You are on page 1of 2

Institusi Pendidikan di Minangkabau : Surau Burhan al-Din (1642-92) merupakan satu watak yang memainkan peranan penting dalam

membangunkan sistem pendidikan di Minangkabau. Burhan al-Din telah mengusahakan pendidikan di Minangkabau dengan membina institusi pendidikan di kampung halamannya di Ulakan, Minangkabau, setelah sahaja menamatkan pengajiannya dengan gurunya Sheikh Abd al-Rauf al-Sinkili di Acheh. Institusi pendidikan yang dibina oleh beliau dinamakan sebagai surau. Perkataan surau secara umumnya merujuk kepada masjid kecil yang tidak sahaja menjadi pusat pendidikan dan ibadat, malah juga digunakan sebagai tapak pelbagai aktiviti keagamaan. Di Minangkabau, surau sebagai pusat pendidikan mempunyai keadaan yang hampir sama dengan pondok di Semenanjung Malaysia dan pesantren di Jawa. Secara umumnya, terdapat 2 jenis surau iaitu surau kecil dan surau besar. Surau kecil biasanya mengandungi lebih kurang 20 pelajar sehingga 80 pelajar. Surai kecil mempunyai ciri-ciri yang sama dengan surau mengaji iaitu tempat mengaji dan mempelajari al-Quran. Kebiasaannya, surau kecil mempunyai seorang guru yang berfungsi sebagai seorang imam yang juga dikenali sebagai ketua sembahyang. Surau besar biasanya mengandungi lebih kurang 100 pelajar sehingga 1000 pelajar. Perkataan surau sederhana akan digunakan apabila jumlah orang pelajar adalah antara 80 orang sehingga 100 orang. Surau sederhana dan surau besar boleh dikatakan dibina untuk dijadikan sebagai tempat untuk pendidikan keagamaan. Surau besar yang dibina dan dibangunkan oleh Tuanku (Sheikh) akan menarik ratusan malah ribuan pelajar. Guru-guru yang mengajar di surau sederhana atau surau besar biasanya tinggal di salah satu bahagian surau manakala pelajar-pelajar akan membina pondok di sekeliling kawasan surau tersebut. Ketua bagi organisasi surau atau guru utamanya ialah Tuanku Sheikh. Tuanku Sheikh biasanya dibantu oleh timbalannya yang biasanya anak atau menantunya. Di bawahnya, terdiri daripada guru yang sebahagiannya terdiri daripada pelajar yang senior yang telah memiliki tahap keilmuan pendidikan yang baik sertaa berpengalaman.

Tuanku Sheikh biasanya mengajar pelajar-pelajar yang lebih tinggi seperti pelajar senior, sebaliknya guru akan mengajar pelajar di peringkat rendah atau di peringkat pertengahan. Perkataan murid digunakan untuk melambangkan pelajar-pelajar yang menuntut di surau. Tuanku Sheikh merupakan watak yang paling penting di surau sendiri kerana Sheikh menjadi simbol kepada surau itu sendiri dankedudukan tinggi surau adalah bergantung kepada karisma dan keilmuan sheikh surau tersebut.

Carta organisasi Surau :

Tuanku Sheikh dibantu oleh timbalan

guru murid

pelajar senior

You might also like