You are on page 1of 46

MOTIVASI TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN DAN PENULISAN

Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Terima kasih menjemput datang, Bismillah sbg pembuka bicara.

Keadaan hawa bilik yang selesa. Suasana yang tiada gangguan dan kebisingan.

Mengemaskan keadaan sekeliling agar tersusun. Pastikan cahaya lampu mencukupi untuk membaca dengan selesa.

Menampal ayatayat Al-Quran dan doa-doa

Menampal poster mengandungi slogan atau katakata hikmat yang dapat merangsang minat belajar

Menampal gambargambar yang dapat menenangkan fikiran diharuskan oleh syariat

Bagaimana

Ubahsuai kedudukan kerusi meja tempat belajar.(Menghadap kiblat atau sekurang-kurangnya tidak membelakangkan kiblat)

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN (011)

Terdapat 50 soalan 20 Kefahaman 30 Tatabahasa

( Soalan No. 1 20 ) ( Soalan No. 21 50 )

Digalakkan menjawab mula pada soalan 21 50 (tatabahasa) bagi pelajar sederhana dan lemah.

1. Imbuhan Pe atau Per

Contoh : a. Perlantikan
=

ber + lantik pelantikan

b. Perlaksanaan
= c. Perlumbaan

ber + laksana pelaksanaan


ber + lumba perlumbaan

2. Penggunaan kan dan i a. Ayah mengeposkan abang sepucuk surat Ayah mengeposkan sepucuk surat kepada abang b. Cikgu Ong menghadiahi Linda sebuah buku cerita. Anand mengakui kesalahannya. Atan mengakui akan kesalahannya. X Atan mengakui kesalahannya.

Imbuhan kan disambut oleh objek/benda/benda mati. Imbuhan i digunakan pada benda bernyawa / manusia

12. Pedalaman kampung terpencil Pendalaman pendalaman ilmu, sungai, parit Kerja pendalaman sungai itu sedang dilakukan sejak semalam. 13. Hukum DM
goreng pisang pisang goreng klinik Amal Amal Klinik Sos cili Cili sos bas mini mini bas

6. sempang ( - ) untuk kata ganda sengkang ( : - ) Contoh: Antara barang-barang berikut ialah : -

7. pro kerajaan pro-Malaysia

*anti kerajaan insya-Allah anti-Israel rahmat-Nya ketuhanan hamba-Mu *selepas pro atau anti kata nama khas maka hendaklah letakkan sempang pro-Islam

14. MemPer

(tidak ada kan)

a. Memperindah b. Memperoleh Contoh: Pekerja-pekerja itu sedang memperbesarkan jalan raya. Pekerja-pekerja itu sedang memperbesar jalan raya. * Besar adalah kata adjektif

KESALAHAN EJAAN
kebanyakkan penarikkan keesokkan pelantikkan hentakkan Menggoreng kecantikkan berkerja menunjukan sessi talipon ambulan

PENGGUNAAN BANYAK DAN RAMAI

Kata banyak digunakan untuk menyatakan jumlah atau bilangan Contoh ;Banyak orang suka berkelah di Teluk Batik. Banyak lembu sedang makan rumput di padang sekolah saya. Kataramai pula digunakan untuk menyatakan suasana atau sesuatu keadaan. Contoh: Ramai murid berasa gembira apabila mendapat keputusan yang cemerlang. Kelihatan ramai orang sedang berenang di dalam laut itu dengan gembiranya.

Penggunaan mempunyai dan terdapat


Kedua-dua kata mempunyai dan terdapat bererti ada. Kata mempunyai digunakan utk manusia dan haiwan Contoh: Aiman mempunyai seekor kucing Siam yg cantik. Kebanyakan serangga mempunyai enam kaki. Bapa Mira mempunyai sebuah kereta Gen 2. Kata terdapat digunakan untuk tempat dan benda Contoh : Di dalam perpustakaan terdapat banyak buku cerita. Di dalam tabung ini terdapat banyak duit syilling. Di Kampong Sentosa terdapat sebatang titi yang sudah lama.

