You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT AGONG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU TAHUN 2013 SJK ( T ) LADANG KERLING , HULU SELANGOR

Tarikh ; 14 . 03 . 2013 ( Ahad ) Masa : 3.30 pm Tempat : SJK ( T ) Ladang Kerling

Kehadiran : 1 . Pn . P . Thanavalli ( Guru Besar ) 2 . En . K . Kalayvanan ( PK Kurikulum ) 3 . En . S . Ramu ( Pengerusi PIBG ) 4 . En . S . Murugan ( Naip Pengerusi ) 5 . En . Mohd Sajim Bin Rasheed ( PK Hem ) 6 . En . R . Prabhakaran ( PK Kokurikulum ) 7 . Pn . M . Saraswathy 8 . Pn . M. Sathia 9 . Pn . A . Punittha 10 . Pn , Jeyanthi 11 . Pn .leelawathy 12 . Pn . M . Premah 13 . Pn . R . Mageswary 14 . Pn , Malathi 15 . Pn . J . Komalavalli 16 . Pn . S . Padavetta 17 . Pn . R . Subashini 18 . Pn . R . Devamalar 19 . Pn . R . Mogana 20 . Cik . A . Eswary 21 . En . J . Sritharr 22 . En . T . Tamil Chelvan 23 . En . D . Prakash 24 . En . M. Ramasamy 25 . Pn .K Nirmala devi 26 . Pn . Tamarai

1 . Ucapan Aluan Setiausaha mengalu alukan semua hadirin ke mesyuarat Agong PIBG yang ke 30 .Beliau mengucapkan terima kasih kepada para hadirin kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat.

2 . Ucapan Pengerusi Pengerusi PIBG En . S . Ramu mengalu alu sambil mengucapkan terima kasih kepada para hadirin untuk hadir ke mesyuarat ini . Pengerusi mengatakan bahawa mesyuarat agong PIBG hanya diadakan setahun sekali . Oleh itu tidak sukar untuk ibu bapa meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat ini . Kehadiran yang tidak memuaskan pada hari ini menyakitkan hati katanya . Pada masa ini kerajaan telah memberi peruntukkan yang banyak kepada persatuan PIBG sekolah ini .Tujuannya adalah untuk kepentingan anak murid .Sumbangan dalam bentuk wang dan alatan yang diberi haruslah digunakan untuk kepentingan murid sshaja . Bantuan ini mengurangkan beban ibu bapa supaya anak murid dapat mengikuti pelajaran tanpa gangguan kata beliau .

3 . Ucapan Penasihat

Guru besar selaku Penasihat telah mengalu alukan para hadirin ke mesayuarat .Beliau mengatakan bahawa pihak PIBG telah banyak menyumbang untuk kemajuan sekolah dan murid . Beliau mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terimakasih kepada pihak PIBG untuk semua jenis bantuan yang telah diberikan tahun lalu . Beliau meminta semua ibu bapa mengambil berat tentang pelajaran anak anak mereka dari semasa ke semasa . Beliau juga meminta mereka memastikan anak mereka tidak ponteng untuk sekolah . Sekolah telah mendapat kejayaan besar dalam kokurikulum pada tahun yang lalau . Sekolahn ini telah diberi anugerah sebagai sekolah NKRA . Oleh itu adalah tanggungjawab semua pihak untuk menjadikan sekolah ini sebagai sekolah yang Berjaya setiap tahun . Sekolah ini menjadi johan dalam Pertandingan Tiga Bahasa Daerah Hulu Selangor . Selai itu sekolah ini juga mendapat tempat ke tiga dalam pertandingan bola

tampar anjuran daerah Hulu Selangor . Dalam Merentas Desa pula sekolah kita menjadi johan . Dalam UPSR pula sekolah ini telah mencapai peratus kejayaan yang tinggi iaitu sebanyak 43 % . Dalam matapelajaran Sains pula pencapaian adalah 100 % . Belia juga berkata bahawa Pendidikan wajib perlu diberi perhatian . Seperti tahun lalu . tahun ini kerajaan telah memberi peruntukan untuk yuran sekolah . Setiap pelajar perlu menikmati kemudahan pelajaran tersebut . YB. En . P . Kamala Nathan telah menyampaikan bantuan kerajaan sebanyak RM 100 kepada setiap keluarga . Tambahan pula semua murid mendapat bantuan RMT bantuan SPBT dan KWAPM . Semua ini adalah bertujuan untuk menggalakkan murid terus belajar tanpa gangguan . Murid murid Tahap 1 diajar mengikut KSSR . Penilaian akan dibuat mengikut sistem PBS . Semua ibu bapa harus faham dengan perubahan ini . UPSR pada tahun 2016 akan dinilai mengikut sistem PBS tersebut . Pentaksiran sekolah adalah sebanyak 40 % manakala pentaksiran kerajaan adalah 60 % .

. Pembentangan Minit Mesyuarat Yang Lalu Minit Mesyuarat yang lalau telah dibaca oleh Setiausaha . Ia diterima oleh semua pihak . Minit Mesyuarat dicadang oleh En . Ramasamy dan disokong oleh En . M . Tamil selvam

5 . Pembentangan Pnyata Kira Kira Penyata kira kira untuk tahun lalu telah dibentangkan oleh Bendahari . Ia dicadang oleh En . D . Prakash dan disokong oleh En . S . Chandrasegaran

6 . Pemilihan Ahli Jawatankuasa 2013

Pengerusi : En . S . Ramu Naib Pengerusi : En . S . Murugan Setiausaha : Pn . S . Kalai Arasi

Bendahari : En . R . Prabhakaran

Ahli - ahli Jawatankuasa :

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Pn . Jeyasathia Pn . Punitha Pn . Saraswathy Pn . R . Latha Pn . Tamarai En . Tamil selvan En . Ramasamy Pn . Jeyanthi Pn . Premah

10 . En . K . Kalayvanan 11 . En . Mohd Sajim 12 . Pn . J . Komala valli 13 . Pn . S . Padavetta 14 . Pn . R . Mogana 15 . Pn . R . Subashini 16 . Cik . R . Devamalar 17 . Cik . A . Eswary 18 . En . J . Sritharr

Juru audit 1 . En . S . Chandrasegaran 2 . En . D . Praka

7 . Hal hal Lain En . S . Chandra segaran menyoal tentang Penyata kira kira . Beliau berkata bahawa beliau kurang faham tentang perbelanjaan yang didibuat .Penjelasan telah diberikan oleh Bendahari En . R . Prabhakaran . Pn . Lilawathy mengatakan bahawa makanan RMT burger tidak sesuai untuk murid . Beliau meminta pihak sekolah supaya menukar menu makanan . Penolong Kanan Hem berkata bahawa bukan ramai murid yang menolak burger . adapun Cuma dua tiga orang murid sahaja . Cadangan un tuk menukar menu tidak disokong oleh ibu bapa .

En . Murugan meminta pihak sekolah supaya menyediakan makanan tambahan untuk muid yang hadir ke kelas tambahana waktu petang . Cadangan disokong ramai .Guru Besar berjanjio akan membuat persediaan secepat mungkin untuk memberi makanan kepada murid

8 . Ucapan Penangguhan

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.00 petang dengan ucapan terima kasih dan jamuan ringan .

Disediakan oleh : ( K . Kalayvanan ) Setiausaha PIBG SJK ( T ) Ladang Kerling

Disemak oleh : .... ( En . S . Ramu ) Pengerusi PIBG SJK ( T ) Ladang Kerling

Disahkan : .

You might also like