You are on page 1of 2

SAMPEL BORANG PEMERHATIAN Tajuk kajian: Meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata KV+KVK menggunakan kaedah VAKT Masalah:

Kemahiran membatangkan suku kata KV+KVK Nama Tarikh Masa Lokasi Umur Jenis perkembangan yang diperhatikan Afiq Haikal bin Mohd Ibrahim 10 Januari 2013 8am-9am Kelas 2 Dinamik 8 tahun Perkembangan kemahiran membaca (membatangkan suku kata)

Jenis pemerhatian yang digunakan

Pemerhatian (Rekod Anekdot)

Tujuan pemerhatian:

1.Untuk mengenalpasti kebolehan murid membatangkan suku kata KV+KVK 2.Untuk membantu murid-murid bagi memberikan intervensi awal mengatasi masalah membatangkan suku kata KV + KVK 3.Untuk mengetahui punca-punca yang menyebabkan murid lemah dalam penguasaan kemahiran membatangkan suku kata KV+KVK 4. Untuk membantu guru meningkatkan amalan profesional dalam membantu muridmurid membatangkan suku kata KV+KVK

Perihalan tentang pemerhatian yang dibuat: (rekod anekdot, rekod running, persampelan masa, persampelan peristiwa):

Untuk pemerhatian ini, perkembangan murid ini : Rekod anekdot

saya

menggunakan

rekod anekdot untuk melihat

Menurut Pusat Pembangunan Kurikulum (2008) rekod anekdot ialah satu catatan

ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana sesuatu peristiwa itu berlaku. Catatan ringkas ini adalah tepat berkenaan peristiwa yang berlaku dalam satu jangka masa yang singkat pada bila-bila masa dan dapat membantu guru memahami murid berkenaan dengan lebih jelas.

Ringkasan tingkahlaku penting yang direkodkan dan komen:

1) Murid dapat membatangkan suku kata KV + KVK apabila dibantu dengan gambar ( Kaedah pandang - sebut ) 2) Murid dapat membatangkan kedua-dua suku kata tetapi apabila kedua-dua suku kata ini hendak dicantumkan, murid-murid terlupa. 3) Murid lebih gemar menjalankan P&P yang melibatkan aktiviti-aktiviti VAKT 4) Murid sentiasa memberikan respons sepanjang pelaksanaan pengajaran menggunakan VAKT berbanding pengajaran yang menggunakan teknik sebelum ini 5) Murid lebih seronok untuk melibatkan diri dalam sesi P&P dengan adanya aktiviti VAKT 6) Minat ingin tahu murid dapat diukur dengan melihat murid seronok untuk datang ke kelas pemulihan setelah teknik VAKT diaplikasikan.

You might also like