You are on page 1of 3

22/05/2013

ONLINE - Hadiah Latihan Persekutuan

LAMAN UTAMA

MAKLUMAT AM

LOG MASUK

KELUAR

: SYARAT :

: PEMILIHAN :

: PERMOHONAN :

: PERTANYAAN :

TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA DAN PhD BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2014
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menawarkan penajaan CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN BIASISWA bagi mengikuti kursus-kursus jangka panjang secara SEPENUH MASA di peringkat SARJANA dan Ph.D di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Dalam dan Luar Negara. Tawaran ini dibuka khusus untuk Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Bidang-bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dikeluarkan oleh Bahagian Latihan & Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik. 1. 2. Peringkat Sarjana Peringkat PhD

Calon-calon yang berminat hendaklah memohon secara dalam talian di portal rasmi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Permohonan akan dibuka mulai 16 April 2013 hingga 15 Mei 2013. Permohonan yang tidak menepati syarat yang ditetapkan, mengandungi maklumat yang tidak benar, tidak lengkap, dokumen sokongan yang tidak disahkan atau borang permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk urusan temuduga. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN [atas]

Pegawai-pegawai yang layak memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut : A SYARAT UMUM Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti kursus ijazah lanjutan hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. Pegawai juga hendaklah mempunyai kelayakan ijazah pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya. B SYARAT KHUSUS 1. Berumur tidak lebih daripada 43 tahun bagi PhD dan 45 tahun bagi Sarjana pada tarikh tutup permohonan ; 2. Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan; 3. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) (gred 41 dan ke atas) pada tarikh tutup permohonan; 4. Mencapai Gred A dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (purata minimum 85 markah) bagi tempoh 3 tahun genap perkhidmatan (penilaian LNPT genap 12 bulan) berturut-turut (2009, 2010, & 2011 atau 2010, 2011 & 2012); 5. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Sarjana bagi pengajian peringkat PhD (pencapaian CGPA minimum 2.5); 6. Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan; 7. Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/pendek sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005(jika berkenaan); 8. Mematuhi syarat yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar kepada Penjawat Awam seperti berikut;

Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar melebihi 12 bulan di dalam atau di luar Negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di

https://payloan.mohe.gov.my/hlp/index_maklumat_am.php

1/3

22/05/2013

boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau di luar Negara selepas genap 2 tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya; Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar kurang daripada 12 bulan tetapi melebihi 3 bulan di dalam atau di luar Negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau di luar Negara selepas genap 1 tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya.

ONLINE - Hadiah Latihan Persekutuan

9. Telah mengisytiharkan kebelakangan;

harta

(termasuk

pengistiharan

harta

tambahan)

dalam tempoh

tahun

10.Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; 11.Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal) dan hendaklah diserahkan kepada urusetia semasa calon menghadiri temuduga; dan 12. Syarat Tambahan Bagi Permohonan Pengajian di Luar Negara (boleh diduduki selepas calon berjaya ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan oleh Kementerian ini) :

Mendapat tawaran tempat pengajian dan diterima masuk ke universiti yang mempunyai ranking atau rating yang ditetapkan; Mempunyai kemahiran Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris sama ada TOEFL 600 (paper based) atau 240 (computer-based) atau 92 (internet-based); atau IELTS sekurang-kurangnya lulus band 6.5. Lulus Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara.

PEMILIHAN

[atas]

Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk Sesi Temuduga. Pemilihan muktamad akan diputuskan oleh Jawatankuasa Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

TATACARA PERMOHONAN

[atas]

1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya dengan klik menu PERMOHONAN di atas sebelah kiri, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. 2. Borang permohonan boleh diisi dan dikemaskini butirannya sehingga 15 Mei 2013 dan diakui SIMPAN & HANTAR sekali lagi. 3. Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan telah dipersetujui oleh Ketua Jabatan/ Penyelia. Sila rujuk (Lampiran A) untuk panduan penyediaan. 4. Pemohon juga dikehendaki mencetak, mengisi dan mendapatkan perakuan Ketua Jabatan, kemudiannya dimuatnaik kembali Borang Perakuan Ketua Jabatan melalui permohonan ini. dan

5. Semua dokumen sokongan asal hendaklah diimbas (scan) dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) melalui permohonan atas talian ini. Dokumen yang di (capture) menggunakan kamera adalah tidak dibenarkan dan hendaklah diakui sah oleh Ketua Jabatan, Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas) / Penggawa / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat. Dokumen sokongan tersebut adalah:

BIL 1 Gambar berukuran pasport

DOKUMEN

FORMAT JPEG PDF PDF PDF PDF PDF

SAIZ MAKSIMA 280kb 1.0mb 300kb 300kb 320kb 400kb

Rancangan Penyelidikan (proposal) yang disahkan Ketua Jabatan / 2 Penyelia (Lampiran A) 3 Salinan Transkrip Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana (bagi Ph.D) ATAU Sarjana Muda (bagi Sarjana)

4 Salinan Ijazah Sarjana Muda / Sarjana ATAU kedua-duanya 5 Lampiran Senarai Tugas 6 Borang Perakuan Ketua Jabatan

o Klik sini untuk panduan mengimbas dokumen sokongan. o Klik sini untuk panduan menukar format dokumen softcopy ke format PDF.

https://payloan.mohe.gov.my/hlp/index_maklumat_am.php

PERTANYAAN

[atas]

2/3

22/05/2013

ONLINE - Hadiah Latihan Persekutuan


PERTANYAAN Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi : UNIT BIASISWA BAHAGIAN BIASISWA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA ARAS 2, NO. 2, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62200 PUTRAJAYA ( u.p. : En. Wan Azhar / Pn. Wan Nazirah ) Tel. : 03-8870 6000 Faks : 03-8870 6839 E-mel : bsdp@mohe.gov.my [atas]

Copyright 2011 Hak Cipta Terpelihara. Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia.

https://payloan.mohe.gov.my/hlp/index_maklumat_am.php

3/3

You might also like