You are on page 1of 18

ISI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

i. Penghargaan

ii. Pendahuluan

iii.Objektif Kajian

iv. Kawasan Kajian

v. Kaedah Kajian

vi.Hasil Kajian

vii.Rumusan

viii.Lampiran
ix.Rujukan
PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t ,

Terlebih dahulu disini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima

kasih kepada Puan Jaimis binti Saiman, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota

Kinabalu, Sabah kerana telah memberi kebenarandan sokongan untuk menjalankan Kerja Kursus

Geografi ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan khas kepada Cik Anita bt. Mutalib, guru

Geografi kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan panduan untuk menyiapkan kajian ini.

Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberi dorongan dan sokongan

sepanjang kajian ini dijalankan.

Selain itu, ucapan penghargaan juga tidak lupa diberikan kepada rakan-rakan sekelas atas

kerjasama mereka dalam mengumpulkan maklumat untuk hasil kajian. Akhir sekali, ucapan

ribuan terima kasih juga ditujukan kepada penduduk awam dan semua responden yang sudi

menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Jasa dan budi baik mereka akan dikenang sepanjang

zaman.

Di bawah ini saya sertakan serangkap pantun sebagai tanda penghargaan daripada saya,

Pulau Sipadan jauh ke tengah,

Gunung Kinabalu indah niannya,

Hancur badan di kandung tanah,

Budi yang baik dikenang juga.

PENDAHULUAN
Saya Siti Norezan binti Samsuddin pelajar tingkatan 3 Hambali, Sekolah Menengah

Kebangsaan Agama Kota Kinabalu memilih tajuk petempatan dan perkembangannya di kawasan

sekitar Bukit Padang berbanding dengan negara Thailand.

Saya memilih kawasan ini kerana kawasan ini kerana ianya terletak berhampiran dengan

kawasan sekolah dan ini memudahkan lagi saya untuk membuat kajian atas faktor jarak yang

dekat. Untuk menjalankan kajian ini, saya telah mengambil masa selama 8 minggu. Saya menulis

laporan kajian ini secara individu berdasarkan data dan maklumat yang dikumpulkan di lapangan

secara berkumpulan.

Disamping itu, saya telah melakukan perbandingan petempatan dan perkembangan di

kawasan kajian dan perbandingan di negara Thailand. Saya memilih negara Thailand kerana

negara ini mempunyai banyak persamaan dari segi petempatan dengan negara kita dan juga saya

ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang negara ini dari segi petempatan. Hasil

daripada maklumat yang diperolehi telah saya gunakan untuk melakukan kerja kajian ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Mengenal pasti jenis dan pola petempatan di Bukit Padang dan Jepun sebagai

negara perbandingannya.
Menyatakan faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan kajian.

Dapat mengkaji fungsi petempatan di kawasan kajian.

Mengenal pasti masalah petempatan yang berlaku di kawasan kajian.

Mengambil langkah-langkah penyelesaian mengurangkan masalah petempatan.

Memupuk nilai dan unsur patriotisme dalam diri terhadap kawasan kajian.

KAWASAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan di Bukit Padang yang terletak kira-kira 5 kilometer dari

Bandar Kota Kinabalu. Jaraknya dari sekolah saya adalah kira-kira 3 kilometer. Keluasan

kawasan kajian saya ialah kira-kira 18 hektar dan bilangan penduduk di sini lebih kurang 1500

orang. Jika menaiki bas dari Bandar Kota Kinabalu ke Bukit Padang tambangnya ialah RM1.00
dengan mengambil masa lebih kurang 15 minit. Dari sekolah saya pula, tambangnya ialah 50 sen

dengan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Kawasan ini mempunyai jaringan pengangkutan

yang baik. Iklim di kawasan kajian ialah panas dan lembap sepanjang tahun.

