You are on page 1of 5

Teknologi dalam matematik memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran seharian ini kerana di zaman serba

moden ini murid murid banyak didedahkan dengan teknologi disekeliling mereka. Di mana sahaja mereka berada teknologi sentiasa akan menjadi pendamping dalam kehidupan mereka. Jesteru untuk menarik perhatian mereka di dalam kelas penggunaan teknologi adalah perkara yang perlu untuk dipertimbangkan. Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam matematik ialah penggunaan perkakasan atau hardware seperti komputer, LCD, OHP, CD-ROM dan banyak lagi perkakasan yang boleh membantu guru dalam pengajaran matematik. Murid akan lebih cenderung untuk memberikan perhatian yang lebih sekiranya guru menggunakan ICT dalam pengajaran mereka. Ini kerana murid murid zaman kini lebih gemar dengan penggunaan teknologi dari cara lama dimana guru berdiri di hadapan kelas dan mengajar dengan menggunakan kapur dan menulis di papan hitam sahaja. Murid kini lebih tertarik dengan penggunaan teknologi kerana ia lebih menarik dan kurang membosankan bagi mereka. Selain itu penggunaan ICT juga dapat mengurangkan beban guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Contohnya guru tidak perlu membuat bahan bantu mengajar lagi kerana semuanya telah tersedia di dalam computer dengan perisian perisian yang dibekalkan oleh kerajaan. Dengan itu, guru dapat memberikan lebih perhatian dalam pengajaran dan teknik teknik yang berkesan bagi membantu murid untuk memahami tajuk yang diajar pada hari tersebut. Perkakasan atau hardware tidak akan dapat digunakan tanpa perisian iaitu satu mekanisme yang menjalankan perkakasan itu untuk berfungsi dengan baik. Tanpa perisian, perkakasan hanya akan menjadi perhiasan sahaja kerana ia tidak boleh berfungsi tanpa perisian. Contoh perisian yang sering digunakan ialah Word, Excel, Power Point dan lain lain. Perisian juga banyak didatangkan dalam bentuk pakej pengajaran yang disediakan oleh kerajaan untuk guru guru gunakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Pakej yang telah disediakan merangkumi semua objektif dan isi isi yang terdapat dalam buku teks. Jadi guru tidak perlu untuk menyediakan bahan bantu mengajar dan hanya menggunakan perisian yang telah tersedia untuk mengajar. Perisian yang disediakan juga menarik kerana mengandungi pelbagai

animasi, corak dan bentuk, warna dan pelbagai faktor lain yang dapat menarik perhatian pelajar untuk memberikan focus ketika guru sedang mengajar. Selain itu terdapat juga perisian yang memberikan tunjuk ajar kepada guru mengenai cara cara menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini akan dapat meningkatkan ilmu guru berkenaan ICT dan membantu guru untuk tidak kekok ketika mengajar menggunakan ICT jika sebarang kesulitan berlaku ketika sedang mengajar keran guru yang telah mengikuti kursus akan tahu cara cara menangani masalah yang berkaitan dengan ICT. Pengajaran matematik juga tidak perlu hanya tertumpu pada dalam bilik darjah sahaja, guru perlu bijak untuk membawa murid meneroka alam sekitar dan mengaitkan ia dengan matematik dan menerapkan bahawa matematik amat berguna dalam kehidupan seharian mereka. Kemudahan kemudahan untuk pengajaran matematik perlu ada kerana jika guru hanya tertumpu dalam bilik darjah sahaja murid akan merasakan tekanan belajar dan ini akan mengakibatkan mereka untuk hilang fokus di dalam bilik darjah. Antara kemudahan dalam matematik ialah Makmal Matematik. Seperti subjek subjek lain seperti sains, kajian hidup terdapat tempat khusus untuk pembelajaran subjek subjek ini dan matematik juga tidak sepatutnya terkecuali untuk mempunyai makmal sendiri. Di makmal matematik guru boleh meletakkan alatan alatan yang mahal yang tidak mampu untuk disediakn untuk setiap pelajar disitu. Di makmal tersebut murid akan mempunyai akses kepada alatan tersebut dan dapat menggunakan ia, ini akan dapat merangsang minat dan sifat ingin tahu mereka terhadap matematik dengan lebih mendalam. Selain itu di makmal matematik juga boleh di letakkan permainan permainan yang melibatkan matematik seperti saidina, monopoli dan lain lain lagi. Murid boleh bermain di situ dan membantu mereka untuk menjadi lebih mahir dalam matematik dan secara tidak langsung akan menghilangkan rasa takut dan tekanan mereka terhadap subjek matematik.

