You are on page 1of 3

CONTOH MINIT MESYUARAT

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KE-2/2012

Tarikh Hari Masa Tempat Pengerusi Mesyuarat Hadir

: : : : :

12 Februari 2012 Khamis 1.15 petang Bilik Gerakan SK. Teluk Buloh Pn. Ruziah bt Sudin

: Pn. Zakiah bt Ahmad - Penyelia Petang Pn. Fauziah bt Anwar - Pengerusi Pn. Faridah Ahmad Pn. Norhayati Tamzis Pn. Norhayani bt Nganda Pn. Norizan bt Abdullah - Pencatat

Tidak Hadir Bersebab : Pn. Rozita bt Jamil En. Anas Safuan

1. PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Pn. Fauziah bt Anwar selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang hadir dalam mesyuarat ini. Beliau juga mengalu-alukan kehadiran PK Petang Pn. Zakiah bt Ahmad. 1.2 Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan kurikulum dan perancangan panitia tahun 2012. 1.3 Beliau juga memaklumkan pelantikan Pn. Norhayani bt Nganda sebagai setiausaha Panitia Bahasa Melayu bagi tahun ini.

Makluman : Semua guru 2. UCAPAN PIHAK PENTADBIR 2.1 Pn. Zakiah mengucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir. 2.2 Beliau menerangkan kepentingan pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu, haruslah diberi pengukuhan daripada tahap 1. Makluman : Semua guru

3. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan memohon ahli mesyuarat untuk membuat semakan dan mengemukakan cadangan minit mesyuarat tersebut diterima dan disahkan. 3.2 Pn. Norhayati bt Tamzis mencadangkan minit mesyuarat tersebut diterima dan disahkan. 3.3 Pn. Faridah bt Ahmad menyokong. 3.4 Minit mesyuarat yang diadakan pada 22 Januari 2012 telah disahkan tanpa sebarang pindaan.

Makluman : Semua guru

4. PERKARA BERBANGKIT 4.1 Pelaksanaan PLBS 4 kali setahun akan ditetapkan kemudian setelah dibincangkan dengan pihak pentadbiran. Penggunaan eviden akan diselaraskan mengikut aliran dan hal yang berkaitan akan ditentukan dalam mesyuarat akan datang.

Makluman : Semua guru 5. RANCANGAN TAHUNAN DAN KONTRAK LATIHAN MURID 5.1 Rancangan Tahunan dan Kontrak Latihan murid perlu disediakan oleh setiap orang guru. 5.2 Mesyuarat mengusulkan Kontrak Latihan Murid dan Rancangan Tahunan perlu diasingkan untuk memudahkan pemantauan. 5.3 Mesyuarat juga bersetuju supaya sesalinan Rancangan Tahunan dan Kontrak Latihan Murid perlu diserahkan kepada Ketua Panitia untuk simpanan fail.

Makluman dan Tindakan : Semua guru

6. HAL-HAL LAIN 6.1 Pn. Norizan bertanyakan tentang PKJR yang perlu dilaksanakan dalam masa P&P. 6.2 Pn. Norhayati menjelaskan bahawa dalam seminggu hanya satu masa diperuntukkan untuk melaksanakan PKJR. 6.3 Pn. Faridah memaklumkan bahan untuk pendidikan sastera dalam P&P Bahasa Melayu untuk

Tahap 2 boleh diambil dari PSS.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

...................................... (PN. NORIZAN BT ABDULLAH) Setiausaha, Panitia Bahasa Melayu, SK. Teluk Buloh. Tarikh : 20 Februari 2012

............................... (PN. FAUZIAH BT ANWAR) Pengerusi, Panitia Bahasa Melayu, SK. Teluk Buloh. Tarikh : 20 Februari 2012

You might also like