Bandar Bangkok dalam bahasa Thailand ialah Krung Thep atau Krung Thep Maha

Nakhon. Bandar Bangkok adalah ibu kota dan kota terbesar di Thailand. Kota ini terletak di tepi

barat Sungai Chao Phraya, dekat Teluk Thailand. Bangkok adalah salah satu kota dengan

perkembangan terpesat, dengan ekonomi yang dinamis dan kemasyarakatan yang progresif

di Asia Tenggara. Kota ini sedang berkembang menjadi pusat regional yang dapat

menyaingi Singapura dan Hong Kong, namun masih mempunyai masalah dalam sektor

infrastruktur dan sosial sebagai akibat perkembangannya yang pesat. Kota ini juga mencatat

sebagai salah satu kota di dunia dengan laju penambahan konstruksi gedung pencakar langit

tercepat.

PETA KAWASAN KAJIAN (BUKIT PADANG)


PETA KAWASAN KAJIAN (THAILAND)

U
Bangkok,Thailand.

KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan beberapa kaedah dalam kajian ini seperti :

Pemerhatian

Saya menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti cirri-ciri bentuk muka bumi,

sumber-sumber semulajadi, dan kegiatan ekonomi penduduk di kawasan kajian.

Temubual

saya telah menemubual penduduk awam untuk mengumpulkan maklumat.

Rujukan

Saya telah merujuk kepada bahan media seperti buku, internet dan sebagainya.

Soal Selidik

Seramai 5 orang responden yang terdiri daripada pelbagai kaum di kalangan penduduk

tempatan dipilih untuk melengkapkan borang soal selidik.

HASIL KAJIAN

BUKIT PADANG
1. JENIS PETEMPATAN

I. Petempatan Bandar :

Jenis petempatan di kawasan kajian, iaitu Bukit Padang adalah petempatan bandar. Di sekitar

kawasan kajian terdapat jumlah penduduk yang ramai dan kepadatan penduduk yang tinggi

2. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN

i. Bentuk Muka Bumi:

Kajian yang saya lakukan, saya mendapati kawasan kajian saya, Bukit Padang terletak di

kawasan tanah pamah. Ekoran itu, kerja-kerja membangunkan dan membina jalan-jalan raya

serta bangunan lebih mudah dilakukan.

ii. Jenis Tanih:

Di kawasan kajian yang saya lakukan, saya mendapati kawasan Bukit Padang mempunyai tanah

yang subur dan menjadi tumpuan penduduk untuk membina petempatan.

iii. Kegiatan ekonomi:

Kegiatan ekonomi di kawasan kajian merupakan kawasan tanah terancang dimana terdapat

pelbagai kerja-kerja pembinaan dijalankan oleh RMK-9.

iv. Tahap ketersampaian:

Tahap ketersampaian bagi kawasan kajian, Bukit Padang tahapnya adalah tinggi. Hal ini

demikian kerana, banyak pengangkutan awam seperti bas, teksi dan sebagainya yang disediakan

untuk memudahkan ke kawasan kajian telah disediakan. Selain itu, jalan-jalan raya juga dibina

bagi memudahkan perjalanan para penduduk.


3. POLA PETEMPATAN

I.Pola berselerak:

Hasil dari kajian yang telah saya lakukan, kawasan kajian, Bukit Padang merupakan pola

petempatan berselerak. Hal ini demikian kerana, kawasan kajian merupakan sebuah kampung

dan kebanyakan penduduk mempunyai tanah masing-masing. Hal ini, menyebabkan pola

petempatan berselerak.

4. FUNGSI PETEMPATAN

I. Ekonomi:

Hasil daripada kajian yang dilakukan di Bukit Padang fungsi petempatan kepada ekonomi

adalah dalam sektor perkhidmatan adalah lebih menggalakan berbanding dengan sektor

perindustrian dan pertanian. Hal ini demikian kerana, banyak projek pembinaan yang dijalankan

di kawasan bagi meningkatkan lagi sektor pembangunan.

II. Sosial:

Hasil daripada kajian yang telah dilakukan di kawasan kajian,Bukit Padang fungsi petempatan

kepada aspek sosial menyebabkan kebanyakan penduduk memilih untuk mementingkan aspek

pendidikan.

5. Masalah yang dihadapi

I. Penipisan ozon.:

Pelepasan CFC ke udara menyebabkan penipisan ozon. Ini disebabkan kebocoran saluran

penghawa dingin di tempat-tempat tertentu seperti di sekolah, bank, dan sebagainya.

