You are on page 1of 47

2.

0 SENARAI KANDUNGAN

BIL 1 2 3 4 5 6 Tajuk kajian Senarai kandungan Penghargaan Objektif kajian Kaedah kajian Hasil kajian

TAJUK

HALAMAN

6.1. Institusi Pentadbiran Tempatan 6.2. Latar Belakang 6.3. Peranan 6.4. Perkembangan 7 8 9 Rumusan Lampiran Rujukan

SEKOLAH MENENGAH AGAMA PEKAN GURUN

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2012

PIHAK BERKUASA TEMPATAN:

Perniagaan runcit (keropok lekor)

NAMA NO KAD PENGENALAN NO ANGKA GILIRAN GURU PENILAI

: NURUL NAJIAH BINTI AHMAD : 970915-26-5048 : K150 K060 : Pn. Isma Nurul Hasyima Binti Ismail

3.0 PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah taufik dan hidayah-Nya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Sejarah tingkatan 3, tahun 2011 dalam masa yang telah ditetapkan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini bagi memenuhi sukatan pelajaran Sejarah. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pengetua Sekolah Menengah Agama Pekan Gurun, Tuan Haji Harun Bin Haji Ismail kerana telah mengizinkan saya dan juga rakan-rakan yang lain menjalankan kerja kursus ini. Sekalung budi juga saya ucapkan kepada pihak sekolah kerana telah memberi bantuan dan kemudahan bagi menyiapkan kerja kursus Sejarah. Ucapan terima kasih ini juga ingin saya tujukan kepada guru matapelajaran Sejarah, Pn. Isma Nurul Hasyima Binti Ismail kerana telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan kajian ini. Selain itu, saya rakamkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, Encik Ahmad bin Kassim dan Puan Rumlah binti Yaacob atas sokongan moral dan bantuan yang diberikan. Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada dua orang responden iaitu .. dan . kerana telah banyak membantu saya dan rakan-rakan bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai kerja kursus ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan saya terutamanya ..dan .. yang telah banyak memberi bantuan, kerjasama dan bertungkus-lumus bagi menyiapkan Kerja Kursus Sejarah dalam masa yang telah ditetapkan. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat bagi menyiapkan Kerja Kursus ini samada secara langsung atau tidak langsung.

6.0 HASIL KAJIAN 6.1. Institusi Pentadbiran Tempatan Nama Rasmi Tanjung Dawai juga dikenali sebagai MDKP merupakan sebuah indsutri keropok lekor di dalam daerah Kuala Muda, Yan. Lokasi

MDKP terletak di Kompleks Pentadbiran Tempatan, Jitra, Kedah Darul Aman iaitu kira-kira 35 kilometer dari Bandaraya Alor Setar, ibu negeri Kedah. Daerah Kubang Pasu terletak paling utara di negeri Kedah Darul Aman. Ianya bersempadan dengan negara Thailand di sebelah utara, daerah Padang Terap di sebelah timur, daerah Kota Setar di selatan, negeri Perlis Indera Kayangan dan Selat Melaka di sebelah barat. Bangunan-bangunan yang terdapat berhampiran bangunan MDKP adalah bangunan MARA, Dewan Wawasan serta berhadapan dengan Rumah Bahagia dan Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Kemunting (SMKPK).

Matlamat

Matlamat utama MDKP adalah untuk menjadikan Negeri Kedah sebagai sebuah negeri yang maju dan berkembang pesat. MDKP sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta sebuah agensi penggerak bagi pembangunan yang pesat dan maju di Daerah Kubang Pasu sentiasa berusaha memastikan usaha-usaha pembangunan di dalam Dearah Kubang Pasu samada yang dilakukan oleh MDKP atau secara penswastaan dapat dilaksanakan dan dibangunkan dengan lancar untuk memberi kemudahan kepada seluruh penduduk di dalam daerah tersebut. Aspek keselamatan dan keselesaan penduduk setempat juga diberi tumpuan oleh MDKP dalam membangunkan daerah ini. Pelbagai usaha bagi meningkatkan kecekapan

sistem pembangunan, produktiviti dan kualiti perkhidmatan awam dilakukan oleh MDKP secara berterusan.

Objektif

Objektif pembangunan MDKP adalah seperti berikut:

Melesenkan dan mengawal perniagaan iklan dan penjaja. Merancang dan mengawal pembangunan termasuk menyediakan kajian, pelan struktur dan pelan tempatan.