Gambarajah 2: Contoh Makmal Matematik di Sekolah Rendah Taman matematik juga boleh diusahakan oleh guru untuk dibina kerana seperti taman bunga, taman burung atau taman permainan murid akan lebih gemar untuk berada disana berbanding menghadap papan hitam di dalam kelas sahaja. Guru bole mengambil alternatif dan mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran di taman matematik. Di taman itu perlulah mempunyai pelbagai permainan atau alatan yang berkaitan dengan matematik agar mudah untuk guru membuat contoh atau perbandingan yang berkaitan dengan matematik.

Gambarajah 3: Contoh Taman Matematik di Sekolah Rendah

Di dalam bilik darjah pasti akan ada ruang kosong di belakang bilik darjah atau di sudut sudut kelas. Dari di biarkan kosang begitu sahaja, ruang ruang kosong tersebut boleh dijadikan sudut matematik dimana disitu ditampal dan diletakkan dengan alatan alatan atau nota nota yang berkaitan dengan matematik jika makmal dan taman matematik mustahil untuk dilaksanakan kerana kekangan lain. Murid akan dapat bermain disudut tersebut ketika waktu rehat atau ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Ia akan dapat menghilangkan rasa tekanan dan bosan dalam diri murid terhadap subejk matematik ini dan dapat memupuk minat mereka untuk memberikan impak kepada mereka bahawa matematik bukanlah subjek yang sukar malahan menyeronokkan. Tidak semua sekolah mampu untuk menyediakan resos dalam kuantiti yang banyak dan berkualiti malahan sering kali berlaku dimana bajet untuk membeli resos resos untuk pengajaran disekat untuk membaiki infrastruktur infrastruktur di sekolah. Jesteru itu pengurusan resos yang sedia ada perlulah dilakukan dengan teliti agar resos tersebut akan dapat dipelihara dan digunakan untuk jangka masa yang lama. Resos resos yang terdapat perlu untuk mempunyai inventori berkenaan dengan kuantit resos yang terdapat di sekolah tersebut dan merekodkan setiap peminjaman dan pemulangan resos tersebut. Ini bertujuan untuk memelihara resos tersebut dari dicuri atau kehilangan kerana jika berlaku perkara tersebut akan mengakibatkan kerugian kepada sekolah dan murid murid kerana kekurangan bahan untuk pengajaran. Selain itu pihak sekolah perlu melakukan pemantauan dan penyenggaraan terhadap resos resos yang mudah rosak seperti LCD, komputer kerana kebanyakkan sekolah mempunyai resos resos ini tetapi hamper kesemua resos tersebut rosak dan dalam keadaan yang tidak dapat diggunakan. Jesteru pemantauan dan penyelenggaraan yang berjadual dapat mengurangkan risiko dari resos tersebut menjadi tidak berguna. Pihak sekolah juga perlu bijak untuk membuat perancangan dan bajet bagi menambah sumber resos mereka atau untuk memelihara resos tersebut. Tidak salah untuk pihak sekolah membelanjakan hanya sebahagian kecil dari sumber kawangan mereka terhdap resos resos ini tetapi ia perlulah mempunyai nilai pengajaran yang

berpanjangan dan masih boleh diggunakan dan relevan dalam jangka masa panjang dari pembelian. Ini kerana resos yang baik akan masih dapat di gunapakai dan tidak lapuk ditelan zaman. Kesimpulannya, resos yang bersesuaian dan baik akan dapat membantu pelajar untuk lebih meminati subjek matematik dengan lebih mendalam serta meningkatkan pemahaman mereka terhadap konsep konsep matematik yang cuba untuk disampaikan dan merangsang pemikiran mereka terhadap subjek matematik agar lebih cenderung ke arah itu.

You might also like