II. Jenayah:

Masalah jenayah seperti mencuri, semakin meningkat di kawasan kajian. Hal ini demikian

kerana, kebanyakan kes kecurian ini sering berlaku di kawasan yang sunyi, kurang berpenduduk

dan ketika penghuni rumah sedang tidur.


III.Peparitan:

Masalah peparitan sering berlaku di kawasan kajian, terutama sekali ketika hujan. Hal ini

demikian kerana, air tidak dapat mengalir dengan lancer akibat dari sikap penduduk juga yang

suka membuang sampah-sarap ke dalam parit menyebabkan ia tersumbat.

6. Cara mengatasi masalah

I. Kempen:

Mengadakan kempen untuk kesedaran penduduk tentang penipisan ozon yang semakin

meningkat. Hal ini dapat mengurangkan pelepasan gas CFC ke udara dan juga meningkatkan

kesedaran terhadap penduduk bahayanya pelepasan gas CFC ke udara.

II. Menguatkuasakan undang-undang:

Pihak kerajaan perlulah menguatkuasakan undang-undang bagi kes-kes jenayah yang berlaku.

Hal ini sekaligus dapat mengurangkan kes-kes jenayah di kawasan kajian.

III.Poster:

Penyebaran poster tentang akibat atau kesedaran yang berlaku akibat dari pembuangan sampah-

sarap ke dalam parit juga akan dapat mengurangkan masalah perparitan daripada terus teruk.
BANGKOK, THAILAND

1. Jenis petempatan

I. Petempatan Bandar:

Terdapat banyak pembangunan yang terdiri di sekitar kawasan Bangkok, Thailand. Kawasan

perumahan dikelilingi oleh pelbagai bangunan seperti sekolah-sekolah, perpustakaan, medan

selera, serta macam-macam lagi.

2. Faktor yang mempengaruhi petempatan

I. Bentuk muka bumi:

Bentuk muka bumi di kawasan Bangkok, Thailand adalah tanah rata dan luas. Ekoran itu, banyak

pembinaan bangunan dan prasarana yang lain boleh didirikan di kawasan tersebut menyebabkan

Bangkok, Thailand menjadi tumpuan penduduk dan menjadikan ia maju.

II. Ketersampaian:
Tahap ketersampaian bagi kota Bangkok, Thailand amat tinggi. Hal ini demikian kerana, banyak

alternatif untuk ke kawasan tersebut disediakan seperti pengangkutan awam, bas, kereta, teksi

dan sebagainya. Selain itu, pembinaan jalan-jalan raya juga memudahkan perjalanan ke kota

tersebut.

III.Kegiatan ekonomi:

Kegiatan ekonomi bagi kawasan Bangkok, Thailand merupakan pusat pelabuhan serta pusat

pelancongan. Bangkok juga merupakan pusat kegiatan ekonomi bagi Negara Thailand.

3. Pola petempatan

I. Pola berjajar:

Pola petempatan bagi kawasan Bangkok, Thailand adalah pola petempatan berjajar.

4. Fungsi petempatan

I. Ekonomi:

Fungsi petempatan terhadap ekonomi kawasan Bangkok, Thailand adalah menyebabkan

ekonomi kawasan tersebut tertumpu kea rah aspek perindustrian, perkhidmatan dan juga

pelancongan.

II. Sosial:

Fungsi petempatan kepada aktiviti sosial di kota Bangkok,Thailand adalah memberikan peluang

pekerjaan kepada penduduk yang lebih besar dalam bidang perindustrian dan juga perkhidmatan.

Hal ini menyebabkan kebanyakan penduduk di kawasan tersebut bekerja dalam sektor tersebut

sebagai kerani, pengurus, pembantu hotel dan sebagainya.

5. Masalah yang dihadapi


I. Pencemaran:

Asap-asap kenderaan yang sentiasa banyak pada setiap masa telah menimbulkan

masalahpencemaran udara seperti jerebu yang teruk. Ini boleh mengakibatkan banyak

penyakit yang akan berjangkit kepada penduduk sekitar kawasan tersebut.

II. Pulau haba:

Pembangunan yang pesat seperti pembinaan banyak banggunan pencakar langit

menyebabkan berlakunya pulau haba.

