You are on page 1of 62

INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN

MENGKUANG, 14000 BUKIT MERTAJAM,


PULAU PINANG.

KPLI-SR LPBS j-QAF

GERKO KPLI (SR) LPBS

TUGASAN GERAK KERJA KOKURIKULUM

(PERINGKAT PERTAMA)

PENSYARAH:

EN. MAHAMAD ALI B. ABDUL RAHMAN


SETIAUSAHA UNIT GERKO

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: SYATRIAH BINTI ABDUL AZIZ


NO KP: 810101-02-5974
OPSYEN: PENGAJIAN ISLAM
KUMPULAN: j-QAF 6
SEKOLAH: SK BUMBONG LIMA

AMBILAN JANUARI 2006


Penghargaan
Bismillahirrahmanirrahim… Alhamdulillah, tiada kalimah yang selayaknya
dilafazkan kepada al-Bariy Jalla wa ‘Alla. Segala pujian hanya bagi Allah S.W.T,
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar, penghulu sekalian rasul, Nabi Muhammad
S.A.W. yang membawa rahmat untuk sekalian alam.

Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan rahmatnya dapat saya
menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan ini. Jutaan terima kasih kepada
pensyarah-pensyarah Institut Perguruan Tuanku Bainun khasnya semua pensyarah
Jabatan Ilmu Pendidikan di atas ilmu dan tunjuk ajar yang dicurahkan.

Seterusnya, sekalung penghargaan buat semua warga Sekolah Kebangsaan


Bumbong Lima khususnya Guru Besar, Pn Hjh Mazni bt Hashim Dan Guru Penolong
Kanan Kokurikulum, Pn Hjh Noraini bt Aziz, guru-guru penasihat persatuan/kelab,
sukan permainan dan unit beruniform, dan semua guru-guru yang sudi meluangkan
masa untuk di temuramah bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan di dalam
tugasan ini.

Tidak lupa juga, ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah banyak
berkongsi ilmu, informasi dan kefahaman di dalam menyiapkan tugasan yang diberikan
juga memberi dorongan dan semangat untuk menyiapkan tugasan dengan sempurna.

Akhir sekali, saya berdoa kepada Allah Azza Wajalla semoga usaha ini mendapat
keberkatan daripadaNya. Dan sentiasa berada di bawah keredhaan dan
keampunanNya.
Isi Kandungan
SEKOLAH KEBANGSAAN BUMBONG LIMA
13200 KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI (UTARA)
PULAU PINANG

VISI SEKOLAH
Menjadi Sekolah Cemerlang Menjelang 2010

MISI SEKOLAH
Meningkatkan Pencapaian Kurikulum , Kokurikulum & Sahsiah Murid

PIAGAM SEKOLAH

SK Bumbong Lima sentiasa komited untuk merealisasikan visi dan misi sekolah
melalui;

Melahirkan generasi yang berpengetahuan luas, berakhlak mulia dan


bersemangat patriotisme yang tinggi
Sentiasa mementingkan kepentingan dan kebajkan murid dalam suasana mesra
dan selesa
Menitikberatkan pemupukan budaya ilmu dan penerapan niali-nilai murni
melalui proses P&P
Berusaha mewujudkan budaya kerja cemerlang dikalangan guru , pekerja dan
waris
Sentiasa melibatkan waris dan masyarakat dalam mengembangkan
potensi dan intelek murid-murid melalui konsep pemuafakatan.
MATLAMAT SEKOLAH

Melahirkan pelajar yang kompetatif, berilmu, bermaruah, bertaqwa dan mempunyai


semangat juang yang kental bagi mengharungi dunia serba canggih kini atas dasar-
dasar seperti berikut:

1. Mempunyai pengurusan yang telus, cekap dan berkesan;

2. Bersikap jujur serta menghormati hak-hak individu.

3. Menghasilkan ramai murid yang cemerlang dibidang akademik dan


kokurikulum

4. Mempunyai pengurusan kokurikulum yang berkualiti ke arah menghasilkan


murid yang berpotensi

5. Mempunyai pengurusan Hal Ehwal Murid ( HEM ) yang berkualiti ke arah


menghasilkan murid yang bersahsiah.
PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN BUMBONG LIMA 2006

VISI KOKURIKULUM

Menjadikan kegiatan kokurikulum sebagai pelengkap kecemerlangan SKBL menjelang


2010.

MISI KOKURIKULUM

Meningkatkan lagi usaha secara berterusan bagi merealisasikan visi melalui

1. Pelajar yang cemerlang Kurikulum dan Kokurikulum

2. Pelajar yang aktif dalam kokurikulum

3. Pelajar yang berketrampilan, berdaya saing, kreatif dan inovatif.

PENDAHULUAN

Gerak kerja ko-kurikulum mempunyai peranan memupuk semangat


kewarganegaraan dan perpaduan di samping menyemai dan memupuk disiplin, nilai
serta sikap positif selaras dengan Rukun Negara.

Memberi pengalaman kepada murid-murid berkembang, bergaul dan bersatu


padu dalam masyarakat mengukuh dan meperkayakan pengalaman yang dipelajari di
dalam darjah juga memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran murid-
murid di dalam bidang tertentu.
Melatih murid-murid mengisi masa lapang denagn gerak kerja yang berfaedah.
Di samping membina kesihatan dan kesejahteraan diri memberi peluang dan galakan
kepada murid-murid membuat kerja-kerja khidmat kepada sekolah dan masyarakat.

PENGERTIAN KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum adalah meliputi semua kegiatan luar bilik darjah dan adalah
merupakan lanjutan dari kurikulum yang diajar di bilik-bilik darjah.

