You are on page 1of 2

Institusi Pendidikan di Tanah Melayu : Pondok, Madrasah, dan Rumah Guru PONDOK Sistem pendidikan di Tanah Melyu biasanya

dijalankan melaui sekolah pondok dan pengajian madrasah. Pengajian pondok biasanya bergantung secara penuh kepada kebolehan dan karisma seorang guru atau ulama. Di Terengganu, dipercayai bahawa pengajian pondok ini diasaskan oleh Syeikh Abdul Malik. Pendidikan pondok ini meliputi ilmu keagamaan dan sejarah. Podok-pondok memberi penekanan ilmu

agama seperti fikah, al-Quran, nahu dan hadis Nabi. Pelajar-pelajar yang mendapat kelulusan pondok dapat melanjutkan pelajaran kr Arab Timur terutama Mekah. MADRASAH Sistem madrasah ini lebih sistematik dan lebih formal berbanding kepada system pondok. Dalam sistem tersebut, mata pelajaran Islam tidak tertumpu kepada soal ibdat tetapi lebih menyeluruh dengan memasukkan mata pelajaran lain seprti ilmu hisab, ilmu alam dan lain-lain. Madrasah yang terawal didirikan adalah Madrasah al- Maisriyah, Bukit Mertajam di Seberang Prai. Sistem tersebut menawarkan system pelajaran yang lebilh teratur dan bangunan yang lebih baik. RUMAH GURU Pendidikan Islam juga dijalankan di rumah-rumah guru. Kebanyakan rumah guru ini terdiri daripada rumah ulama yang kebanyak datang dari Arab, Pasai dan India. Kanak-kanak akan hantar ke rumah guru untuk belajar al-Quran dan juga kitab-kitab usul Fekah, hikayat dan lain-lain. Pengajaran di rumah guru juga ditawarkan kepada golongan dewasa yang ingin mendalami ilmu yang pernah dipelajari dengan lebih mendalam.

KITAB KUNING(KITAB JAWI) Kitab bermaksud buku dan jawi bermakna orang dari Jawa kerana orang Arab mentakrifkan penduduk di Alam Melayu mempunyai asal-usul dengan Pulau Jawa. Huruf Arab lebih dikenali sebagai tulisan jawi di Tanah Melayu. Kitab ini lebih dikenali sebagai buku yang berkaitan dengan ilmu keagamaan. Kitab ini ditulis tangan dan disalin oleh para pelajar. Kitab Jawi juga dikenali sebagai kitab kuning kerana kertas buku ini berwarna kuning. Penulis kitab ini terdiri daripada ulama tempatan dengan menggunakan bahasa Melayu yang ditulis dengan huruf jawi atau huruf arab. Antara tokoh penting yang menulis litab ini ialah Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Sumatrani, Sheikh Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf al-Singkili dan lain-lain.

You might also like