You are on page 1of 11

Bahasa Melayu Akademik 1

DIFTONG
ABD RAJI BIN ABD HALIM JABATAN PENGAJIAN MELAYU INSTITUT PERGURUAN GAYA

Bahasa Melayu Akademik 1

Definisi Diftong
o Arbak Othman (1981), menyatakan bahawa diftong ialah rentetan dua vokal yang mengandungi satu punca kelantangan yang tatkala menghasilkannya tidak ada hentian sebentar atau hiatus yang memisahkan keduadua vokal binaanya. o Dalam Bahasa Melayu hanya terdapat tiga diftong yang terdiri daripada ay, aw dan oy. Dalam otografi Bahasa Melayu, diftong ini dilambangkan sebagai [ai], [au] dan [oi].

Bahasa Melayu Akademik 1

Diftong Bahasa Melayu


o Diftong dianggap sebagai satu suku kata dan dilambangkan oleh dua lambang vokal. o Diftong mempunyai puncak kelantangan, iaitu pada vokal yang pertama lebih nyaring, lebih panjang dan lebih tekanannya daripada bunyi vokal yang kedua. o Diftong juga bertindak sebagai satu fonem.

Bahasa Melayu Akademik 1

Penyebaran Fonen Diftong


Diftong [ai] [au] Awal aiskrim aising aurat auto oidium Tengah ghairah trailer daulat tauliah boikot Akhir pandai keldai kalau pulau amboi kaloi

[oi]

Bahasa Melayu Akademik 1

Cara Menghasilkan Diftong Diftong [au]


o Keadaan bibir daripada hampar ke bundar. o Hujung lidah hampir kena kepada gigi bawah. o Depan lidah pada kedudukan sebelum membunyikan vokal depan rendah [a]. o Lidah secara cepat digelunsurkan ke arah cara membunyikan vokal belakang tinggi [u] dengan belakang lidah melengkung ke arah lelangit keras.

Bahasa Melayu Akademik 1

o Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. o Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. o Pita suara digetarkan. o Bunyi yang dihasilkan ialah diftong [au] seperti pada perkataan:
Awal Tengah Akhir

aurat audit

saudara tauliah

harimau pukau

Bahasa Melayu Akademik 1

Diftong [oi]
o Keadaan bibir daripada hampar ke bundar. o Belakang lidah pada kedudukan sebelum membunyikan vokal belakang separuh tinggi [o]. o Lidah secara cepat digelunsurkan ke arah cara membunyikan vokal depan tinggi [i] dengan depan lidah dinaikkan ke arah lelangit keras, rendah sedikit daripada cara membunyikan vokal [i]

Bahasa Melayu Akademik 1

o Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. o Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. o Pita suara digetarkan. o Bunyi yang dihasilkan ialah diftong [oi] seperti pada perkataan:
Awal Tengah Akhir

baikot -

amboi sepoi

Bahasa Melayu Akademik 1

Diftong [ai]
o Keadaan bibir agak terhampar. o Hujung lidah terkena gigi bawah. o Depan lidah pada kedudukan seperti membunyikan vokal depan rendah [a]. o Lidah secara cepat digelunsurkan ke arah cara membunyikan vokal depan tinggi [i]. o Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.

Bahasa Melayu Akademik 1

o Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. o Pita suara digetarkan. o Bunyi yang dihasilkan ialah diftong [ai] seperti pada perkataan:
Awal Tengah Akhir

aising aidilfitri -

hairan khairat haiwan

pandai pakai -

Bahasa Melayu Akademik 1

SEKIAN SELAMAT BELAJAR

You might also like