III. Kepupusan sumber:

Penebangan hutan yang dilakukan untuk pembinaan kawasan pelancongan menyebabkan

kepupusan flora dan fauna.

6. Cara mengatasi masalah

I. Kempen:

Melancarkan kempen-kempen serta program-program untuk kesedaran masyarakat agar

mengetahui bahayanya pencemaran udara yang berlaku yang akan mengakibatkan penipisan

ozon serta jerebuhal ini berkemungkinan besar dapat mengurangkan pencemaran ini dari

terus meningkat.

II. Mengadakan hari penanaman pokok hijau kebangsaan:

Melalui hari penanaman pokok hijau kebangsaan dapat memberi ruang kepada penduduk di

kawasan kajian untuk member kesempatan membantu daripada berlakunya pulau haba di

kawasan tersebut.

III.Poster:
Penampalan atau pengedaran poster kepada penduduk tentang kepupusan sumber di kawasan

tersebut haruslah dikenalkan agar masalah kepupusan sumber seperti flora dan fauna dapat

diatasi.

Jadual (Masalah yang dihadapi oleh penduduk Bukit Padang)


Sumber : Penduduk Tempatan

Perkara Bilangan
Perparitan 7 orang
Penipisan ozon 6 orang
Jenayah ( mencuri ) 5 orang
Lain-lain 2 orang

Graf masalah yang dihadapi penduduk Bukit Padang

Sumber : Penduduk Tempatan

Carta pai masalah yang dihadapi oleh penduduk Bukit Padang


Sumber : Penduduk Tempatan
 Hasil daripada dapatan kajian ini membuatkan saya berasa sangat bertuah kerana
dilahirkan di negara Malaysia

RUMUSAN
Jenis petempatan di Bukit Padang merupakan bandar. Mempunyai bentuk muka bumi

yang baik untuk membuat kerja pembinaan menyebabkan kawasan tersebut berkembang maju

seperti bandar-bandar yang lain. Pola petempatan bagi kawasan tersebut adalah berselerak.

Fungsi petempatan bagi kawasan Bukit Padang banyak tertumpu kepada sektor pembangunan.

Di kawasan Bukit Padang juga mempunyai beberapa masalah seperti masalah perparitan,

penipisan ozon, kecurian dan sebagainya. Ekoran itu, saya telah membuat kajian cara untuk

mengatasi masalah tersebut, iaitu, dengan menguatkuasakan undang-undang, menampal poster-

poster dan sebagainya.

Jenis petempatan Bangkok, Thailand merupakan sebuah Bandar. Mempunyai bentuk

muka bumi yang rata dan luas menyebabkan banyak bangunan-bangunan didirikan di kawasan

tersebut. Hal ini demikian menyebabkan kawasan tersebut menjadi tumpuan penduduk dan

semakin pesat membangun dan menjadi sebuah Bandar yang penting bagi Thailand. Pola

petempatan bagi kawasan tersebut adalah pola petempatan berjajar. Fungsi petempatan bagi

kawasan Bangkok, Thailand banyak tertumpu kepada aktiviti-aktiviti perindustrian,

perlancongan dan juga perkhidmatan. Namun begitu, kawasan Bangkok, Thailand juga
mempunyai beberapa masalah seperti pencemaran udara, pulau haba, kepupusan sumber dan

sebagainya. Oleh yang demikian, beberapa langkah telah diambil bagi mengatasi masalah

tersebut, antaranya, menampal poster-poster, mengadakan kempen-kempen serta program-

program yang sesuai.

 Melalui dari kajian ini menyebabkan saya lebih bangga menjadi rakyat Malaysia.

RUJUKAN
Rakan-rakan sekelas

Guru matapelajaran Geografi, Cikgu Anita Mutalib

Penduduk-penduduk tempatan Bukit Padang

Laman web rasmi :

1. http://alifbatha.blogspot.com/search?updated-min=2008-01-

01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&updated-max=2009-01-

01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&max-results=4

2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangkok

3. http://nurinazul94-nurin.blogspot.com/2008/04/pola-petempatan-di-malaysia.html

You might also like