BENTUK JAMAK

Kata nama digandakan untuk menunjukkan jamak.Jamak bermakna lebih daripada satu.Apabila kata bilangan digunakan untuk menunjukkan jamak ,maka tidak perlulah kata nama dalam ayat tersebut diulang lagi contoh-contoh; banyak penonton-penonton setiap peserta-peserta kebanyakan rakyat-rakyat sebilangan pelajar-pelajar para jemputan-jemputan

PENGGUNAAN DALAM DAN DI DALAM


Kata arah di dalam digunakan di hadapan kata nama konkrit.Kata nama konkrit ialah nama benda yang dapat dilihat atau disentuh. Adik menyimpan buku itu di dalam begnya. Kata sendi dalam pula digunakan di hadapan kata nama abstrak.Katanama abstrak ialah nama benda yang tidak dapat dilihat atau disentuh. Aiman telah muncul sebagai johan dalam pertandingan bercerita itu.

Kata penguat juga dikenali sbg

kata digri

Jenis kata penguat contohnya Kata penguat hadapan agak,paling,terlalu Kata penguat belakang benar, sekali Kata penguat bebas sangat,amat,sungguh Contoh ayat Cuaca pada hari ini agak cerah. Hakimi cerdik sekali. Aiman sungguh rajin. Aiman rajin sungguh.

KATA PENGUAT
Kata penguat seperti amat,paling,sungguh dan sebagainya boleh digunakan bersama dengan kata adjektif.Kata keterangan sekali tidak boleh disertakan lagi. Contoh; Fatonah paling cantik sekali.( X ) Fatonah paling cantik.( / ) Kata penguat tidak digunakan jika kata adjektif itu berawalan ter Contoh : Inilah baju yang amat termahal. ( X) Inilah baju yang termahal.( / )

PENGGUNAAN KATA BILANGAN


Kata bilangan mestilah dipisahkan dengan kata bilangan pecahan. Satu,dua,tiga,empat sebagai kata bilangan tentu Suku,setengah,tiga suku dsbnya ialah kata bilangan pecahan Contoh: Beg ini berharga tujuh ringgit setengah. ( / ) Beg ini berharga tujuh setengah ringgit . ( x ) Satu tahun setengah Dua jam setengah Satu abad setengah Lima hari setengah

KATA SENDI DI & IMBUHAN DI


DIboleh digunakan sebagai kata sendi nama dan

imbuhan Kata sendi nama di dipisahkan dengan perkataan yang mengikutnya.(biasanya tempat) Contoh : di kantin di sekolah di kedai di kebun Imbuhan di pula digabungkan dengan perkataan yang mengikutinya.Biasanya (katakerja) Contoh : dilukis, disambut , dibuat, disentuh, direka Lori itu dipandu dengan lajunya hingga terbabas Saya diminta membeli kuih di warung Mak Limah.

PENGGUNAAN PADA Kata sendi pada pula digunakan untuk menyatakan masa,orang,dan benda Contoh: Aiman tidak hadir pada hari Jumaat. Buku cerita seram itu ada pada Hakimi. Emak menyapu ubat pada luka di kakinya. Pada hujung minggu kami ke tepi pantai.

Kata ganti nama


Diri pertama Aku daku hamba Beta patik kami Kita saya Diri kedua Awak anda engkau Dikau tuanku kalian Diri ketiga Dia / ia Mereka beliau -nya

Kt.ganti nama tanya Apa-benda/tempat/perkara Siapa- orang Di mana /ke mana tempat Mengapa sebab/alasan Berapa jumlah/ramai

Kt.ganti nama tunjuk Ini= sesuatu yg dekat Itu sesuatu yg jauh

Kt.ganti Tempat Sini- dekat Situ-jauh Sana-lebih jauh

dari

arah
Masa/ waktu tempat

daripada

Punca manusia, haiwan,benda, Atau unsur abstrak

Sumber atau Asal kejadian Sesuatu benda

Perbezaan / perbandingan

Ahli sesuatu Lawatan / kumpulan

antara

Membawa maksud lingkungan yang Tidak mempunyai ruang atau jarak

Contoh Antara buku ini dengan buku itu ada banyak perbezaan. Persahabatan antara Lokman dengan Aiman sangat akrab. Perjanjian damai antara kedua-dua buah negara itu telah ditandatangani. Apakah perbezaannya antara kedua-dua buah kereta itu?

Pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata atau lebih


utk membentuk kata majmuk. Kata majmuk terhasil membawa maksud yang tertentu.

Perkataan yang dieja bercantum dengan partikel pun Adapun ataupun Andaipun bagaimanapun Biarpun kalaupun Kendatipun lagipun Mahupun meskipun Sekalipun sungguhpun walaupun

Soalan Bahagian Tatabahasa Yang Paling Popular


Kata Ganda Penggunaan Kata Yang Tepat Ayat Yang Sama Maksud Penjodoh Bilangan Tanda Baca Kata Seerti / lawan perkataan Susunan Ayat Kata Banyak Makna kata kerja imbuhan kata hubung wacana simpulan bahasa peribahasa

Keperluan asas manusia adalah makanan, perlindungan dan pakaian. ( Keperluan asas manusia ialah makanan, perlindungan dan pakaian.) bila dan apabila Zainal pun bangun bila namanya dipanggil. ( Zainal pun bangun apabila namanya dipanggil.) Bila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu. ( Apabila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.) ramai, banyak, semua dan para Ramai murid-murid menonton pertandingan bola sepak itu. ( Ramai murid menonton pertandingan bola sepak itu.)

Aminah belajar bersungguh-sungguh untuk lulus dalam ujian ( Aminah belajar bersungguh-sungguh supaya lulus dalam ujian.) Kami akan tinggal untuk dua minggu. ( Kami akan tinggal selama dua minggu.) Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung untuk satu jam. ( Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu selama satu jam.) adalah dan ialah Adalah dengan hormatnya dimaklumkan ( Dengan hormatnya dimaklumkan . ) Tuduhan itu adalah fitnah belaka. ( Tuduhan itu fitnah belaka.)

yang dan bahawa Hasri memberitahu yang dia tidak dapat hadir ke sekolah. ( Hasri memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah. Mereka memberitahu yang tindakan itu tidakadil. ( Mereka memberitahu bahawa tindakan itu tidak adil.) kata ganti nama Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja sini. ( Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja ini. ) Entah siapa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung. ( Entah apa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.) kata ganti dia dan ia

nota : kata ganti dia ialah kata ganti nama untuk manusia sahaja. Kata ganti nama ia ialah untuk binatang, benda, pokok masalah dan sebagainya.

.Salah Menggunakan Perkataan dari dan daripada Kain batik itu datang daripada Terengganu. ( Kain batik itu datang dari Terengganu.)

Saya baru terima surat itu dari kakak. ( Saya baru terima surat itu daripada kakak.) untuk , supaya dan selama
Cikgu Zaidi pergi ke pasar untuk membeli sayur. ( Cikgu Zaidi pergi ke pasar membeli sayur.) Ahmad menjerit untuk meminta tolong. ( Ahmad menjerit meminta tolong.) Saya bercita-cita untuk menjadi doktor. ( Saya bercita-cita hendak menjadi doktor.)

Di dan pada Beri surat ini pada Hasrul. ( Beri surat ini kepada Hasrul.)

Di masa rehat saya ke kantin. ( Pada masa rehat saya ke kantin.)


C. Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit) Dengan cepat berjalan adik kerana mengikut emak hendak ke pasar. ( Adik berjalan dengan cepat kerana hendak mengikut emak ke pasar.) Semua kuih di atas meja itu telah dimakan oleh saya. ( Semua kuih di atas meja itu telah saya makan.) Bila bangun tidur saya mandi dan makan pagi lepas itu pergi ke sekolah ( Apabila bangun tidur saya mandi dan bersarapan. Kemudian, saya pergi ke sekolah.)

