Professional Documents
Culture Documents
MISI SEKOLAH
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
LAGU SEKOLAH
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini mula beroperasi pada 16 Jun 2004. Dilancarkan pembukaannya oleh En. Wahab bin Sungib Ketua Sektor Pengurusan Akademik,Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Sekolah ini dibina di atas tapak Lot PTD1288 & 1292, Bandar Nusa Jaya, Mukim Jelutong Johor Bahru,Johor. Keluasan tapaknya ialah 9 ekar. Kerja-kerja asas pembinaan telah dimulakan pada 1 Oktober 2000. Seroja Engineering Sdn. Bhd Shah Alam adalah pemaju yang dipertanggungjawabkan membina sekolah ini. Perunding reka bentuk dihasilkan olen Budiman Ismail Consulting Engineer, Desa Pandan Kuala Lumpur. Sekolah ini dibina mengikut konsep design & Build dan siap sepenuhnya pada 28 Ogos 2003.
Sekolah ini pada mulanya diberi nama SMK Nusantara. Tapak pembinaan adalah berhadapan dengan Rumah Pangsa Rakyat Bukit Tempurung. Atas sebab tertentu, pihak pemaju telah memindahkan pembinaannya sebanyak dua kali sebelum menetapkannya bersebelahan tanah perkuburan cina. Nama sekolah ini telah ditukarkan kepada SMK Taman Nusa Jaya disebabkan masalah tuntutan. Setelah siap sepenuhnya sekolah ini ditadbirkan oleh seorang penyelaras iaitu Puan Wan Intan binti Wan Chik. Pengetua Pertama iaitu Tuan Haji Madon bin ridzuan mengambil alih pada 1 Januari 2004. Walau bagaimanapun beliau menumpang di SMK Gelang Patah sehinggalah bangunan ini diserahkan kepada Bahagian Pembangunan JPNJ pada 6 Jun 2004. Seramai 118 pelajar tingkatan 1 dan 2 serta 11 orang guru menjadi perintis asas di sekolah ini. Kesemua pelajar tersebut adalah pelajar SMK Gelang Patah yang tinggal di kawasan Kg Ulu Pulai, Kg Pulai, Kg Bukit Tempurung dan Taman Nusa Perintis.
Suspendisse potenti.
Vestibulum mi. Nam malesuada consectetuer erat. Quisque nulla. Maecenas eget justo. Duis sagittis dui congue neque. Nam adipiscing ultrices arcu. Nam justo nulla, molestie non, scelerisque ac, ultrices ut, sapien. Morbi iaculis nibh id pede. Pellentesque rutrum. Suspendisse potenti. Praesent at tellus ac odio fringilla iaculis. Suspendisse aliquam, tortor eget nonummy vehicula, ante magna placerat sem, ut fermentum erat neque ac diam. Sed risus. Quisque tincidunt urna eget libero. Nunc rhoncus dui eget purus. Nullam adipiscing eros ullamcorper erat. Vivamus fringilla. Sed nisi.