You are on page 1of 13

PERATURAN BILIK TAYANG

TEMPAHAN DAN PENGGUNAAN 1. Persatuan / Kelab / Unit Beruniform / Guru / Kakitangan sekolah / Pihakpihak lain boleh membuat tempahan dengan mengisi Buku Rekod Tempahan Bilik Audio Visual / Bilik Multi Media. 2. Bilik-bilik ini boleh juga ditempah untuk pameran, ceramah, bengkel, mesyuarat dan aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan ramai peserta. 3. Hanya kelas yang diiringi oleh guru sahaja dibenarkan masuk ke bilikbilik ini. Pastikan pelajar beratur dan berkeadaan senyap sewaktu berjalan ke bilik-bilik ini dan kembali semula ke kelas. 4. Tempahan boleh dibuat oleh guru hanya seminggu sebelum tarikh penggunaan.

PENGGUNAAN ALATAN 1. Sila rekodkan jenis alatan yang digunakan dalam bahagian Catatan dalam Buku Rekod Penggunaan. 2. Sebarang alatan di bilik-bilik ini TIDAK BOLEH dibawa keluar. 3. Tidak dibenarkan mengubah sebarang alatan dari kedudukan asalnya. 4. Segala alatan diselenggarakan sendiri oleh pengguna. Pengguna hendaklah mematuhi cara penggunaan alatan. 5. Dapatkan bantuan Penyelaras Bilik Audio Visual / Bilik Multi Media jika terdapat masalah dalam mengendalikan alatan.

TEMPAHAN ALATAN 1. Semak dan maklumkan tentang alatan yang ingin digunakan 2 hari sebelum hari penggunaan. 2. Jika terdapat sebarang kerosakan sila laporkan kepada Penyelaras Bilik Tayangan / Bilik Multi Media. DISIPLIN SEMASA BERADA DI BILIK AUDIO VISUAL DAN BILIK MULTI MEDIA 1. Para pengguna dilarang makan dan minum semasa berada di bilik-bilik ini. 2. Hanya buku dan alat tulis sahaja boleh dibawa masuk. Beg dan barang-barang lain mestilah diletakkan di luar bilik. 3. Pengguna diminta menyusun semula kerusi dan meja seperti susunan asal selepas menggunakannya. 4. Padamkan papan putih yang digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sebelum keluar dari bilik. 5. Tutup semua suis sama ada kipas, lampu, alat pendingin hawa, alatan elektrik dan alatan lain sebelum keluar. 6. Rewind semula setiap pita yang telah digunakan. 7. Pastikan bilik-bilik ini sentiasa berkeadaan bersih dan teratur semasa meninggalkannya. 8. Guru mata pelajaran bertanggungjawab memantau perlakuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

9. Guru hendaklah memastikan pelajar keluar dari bilik-bilik ini dengan selamat dan tidak mengambil sebarang alatan keluar. 10. Pelajar dilarang masuk sebelum ketibaan guru dan dilarang

menyentuh sebarang alatan di dalam bilik-bilik ini kecuali dengan arahan guru.

KOMPONEN ASAS KOMPUTER

KOMPONEN ASAS KOMPUTER

You might also like