You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Pertama 2013

Tarikh Masa Tempat Pengerusi Kehadiran 1. 2. 3. 4. 5. 6.

: 7 Januari 2013 : 2.30 petang : Bilik PPSMI : Ketua Panitia :

Pn Che Asliza bt Jusoh Pn Siti Masyitah bt Sulong Pn Wan Rosehasmiza bt Wan Omar Pn Nur Sakinah bt Che Malik Cik Robibah bt Muda En Bahari b Abd Rahman

Tidak hadir 1. 2. 3. 4. Pn Nur Huwaina bt Hassan En Mohd Zainudin bt Muda En Abdullah b Che Mat En Mahadi bt Ramly

Agenda Mesyuarat: 1.0 Ucapan Alu-aluan pengerusi 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-fatihah , pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli panitia. Pengerusi juga mengharapkan tunjuk ajar daripada semua ahli panitia terhadap ketua panitia yang masih setahun jagung. 2.0 Perkara Berbangkit 2.1 Tiada perkara berbangkit dibincangkan 3.0 Perancangan Panitia 3.1 Berdasarkan mesyuarat panitia ke-4 2012, beberapa aktiviti telah dirancang iaitu;

bil 1 2 3 4 5 6

Aktiviti HALUS Bacalah Sayang Sahabatku Guruku Teknik menjawab

Cadangan/ Tarikh Selepas peperiksaan pertengahan tahun FEB-OKT April April dan Julai April dan Julai Selepas percubaan Julai-November Dis 2012-mac 2013 Jan- Nov Feb/Mac Mac

Tindakan/penyelaras Pn W. Rosehasmiza, Che Asliza En Mohd Zainudin Pn Che Asliza Pn Che Asliza,Pn Siti Masyitah, Pn Wan Rosehasmiza Guru mengajar Guru mengajar Guru mengajar Semua guru Pn Siti Masyitah En Mahadi Pn Che Asliza

Bengkel menjawab Menjawab soalan negeri lain 7 Latih tubi soalan model 8 Penyediaan modul 9 Silaptu Sayang 10 Kursus Dalaman 11 Bulan Bahasa

4.0 Post Mortem PMR dan peperiksaan Akhir Tahun 2012 4.1 Berikut adalah analisis keputusan peperiksaan PMR 2012 dan perbandingan dengan PMR 2011 tahun 2011 2012 Bil TH calon 140 6 111 1 A 25 30 % 17.6 27.0 B 47 43 % 33.6 38.7 C 36 23 % 25.7 20.7 D 26 12 % 18.6 10.8 6 3 E % 4.3 2.7 % lulus 95.7 97.3

Secara umumnya, prestasi meningkat. Calon-calon dari kelas 3KT4 sangat membantu peningkatan peratus lulus. 4.2 Berikut adalah analisis Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2 tahun 2012 Bil calon 97 TH 2 A 3 B 43 C 13 D 14 E 22 %lulus 76.8 GPA 3.09

Kesimpulannya, Murid yang memperoleh B berpotensi mendapat keputusan yang lebih baik . Murid juga tidak bersungguh-sungguh semasa tingkatan dua. 4.3 Berikut adalah analisis Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2012
calon 102 T H 6 % 6.62 A+ 0 % 0 A 8 % 8.3 A7 % 7.29 B+ 6 % 6.25 B 6 % 6.25 C+ 7 % 7.29 C 19 % 19.79 D 5 % 5.21 E 7 % 7.29 G 31 % 32.29 %lulus 67.71

Kelemahan pelajar adalah kurang serius dan tidak menjawab semua soalan.

5.0 Perbelanjaan kewangan 5.1 Ketua Panitia berharap guru-guru dapat mencadangkan judul buku yang sesuai dibeli. Selain itu, guru juga boleh mencetak apa-apa bahan diluar sekolah dengan menggunakan peruntukan panitia. 5.2 Anggaran perbelanjaan panitia tahun ini adalah seperti berikut; bil 1 2 3 4 kegunaan Mencetak bahan Pembelian buku Melaksanakan aktiviti Pembelian BBM lain Jumlah Jumlah (RM) 230 270 500 800 1800

6.0 Hal-hal lain 6.1 Puan Siti Masyitah berkongsi maklumat dengan guru-guru berkenaan penandaan kertas karangan Bahagian A SPM. Guru hendaklah mengingatkan murid agar menjawab berdasarkan kehendak soalan. Jika tidak, murid akan kehilangan markah. 6.2 Ketua Panitia mengedarkan borang maklumat diri untuk diisi dan diserahkan semula.Contoh minit cerai, contoh borang pencerapan P&P dan jadual pencerapan juga turut diedarkan. 6.3 Ketua Panitia juga memaklumkan sukatan pelajaran perlu dihabiskan pada bulan Julai (Tingkatan 3) , Ogos (Tingkatan 5 dan 6) dan September (Tingkatan 1, 2 dan 4). Rancangan pelajaran harian pula mengandungi lima perkara iaitu tajuk/isi pelajaran, Objektif,aktiviti, nilai dan refleksi. Selain itu, P&P hendaklah berfokuskan murid. Guru diingatkan tidak sesekali tidur didalam kelas atau duduk di meja guru. Guru ganti pula dibuat sekali iaitu sebelum jam 7.45 pagi. Justeru itu, sebarangan urusan rasmi yang tidak dimaklumkan pagi tidak diadakan guru ganti. Guru itu sendiri hendaklah mencari rakan untuk menggantikannya. 6.4 En Bahari mencadangkan panitia membeli alat bantu mengajar berbentuk ICT iaitu AVV atau FocusCam. Ketua panitia akan berbincang dengan pengetua dan ketua pembantu tadbir tentang proses pembelian peralatan tersebut. Tindakan : Pn Che Asliza 6.5 Ketua Panitia turut mengingatkan guru-guru supaya guru-guru supaya membuat post mortem setiap kali ujian /peperiksaan mengikut format analisis swot sebelum ini. Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan surahb Al Asr pada pukul 4.00 petang

Disediakan Oleh:

Disemak Oleh:

Zuraida binti Ismail

Che Asliza bt Jusoh

You might also like