Menyelaras, menggalakdan membantu membangunkan pecan atau bandar-bandar baru yang dikenalpasti berpotensi dan berdaya maju.

Mengawal bangunan, pengiklanan dan papan tanda. Mengawal selia pelupusan sisa pepejal dan pembersihan bandar. Mempertingkatkan pengurusan dan kebersihan alam sekitar. Mempertingkatkan keindahan kawasan. Mempertingkatkan dan menaik taraf kemudahan-kemudahan asas penduduk. Menggalakkan pertumbuhan kegiatan ekonomi yang pesat dan berdaya maju. Menyediakan, mengurus dan menyelenggara kemudahan-kemudahan infrastruktur. Mengurus dan menyelenggara sistem lalu lintas dalam kawasan pentadbiran. Menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti pasar, gerai, dewan, kompleks sukan, taman rekreasi, perhentian bas dan perpustakaan awam.

Mengenakan cukai taksiran ke atas pemegang-pemegang harta melalui satu dasar mesra dan adil.

Berusaha agar dapat melahirkan satu suasana kehidupan bandar yang ceria dan tenteram.

Misi Mewujudkan sebuah organisasi yang berkualiti dalam memberi perkhidmatan perbandaran yang sejahtera.

Visi ke arah Perbandaran Kubang Pasu yang lestari menjelang Tahun 2015

6.2. Latar Belakang Lahirnya Kubang Pasu adalah kerana Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II, Sultan Kedah (1804-1843) telah menghadiahkan daerah ini kepada Tunku Anum kerana membalas jasanya mengalahkan dan membebaskan Kedah daripada cengkaman pihak Siam dan meletakkan kembali Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II di atas takhtanya. Tunku Anum menamakan negeri yang baru itu sebagai Kubang Pasu Darul Qiyyam atau Negeri Yang Teguh Berdiri. Majlis Daerah Kubang Pasu yang pada mulanya dikenali sebagai Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kubang Pasu (MDKTKP) telah ditubuhkan pada 01 April 1976, berikutan dengan kuatkuasanya Undang-Undang Kerajaan Tempatan, Akta 124 (Peruntukan Sementara). Penubuhan ini merupakan percantuman semua Penguasa Tempatan dan Lembaga Bandaran yang berada dalam kawasan daerah Kubang Pasu. Penyusunan semula Majlis Daerah Kubang Pasu telah diwartakan mengikut Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) pada tahun 1989. Penguasa Tempatan dan Lembaga Bandaran yang dicantumkan adalah meliputi :i) Majlis Tempatan Changloon; ii) Majlis Tempatan Tunjang; iii) Majlis Tempatan Kodiang/Padang Sera iv) Lembaga Bandaran Jitra. Daerah Kubang Pasu dengan 948 km persegi, mempunyai 21 buah mukim dan 12 buah pekan dengan petempatan utama iaitu di Jitra, Bandar Darul Aman, Kepala Batas, Changloon, Bukit Kayu Hitam, Tunjang, Kodiang, Padang Sera, Ayer Hitam, Kerpan, Sanglang dan Sungai Korok. Bandar utama di daerah Kubang Pasu ialah Jitra yang juga merupakan pusat pentadbiran dan perkhidmatan daerah. Majlis Daerah Kubang Pasu sebagai sebuah agensi Pihak Berkuasa Tempatan bertanggungjawab bagi merancang, mengawal dan menggalakkan

kemajuan di seluruh kawasan Kubang Pasu bersesuaian dengan dasar, matlamat, objektif, strategi dengan program Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Majlis Sendiri.

AKTA DAN UNDANG-UNDANG KECIL Akta

Fungsi, peranan, kuasa dan tanggungjawab Majlis Daerah Kubang Pasu sebagai pihak Berkuasa Tempatan adalah berdasarkan kepada Akta dan Undang-undang Kecil yang diguna pakai dalam pentadbiran Majlis. Akta utama yang diguna pakai oleh Majlis Daerah Kubang Pasu ialah :-

a) Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Akta 171 )

Akta bagi menyusun semula dan menyatukan undang-undang berhubungan dengan kerajaan tempatan dan hanya terpakai bagi Semenanjung Malaysia sahaja.

b) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 )

Akta bagi pengawalan dan pengawalseliaan yang sepatutnya mengenai perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia dan bagi maksud yang berkenaan dan bersampingan dengannya.

c) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 ( Akta 133 ) d) Akta Makanan 1983 e) Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975