D. Tanda baca menggunakan tanda baca pada tempat yang salah


Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik , gitar , piano dan , drum. ( Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik ; gitar , piano , dan drum.) tidak menggunakan tanda baca pada tempat yang betul Jangan bergerak Kalau bergerak kamu akan ditembak , jerit polis kepada perompak itu. ( Jangan bergerak ! Kalau bergerak kamu akan ditembak, ,jerit polis kepada perompak itu.) Penggunaan huruf kecil / besar tidak pada tempat Siapakah pemenang dalam Pertandingan Syarahan anjuran berita harian itu ? ( Siapakah pemenang dalam pertandingan syarahan anjuran Berita Harian itu ? ) Jarak rumah saya dari Bandar Jerteh ialah 2.5 Kilometer. ( Jarak rumah saya dari bandar Jerteh ialah 2.5 kilometer.)

Tahukah Kamu ? mu dan ku ditulis rapat dengan perkataan di hadapannya.

Contoh ; wangku, tuanku, suratmu, hatiku, hatimu dan sebagainya. Menulis imbuhan di ada caranya. Jika perbuatan di ditulis dekat
contoh ; dimakan, dijamah, ditendang

Jika di menunjukkan tempat dan masa di ditulis berjauhan


contoh ; di Jerteh, di pantai, di sana

E.

Imbuhan

Tidak dapat membezakan antara kata depan dengan.imbuhan di dan ke


Masukkan buku ini didalam beg. ( Masukkan buku ini ke dalam beg.) Semua murid di kehendaki beratur dipadang sebelum masuk ke dewan. ( Semua murid dikehendaki beratur di padang sebelum masuk ke dewan.) Tidak dapat membezakan imbuhan an dan kan

Masakkan ibu sungguh lazat. ( Masakan ibu sungguh lazat.)


Masukan buku ini ke dalam almari. ( Masukkan buku ini ke dalam almari.)

APA YANG PERLU MURID BUAT SEMASA MENJAWAB


BACA SOALAN DENGAN TELITI DAN FAHAMKAN BETUL-BETUL JAWAB SEMUA SOALAN JANGAN SESEKALI MENINGGALKAN MANA-MANA SOALAN KENALPASTI PERKATAAN / KATA PANDU / KLUE/ MAKLUMAT PENTING/ ARAHAN/ KATA KUNCI DALAM SETIAP SOALAN SEGALA GAMBAR RAJAH / JADUAL/ PETA/ GRAF HENDAKLAH DITELITIKAN.BACA DAN FAHAMKAN KEKUNCINYA. LIHAT BETUL-BETUL KEDUDUKAN MATA ANGIN GARISI KATA KUNCI DAN FAHAMI KEHENDAK SOALAN JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN JAWAPAN PENGGANGGU ATAU JAWAPAN PERANGKAP GUNAKAN CARA ELIMINASI BAGI SOLAN BANYAK PILIHAN BUANG/POTONG DUA PENGGANGGU YANG BUKAN JAWAPAN.TUMPUKAN PADA YANG MUNGKIN JAWAPAN.TAPI HANYA ADA SATU SAHAJA JAWAPAN YANG BETUL

Orang hebat sentiasa memperkatakan tentang idea Orang sederhana sentiasa bercerita tentang peristiwa Orang kecil sentiasa bercerita tentang orang lain Orang kerdil sentiasa bercerita tentang dirinya sendiri

BUAT AKHIRNYA .
SELAMAT BELAJAR SELAMAT MENGULANGKAJI SELAMAT MENGHADAPI UPSR SELAMAT MAJU JAYA

TERIMA KASIHJUMPA LAGI


Tetak lemang panjang sepuluh, Mari dimakan bersama pengat; Tangan kuangkat jari sepuluh, Doa kupohon semoga selamat

You might also like