FALSAFAH KOKURIKULUM SEKOLAH

1. Menyamai kesedaran terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan di


kalangan murid-murid.

2. Mengimbang antara perkembangan mental denagn perkembangan sosial,


jasmani dan rohani murid-murid.

3. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan yang sihat di kalangan murid-murid


dalam sekolah dan antara sekolah.

4. Membina dan meningkatkan disiplin dan suasana sekiolah supaya lebih menarik
dan mengembirakan.

5. Menambahkan semangat kekitaan di kalangan murid-murid serta membina dan


meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dan
masyarakat setempat.

6. Menanamkan sikap nilai hidup harmoni dalam masyarakat.


MATLAMAT STRATEGIK

1. Menyemaikan kesedaran dan kepatuhan kepada agama dan kepercayaan


kepada tuhan.

2. Memastikan guru-guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu


permainan, kelab dan unit beruniform.

3. Memastikan setiap unit beruniform, persatuan/kelab mempunyai sukatan dan


perancangan tahunan dan memantau aktiviti mereka sepanjang tahun.

4. Menggalakan penyertaan para pelajar dalam aktiviti sukan, permainan,


kokurikulum samada diperingkat sekolah, daerah, zon, negeri dan kebangsaan.

5. Penggunaan masa lapang yang memanfaatkan.

OBJEKTIF-OBJEKTIF KOKURIKULUM DI SEKOLAH

1. Memperseimbangkan gerak kerja kokurikulum dengan pelajaran akademik yang


dijalankan dalam bilik darjah. Kedua-duanya di anggap sebagai proses
pendidikan yang saling lengkap melengkapi.

2. Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai nilai-nilai akhlak mulia,


kesusilaan dan kenegaraan sepenuhnya, serta mempunyai semangat patriotik
yang tinggi.

3. Memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara
individu, kumpulan dan beramai-ramai.

4. Melibatkan pelajar dari semua kaum dalam semua gerak kerja kokurikulum yang
sesuai dengan tujuan memupuk perpaduan dan rasa tanggungjawab.
5. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Seklah ( JBPS ), Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG), ibu-bapa dan masyarakat setempat, guru-guru dan
pelajar-pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan gerakerja kokurikulum.

6. Mengadakan lebih banyak pertandingan melibatkan semua pelajar, terutamanya


pelajar yang kurang berminat dan kurang berbakat.
7. Menggalakan murid-murid mengambil bahagian dalam pertandingan-
pertandingan yang dianjurkan oleh badan-badan luar.

8. Meningkatkan mutu pencapaian dalam aktiviti-aktiviti sukan rekreasi dan


kecergasan.

9. Menggalakan kerjasama dan penyelarasan antara badan-badan yang


bertanggungjawab untuk memajukan sukan negara.

10. Melatih murid-murid supaya dapat menggunakan masa lapang dengan gerak
kerja yang berfaedah.

11. Melahirkan murid-murid yang berketrampilan, berakhlak mulia, kreatif dan


dinamik.

OBJEKTIF UNIT BERUNIFORM

1. Membimbing dan melatih ahli unit beruniform supaya berdisiplin serta


mempunyai potensi daya maju.

2. Memberi pendedahan dan pengalaman yang menyeronokkan melalui aktiviti-


aktiviti serta latihan yang dijalankan di dalam pasukan beruniform.

3. Mendekatkan dan membiasakan murid-murid kepada rangsangan dan


kehendak masyarakat serta alam persekitaran.
4. Mewujudkan generasi muda yang mempunyai nilai-nilai akhlak, kesusilaan dan
ketatanegaraan.

OBJEKTIF KELAB DAN PERSATUAN

1. Meningkatkan semangat bekerjasama di antara ahli-ahli kelab dan persatuan.

2. Membantu murid-murid meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik.

3. Melatih ahli persatuan mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan


diri untuk memperluaskan pengetahuan serta meningkatkan kebolehan
menjalankan aktiviti persatuan.

OBJEKTIF SUKAN DAN PERMAINAN

1. Sekurang-kurangnya memasuki peringkat separuh akhir dalam semua


pertandingan di peringkat daerah.

2. Memungut seberapa banyak pingat dalam kejohanan olahraga.

3. Memupuk dan mewujudkan semangat kesukanan kepada murid-murid.

4. Sekurang-kurangnya 75% murid-murid dapat menguasai kemahiran asas setiap


permainan.
STRATEGI KOKURIKULUM

1. Melibatkan murid daripada semua kaum dalam aktiviti kokurikulum bagi


memupuk perpaduan.

2. Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti kokurikulum.

3. Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulm bagi memantapkan matlamat yang


dikehendaki.

4. Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan.

5. Mengadakan penyeliaan dan penilaian yang sistematik secara berterusan.

6. Memberi penghargaan kepada murid dan pihak lain dari semasa ke semasa.
PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM
DAN PELAN TINDAKAN

MATLAMAT STRATEGIK:

Memastikan setiap pasukan seragam, persatuan/kelab dan permainan mempunyai


perancangan tahunan dan memantau aktiviti mereka.

OBJEKTIF KOKURIKULUM DI SEKOLAH

1. Memperseimbangkan gerak kerja kokurikulum dengan pelajaran akademik yang


dijalankan dalam bilik darjah. Kedua-duanya di anggap sebagai proses
pendidikan yang saling lengkap melengkapi.

2. Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai nilai-nilai akhlak mulia,


kesusilaan dan kenegaraan sepenuhnya, serta mempunyai semangat patriotik
yang tinggi.

3. Memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara
individu, kumpulan dan beramai-ramai.

4. Melibatkan pelajar dari semua kaum dalam semua gerak kerja kokurikulum yang
sesuai dengan tujuan memupuk perpaduan dan rasa tanggungjawab.

5. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Seklah ( JBPS ), Persatuan Ibu


Bapa dan Guru (PIBG), ibu-bapa dan masyarakat setempat, guru-guru dan
pelajar-pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan gerakerja kokurikulum.

6. Mengadakan lebih banyak pertandingan melibatkan semua pelajar, terutamanya


pelajar yang kurang berminat dan kurang berbakat.
7. Menggalakan murid-murid mengambil bahagian dalam pertandingan-
pertandingan yang dianjurkan oleh badan-badan luar.

8. Meningkatkan mutu pencapaian dalam aktiviti-aktiviti sukan rekreasi dan


kecergasan.

9. Menggalakan kerjasama dan penyelarasan antara badan-badan yang


bertanggungjawab untuk memajukan sukan negara.

10. Melatih murid-murid supaya dapat menggunakan masa lapang dengan gerak
kerja yang berfaedah.

11. Melahirkan murid-murid yang berketrampilan, berakhlak mulia, kreatif dan


dinamik.
PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM
DAN PELAN TINDAKAN (UNIT BERUNFORM)

MATLAMAT STRATEGIK:

Menggalakan pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum samada diperingkat sekolah,
daerah, zon, negeri dan kebangsaan.

OBJEKTIF UNIT BERUNIFORM

1. Membimbing dan melatih ahli unit beruniform supaya berdisiplin serta


mempunyai potensi daya maju.

2. Memberi pendedahan dan pengalaman yang menyeronokkan melalui aktiviti-


aktiviti serta latihan yang dijalankan di dalam pasukan beruniform.

3. Mendekatkan dan membiasakan murid-murid kepada rangsangan dan


kehendak masyarakat serta alam persekitaran.

4. Mewujudkan generasi muda yang mempunyai nilai-nilai akhlak, kesusilaan dan


ketatanegaraan.
PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM
DAN PELAN TINDAKAN (PERSATUAN/KELAB)

MATLAMAT STRATEGIK:

Menggalakan pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum samada diperingkat sekolah,
daerah, zon, negeri dan kebangsaan.

OBJEKTIF KELAB DAN PERSATUAN

1. Meningkatkan semangat bekerjasama di antara ahli-ahli kelab dan persatuan.

2. Membantu murid-murid meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik.

3. Melatih ahli persatuan mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan


keyakinan diri untuk memperluaskan pengetahuan serta meningkatkan
kebolehan menjalankan aktiviti persatuan.
PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM
DAN PELAN TINDAKAN (SUKAN DAN PERMAINAN)

MATLAMAT STRATEGIK:

Menggalakan pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum samada diperingkat sekolah,
daerah, zon, negeri dan kebangsaan.

OBJEKTIF SUKAN DAN PERMAINAN

1. Sekurang-kurangnya memasuki peringkat separuh akhir dalam semua


pertandingan di peringkat daerah.

2. Memungut seberapa banyak pingat dalam kejohanan olahraga.

3. Memupuk dan mewujudkan semangat kesukanan kepada murid-murid.

4. Sekurang-kurangnya 75% murid-murid dapat menguasai kemahiran asas


setiap permainan.
JAWATANKUASA KOKURIKULUM

Pengerusi : Guru Besar


( Pn. Hjh Mazni bt Hashim )

Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan Ko-Kurikulum


( Pn Hjh Noraini bt Aziz )

Naib Pengerusi 2 : Penolong kanan 1


( Hj Saari bin Ismail )

Naib Pengerusi 3 : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


( Pn Habibah bt Ahmad PJM )

Setiausaha Sukan : Tn Hj Nasri bin Subhi

Penyelaras : Sukan & Kelab Permainan


( En.Rahimi bin Darus )

Penyelaras : Persatuan
( Pn. Sakina bt. Saidin )

Penyelaras : Unit Beruniform


( Pn Nang Sofiah bt Nik Hamid )

Ahli Jawatankuasa : Semua Guru Penasihat Ko-Kurikulum


CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN BUMBONG LIMA 2006

PENGERUSI
PN. HJH. MAZNI BT. HASHIM
GURU BESAR

TIMBALAN PENGERUSI
PN. NORAINI BT. AZIZ
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

SETIAUSAHA
TN HJ. NASRI B. SUBHI

PENYELARAS

UNIT BERUNIFORM KELAB/PERSATUAN PERMAINAN


Cik Shaheezatul Azwa Pn. Sakina Saidin En. Rahimi Darus

TKRS BAHASA MELAYU BOLA SEPAK


Cik Shaheezatul Azwa Pn. Rusna Kaladi Tn. H. Nasri
En. Md. Nizam Pn. Che Norlia En. Muhd Azhan
Pn. Suzana
Pn. Rusna Kaladi BAHASA INGGERIS BOLA JARING
Cik Syarliza Cik Norjauharah
PUTERI ISLAM Pn. Rozita Pn. Suzana
Pn. Nang Sofiah
Pn. Hjh. Che Bashah MATEMATIK/SAINS BOLA BALING
Pn. Norhayati Cik Norjauharah En. Mohd Faizal
Pn. Normaniyah Pn. Norhayati Pn. Norheyyah

PENGAKAP AGAMA ISLAM RAGBI


En. Rahimi Pn. Normaniyah En. Zul Pakar
Pn. Rozita Pn. Nang Sofiah Tn. Hj. Nasri
En. Mohd Faizal
SENI KREATIF TAKRAW
SILAT/TAE KWAN DO Pn. Sakina En. Rahimi
Pn. Sakina Pn. Rohani En. Zul Pakar
Cik Syarliza
Pn. Hjh. Noraini P. RAKAN SEBAYA BADMINTON
Pn. Zahida Pn. Rohaida
Pn. Norsuzana En. Md. Nizam
SENI LUKIS
Cik Shaheezatul Azwa
Pn. Hjh. Che Bashah

REKA CIPTA
Pn. Habibah
En. Rahimi

PSS
Pn. Norheyyah
Pn. Norihan

SPBT
Pn. Rohaida
En. Zul Pakar
PENTAKSIRAN GERAK KERJA KOKURIKULUM (GERKO)

Gerak kerja ko-kurikulum mempunyai peranan memupuk semangat


kewarganegaraan dan perpaduan di samping menyemai dan memupuk disiplin, nilai
serta sikap positif selaras dengan Rukun Negara.

