You are on page 1of 15

Karangan Contoh SPM - Rumah Terbuka Rumah Terbuka Rakyat Malaysia (Buku Teks Tingkatan 5 m/s 1) Soalan Contoh

Sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, anda telah mengunjungi rumah terbuka yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia. Huraikan kebaikan dan keburukan rumah terbuka itu. Pendahuluan - Jelaskan konsep rumah terbuka secara umum. Isi-isi Penting i. mengeratkan perpaduan kaum ii. memahami budaya kaum lain iii. masalah kebersihan iv. ada yang mementingkan diri Penutup - konsep rumah terbuka perlu dihayati. Karangan Contoh Kebelakangan ini, amalan mengadakan rumah terbuka menjadi perkara biasa dalam kalangan rakyat Malaysia apabila tiba hari-hari perayaan utama. Konsep rumah terbuka ini memang perlu diteruskan dan dijadikan amalan kerana banyak kebaikannya. Dengan adanya rumah terbuka, mudahlah seseorang itu untuk mengunjungi rumah saudara mara, jiran-jiran dan rakan-rakan kerana tarikh dan masanya sudah ditetapkan. Seterusnya amalan ini sudah tentu akan mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama anggota masyarakat. Hal ini pasti akan mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni seperti kata pepatah, "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat". Amalan rumah terbuka akan mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara kita. Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan beramah mesra dengan tetamu yang lain. Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka berbual mesra dan saling memahami antara satu sama lain. Oleh itu, di samping menjamu selera, secara tidak langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini akan dapat dimantapkan. Hal ini bersesuaian dengan pepatah Melayu, iaitu "Tak kenal maka tak cinta". Semasa menghadiri rumah terbuka juga, para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan memahami budaya dan adat resam kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama, walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama. Sebagai contohnya, orang-orang Cina, India, Iban, Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Jadi, mereka akan

dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Perkara ini sudah tentu akan mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Selain kebaikan, terdapat juga keburukannya kerana rumah terbuka akan menimbulkan masalah untuk menjaga kebersihan di tempat rumah terbuka itu diadakan. Hal ini disebabkan oleh sikap tetamu yang hadir, iaitu tidak mementingkan aspek kebersihan. Mereka tidak menghiraukan aspek kebersihan dan membuang sisa makanan atau bungkusan makanan di merata-rata tempat. Perkara ini akan menimbulkan masalah apabila rumah terbuka itu berakhir dan menyusahkan pihak penganjur untuk membersihkannya. Oleh itu, perkara ini perlulah diberikan perhatian agar tetamu yang hadir akan menjaga aspek kebersihan dan tidak mengotorkan tempat itu. Keburukan lain akibat penganjuran rumah terbuka adalah terdapat pihak yang mementingkan diri dan tidak menghiraukan orang lain. Perkara ini akan menimbulkan masalah dan kesulitan kepada orang lain yang turut hadir dalam majlis itu. Ada tetamu yang berebut-rebut semasa mengambil makanan atau bersikap tamak dengan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak. Sekiranya mereka menghabiskan makanan tersebut sudah tentu tidak menimbulkan masalah, tetapi perkara yang berlaku ialah mereka tidak menghabiskan makanan tersebut. Hal ini sudah tentu menyebabkan pembaziran berlaku, sedangkan ada orang lain yang mungkin tidak mendapat makanan langsung. Oleh hal yang demikian, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Konsep rumah terbuka sudah tentu banyak mendatangkan kebaikan jika difahami dan dihayati oleh anggota masyarakat. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, ditakuti amalan rumah terbuka akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu seperti kata pepatah, "Rumah siap pahat berbunyi" apabila menganjurkan rumah terbuka. Jadi, semua anggota masyarakat haruslah memahami dan menghayati konsep rumah terbuka yang sebenarnya agar hasrat yang dicita-citakan akan dapat dicapai.

Fokus Karangan Bahan Rangsangan SPM 2010 Kebaikan mengadakan sambutan kemerdekaan negara.

Dengan berdasarkan soalan percubaan Bahagian A (Karangan Bahan Rangsangan) negeri Perak, isu yang diketengahkan ialah kebaikan mengadakan sambutan kemerdekaan negara.

Soalan contoh (Rujuk Soalan Karangan Bahagian A, Peperiksaan Percubaan Bahasa Melayu negeri Perak 2010 daripada blog Cikgu Zaki).

Gambarajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada sambutan kemerdekaan negara. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan mengadakan sambutan kemerdekaan negara pada setiap tahun. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Rangka Karangan Pendahuluan Hari ulang tahun kemerdekaan yang kita sambut setiap tahun mempunyai banyak kepentingannya Isi-isi (Sudah disediakan dalam bahan rangsangan) Memupuk semangat patriotik Memupuk perpaduan kaum Menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan Penutup Hari ulang tahun kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat Karangan Contoh Hari ulang tahun kemerdekaan negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, sambutan hari tersebut hendaklah diteruskan agar

generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati kebaikannya.

