You are on page 1of 3

Institusi Pendidikan di Acheh : Meunasah, Rangkang, Dayah, dan Jamiah i.

Meunasah1

Di Acheh, system pendidikan mempunyai beberapa tingkatan. Tingkatan pertama atau pendidkan asas bermula di meunasah atau madrasah. Ia didirikan di setiap kampong atau desa. Kedudukannya lebih kurang sama dengan sekolah kebangsaan di Malaysia, Murid diajar menulis dan membaca huruf Arab. Membaca al-Quran,cara beribadah, akhlak, kisah daripada sejarah Islam, Rukun Iman dan syair-syair riwayat Nabi. Buku pelajaran dalam Bahasa Melayu seperti kitab Perukunan dan risalah Masailah Muhtaddin.

ii.

Rangkang

Selepas menamatkan pengajian di madrasah, mereka meneruskan pelajaran di rangkang. Di sini, mereka mempelajari Bahasa Arab, Ilmu Tauhid, Ilmu Tasawuf, Sejarah Islam dan pelajaran umum lain seperti ilmu hisab, ilmu alam dan sejarah umum dunia. Buku bahasa Arab banyak digunakan.

iii.

Dayah

Dayah dapat disamakan dengan sekolah Menengah Atas di Indonesia atau Madrasah Aliyah. Hampir setiap Naggore ( negeri) terdapat dayah. Ada dayah yang berpusat di masjid bersama rangkang tetapi kebanyakkannya di luar kawasan masjid dengan kemudahan balai utama sebagai aula untuk tempat belajar sembahyang. Antara ilmu yang diajar ialah fiqh muamalat, tauhid, tasawwuf/akhlak, ilmu bumi, sejarah dan bahasa Arab.

Ahmad Jelani Halimi (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Utusan

Publication and Distribution, Cheras, Kuala Lumpur. (muka surat 174)

Selain itu, diajar jugs bidang pertanian, ilmu pertukangan, ilmu perniagaan dan sebagainya. Antara dayah yang terkenal ialah : Dayah Cot Kala Dayah Seuruleu Dayah Blang Peria Dayah Batu Karang Dayah Tanoh Abay Dayah Tiro Dayah Rumpet Dayah Teungku Chik

iv.

Universiti Baiturrahman ( Jamiah Bayt al-Rahman)

Peringkat tertinggi system pendidikan, Universiti Jamiah Bayt al-Rahman merupakan sebuah masjid yang bukan sahaja sebagai tempat beribadat tetapi sebagai pusat pendidikan tertinggi. Di universiti, terdapat beberapa fakulti keilmuan yang disebut dar. Di antara fakulti dar ialah :

I. Darul Tafsir wal Hadis ( Fakulti Ilmu tafsir dan Hadis) II. Darul Tib ( Fakulti Kedoktoran) III. Darul Kimia ( Fakulti Kimia) IV. Darul Tarikh ( Fakulti Ilmu Sejarah) V. Darul Har ( Fakulti Ilmu Peperangan)

Kepelbagaian fakulti ini mendaji bukti kukuh ketinggian ketamaduan Melayu dan keintelektualan masyarakat Acheh. Hal ini dibuktikan oleh Beaulieu yang pernah berkunjung ke Acheh pada abad-17 dengan menyatakan Acheh sudah berkembang ilmu pengetahuan hingga tiada lagi orang yang buta huruf di Acheh pada ketika itu.

Para gurunya pula mempunyai kedudukan yang bertingkat-tingkat. Bagi peringkat rendah atau dasar di meunasah, guru dikenali sebagai Teungku Meunasah, bagi peringkat menengah digelar Teungku Rangkang dan peringkat tinggi digelar Teungku Balee. Peringkat paling tinggi ialah Teungku Chik bertaraf mahaguru (professor pada zaman sekarang) yang mengajar di Jamiah sebagai pakar rujuk guruguru di Rangkang dan Dayah.

Teungku Chik
Teungku Balee Teungku Rangkang Teungku Meunasah
Piramid: Kedudukan Teungku mengikut peringkat

You might also like