Memberi pengalaman kepada murid-murid berkembang, bergaul dan bersatu


padu dalam masyarakat mengukuh dan meperkayakan pengalaman yang dipelajari di
dalam darjah juga memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran murid-
murid di dalam bidang tertentu.

Melatih murid-murid mengisi masa lapang dengan gerak kerja yang berfaedah.
Di samping membina kesihatan dan kesejahteraan diri memberi peluang dan galakan
kepada murid-murid membuat kerja-kerja khidmat kepada sekolah dan masyarakat.

Sekolah Kebangsaan Bumbong Lima, pihak sekolah telah menetapkan aktiviti


kokurikulum hendaklah dijalankan pada waktu persekolahan dan telah tercatat di dalam
jadual waktu setiap kelas bagi tahap dua dan tahun tiga bagi tahap satu. Pihak sekolah
menetapkan pada setiap hari Rabu pukul 7.45 pagi hingga 8.45 pagi diadakan aktiviti
untuk unit beruniform. Pada setiap hari Khamis pula dijalankan aktiviti untuk
persatuan/kelab atau sukan/permainan secara bergilir-gilir. Jika pada hari Khamis
minggu tersebut dijalankan aktiviti untuk persatuan/kelab, maka pada hari Khamis
berikutnya pula dijalankan aktiviti untuk sukan/permainan. Aktiviti untuk persatuan/kelab
dijalankan pada pukul 12.35 petang hingga 1.35 petang manakala bagi
sukan/permainan pula dijalankan pada pukul 7.45 pagi hingga 8.45 pagi.

Pada setiap hari Rabu, murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam unit
beruniform masing-masing. Bagi guru-guru pula digalakan untuk memakai pakaian
seragam unit beruniform masing-masing. Pada hari Khamis pula murid-murid
hendaklah memakai pakaian sukan sepertimana pakaian mereka semasa bersenam
jika pada hari tersebut dijalankan aktiviti untuk sukan/permainan. Jika pada hari Khamis
minggu tersebut dijalankan aktiviti untuk persatuan/kelab, mereka hendaklah memakai
seragam sekolah.

PERSATUAN AGAMA ISLAM

Guru Pendidikan Islam (GPI) bertanggungjawab untuk membangun agama,


bangsa dan negara. Guru-guru perlu mempersiapkan murid-muridnya kearah
keupayaan membangunkan diri, agama, bangsa dan negara supaya mereka hidup
dalam suasana yang penuh dengan adab, disiplin untuk mengankat martabat insaniah.

Di dalam Persatuan Agama Islam penilaian di buat dari semasa ke semasa.


Guru-guru yang terlibat akan mengadakan ujian keatas murid-murid bagi menentukan
tahap pencapaian mereka di dalam bidang agama supaya dapat meningkatkan akhlak
dan sahsiah diri murid-murid. Melalui pemerhatian dan penilaian yang dibuat, guru-guru
dapat melihat perubahan sikap dikalangan ahli. Disamping itu juga, pertandingan
seperti kuiz, poster, mewarna, buku skrap dan hafazan untuk menilai kerja murid.

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) merupakan program unit beruniform,


melalui kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Pergerakan Puteri Islam
Malaysia. Bagi melatih dan melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan berdikari
melalui aktiviti kokurikulum sekolah.

Guru hendaklah mengadakan ujian Puteri Bongsu bagi murid-murid tahun 6


untuk menilai samada mereka mampu menjadi pembimbing untuk kumpulan mereka
atau tidak. Di samping itu juga guru-guru akan melatih puteri-puteri mengamalkan
segala sifat mahmudah sebagai amalan harian. Guru-guru penasihat juga akan
melaksanakan program-program yang mencabar seperti perkhemahan, merentas desa
dan sebagainya untuk menilai kemampuan mereka, melahirkan kemesraan dikalangan
ahli dan melahirkan jiwa yang tabah.

PERMAINAN/SUKAN BOLA JARING

Permainan bola jaring ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh


pemain perempuan. Pemain hendaklah menguasai kemahiran asas seperti
menghantar, menerima, gerak kaki, mengelak, mengacah, mengacah, mengawal dan
menjaring adalah penting dalam permainan bola jaring.

Semasa proses pembelajaran murid-murid hendaklah mematuhi arahan yang


guru pembimbing berikan, bekerjasama dan saling bantu membantu semasa
melakukan latihan. Murid-murid juga hendaklah melakukan aktiviti dengan bersungguh-
sungguh dan bermuafakat dalam kumpulan. Disamping itu juga, murid hendaklah yakin
kepada diri sendiri untuk melakukan aktiviti dan murid hendaklah mempunyai
tanggungjawab untuk menjaga dan menyimpan semula peralatan yang telah digunakan
dengan kemas.

