You are on page 1of 31

BAHASA MELAYU AKADEMIK 1 FONETIK DAN FONOLOGI

VOKAL
ABD RAJI BIN ABD HALIM JABATAN PENGAJIAN MELAYU INSTITUT PERGURUAN GAYA

Pengertian Vokal

Bunyi-bunyi bersuara Tanpa gangguan dan sekatan Mempunyai ciri kelantangan dan kepanjangan Bunyi yang lebih jelas Panjang daripada bunyi konsonan.

Daniel Jones mendefinisikan vokal adalah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa mengalami sebarang gangguan, sekatan atau himpitan yang boleh menimbulkan bunyi-bunyi geseran. (Arbak Othman, 1983:54)

Menurut Charles F. Hockett, vokal sebagai bunyi-bunyi bahasa yang tidak dicirikan oleh sebarang gangguan pada arus udara. (Arbak Othman, 1983:54)

Kriteria menentukan bunyi vokal

Bahagian lidah Ketinggian lidah dinaikkan Kedudukan bibir Luasnya bukaan rahang

Jenis-jenis Vokal

Vokal hadapan Vokal tengah Vokal belakang

Jenis, lambang dan nama vokal


Jenis Vokal
Vokal Hadapan

Lambang
[ i] [e] [] [a] [] [3] [u] [o] [ ]

Nama Vokal
Vokal hadapan sempit Vokal hadapan separuh sempit Vokal hadapan separuh luas Vokal hadapan luas Vokal tengah pendek Vokal tengah panjang Vokal belakang sempit Vokal belakang separuh sempit Vokal belakang separuh luas

Vokal Tengah Vokal Belakang

Kedudukan Vokal Bahasa Melayu


Sempit

Hadapan
i

Tengah

Belakang
u

Separuh sempit

Separuh luas

Luas

Cara-Cara Menghasilkan Bunyi-Bunyi Vokal


Vokal Hadapan Sempit [ i ] Hadapan lidah dinaikkan tinggi tanpa menyentuh lelangit keras. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak dan menutup arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat menggetarkan selaput suara. Keadaan bibir hampar.

Bunyi yang dihasilkan ialah vokal sempit [ i ] seperti yang terdapat dalam perkataan berikut:
di hadapan di tengah di belakang

ikan [ikan] itik [itek]

tipu [tipu] pita [pita]

topi [topi] padi [padi]

Vokal Hadapan Separuh Sempit [ e ] Hadapan lidah dinaikkan tanpa menyentuh menyentuh lelangit keras tetapi lebih rendah daripada bunyi vokal hadapan sempit [ i ]. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru dapat menggetarkan selaput suara. Keadaan bibir hampar.

Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan separuh sempit [ e ] seperti dalam perkataan-perkataan berikut:
di hadapan di tengah di belakang

ekor [ekor] kekok [keko] elok [elo] merah [merah]

kole [kole] -

Vokal Hadapan Separuh Luas [ ] Hadapan lidah dinaikkan ke lelangit keras, tidak menyentuh lelangit keras, tetapi lebih rendah daripada bunyi vokal hadapan separuh sempit [ e ]. Hujung lidah tercecah pada gusi dan gigi sebelah bawah. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara keluar melalui rongga hidung. Bibir dihamparkan

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal hadapan separuh luas [ ] seperti yang terdapat dalam perkataan berikut:
di hadapan di tengah di belakang

enak [na] belok [bl]? esok [so?] katil [katl]

lodeh [lod] tempe [temp]

Vokal Hadapan Luas [a] Hadapan lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras. Anak tekak dan lelangit lembut menutup rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya arus udara dari paru-paru dapat menggetarkan selaput udara. Bibir dihamparkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal hadapan luas [ a ] seperti dalam perkataan-perkataan berikut:
di hadapan di tengah di belakang

adik [adi?] mata [mata] saga [saga] aku [aku] batik [bate?] bola [bola]

