You are on page 1of 21

Motivasi dan Pembelajaran

Konsep Asas: Motivasi


Motivasi: keadaan dalaman yang merangsang, mengarah dan mengekalkan tingkah laku Motivasi merupakan penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan sesuatu tindakan demi mencapai matlamat Secara ringkasnya, motivasi ialah proses menghasilkan tenaga oleh keperluan yang diarahkan untuk mencapai sesuatu matlamat Punca motivasi ialah secara intrinsik atau ekstrinsik.

Punca Motivasi

Motivasi Intrinsik - Motivasi yang berkait dengan aktiviti yang merupakan ganjaran tersendiri.

Motivasi ekstrinsik - Motivasi yang direka cipta oleh faktor luaran seperti peneguhan dan dendaan

* Perbezaan antara kedua-duanya ialah seseorang itu bertingkah laku, iaitu sama ada loci penyebab untuk tindakan adalah dalaman atau luaran (Woolfolk, 2006)

Motivasi dalam pembelajaran bermaksud menggalakkan pelajar belajar dengan dorongan diri sendiri. Ia termasuk kegiatan membuat rujukan, menyelesaikan masalah pembelajaran, membuat catatan dan mengemukakan soalan sewaktu perbincangan di dalam bilik darjah Secara amnya, terdapat dua jenis teknik motivasi yang boleh digunakan dalam proses P&P di dalam bilik darjah, iaitu teknik motivasi intrinsik dan teknik motivasi ekstrinsik.

JENIS MOTIVASI
1. Motivasi intrinsik -Dorongan dan minat yang terdapat pada diri seseorang pelajar untuk melakukan sesuatu tanpa mengambil kira ganjarannya. -Teknik motivasi intrinsik berkait dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam pembelajaran -Sebagai pendidik, kita amat mengharapkan pelajar didorong secara intrinsik untuk belajar dan motivasi berpunca daripada dalaman - Motivasi ini berkait dengan aktiviti yang merupakan ganjaran dan berasal daripada gerakan dalaman

Gunakan strategi-strategi seperti kejutan, raguan, kekeliruan dan konflik untuk mengekalkan naluri ingin tahu

Gunakan pelbagai medium persembahan seperti persembahan power point , filem, demonstrasi dan main peranan

Cara untuk merangsang Motivasi Intrinsik

Adakan permainan dan stimulasi

Rangsangkan pelajar untuk mencari pengetahuan

Minta pelajar menentukan matlamat sendiri

2. Motivasi Ekstrinsik -Motivasi ini direka cipta oleh faktor luaran seperti ganjaran dan dendaan - Punca motivasi wujud daripada persekitaran. - Seseorang itu mungkin tidak begitu berminat dalam aktiviti tersebut, tetapi lebih menggemari tentang keuntungan yang diperoleh daripadanya. Contohnya keinginan untuk memperolehi A memotivasikan seseorang untuk belajar -Merupakan galakan atau tarikan yang berpunca daripada persekitaran - Maka, motivasi ekstrinsik berkait dengan unsur luaran yang tidak semula jadi dengan pembelajaran

Ganjaran yang nyata seperti pujian, hadiah, markah dan sebagainya diberikan kepada mereka yang berjaya mencapai prestasi baik atau melakukan sesuatu tugasan atau aktiviti yang diamanahkan Dalam keadaan tertentu, motivasi ekstrinsik mungkin merupakan bentuk motivasi yang paling sesuai untuk pencapaian akademik atau tingkah laku produktif Cara ini mungkin terunggul untuk mengalih pelajar ke arah kejayaan dalam pembelajaran dan tingkah laku produktif di dalam bilik darjah

Pendekatan Motivasi

Pendekatan Behavioris

Pendekatan Kognitif

Pendekatan humanistik

Pendekatan Sosiobudaya

Pendekatan Behaviorisme
Ahli behaviorisme menitikberatkan persekitaran luaran bagi memostivasikan seseorang untuk melakukan sesuatu. Manusia akan didorong untuk melakukan atau mengulang tingkah laku yang diingini jika mereka diberikan ganjaran atau tidak melakukan tingkah laku jika mereka didenda akibat tingkah laku tersebut. Prinsip motivasi daripada perspektif behavioris mementingkan peneguhan dan dendaan. Motivasi dalam kes ini ialah ekstrinsik

Insentif akan menjanjikan sesuatu yang baik diperoleh, manakala dendaan dielakkan, sejajar dengan perlakuan suatu tingkah laku Ganjaran dan hadiah dapat mengekalkan tingkah laku sepertimana memperoleh A akan mengukuhkan tabiat belajar yang baik Maka, kita mesti mengistiraf dan memberikan peneguhan kepada kejayaan pelajar untuk memotivasikan mereka Kajian menunjukkan aktiviti yang menyeronokkan boleh ditingkatkan melalui peneguhan ekstrinsik. Akan tetapi, perlakuan akan merosot jika peneguhan itu dihentikan.