Guru membuat penilaian keatas setiap murid yang menyertai permainan bola
jaring dengan memerhati setiap gerak langkah murid tertentu. Jika murid tersebut
mempunyai potensi, guru akan menggalakan mereka supaya berlatih bersungguh untuk
menjadi wakil sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.
KERTAS KERJA

PROGRAM KEM BESTARI SOLAT FASA 1 2006

i. PENDAHULUAN

Model Bestari Solat satu dari program j-QAF yang dijalankan secara kem atau luar masa

persekolahan. Masa dan tempat adalah terletak kepada keputusan ahli jawatankuasa j-

QAF.

ii. TAKRIF

Aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan

sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Aktiviti ini

dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sekolah.

iii. MATLAMAT

i. Memberi pemahaman akan konsep ibadah yang sempurna terhadap

pelajar.

ii. Membentuk murid-murid kearah generasi yang soleh dan solehah.

iii. Menerapkan kecintaan dan ketaqwaan terhadap Allah SWT dan RasulNya.

iv. Menerapkan lagi hubungan di antara guru-guru, para ibu bapa dan murid-

murid yang berilmu, beramal dan bertaqwa dapat dicapai.


iv. OBJEKTIF

i. Murid dapat berwuduk dengan sempurna.

ii. Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardu.

iii. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat

dengan betul dan lancar.

iv. Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama ada secara

bersendirian atau berjemaah.

v. KUMPULAN SASARAN

- Semua murid tahun satu yang beragama Islam.

- Seramai 55 orang murid tahun satu yang terlibat dan dibahagikan kepada 3

kumpulan.

vi. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PELAKSANAAN

- Program ini dijalankan pada 11 Mac 2006 bermula jam 8.00 pagi dan

berakhir pada jam 5.30 petang.

- Aktiviti untuk murid lelaki dijalankan di Dewan SK Bumbong Lima dan aktiviti

untuk murid perempuan dijalankan di Surau SK Bumbong Lima.


vii. STRATEGI PELAKSANAAN

1. Mesyuarat diadakan bagi melantik AJK pelaksana Kem Bestari Solat Fasa 1 2006.

Menetapkan masa, tempat, jadual aktiviti, pembahagian bidang tugas guru-guru

SKBL dan fasilitator terdiri daripada semua guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF.

2. Membahagikan murid mengikut kumpulan, setiap kumpulan mempunyai 8-9 orang

murid.

3. Pengisian kem adalah amali wudhuk, bacaan dalam solat dan perlakuan dalam

solat secara amali.

4. Taklimat ringkas kepada fasilitator mengenai perjalanan program dan pengisian

borang penilaian.

5. Melaporkan keputusan penilaian kem kepada Guru Besar.

6. Guru akan merekodkan laporan prestasi murid selepas kem untuk di hantar ke

JPN.

viii. BIDANG TUGAS ORGANISASI PELAKSANA

Pengerusi

- Membentuk jawatankuasa pelaksana

- Mempengerusikan dan mengendalikan mesyuarat pelaksana

Naib Pengerusi

- Membantu tugas Pengerusi

- Memangku Pengerusi mesyuarat

Setiausaha

- Menguruskan surat menyurat


- Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program

- Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat.

- Mengeluarkan surat kebenaran ibubapa.

Bendahari

- Menyediakan anggaran perbelanjaan.

- Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa.

- Mengurus dan menyelia perolehan dan perbelanjaan.

- Menyediakn laporan kewangan.

Urusetia & Pendaftaran

- Menentukan perkataan ‘backdrop’

- Menentukan pengerusi majlis.

- Mengagihkan kumpulan peserta.

- Menyediakan borang-borang.

- Menyediakan keperluan pendaftaran

- Mengedarkan buku program

Catering

- Membentuk jawatankuasa kecil

- Menyediakan menu kepada jawatankuasa, peserta, fasilatator dan tetamu.

- Menyediakan anggaran perbelanjaan makanan dan minuman.

- Menentukan tempat, masa dan bentuk jamuan.

- Memastikan bekalan makan dan minum mencukupi sepanjang program.

- Menguruskan bil pembayaran tempahan makan dan minum melalui bendahari.


Penyelaras Fasilatator

- Menyediakan bahan dan tajuk ceramah yang sesuai.

- Membimbing dan memudahkan cara peserta melaksanakan aktiviti dan latihan

dalam kumpulan (LDK)

Keselamatan & Disiplin

- Memberi taklimat kepada peserta sebelum aktiviti bermula.

- Menyediakn peralatan dan bantuan kecemasan.

- Menyediakan senarai barangan keperluan peserta.

Dokumentasi

- Menyediakan dan menerbitkan laporan penuh aktiviti

- Menyelaras agenda post mortem program.

Teknik, Peralatan & Siaraya

- Menyediakan dan meyusun tempat aktiviti

- Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti

- Menyediakan alternatif tempat, alatan dan bahan jika ada gangguan.

- Menyediakan keperluan dan alatan untuk semua slot.

Jurugambar

- Mengambil gambar sekitar program.

ix. FASILITATOR

Semua guru j-QAF dan guru Pendidikan Islam.


x. Penutup

Program kem bestari Solat adalah sebahagian daripada program j-QAF yang wajib

dilaksanakan. Ia menekankann aspek berwudhuk dan solat yang sempurna sama ada dari

segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatannya.

