dll); 2. belit, lilit, keluk ; 3. sejenis tumbuhan.

Seluruh: segenap, seantero, semuanya (dianggap satu). Sengit: I 1. bau yang hangit. Sengit: II 1. keras dan menyakitkan (perkataan); 2. hebat atau hangat (perkelahian, pertempuran, perdebatan; 3. bengis (perbuatan, muka dll). Taksir: I tidak mengendahkan (pekerjaan dll) kurang ingat, alpa, lalai. Taksir: II kira, hitung, nilaian Tekat: sujian, sulaman. Bertekat: dihiasi dengan tekat, menyuji, menyulam.

Tafsir: 1. keterangan dan penjelasan berkenaan dengan ayat-ayat Quran (kitab suci); 2. =tafsiran keterangan dan penjelasan (maksud ayat dll) kupasan, ulasan. Tekad: kemahuan yang bersungguhsungguh (untuk mencapai sesuatu), kepercayaan yang bersungguhsungguh, kebulatan hati. Bertekad: bermaksud, berazam, berniat.

Telor: tidak dapat mengucapkan kata- Telur: benda yang mengandungi kata dengan sebutan yang betul, lembaga anak (berkenaan beberapa pelat. jenis binatang seperti unggas, serangga, ikan, reptilia, dll) yang umumnya bersalutkan kulit yang keras. Tembok: 1. dinding yang dibuat daripada batu bata dll, benteng daripada batu dll; 2. tambak yang dibina daripada batu bata dll; 3. kiasan, sesuatu yang memisahkan atau mengasingkan. Tempoh: I 1. waktu, masa; 2. pada masa, pada ketika, pada saat; 3. kesempatan (untuk berbuat sesuatu) peluang; 4. pengunduran waktu, penundaan; 5. batas waktu yang tertentu, janji (waktu yang dijanjikan); 6. jangka masa yang tertentu (berlakunya sesuatu). Tempoh II 1. berhenti dari melakukan sesuatu (bekerja dll) tidak bekerja lagi; 2. beristirahat, berehat, mengaso; 3. tidak hadir bekerja, (bersekolah dll). Tonton: menonton menengok (pertunjukan, wayang gambar, dll). Tuntun: bertuntun ditarik (pada tangan) ketika berjalan, berpimpin. Menuntun: menolong orang lain berjalan dengan memegang tangannya, memimpin.
Disediakan oleh: DATO ADILAH SHEK OMAR Pengarah Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak Rujukan: Kamus Dewan Tarikh: 11 Januari 2010

Tembuk: I 1. berlubang (kain, kertas dll), tembus; 2. berongga atau berlubang (gigi, batu dll). Tembuk: II tembuk tebing - sejenis ikan darat. Tempuh: bertempuh-tempuh, tempuh-menempuh (mengikut sastera lama) langgar-melanggar (orang berperang dll) serang-menyerang, serbu-menyerbu.

You might also like