Kebaikan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini adalah dapat memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara. Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara ini demikian kerana, tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu akan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung.

Selain itu, dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, kita dapat memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum yang terdapat di negara kita akan bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan. Kita dapat melihat semua kaum, seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan Bajau turut serta dalam sambutan terebut. Perkara ini tentunya akan menjadi bukti bahawa perpaduan kaum dapat dipupuk dan disuburkan melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara.

Melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan juga, kita dapat menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara. Kita akan memahami dan menghayati pengorbanan serta perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita suatu masa dahulu. Mereka sanggup berkorban harta, nyawa dan tenaga iaitu seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain, semata-mata untuk memerdekakan negara kita. Dengan cara itu, sebagai rakyat negara ini, kita akan sedar dan berazam untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita sampai bila-bila.

Intihanya, ulang tahun hari kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat negara ini dengan penuh penghayatan. Oleh itu, kerajaan hendaklah menjalankan kempen melalui media massa untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan sambutan ulang tahun tersebut. Hal ini bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang diuaruarkan oleh pucuk pimpinan negara kita pada masa ini yang mementingkan aspek perpaduan kaum. Sekiranya usaha ini tidak dijalankan, sudah pasti rakyat negara kita kurang menyedari kepentingan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara.

ANALISIS SOALAN KARANGAN BAHAN RANGSANGAN SPM 2010 (Soalan Percubaan Negerinegeri) Analisis Soalan Karangan Bahagian (A) Peperiksaan Percubaan BM SPM Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2010

Bil . 1.

Negeri/Institus i Perlis

Isu

Fokus soalan

Isi Dalam Bahan Rangsangan Tiada isi diberikan, cuma dipaparkan ilustrasi tentang kemalangan jalan raya - membina sikap sukarela Modul Khidmat Komuniti Program Khidmat Negara - mengukuhkan semangat kerjasama aktiviti gotong-royong - memupuk perasaan cinta akan alam sekitar aktiviti kokurikulum

Kemalanga n jalan raya

Punca-punca

2.

Kedah

Aktiviti khidmat masyarakat

Faedahfaedah

3.

Pulau Pinang

Remaja cemerlang

Ciri-ciri

- mementingkan ilmu - menghormati ibu bapa - yakin diri

4.

Perak

Sambutan kemerdeka an negara

Kebaikankebaikan

- memupuk semangat patriotik - menghargai jasa pemimpin - memupuk perpaduan

5.

Selangor

Semangat kejiranan

Usaha-usaha untuk memupuk

- bergotong-royong - amalan ziarah-menziarahi

- rumah terbuka 6. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Perpaduan kaum di Malaysia Cara-cara memupuk - amalan rumah terbuka - sikap hormatmenghormati - sistem pendidikan yang menggalakkan integrasi kaum - terlibat dalam aktiviti sosial yang disertai oleh pelbagai kaum 7. Negeri Sembilan Amalan gaya hidup sihat Cara mempraktikk an - pengambilan makanan seimbang - bersukan - pemeriksaan kesihatan 8. Melaka Warisan Negara Kepentingan memelihara - daya tarikan pelancong - memupuk semangat patriotik - mengekalkan nilai seni dan estetika - mengenang sejarah negara 9. Johor Perpaduan kaum di Malaysia Kepentingan mengamalka n - mewujudkan masyarakat harmoni - menarik kedatangan pelancong - memajukan ekonomi negara - meningkatkan keamanan negara

10 .

Kelantan

Amalan membaca

Langkahlangkah untuk membudayak an Cara yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu

- ibu bapa menjadi suri teladan - kempen membaca - mengadakan pesta buku - amalan pemakanan seimbang - kebersihan diri dan persekitaran - bersukan dan beriadah - pemeriksaan kesihatan

11 .

Terengganu

Amalan gaya hidup sihat

12 .

Sarawak

Hubungan kekeluarga an

Cara-cara mengeratkan

- makan bersama-sama - meluangkan masauntuk bercuti - mendengar masalah - membantu dalam pelajaran

13 .

Sabah

Pelanconga n di Malaysia

Kelebihankelebihan sebagai sebuah negara pelancongan Cara-cara remaja boleh memanfaatk an

- pulau - gunung - wau - silat Tiada isi diberikan, cuma dipaparkan gambar tentang lawatan ke tempat bersejarah, membaca buku, bergotong-royong, dan hari keluarga. Tiada isi diberikan, cuma dipaparkan gambar tentang iklan rumah dengan butir-butir yang berkaitan dengan rumah tersebut. - Pemeriksaan kesihatan

14 .

Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster KPM

Aktiviti masa lapang

15 .

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

Rumah Idaman

Kriteriakriteria yang menjadi pilihan pembeli

16

Yayasan Islam

Amalan

Faedah-

Kelantan (YIK)

gaya gidup sihat

faedah

- jauhi daripada merokok - amalan bersenam - menjaga pemakanan

Fokus Karangan Bahan Rangsangan SPM 2010 Amalan Gaya Hidup Sihat

Dengan berdasarkan Soalan Percubaan Bahagian A (Karangan Bahan Rangsangan) beberapa buah negeri, antara isu yang perlu difokuskan ialah amalan gaya hidup sihat.

Antara negeri yang memfokuskan isu tersebut ialah Terengganu dan Negeri Sembilan. Di samping itu, soalan negeri Pahang turut memfokuskan isu yang sama tetapi dalam bahagian B iaitu soalan 2 yang berkaitan dengan peranan ibu bapa untuk melahirkan keluarga yang sihat (berformat ceramah).

Soalan contoh (Rujuk Soalan Karangan Kertas 1 Bahagian A, Peperiksaan Percubaan Bahasa Melayu negeri Terengganu 2010).

Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Huraikan pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Rangka Karangan Pendahuluan - kepentingan amalan gaya hidup sihat Isi-isi - amalan pemakanan seimbang - bersukan dan beriadah - Pemeriksaan kesihatan Penutup - amalan tersebut perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat

Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara.

Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.

Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas.

Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru nak tengadah.

Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Fokus Karangan SPM 2010 Penyakit Berbahaya

Isu lain yang perlu difokuskan dalam karangan SPM 2010 nanti ialah penyakit berbahaya.

Soalan ini terdapat dalam Karangan Respons Terbuka Peperiksaan Percubaan SPM 2010 negeri Johor iaitu Soalan 4 (Dimensi antarabangsa).

Penularan penyakit berbahaya seperti H1N1, Demam Denggi dan AIDS telah mendatangkan kesan negatif kepada kehidupan manusia sejagat. Bincangkan tindakan yang perlu dilakukan oleh negara-negara terlibat untuk menangani penularan penyakit-penyakit berbahaya.

Selain itu, soalan negeri Pahang turut menyentuh isu yang sama iaitu wabak penyakit berbahaya dalam Soalan 4.

Wabak ILI dan H1N1 merupakan penyakit berjangkit yang menular di seluruh dunia sejak akhir-akhir ini. Wabak ini telah menimbulkan pelbagai kesan terhadap kesihatan penduduk dan ekonomi sesebuah negara.

Jelaskan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengatasi penularan tersebut. Soalan SBP dan Sekolah Kluster juga menyentuh isu yang sama iaitu dalam Soalan 4. Belakangan ini, penyakit yang berbahaya sangat cepat merebak dari satu negara ke satu negara yang lain. Jelaskan cara-cara untuk mengawal penularan wabak tersebut secara global.

Soalan negeri Sabah turut menyentuh isu yang sama, cuma nombor soalan soalannya sahaja yang berbeza iaitu nombor 3 (Dimensi masyarakat atau negara). Selain itu, penyakit berbahaya itu pula difokuskan kepada amalan corak hidup yang tidak sihat, dan tidak semestinya pernyakit berbahaya yang berjangkit sahaja seperti soalan negeri Johor, Pahang, dan SBP & Sekolah Kluster.

Penyakit berbahaya semakin mengancam kesihatan rakyat Malaysia akibat amalan dan corak hidup yang tidak sihat. Huraikan langkah-langkah untuk menangani masalah ini.

Di bawah ini saya paparkan soalan dan karangan contoh yang membincangkan isu yang hampir sama dan fokus soalannya juga hampir sama dengan soalan tersebut untuk rujukan bersama.

Soalan Contoh Negara kita turut menerima tempias akibat wabak selesema burung dan penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) yang berlaku di kebanyakan negara di dunia baru-baru ini. Sarankan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara kita dan negara-negara yang terlibat.

Rangka Karangan

Pendahuluan - Wabak penyakit berjangkit di negara ini terkawal - kerajaan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah penyakit berjangkit.

Isi-isi Penting i. Pesakit-pesakit dikuarantin daripada orang awam supaya tidak berjangkit. ii. Jangan melancong atau berkunjung ke negara-negara yang dilanda oleh penyakit tersebut. iii. Gunakan mesin pengimbas - sekat kemasukan pelancong asing dari negara yang terlibat memasuki negara Malaysia. iv. Penyediaan ubat-ubatan seperti vaksin untuk ketahanan tubuh badan melawan penyakit. v. Memusnahkan punca penyakit yang berpunca daripada unggas (ayam, burung dan lainlain). Penutup - Kerajaan dan rakyat perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling aspek penjagaan kebersihan dan kesihatan perlu diutamakan - meyakinkan pelancong asing.