Diharapkan perlaksanaan kem ini akan dapat memberi kesan kepada murid-murid

dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk

melaksanakan fardhu ain yanh diperintahkan oleh Allah SWT. Semoga dengan komitmen

daripada barisan guru-guru dapat melincinkan lagi program murni ini dengan penuh

jayanya. Segala jasa bakti anda hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Disediakan oleh: Disemak dan disahkan oleh:

…………………………………………. ………………………………………….
( PN. SYATRIAH BINTI ABDUL AZIZ) (PUAN HAJJAH MAZNI BT. HASHIM)

Setiausaha Jawatankuasa Panitia j-QAF. Guru Besar Sek. Keb. Bumbong Lima.
STRUKTUR ORGANISASI PELAKSANA
PROGRAM KEM BESTARI SOLAT FASA 1 2006

Penaung
Puan Hajah Mazni Bt Hashim
Guru Besar Sek Keb Bumbong Lima

Penasihat 1
Puan Hjh Noraini bt Aziz (PK KO-KURIKULUM)

Penasihat 2
Tuan Hj Saari B Ismail (PK 1)

Penasihat 3
Puan Habibah Bt Ahmad (PK HEM)

Pengerusi
Puan Hjh Normaniyah Bt Bahador

Naib Pengerusi
Tn Hj Ahmad Fathur Rahman Bin Haroon

Setiausaha
Puan Syatriah Bt Abd Aziz

Bendahari
Puan Insan Sofiah Bt Ishak

Ahli Jawatankuasa

Urusetia & Pendaftaran Fasilatator


Cik Shaheezatul Azwa Bt Abd Razak Tn Hj Ahmad Fathur Rahman B Haroon
Cik Nor Jauharah Bt Hj Mohd Encik Mohd Faissol B Che Ahmad
Encik Mohamad B Zainol
Catering Pn Normaniyah Bt Bahador
Puan Che Norlia Bt Saad Pn Syatriah Bt Abdul Aziz
Puan Hjh Che Bashah Bt Salleh Pn Insan Sofiah Bt Ishak
Puan Aminah Bt Mohamed Yunus
Keselamatan & Disiplin Dokumentasi
Tuan Hj Nasri B Subhi Guru-guru j-QAF
Encik Muhd Azhan

Teknik, Peralatan & siaraya Juru gambar


Encik Rahimi B Darus Pn Sakina Bt Saidin
Encik Zul Pakar B Isa Cik Syarliza Bt Shith
TENTATIF PROGRAM

11hb Mac 2006 (Sabtu)

7.45 – 8.15 : Pendaftaran peserta

8.15 – 8.30 : Perasmian

8.30 – 10.00 : Tayangan VCD Panduan Solat/Pembahagian kumpulan

10.00 - 10.30 : Rehat

10.30 -12.00 : LDK 1 (Anggota, niat dan cara berwudhuk)

12.00 – 1.00 : Makan tengah hari

1.00 - 2.00 : LDK 2 (Amali wudhuk) & Solat Zohor berjamaah

2.00 – 3.00 : LDK 3 (Niat solat lima waktu)

3.00 – 4.00 : LDK 4 (Bacaan pendek dalam solat dan perlakuan solat)