Undang-undang Kecil

Undang-undang kecil yang digunapakai oleh Majlis Daerah Kubang Pasu

1. Undang-Undang Kecil Iklan (Penguasa-Penguasa Tempatan) Negeri Kedah, 1982. 1.1 Undang-Undang Kecil Iklan (Penguasa Penguasa Tempatan) (Pindaan), 1983. 2. Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah, 1983. 3. Undang-Undang Kecil (Taman) Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah, 1983. 3.1 Undang-Undang Kecil (Taman) Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah (Pindaan) 2007. 4. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun kesalahan-kesalahan) Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah, 1983. 5. Undang-Undang Kecil (Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap) Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah, 1983. 6. Undang-Undang Kecil Penjaja (Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan) Negeri Kedah, 1983. 7. Undang-Undang Kecil Pelesenan Perdagangan, Perniagaan Dan Perusahaan (PihakPihak Berkuasa Tempatan Negeri (Kedah) 1985. 8. Undang-Undang Kecil Tandas Awam (Majlis Daerah Kubang Pasu), 1990. 9. Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihanraya) Majlis Daerah Kubang Pasu, 1990 10. Undang-Undang Kecil Vendalisme (Majlis Daerah Kubang Pasu) 2003. 11. Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (Majlis Daerah Kubang Pasu) 2007. 12. Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (Majlis Daerah Kubang Pasu) 2007.

13. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-kesalahan) (Majlis Daerah Kubang Pasu) Jalan, Parit dan Bangunan 2008. 14. Undang-Undang Kecil Pasar (Majlis Daerah Kubang Pasu) 2008. 15. Undang-Undang Kecil Pasar Malam / Sehari (Majlis Daerah Kubang Pasu) 2009 16. Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau (Majlis Daerah Kubang Pasu) 2009 17. Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (Majlis Daerah Kubang Pasu) 2009 18. Undang-Undang Kecil Perlesenan Premis Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (MDKP) 2010 19. Kaedah-Kaedah Pegawai Majlis Daerah Kubang Pasu (Kelakuan Dan Tatatertib) 2010 20. Undang-Undang Kecil Pelesenan Premis Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDKP)(Pindaan) 2010. 21. Undang-Undang Kecil Iklan (MDKP) 2010 22. Undang-Undang Kecil Perlesenan Penjaja Dan Gerai (MDKP) 2010.

ENAKMEN

Bil 10 thn 1971

Enakmen mengawal lembu kerbau 1971

Kandungan undang-undang: mengandungi peruntukan berkaitan larangan lembu-kerbau yang diperlihara/disimpan di kawasan larangan / kawasan pihak berkuasa tempatan

Hukuman bagi kesalahan:

Lembu-kerbau boleh ditangkap, ditembak, disembelih oleh pihak berkuasa. Atau; mahkamah: denda: sehingga RM1,000 atau penjara sehingga 12 bulan .

PERUNDANGAN DAN PEKELILING Pekeliling

1.dasar dan prosedur pengambilan pekerja sambilan harian. 2.dasar dan prosedur pelantikan bekas tentera ke dalam perkhidmatan awam. 3.kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam.

Perundangan Garis panduan mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

TANGGUNGJAWAB BIDANG TUGAS PENTADBIR Majlis Daerah Kubang Pasu merangkumi beberapa bahagian iaitu:-

1. Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia Bahagian Pentadbiran diketuai Tuan Setiausaha dengan dibantu oleh Penolong Pegawai Tadbir telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran MDKP. Fungsi bahagian pentadbiran adalah seperti: menjalankan tugas-tugas pentadbiran am Majlis dan memberi perkhidmatan urus setia kepada jawatankuasa-jawatankuasa Penasihat serta Majlis Penuh. bertanggungjawab mengendalikan semua tugas yang berkaitan dengan perkhidmatan dan perjawatan serta kebajikan kakitangan. menguruskan latihan dalaman dan luaran untuk kakitangan Majlis. menyelaras serta memastikan kelancaran pelaksanaan projek dan program pembangunan yang dikendalikan oleh jabatan-jabatan teknikal Majlis.

Selain merekod maklumat-maklumat pekerja, unit ini juga berperanan dalam menyusun atur tugas-tugas dan tanggungjawab yang harus dilakukan oleh setiap kakitangan Majlis.