Peneguhan ekstrinsik sebegini akan memberi kesan jika pelajar mempunyai tanggapan bahawa peneguhan sebagai mengawal atau memanipulasi, bukan sebagai merangsang penambahbaikan dan kemajuan Apabila ingin menggunakan peneguhan ekstrinsik, pendidik harus pastikan bahawa peneguhan itu sememangnya perlu, iaitu pelajar berkenaan tidak mempunyai keinginan intrinsik untuk menguasai kemahiran akademik dan tingkah laku bilik darjah yang amat diperlukan untuk kejayaan pelajar

Contoh: pelajar yang mendapati suatu aktiviti membosankan memerlukan motivasi luaran untuk meneruskan pembelajaran Peneguhan ekstrinsik berterusan akan meningkatkan kemahiran dan kompetensi pelajar bertambah baik Guru harus secara konsisten memberi ganjaran kepada suatu tingkah laku yang diharapkan ini secara langsung akan membentuk kebiasaan dalam diri pelajar untuk bertindak dengan cara yang tertentu Dengan sendirinya, mereka akan mempergiatkan usaha supaya merangkul ganjaran yang akan dianugerah.

Pendekatan Humanistik
Pendekatan ini menekankan kebebasan peribadi, pilihan, kegigihan kendiri dan menuju ke arah pertumbuhan kendiri. Ahli psikologi menegaskan tentang peranan keperluan dalam menentukan sama ada kita bermotivasi untuk melakukan sesuatu. Mengikut para humanisme, manusia dilahirkan dengan kecenderungan semula jadi serta keperluan untuk berusaha mencapai potensi yang optimum

Untuk memotivasi pelajar, pendidik harus menyentuh domain afektif kompetensi mereka, harga kendiri, autonomi dan penyempurnaan diri. Manusia didorong untuk melakukan tingkah laku tertentu kerana penyempurnaan kendiri Maslow telah mengkaji peranan keperluan dalam menentukan motivasi. Keperluan merupakan keadaan deprivasi yang memotivasikan seseorang untuk bertindak terhadap sesuatu matlamat Mengikutnya, semua manusia mempunyai hierarki keperluan yang bermula daripada keperluan asas hingga tahap tertinggi demi mencapai penyempurnaan kendiri

Pendekatan ini meninjau tentang ciri-ciri peribadi seseorang seperti kompetensi kendiri, harga diri, kegigihan kendiri, pencapaian kendiri dan autonomi. Ia berbeza daripada pendekatan behaviorisme dan kognitif Pendekatan lain lebih berfokus kepada kawalan luaran (stimuli, terapi atau kandungan), manakala pendekatan ini memberi penekanan terhadap individu yang mempunyai kawalan dalaman tentang proses-proses hidup sendiri

Matlamat pendekatan ini adalah untuk merangsang pengalaman pelajar supaya mereka akan mengurangkan tabiat mempertahankan diri dan bertindak lebih terbuka terhadap pembelajaran daripada persekitaran. Manusia mempunyai keperluan untuk menguasai kompetensi yang diperlukan jika ingin bertindak secara berkesan dengan persekitaran. Untuk mencapai kompetensi, pelajar harus melibatkan diri dan meneroka untuk menguasai pelbagai aspek di dunia ini.

Pendidik boleh menggunakan strategi berikut untuk merangsang pelajar mencapai tahap kompetensi dan harga diri:
1. Membantu pelajar menimba kejayaan, terutama sekali tugasan yang mencabar 2. Memberi pelajar mekanisme konkrit supaya mereka dapat melihat kemajuan masing-masing dari semasa ke semasa 3. Mengurangkan persaingan dan elakkan wujudnya situasi-situasi di mana pelajar dinilai secara kurang adil dalam kalangan rakan sebaya 4. Menggalakkan pelajar mencari makna dalam pembelajaran secara aktif 5. Menggalakkan pelajar menentukan matlamat sendiri

PENDEKATAN KOGNITIF
- Menekankan bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh
cara manusia berfikir tentang mereka dan persekitaran - Dari perspektif kognitif, motivasi manusia terhadap sesuatu tingkah laku ditentukan oleh nilai intrinsik yang dipersepsikan sebagai hasilan daripada sesuatu tingkah laku; setakat mana hasilan yang diperoleh akan menghasilkan sesuatu yang diingini; kepercayaan terhadap kebolehan diri untuk melaksanakan sesuatu tingkah laku; atribusi terhadap kejayaan dan kegagalan; serta matlamat yang ditentukan oleh seseorang. -Punca motivasi ialah intrinsik.

PENDEKATAN KOGNITIF
1. Teori Atribusi Weiner - Menegaskan bahawa pelajar akan bermotivasi jika memperoleh sesuatu hasilan yang diingini. - Faktor luaran dan dalaman mempengaruhi kejayaan dan kegagalan seseorang individu
2. Teori Ekpektansi X nilai -Berpandangan motivasi sebagai gabungan antara dua elemen penting, iaitu nilai dan ekspektansi -Jika salah satu elemen iaitu ekspektansi atau nilai tidak ada, maka kemungkinan besar motivasi untuk berusaha mencapai matlamat itu akan menjadi lemah

3. Teori Dissonansi
kognitif -Menekankan hubungan antara kognisi -Terdapat 3 cara untuk menghapuskan dissonansi, kurangkan kepentingan kepercayaan dissonansi, tambahkan lebih banyak kepercayaan konsonansi -Ubah kepercayaan dissonansi

Rumusan

You might also like