4.00 – 5.00 : Solat Asar berjamaah

5.00ptg : Bersurai
PERBELANJAAN

Wang Masuk

BIL PERKARA JUMLAH


01 Kutipan Yuran Dari murid RM5 x 55 RM275
02 Sumbangan Tabung Kokurikulum RM100

JUMLAH KESELURUHAN RM375

Wang Keluar

BIL PERKARA JUMLAH


01 Makanan & minuman RM300
02 Cenderahati untuk murid RM20

JUMLAH KESELURUHAN RM320


PEMBAHAGIAN MURID MENGIKUT KUMPULAN

KUMPULAN 1

1. Mohamad Ikram Izzat b. Roslan 1B

2. Mohamad Zulhilmi b. Rohim 1B

3. Mohammad Haziq Hazim b. Mohd Faisal 1B

4. Muhammad Iqram b. Taufet 1B

5. Muhammad Akmal Firdaus b. Roslan 1B

6. Ahmad Afiq b. Ahmad Azhar 1C

7. Amirul Fikri b. Zahari 1C

8. Kairil Iqmal b. Yahya 1C

9. Muhammad Hafizudin b. Abu Hassan 1C

10. Muhammad Alif Aiman b. Rosli 1C

KUMPULAN 2

1. Muhammad Ashrul Hafifie b. Shaari 1B

2. Muhammad Fitri b. Dahlan 1B

3. Muhammad Hakimi b. Hasan 1B

4. Muhammad Syafiq b. Azman 1B

5. Muhammad Izzat Shamil b. Salim 1B

6. Mohamad Firdaus b. Abdul Rani 1C

7. Mohammad Amirul Saqati b. Azalan 1C

8. Mohammad Ikmal b. Ishak 1C

9. Muhammad Arif b. Zawawi 1C

10. Muhammad Fitri b. Zakaria 1C


KUMPULAN 3

1. Muhammad Zulkhairi b. Mohd Rosli 1B

2. Muhammad Khairul Ikhwan b. Noordin 1B

3. Muhammad Haikal b. Hairulnizam 1B

4. Muhammad Amirul Afif b. Abdullah Sani 1B

5. Muhammad Hafiz b. Halim 1C

6. Muhammad Hakim b. Omar 1C

7. Muhammad Shafiq b. Ghazali 1C

8. Muhammad Sofi b. Saad 1C

9. Muhammad Zakwan Fikri b. Ishak 1C

KUMPULAN 5

1. Nur Fakhira bt Md Nadzir 1B

2. Nur Fatihah Asyikin bt Wan Chik 1B

3. Nur Fatin Anis bt Zambery 1B

4. Nur Nadia bt Ahmad Latfi 1B

5. Nur Nazirah bt Rosli 1B

6. Noorhizatulimanina bt Khamis 1C

7. Nur Farhana bt Mohd Fison 1C

8. Nur Shaliza Wanie bt Hayat 1C

9. Siti Nursyafinaz bt Mohd Roozi 1C


KUMPULAN 6

1. Nurr Ayu Athika bt Mohd Rodzi 1B

2. Nursheriena bt Roslan 1B

3. Siti Aishah bt Azizan 1B

4. Siti Najihah bt Fazari 1B

5. Nurafiqah Izzaidah bt Azmi 1B

6. Nur Shazlina Idayu bt Mohd Shahrol 1C

7. Nurul Asyiqin bt Rosli 1C

8. Nurul Hana bt Che Ahmad 1C

9. Siti Noor bt Abdul Halim 1C

KUMPULAN 4

1. Fathiyatulnajat bt Zulkifli 1B

2. Hazirah Izzati bt Mohd Ridzuan 1B

3. Maisarah bt Ahmad 1B

4. Nadiah bt Safar 1B

5. Nurain bt Rossedi 1B

6. Anis Natasya bt Mohd Noor 1C

7. Ardini Nabilla bt Arshad 1C

8. Fatin Alya bt Abdul Aziz 1C


SEKOLAH KEBANGSAAN BUMBONG LIMA
13200 KEPALA BATAS
SEBERANG PERAI UTARA TEL / FAX : 04-5757964

Kepada:
Semua Waris Murid Tahun 1
Sek. Keb. Bumbong Lima,
13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara.

Tuan/Puan,

KEM BESTARI SOLAT MURID TAHUN SATU FASA 1 2006

Perkara di atas adalah dirujuk. Pihak sekolah akan mengadakan Kem Bestari Solat Fasa 1 untuk murid-
murid Tahun Satu 2006 pada:-

Tarikh : 11 Mac 2006


Hari : Sabtu
Masa : 7.45 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Sek Keb Bumbong Lima
Pakaian : Pakaian Seragam Sekolah
Murid lelaki dikehendaki membawa songkok
Murid perempuan dikehendaki membawa telekong

2. Semua murid Tahun Satu diwajibkan hadir kerana program ini merupakan salah satu daripada
komponen j-QAFuntuk Tahun Satu.

3. Sehubungan dengan itu, kebenaran dari tuan/puan sangatlah diharapkan.

Sekian. Terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

………………………………
(PUAN HJH MAZNI BINTI HASHIM)
Guru Besar,
Sek. Keb. Bumbong Lima,
13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara.

………………………………………………………………………………………………………………....

Nama ibubapa/waris:

…………………………………………

KEBENARAN WARIS

Saya membenarkan/tidak membenarkan anak/jagaan saya yang bernama …………………………

2. Bersama ini saya sertakan bayaran untuk mengikuti Kem Bestari Solat Fasa 1 sebanyak RM5.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

………………………………..
REFLEKSI

HURAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH

 Aktiviti kokurikulum sekolah dijalankan pada waktu persekolahan yang telah


ditetapkan oleh pihak sekolah.

 Pada setiap hari Rabu, aktiviti untuk unit beruniform dijalankan secara serentak
pada sebelah pagi iaitu pada pukul 7.45 pagi hingga pukul 8.45 pagi sebelum
bermulanya kelas seperti biasa.

 Pada setiap hari Khamis pula dijalankan secara serentak aktiviti untuk
persatuan/kelab atau permainan secara berselang seli. Aktiviti untuk
persatuan/kelab dijalankan pada sebelah petang iaitu pada pukul 12.35 petang
hingga pukul 1.35 petang iaitu waktu sebelum pulang dari sekolah. Aktiviti untuk
permainan pula dijalankan pada sebelah pagi iaitu pada pukul 7.45 pagi hingga
pukul 8.45 pagi. Jika pada hari Khamis minggu tersebut dijalankan aktiviti untuk
persatuan/kelab, maka pada minggu hadapan pula dijalankan aktiviti untuk
permainan.

 Setiap guru penasihat hendaklah mencatatkan setiap aktiviti yang dijalankan


pada setiap minggu membuat laporan mingguan dan tahunan.

 Setiap persatuan/kelab dan unit beruniform mempunyai perancangan tahunan


masing-masing.

 Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam pada setiap hari Rabu kerana
pada hari tersebut dijalankan aktiviti untuk unit beruniform dan guru-guru juga
digalakan memakai pakaian seragam pada hari tersebut.
 Pada hari Khamis pula, murid-murid dan guru yang terlibat hendaklah memakai
pakaian sukan pada sebelah pagi jika pada hari tersebut dijalankan aktiviti untuk
permainan.

 Setiap murid hendaklah mencatat perkara-perkara penting yang diberikan oleh


guru pada setiap kali dijalankan aktiviti untuk unit beruniform dan
persatuan/kelab.

 Murid yang terlibat dengan persatuan/kelab dan unit beruniform hendaklah


menyertai setiap aktiviti yang dijalankan contohnya perkhemahan atau
pertandingan.
KELEBIHAN

 Guru-guru tidak akan menghadapi masalah kehadiran dikalangan murid


kerana semua murid hadir sewaktu hari persekolahan. Tetapi jika aktiviti
dijalankan pada sebelah petang kehadiran murid-murid merosot dan guru-
guru juga menghadapi masalah kerana sesetengah guru perlu mengajar
untuk kelas tuisyen sekolah pada waktu petang.

 Guru-guru dan murid-murid tidak perlu datang kesekolah pada waktu petang
kerana semua aktiviti Gerak Kerja Kokurikulum dijalankan pada waktu
persekolahan. Murid-murid dapat melakukan sebarang aktiviti contohnya
menghadiri kelas tuisyen, kelas KAFA dan sebagainya pada sebelah petang
tanpa sebarang gangguan.