2. Bahagian Perhubungan Awam/Sosial Bahagian Perhubungan Awam telah dipertanggungjawabkan sebagai pengantara bagi pihak MDKP dengan pihak awam. Bahagian ini berfungsi sebagai tempat bagi pihak awam membuat aduan atas perkara-perkara yang perlu dibaiki. Bahagian ini diberi tanggungjawab menjadi urusetia bagi semua lawatan kawasan (Area Officer) di bawah perkhidmatan Majlis. Lawatan ini adalah bertujuan mengenalpasti masalah yang timbul di kawasan-kawasan yang terbabit agar tindakan segera atau yang sepatutnya dapat diambil oleh pihak Majlis. Selain itu, Bahagian Perhubungan Awam juga ditugaskan untuk membuat hebahan yang melibatkan perkhidmatan yang ditawarkan Majlis dan juga aktiviti-aktiviti yang telah dirancang agar maklumat berjaya disampaikan kepada pihak awam.

3. Bahagian Kewangan Bahagian Kewangan diberi tanggungjawab menguruskan kewangan Majlis serta

mengukuhkan kedudukan kewangan Majlis. Bahagian ini diketuai oleh Penolong Akauntan W27, Encik Muzaffar bin Mohd. Mustaffa. Fungsi bahagian ini adalah menguruskan hal-hal penerimaan dan pembayaran dalam Majlis. menguruskan akaun Majlis. menguruskan pelaburan dan pinjaman. menguruskan perolehan kerajaan. menyediakan penyata gaji semua kakitangan Majlis.

menyediakan penyata tuntutan elaun lebih masa serta tuntutan elaun perjalanan semua kakitangan.

menguruskan potongan gaji mengikut arahan daripada pihak-pihak yang berkenaan. menerima bayaran hasil-hasil Majlis seperti cukai pintu, sewaan dan Penyata kutipan hasil bulanan dan tahunan Majlis.

4. Bahagian Penilaian Bahagian ini diwujudkan bagi memproses nilai taksiran mengikut kategori kegunaan tanah dan bangunan. menyemak serta mencadangkan nombor yang sesuai bagi penomboran bangunan. bertindak sebagai urusetia mesyuarat Jawatankuasa Tetap Penilaian Majlis. menimbang permohonan elaun kekosongan / remisi (50%). menyiasat serta mengendalikan laporan roboh / runtuh. menyemak serta memproses permohonan pindah milik pegangan berkadar. menjalankan kerja-kerja penilaian bagi bangunan tambahan dan bangunan tanpa kebenaran. mengemaskini tuntutan Caruman Bantu Kadar bagi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun. menentukan serta menyemak kadar sewa bagi gerai-gerai.

Objektif bahagian ini adalah memastikan setiap jenis hartanah yang terletak di dalam kawasan Majlis disenaraikan untuk kutipan hasil cukai taksiran. menyelenggara senarai nilaian yang disiapkan. mengemaskini serta meminda mengikut peruntukkan akta 171 dari semasa ke semasa bagi memantapkan atau menjamin pulangan hasil yang adil.

memastikan setiap hartanah yang telah disenarai mempunyai rekod yang dikemaskini dan sistem fail yang baik.

memberi kerjasama kepada agensi kerajaan, perbadanan awam dan pihak swasta dalam pembekalan butiran hartanah.

5. Bahagian Kejuruteraan Bahagian Kejuruteraan diberi tugas untuk mengawal pembangunan serta perlaksanaan prosedur-prosedur bagi proses kawalan pembangunan sepertimana yang diperuntukkan mengikut Akta Jalan dan Bangunan 1973 (Akta 133) dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984. Fungsi bahagian ini adalah

Menguruskan dan melaksanakan projek pembangunan MDKP. Merancang dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan harta majlis dan kemudahan awam.

Memproses dan meluluskan pelan-pelan pembangunan. Mengeluarkan sijil layak menduduki. Menguatkuasakan peraturan terhadap aktiviti pembangunan.

6. Bahagian Perancangan Bahagian Perancangan MDKP diketuai oleh Encik Mohd Fadzli bin Abu Bakar (Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41). Proses perancangan adalah berdasarkan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang digubal menurut perkara 76 (4) Perlembagaan Persekutuan bagi maksud untuk memastikan persamaan undang-undang dan dasar serta peraturan yang sempurna bagi perancangan Bandar dan desa dalam kawasan-kawasan pihak