Karangan Contoh

Industri pelancongan negara terjejas sedikit akibat wabak selesema burung dan penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) yang berlaku di kebanyakan negara di dunia baru-baru ini. Namun demikian, wabak penyakit itu berjaya dikawal dan tidak memberikan kesan yang serius terhadap industri pelancongan dan kesihatan rakyat negara ini. Hal ini demikian kerana, pihak kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang efektif untuk menangani penyakit tersebut. Berdasarkan langkah mencegah lebih baik daripada mengubati, penyakit tersebut tidak merebak kepada rakyat negara ini. Seterusnya rakyat negara ini perlu berasa bimbang akan wabak yang menular di seluruh dunia itu.

Negara kita dan negara-negara yang terlibat sepatutnya mengambil langkah seperti mengasingkan pesakit yang menghidap wabak tersebut. Dengan perkataan lain, pesakit perlu dikuarantin dan diasingkan daripada orang awam agar penyakit tersebut tidak merebak kepada orang lain iaitu sebelum nasi menjadi bubur. Jika tindakan ini diambil sudah pasti penyakit ini dapat dikawal dan tidak akan disebarkan kepada orang lain dan juga ke negara-negara lain. Seterusnya, keadaan ini tidak akan menjejaskan kesihatan manusia malahan industri pelancongan juga tidak terjejas.

Langkah lain yang perlu dijalankan adalah dengan mengelakkan diri daripada melancong ke negara-negara yang terlibat. Rakyat negara kita atau negara lain perlu membatalkan rancangan buat sementara waktu untuk pergi melancong ke negara-negara yang sedang dilanda wabak itu seperti negara China, Hong Kong, dan Indonesia. Langkah yang dikatakan sebagai menyediakan payung sebelum hujan, sudah pasti dapat mengelakkan seseorang itu daripada dijangkiti oleh penyakit yang berbahaya itu.

Pihak berkuasa setiap negara juga perlu membuat pemeriksaan yang ketat dan menyediakan alat pengimbas di pintu-pintu masuk utama negara masing-masing. Sebagai contohnya, alat pengimbas tersebut perlu diletakkan di lapangan-lapangan terbang antarabangsa seperti di KLIA, Kuching, dan Bayan Lepas. Alat pengimbas tersebut berupaya untuk mengesan pelancong yang masuk sekiranya mereka dijangkiti oleh penyakit tersebut. Sekiranya mereka telah dijangkiti oleh penyakit tersebut, maka mereka perlu di bawa ke hospital untuk diberikan rawatan dan juga dikuarantin.

Selain itu, pihak berkuasa perlu menyediakan ubat-ubatan dan vaksin yang boleh melawan virus H5N1 dan mencegah virus tersebut daripada menyerang manusia. Seseorang yang perlu ke luar negara atas urusan yang penting perlu diberikan suntikan vaksin yang dapat mencegah seseorang itu daripada dijangkiti penyakit tersebut. Hal ini demikian kerana, vaksin yang berkesan akan berupaya untuk melawan virus penyakit itu daripada menyerangnya. Orang yang sudah dijangkiti oleh penyakit ini pula, perlu diberikan rawatan yang rapi dan ubat-ubatan yang benar-benar berkesan untuk mengubati pesakit tersebut.

Langkah seterusnya ialah pihak berkuasa perlu memusnahkan haiwan yang telah dijangkiti dan menjadi punca penyakit ini merebak kepada manusia pula. Unggas seperti burung dan ayam yang telah dijangkiti perlulah dihapuskan segera agar wabak tersebut tidak menjangkiti manusia pula. Hal ini demikian kerana, penyakit ini sebenarnya berpunca daripada unggas seperti ayam dan burung yang dijangkiti oleh virus tersebut dan seterusnya memindahkannya kepada manusia yang memeliharanya atau terlibat secara langsung dengan unggas tersebut setiap hari.

Sebagai kesimpulannya, pihak kerajaan dan rakyat hendaklah peka terhadap keadaan di sekeliling mereka. Aspek penjagaan kebersihan dan kesihatan perlulah diberikan perhatian yang utama dalam kehidupan seharian. Janganlah sudah terhantuk baru nak tengadah kerana sekiranya aspek kebersihan diabaikan sudah pasti penyakit itu akan mudah menyerang mangsanya. Jadi, langkah awal penting untuk menghindarkan seseorang itu daripada dijangkiti oleh wabak yang berbahaya ini. Seterusnya, perkara ini juga akan dapat meyakinkan pelancong yang hendak melancong ke negara kita.

You might also like