 Ini kerana pihak sekolah berpendapat bahawa mereka tidak mahu


membebankan murid-murid kerana kebanyakan murid-murid perlu
menghadiri kelas tuisyen atau kelas KAFA pada sebelah petang, tetapi aktiviti
untuk Gerak Kerja Kokurikulum juga perlu dijalankan untuk melatih atau
mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk
memperluaskan pengetahuan serta meningkatkan kebolehan menjalankan
aktiviti persatuan/ kelab atau permainan. Melalui aktiviti untuk unit beruniform
pula murid-murid dapat meningkatkan disiplin melalui penyemaian dan
pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan hasrat Rukun Negara.

 Murid dapat meneliti atau mengulangkaji kembali setiap aktiviti yang telah
dijalankan oleh persatuan/kelab dan unit beruniform kerana mereka perlu
mencatat perkara penting setiap kali aktiviti dijalankan.

 Murid akan mendapat faedah yang banyak contohnya keyakinan diri yang
tinggi, melahirkan jiwa yang tabah dan berdikari apabila menyertai
perkhemahan atau merentas desa. Bagi murid yang menyertai pertandingan
pula akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan martabat
persatuan/kelab atau sekolah jika murid tersebut menyertai pertandingan
diperingkat yang tinggi.

 Apabila semua aktiviti berlaku pada masa yang serentak, murid-murid tidak
menghadapi masalah semasa pulang dari sekolah kerana ini akan
memudahkan urusan ibubapa untuk menjemput anak masing-masing.
KELEMAHAN

 Bagi murid yang tidak mempunyai aktiviti pada sebelah petang seperti mereka
perlu menghadiri kelas tuisyen atau kelas KAFA, mereka selalunya akan
melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti bermain-main, menonton
tv, melepak dan sebagainya jika tiada sebarang aktiviti dijalankan di sekolah. Ini
menyebabkan masa yang terluang tidak dapat dipenuhi sepenuhnya dengan
aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada mereka.

 Jika aktiviti dijalankan pada waktu persekolahan, selalunya murid tidak dapat
memberi tumpuan yang penuh terhadap aktiviti yang dijalankan kerana mereka
telah keletihan dan kepenatan belajar sepanjang hari.

 Murid tidak berada dalam keadaan yang selesa semasa aktiviti dijalankan kerana
mereka terpaksa memakai pakaian seragam sekolah. Selalunya aktiviti untuk
kokurikulum dijalankan pada sebelah petang dan murid dibenarkan memakai
pakaian yang bebas tetapi sopan.

 Selalunya, selepas aktiviti untuk permainan dijalankan, terdapat bau yang sangat
kurang menyenangkan dikalangan murid-murid. Ini akan menyebabkan
gangguan untuk memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

 Apabila aktiviti untuk persatuan/kelab, sukan/permainan dan unit beruniform


dimasukkan kedalam jadual waktu persekolahan akan menyebabkan murid
pulang terlalu lewat iaitu 1.35 petang. Kebanyakan murid tidak dapat
menumpukan perhatian kerana mungkin mereka keletihan, kelaparan dan
sebagainya.

 Perjumpaan untuk persatuan/kelab dan unit beruniform terlalu kerap


menyebabkan guru-guru kekeringan idea untuk melakukan aktiviti.
 Jika aktiviti Kokurikulum dijalankan pada waktu persekolahan khususnya untuk
unit beruniform akan menyebabkan murid rasa tidak selesa untuk belajar atau
sesetengahnya merasa terlalu bebas kerana tidak memakai seragam sekolah
dan tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran yang akan disampaikan
oleh gurunya.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

 Saya mencadangkan supaya pada tahun hadapan, aktiviti kokurikulum


dijalankan pada sebelah petang atau pada setiap hari Sabtu minggu pertama
atau ketiga kerana murid-murid dan guru-guru dapat memberikan tumpuan yang
penuh semasa aktiviti dijalankan dan peruntukan masa juga lebih panjang.

 Jika aktiviti untuk persatuan/kelab, sukan/permainan dan unit beruniform pada


sebelah petang, murid-murid akan merasa lebih bersemangat untuk melakukan
sesuatu aktiviti kerana mereka telah mendapatkan rehat yang cukup selepas
pulang dari sekolah.

 Bagi aktiviti untuk persatuan/kelab guru digalakan memberi kebebasan kepada


murid untuk memakai pakaian yang kasual, tetapi pakaian tersebut mestilah
sopan supaya murid-murid berasa selesa apabila hendak melakukan sesuatu
aktiviti.

 Saya mencadang supaya Gerak Kerja Kokurikulum tidak dimasukkan di dalam


jadual waktu persekolahan kerana untuk membolehkan murid-murid memberi
tumpuan yang penuh terhadap pangajaran yang akan disampaikan oleh
gurunya. Tumpuan semasa pengajaran amat penting kerana, apabila murid tidak
faham pengajaran yang disampaikan gurunya mungkin ini akan mengakibatkan
mereka tidak berminat matapelajaran tersebut pada masa akan datang. Apabila
masalah ini berlarutan, maka pencapaian murid tersebut akan merosot dan boleh
melemahkan semangatnya untuk belajar.
ANTARA AKTIVITI GERAK KERJA
KOKURIKULUM (GERKO) YANG DIJALANKAN
DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUMBONG LIMA

PERMAINAN

BOLA SEPAK
BOLA JARING
BADMINTON
SEPAK TAKRAW
UNIT BERUNIFORM

PERGERAKAN PUTERI ISLAM


PERSATUAN/KELAB

KELAB ICT

You might also like