berkuasa tempatan dalam negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Tugas-tugas pihak berkuasa perancangan tempatan adalah : mengatur, mengawal dan merancang pemajuan dan penggunaan semua tanah bangunan dalam kawasannya. Mengusaha, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyelenggaraan dan penyiaran perangkaan, buletin dan monograf dan lain-lain siaran yang berhubung dengan perancangan Bandar dan desa dan pengkaedahannya. Melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan ke atasnya dari semasa ke semasa oleh Pihak Berkuasa Negeri atau oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri. Sebagai agensi perancangan, ia perlu merangka strategi dan program yang menyeluruh untuk mencapai matlamat negara ke arah kualiti kehidupan yang tinggi di samping menikmati taraf sosio ekonomi yang setanding dengan negara maju. Program yang dijalankan hendaklah berlandaskan kepada peranan pembangunan negeri, wilayah dan nasional seperti : Menterjemah matlamat sosio ekonomi dalam bentuk spatial dan fizikal. Menterjemah dasar pembangunan dalam pelan perancangan fizikal. Memberi kepentingan kualiti alam persekitaran dalam perancangan. Memberi keutamaan yang setimpal terhadap keperluan bagi kemudahan perbandaran. Berusaha ke arah pembangunan yang berteraskan kecanggihan sains dan teknologi

Peranan yang harus dimainkan oleh pihak berkuasa perancangan tempatan termasuklah peranan kepada Prosedur dan Amalan Perancangan Bandar dan Desa. Penyediaan rancangan pemajuan selaras dengan tugas untuk mengatur, mengawal dan merancang tanah dan bangunan dalam kawasannya. Pengumpulan data untuk menyokong keupayaan untuk menyediakan rancangan pemajuan serta membuat keputusan dalam kawalan perancangan berdasarkan maklumat yang tepat.

Memproses permohonan perancangan dengan berlandaskan kepada asas-asas pertimbangan yang kukuh.

Perancangan infrastruktur atau perkhidmatan awam berdasarkan kepada keperluan sebenar dan unjuran yang tepat ke arah mengoptimumkan penggunaan tanah.

7. Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan Piagam Pelanggan Bahagian Perundangan 1. Memastikan nasihat undang-undang yang jelas dan tepat kepada persoalan atau isu yang lengkap kepada jabatan dalam masa 1 minggu dari tarikh penerimaan. 2. Memastikan nasihat dan penerangan mengenai undang- undang yang jelas dan tepat kepada persoalan atau isu yang lengkap secara lisan oleh orang awam dalam tempoh 30 minit. 3. Memastikan tindakan undang-undang diambil dalam masa 3 minggu dari tarikh fail kes yang lengkap diterima. 4. Memastikan semakan perjanjian dibuat dalam masa 2 minggu. 5. Memastikan perkhidmatan dan layanan yang terbaik diberikan. Objektif Untuk menuju atau mencapai matlamat Wawasan 2020 beberapa objektif telah digubal bagi meningkatkan prestasi bahagian ini. Mewujudkan golongan masyarakat yang benar-benar mengetahui, memahami, mematuhi dan menghargai undang-undang MDKP. Menyediakan secukupnya undang-undang dan peraturan untuk kegunaan MDKP dan penduduk. Memberi kefahaman undang-undang kepada kakitangan MDKP supaya tindakan diambil

berlunaskan bidang kuasa undang-undang. Menyediakan bahan-bahan bacaan dan rujukan undang-undang yang mencukupi untuk kegunaan MDKP. Mengemaskini semua peruntukan undang-undang yang digunakan dari semasa ke semasa.

Fungsi Bagi menyesuaikan objektif dengan fungsi MPK secara keseluruhan, maka Bahagian Undangundang juga berfungsi untuk dilaksanakan: Menguatkuasakan undang-undang terhadap semua kesalahan di bawah undang -undang MDKP. Memberi nasihat perundangan dan menjalankan pendakwaan di Mahkamah bagi pihak MDKP. Menyedia dan menyemak surat perjanjian. Menggubal dan meminda Undang-Undang Kecil, Peraturan, Perintah dan Kaedah. Menyedia dan menyemak kertas-kertas saman, pertuduhan dan aduan. Mengadakan pendidikan perundangan kepada Pegawai MDKP.

Tugas dan Tanggungjawab Memberi nasihat kepada Yang Dipertua, Setiausaha, Mesyuarat Majlis, Jabatan dan semua Bahagian/Unit mengenai perkara yang berkaitan dengan perundangan. Menggubal dan meminda Undang-undang Majlis dari semasa ke semasa. Merangka kertas-kertas pertuduhan, saman dan aduan bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang awam dan menjalankan pendakwaan di Mahkamah-sebutan dan bicara. Menguruskan kursus perundangan kepada kakitangan MDKP.