Vokal Belakang Sempit [u] Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut untuk menyempitkan rongga mulut tetapi tidak mencecah lelangit lembut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak supaya udara dari paru-paru dapat menggetarkan selaput suara. Pita suara dirapatkan supaya arus udara dari paru-paru dapat menggetarkan selaput udara. Bibir dibundarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah vokal belakang sempit [ u ] seperti dalam perkataan-perkataan berikut:
di hadapan di tengah di belakang

ubat [ubat] unta [unta]

sudu [sudu] pintu [pintu] budu [budu] batu [batu]

Vokal Belakang Separuh Sempit [o] Belakang lidah dinaikkan separuh sempit ke arah lelangit keras. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya arus udara dapat menggetarkan selaput udara. Bibir dibundarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah vokal separuh sempit [ o ] seperti dalam perkataanperkataan berikut:
di hadapan di tengah di belakang

otot [ot?t]

tolak [tola?]

koko [koko]

otak [ota?] kekok [kko?] pidato [pidato]

Vokal Belakang Separuh Luas []

Belakang lidah dinaikkan separuh luas ke arah lelangit lembut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya arus udara dari paru-paru dapat menggetarkan selaput udara. Bibir dibundarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah vokal belakang separuh luas [ ] seperti dalam perkataan-perkataan berikut:
di hadapan di tengah di belakang

orang [rang] golok [gl]? oleh [leh] bolot [blt]

teko [t3k] soto [st]

Vokal Tengah Pendek [] Bahagian tengah lidah dinaikkan ke arah pertemuan antara lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya arus udara yang keluar dari paru-paru dapat menggetarkan selaput udara. Bibir dibundarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah vokal tengah pendek [] seperti dalam perkataanperkataan berikut:
di hadapan di tengah di belakang

empat [mpat] pekak [pka?] emak [ma?] tenat [tnat]

Vokal Tengah Panjang [3] Tengah lidah dinaikkan lebih tinggi dari keadaan semasa menghasilkan vokal separuh sempit. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya arus udara dari paru-paru dapat menggetarkan selaput udara. Bibir dibundarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah vokal tengah panjang [3] seperti dalam perkataanperkataan berikut:
di hadapan di tengah di belakang

daya [daj3]

usaha [usah3]

Huruf Vokal
Huruf vokal terdiri daripada a, e, I, o dan u. Huruf e melambangkan dua bunyi, iaitu e pepet dan e taling.
Huruf Vokal a e (pepet) e (taling) i o u Bunyi [a] [] [e] [ i] [o] [u] Depan aku emak elok itik olok ulam Penggunaan Tengah padi peta petak situ kota gulai Belakang buka idealisme sate sapi kuno ibu

Sistem Keselarasan Huruf Vokal


Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat-syarat berikut: Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar. Kata dasar hendaklah berakhirkan suku kata tertutup; dan Bagi kata yang mengandungi suku kata yang lebih daripada dua, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.

Pola Keselarasan Vokal


Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru Bahasa Melayu, iaitu:
Bil Suku Kata Praakhir Suku Kata Akhir Tertutup Penggunaan Depan Tengah Belakang

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

a a a e (pepet) e (pepet) e (pepet) e (taling) e (taling) e (taling)

a i u a i u a e (taling) o

asal alih asuh emas betik belut elak belek elok

talak tarik datuk kelam ketil telur dewan gelek belok

halaman parit baruh selam lebih perut perang leceh telor

Bil 10 11 12 13 14 15 16 17 18

Suku Kata Praakhir


i i i o o o u u u

Suku Kata Akhir Tertutup


a i u a e (taling) o a i u

Penggunaan
Depan bilah intip pikul otak oleh obor ulat ulit untuk Tengah kilang pilih ribut borang boleh borong bulat kulit buluh Belakang selinap sisih tidur sekolah celoteh kelompok ketupat putih seluruh

SEKIAN SELAMAT BELAJAR


Yang kurik itu kundi Yang merah itu saga Yang baik itu budi Yang indah itu bahasa

You might also like