You are on page 1of 14

Setiap staf sekolah memainkan peranan penting dalam pelaksanaan Program NILAM.

Sebagai pentadbir sekolah bertanggungjawab memastikan kejayaan pelaksanaan dan keberkesanan program ini.

~ Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Program NILAM ~ Memahami dasar dan matlamat program ~ Memberi taklimat kepada guru dan ibubapa ~ Memastikan pelaksanaan Program NILAM berjalan lancar melalui : > Penyeliaan > Perjumpaan dengan guru > Temu bual murid dan ibubapa secara informal > Laporan pelaksanaan ~ Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan Program NILAM ~ Mengambil tindakan susulan bagi mengatasi kelemahan program ~ Mengenalpasti guru untuk menghadiri kursus dan seminar yang berkaitan dengan bacaan dan seumpamanya. ~ Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid ~ Meluluskan peruntukan kewangan yang berkaitan ~ Mengesahkan laporan yang berkaitan Program NILAM

~ Menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaan beliau. ~ Membantu Pengerusi merancang, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai Program NILAM. ~ Membantu Pengerusi untuk menjayakan Program NILAM. ~ Membantu Pengerusi mengenal pasti kelemahan Program NILAM dan mengambil tindakan. ~ Menyelia aktiviti aktiviti yang menyokong Program NILAM. ~ Memastikan Program NILAM dilaksanakan mengikut perancangan. ~ Menyediakan pengurusan kewangan Program NILAM. ~ Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

~ Memberi taklimat tentang pelaksanaan Program NILAM pada setiap awal tahun. ~ Menentukan program dan menyediakan kertas kerja aktiviti yang hendak dilaksanakan. ~ Merancang anggaran perbelanjaan Program NILAM. ~ Menganjurkan aktiviti Program NILAM peringkat sekolah. ~ Memastikan program berjalan dengan lancar. ~ Menjadi urus setia untuk pemberian anugerah NILAM di peringkat sekolah. ~ Mengenal pasti dan membimbing calon untuk anugerah NILAM peringkat negeri. ~ Mendapatkan pengesahan laporan dan data NILAM daripada Pengetua / Guru Besar. ~ Menghantar laporan dan data NILAM ke PKG. ~ Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

~ Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat. ~ Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal berkaitan. ~ Membantu Penyelaras Program menjalankan aktiviti NILAM. ~ Mempamerkan data dan maklumat di sudut NILAM. ~ Memastikan program berjalan dengan lancar. ~ Mengumpulkan maklumat (kertas kerja, laporan, bahan, data) dan menyerahkan kepada penyelaras program. ~ Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukakan kepada Penyelaras Program dan salinan kepada Pengerusi . ~ Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

~ Mengumpul data rekod membaca dan Rakan Pembaca murid daripada Guru Tingkatan / Kelas setiap bulan. ~ Memasukkan data ke pengkalan data. ~ Menganalisis data rekod membaca dan rekod aktiviti Rakan Pembaca. ~ Menyerahkan analisis data rekod membaca murid dan analisis aktiviti Rakan Pembaca. ~ Mengemaskini data NILAM. ~ Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

~ Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan bacaan untuk murid. ~ Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh menjurus ke arah pembacaan berkualiti. ~ Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan Program NILAM bersama sama Penyelaras Program. ~ Memantau pelaksanaan Program NILAM. ~ Menyemak dan mengesahkan rekod membaca.

~ Menyediakan sudut bacaan di kelas masing-masing. ~ Mendapatkan Buku Rekod Bacaan daripada PSS / Koperasi dan mengedarkan kepada murid. ~ Menggalakkan murid mengikuti aktiviti Program NILAM secara aktif. ~ Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid. ~ Merekod bilangan buku yang dibaca ke dalam borang data NILAM. ~ Membantu pelaksanaan Program NILAM mengikut perancangan. ~ Menyerahkan data NILAM kepada Guru Data NILAM setiap hujung bulan. ~ Mengenal pasti dan menyenaraikan murid yang layak ke tahap Rakan Pembaca kepada Guru Pembimbing Rakan Pembaca.

~ Membuat penggredan buku. ~ Menyediakan bahan bacaan yang mencukupi bagi menjalankan Program NILAM. ~ Mengagihkan buku pinjaman secara kelompok (Projek Pukal). ~ Membantu setiausaha menganjurkan sebarang aktiviti untuk menyokong Program NILAM. ~ Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

~ Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa NILAM. ~ Menjadi pengantara untuk menyampaikan maklumat program NILAM. ~ PIBG berfungsi sebagai agen kepada penglibatan institusi-institusi lain dalam menjayakan program ini dari segi khidmat nasihat, sumbangan buku dan kewangan.

Peranan ibu bapa bukan setakat menyediakan keperluan asas untuk anak-anak, malahan mereka turut memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini. Matlamat program lebih mudah tercapai sekiranya mereka :~ ~ Menggalakkan anak-anak membaca di rumah dengan bimbingan daripada ibu bapa. ~ Menyediakan bahan bacaan di rumah. ~ Membuat pinjaman bahan bacaan daripada sumber lain( Perpustakaan Awam, Perpustakaan Desa, Perpustakaan Bergerak dan sebagainya). ~ Memastikan anak-anak sentiasa mempunyai bahan untuk dibaca dan membuat rekod bacaan. ~ Mengesah dan menandatangani rekod bacaan anakanak. Sekiranya ditentukan oleh pihak sekolah.

Pengawas PSS sama-sama terlibat menjayakan program NILAM ini. Mereka bukan sahaja dapat membantu guru PSS malahan merupakan agen penggerak program ini. Tugas mereka adalah seperti berikut : ~ Membantu murid untuk meminjam buku di PSS. ~ Membuat pameran buku-buku yang sesuai untuk dipinjam. ~ Membantu guru PSS menyediakan pinjaman kelompok. ~ Membantu guru PSS menganalisis data bacaan murid. ~ Mempamerkan graf-graf bacaan murid.

Secara langsung program ini melibatkan murid-murid secara aktif. Mereka merupakan kumpulan sasaran yang akan menentukan kejayaan program NILAM atau sebaliknya. Peranan murid-murid adalah seperti berikut :~ ~ Membaca buku sebanyak yang mungkin. ~ Menentukan bahan bacaan yang dibaca itu direkod. ~ Menentukan sentiasa mempunyai bahan bacaan tidak kira di mana sahaja. ~ Mendapat bahan bacaan daripada pelbagai sumber. ~ Memastikan mereka mencapai tahap pembacaan yang telah ditetapkan untuk mendapat pengikhtirafan. ~ Menjadi rakan pembaca bagi mereka yang layak dan berkeyakinan.

You might also like