Senarai Undang-Undang Induk (a) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) (b) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) (c) Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta172) (d) Akta Pengangkutan Jalan 1984 (Akta 333) (e) Akta Makanan (Akta 33) (f) Enakmen Mengawal Lembu/Kerbau 1971

8. Bahagian Kesihatan Untuk memastikan semua peniaga, pengusaha, pengeluar, pengendali dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam aktiviti perniagaan, memahami serta sedar dan mematuhi peraturan-peraturan yang pastinya menjamin Kesihatan, Keselamatan pengguna /orang awam dan dapat mengawal serta meningkatkan kebersihan alam sekitar. Menjalankan Pengawalan Ke Atas Permohonan Lesen Perniagaan / Iklan. Menguatkuasakan Undang-Undang Dan Peraturan-Peraturan Pelesenan. Menjalankan Pemeriksaan Dan Membuat Penilaian Kebersihan Premis Makanan. Menyiasat Dan Mengambil Tindakan Aduan-Aduan Berkaitan Pelesenan Dan Kebersihan. Memberi Perkhidmatan Kebersihan.

Objektif Untuk memastikan semua peniaga, pengusaha, pengeluar, pengendali dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam aktiviti perniagaan, memahami serta sedar dan mematuhi peraturan - peraturan yang pastinya menjamin Kesihatan, Keselamatan pengguna / orang awam dan dapat mengawal serta meningkatkan kebersihan alam sekitar.

9. Bahagian Ruangniaga, Parkir dan Tunggakan Hasil. Pada dasarnya bahagian ini diwujudkan adalah untuk membuka peluang kepada pihak awam bagi mendapat tempat berniaga di samping meningkatkan hasil Majlis. Kini bahagian ini diterajui oleh Encik Jamaludin bin Mahmud. Objektif bahagian serta unit-unitnya adalah untuk meningkatkan hasil Majlis melalui penyewaan gerai/ ruangniaga, dewan serta bayaran parking. Memastikan setiap tunggakan sewa dikutip, memastikan bil-bil tuntutan sewa dikeluarkan mengikut tempoh yang ditetapkan, menempatkan peniaga-peniaga yang berkelayakkan dalam ruang-ruang niaga yang disediakan, menganjurkan dan menyenggara pasar-pasar malam, sehari dan pasar-pasar sementara dan mengadakan program latihan, kursus dan seminar untuk penyewa-penyewa.

10. Unit Pusat Setempat (OSC) Peranan Unit Pusat Setempat (OSC) Majlis Daerah Kubang Pasu adalah untuk mempertingkatkan pembangunan dalam kawasan Majlis secara bersistematik selaras dengan dasar kerajaan, menyelaras dan mempercepatkan proses kelulusan permohonan pembangunan tanah di Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang meliputi permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan sijil kelayakkan menduduki, memendekkan norma masa dan memudahkan cara proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, sijil kelayakkan menduduki dan perakuan permohonan pembangunan tanah, menyeragamkan prosedur dan proses permohonan-permohonan pembangunan, membuat analisis masalah permohonan dan memberi cadangan penambahbaikan, menyelaras, mengawal dan memantau proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan sijil kelayakkan menduduki dari pemohon ke PBT dan Agensi Teknikal dan melaporkan status permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan sijil kelayakkan menduduki ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kerajaan Negeri.

11.Bahagian Sistem Maklumat Fungsi Jabatan Mengenalpasti potensi kegunaan Teknologi Maklumat dan menggalakkan Teknologi Maklumat terkini yang bersesuaian untuk Majlis Kubang Pasu. Membantu Pengurusan Majlis Daerah Kubang Pasu melaksanakan Teknologi Maklumat bersistematik dengan kos yang berpatutan. Membangun dan menguruskan sistem- sistem berkomputer untuk Majlis Daerah Kubang Pasu yang diluluskan oleh pengurusan. Melaksanakan projek-projek pengkomputeran yang diarahkan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Mewujudkan dan menggalakkan penggunaan piawaian teknologi maklumat di Majlis Daerah Kubang Pasu. Membantu Pengurusan Majlis Daerah Kubang Pasu melaksanakan dasar, peraturan dan piawaian berhubung dengan teknologi maklumat yang ditetapkan oleh Kerajaan. Berusaha untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat di Majlis Daerah Kubang Pasu melalui kursus-kursus dan bengkel-bengkel. Objektif Menyediakan prasarana Komunikasi di semua bahagian selaras dengan hasrat kerajaan. Mewujudkan satu sistem pengurusan maklumat bersepadu Jabatan untuk kemudahan rujukan pihak Jabatan dan faedah kepada orang ramai. Meningkatkan kecekapan pentadbiran dan kualiti kerja pegawai/kakitangan di semua peringkat ke arah Kerajaan Elektronik dan 'paperless' Menyediakan pegawai/ kakitangan yang celik dan mahir IT. penerapan

PIAGAM PELANGGAN

Pentadbiran

Memberi layanan mesra. Sentiasa membantu dalam urusan perkhidmatan kakitangan. Memproses permohonan cuti rehat kakitangan tetap/kontrak/sambilan dalam tempoh 7 hari dari permohonan.

Memenuhi permohonan barangan alat tulis yang lengkap daripada bahagian-bahagian dalam tempoh 2 hari waktu bekerja.

Menyediakan jemputan mesyuarat-mesyuarat Majlis dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh mesyuarat.

Menyegerakan jawapan kepada surat mesyuarat berkaitan pentadbiran Majlis dalam tempoh 3 hari.

Perancangan Memberi keputusan terhadap pemohon perancangan yang lengkap dalam tempoh masa sepeti berikut: *Projek yang berskala besar - 6 Bulan * Lain lain projek-3 Bulan

Memberi keputusan terhadap pemohon penamaan kawasan dan jalan yang lengkap dalam tempoh 30 hari bekerja.

Memberi keputusan terhadap pemohonan perlanjutan tempoh kebenaran merancang lengkap dalam tempoh 30 hari bekerja.

Penilaian

Keraguan tentang cukai taksiran akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam dari tarikh menerima aduan.

Borang pindah milik (Boramg J/J) yang telah lengkap akan diproses dalam masa jam. Pemohonan pindaan nama akan dikemaskini sebelum bilangan selanjutnya dikeluarkan. Pemohonan lapor kosong akan diselesaikan selepas dimaklumkan dalam tempoh 3 hari. Pemohonan lapor reban/roboh akan diselesaikan selepas dimaklumkan dalam tempoh 3 hari.

Kewangan

Melaksanakan sistem pengurusan kewangan dan perakaunan dengan cekap, sistematik dan berkesan.

Mengeluarkan bil cukai taksiran 2 kali setahun iaitu pada setiap bulan Januari dan Julai. Menyediakan perkhidmatan kaunter yang mesra, cekap, dan berkualiti kepada para pelanggan dalam tempoh lima minit.

Menjelaskan tuntutan bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh sesuatu tuntutan diluluskan untuk pembayaran.

Seni Taman

Mewujudkan persekitaran yang bersih dan indah yang dapat memberi keselesaan, keharmonian, serta bebas daripada sebarang bentuk pencemaran dengan menanam pokokpokok yang menghijau disepanjang jalan.

Sentiasa meningkatkan produktiviti serta kualiti pengindahan dari masa ke semasa.

Menyediakan perkhidmatan penyewaan pokok bunga hiasan dalam dan luar daerah mengikut citarasa pelanggan.

Mengadakan penglibatan yang lebih daripada orang awam untuk program pengindahan serta bersama-sama memelihara dan mengekalkan pengindahan alam sekitar.

Memperkemaskan syarat-syarat dasar kepada pemaju perumahan untuk penanam pokok dan penyediaan alat-alat permainan yang lebih bermutu di taman perumahan.

Mempertingkatkan usaha bagi penambahan hasi Majlis melalui penyewaan poko-pokok bunga hiasan.

PROFIL AHLI MAJLIS

Senarai nama ahli majlis penggal 2010-2011 Majlis Daerah Kubang Pasu

BIL NAMA 1 En. Abdull Aziz bin Hatt No. 16-A, Kampung Kodiang Lama, 06100 Kodiang, Kedah 2 En. A. Wahab bin A. Rahman No. 6, Pekan Baru Megat Dewa, 06100 Kodiang, Kedah 3 Tuan Hj. Abu Seman bin Saad Kampung Pida Lima Tengah, 06150 Air Hitam, Kedah 4 Puan Dr. Rohani binti Abd. Muttalib Klinik Darul Syifa, No. 162-A, Jalan PJ.7, 06000 Jitra, Kedah 5 En. Mohamad Jamal bin Nasir No. 55, Bukit Indah, Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah 6 En. Md. Noor bin Abdul Ghani Lot 72, Desa Tanjung, Jalan Istana, 06000 Jitra, Kedah 7 En. Basir bin Haji Ismail No. 67, Taman Bunga Raya, 06000 Jitra, Kedah. 8 En. Rosly bin Haji Noh No. 171, Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah 9 Puan Robeah binti Don 6-A, Kampong Permatang Kong, KM.15, Jalan Gunung, 06250 Alor Setar, Kedah. 10 Che On bin Yusof Batu 16, Jalan Changlon, 06000 Jitra, Kedah 11 En. Krishnan a/l. Subramaniam No. 906, Taman Tengku Maheran, Bandar Darulaman 06000 Jitra, Kedah 12 En. Cha Run a/l. Em No. 99, Kampong Kubang Chenok, Padang Sera, 06100 Kodiang, Kedah. 13 En. Lee Ban Tak No. 10, Taman Jitra Indah, 06000 Jitra, Kedah 14 En. Ahmad bin Hassan No. 17, Wisma Kampung Padang, 06000 Jitra, Kedah 15 En. Nordin bin Haji Ahmad No. 8, Kampong Imam, Mk. Padang Perahu, Batu 19, Jalan Kodiang, 06000 Jitra, Kedah 16 En. Seow Kok Seong No. 10, Taman Desa Perdana, Lorong Pantai Halban 1, 06000 Jitra, Kedah. 17 YB. Dato' Haji Mohd. Fuat bin Haji Mohd. Ali, Pegawai Kewangan Negeri Kedah Darul Aman, Alor Star 18 Tuan Syed Shaharudin bin Syed Abdullah, AMN.,BCK. Pentadbir Tanah Daerah Kubang Pasu, Jitra 19 Encik Ismail bin Abd. Manaf

CATITAN PAS PAS PAS PAS PAS PAS PAS PAS PAS

PKR PKR

PKR

PKR PKR PKR

DAP

EXOFFICIO EXOFFICIO EX-

20 21 22 23 24

Pengarah Jabatan Perancang Bandar & Desa Negeri Kedah, A/Star Encik Harun bin Abdul Hamid Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Kubang Pasu, Jitra Tuan Ir. Osman bin Mamat, SMK. Jurutera Daerah Jabatan Pengairan & Saliran Kubang Pasu, Jitra Puan Dr. Nor Azian binti Abdul Wahab Pegawai Kesihatan Daerah Kubang Pasu, Jitra. Tuan Superintendan Sawaludin bin Hamenudin Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Jitra. Tuan Ir. Md. Zahir bin Shariff Jurutera Wilayah Daerah II (Teknikal), MADA, Jitra.

OFFICIO EXOFFICIO EXOFFICIO EXOFFICIO EXOFFICIO EXOFFICIO

6.3. PERANAN 6.3.1. KEBAJIKAN Kemudahan Tempat

Maklumat perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu seperti:

Perkhidmatan kemudahan awam seperti sewa dewan/padang/stadium/komplek sukan/rumah rehat

Perkhidmatan kaunter pembayaran(One stop centre)

Perkhidmatan tempat letak kereta Perkhidmatan sewa peralatan seperti kerusi/meja/khemah dan lain-lain Perkhidmatan kutip sampah/potong rumput

Kemudahan Sewaan

1. Dewan

Dewan Wawasan Dewan Padang Sera Dewan Jitra

2. Stadium

Mini Stadium Jitra

3. Khemah

Kanopi Meja Kerusi

Pengangkutan Awam

Perkhidmatan Bas

Perkhidmatan bas merupakan pengangkutan awam yang terpenting terutama bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan persendirian. Perkhidmatan bas di Daerah Kubang Pasu terdiri daripada bas berhenti-henti dan bas ekspress.

1) Perkhidmatan Bas Berhenti-henti

Di daerah Kubang Pasu hanya terdapat satu syarikat berhenti-henti iaitu HBR Group of Companies.

2) Perkhidmatan Bas Ekspres

Perkhidmatan Bas Ekspres di daerah Kubang Pasu disediakan oleh enam syarikat bas utama iaitu Plusliner, Transnasional, Sutera, Jelita Damai Ria dan Hayat Ekspres.

Perkhidmatan Teksi dan Kereta Sewa

Perkhidmatan teksi dan kereta sewa dioperasikan di bawah Kesatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Jitra, Bukit Kayu Hitam dan Changloon dengan jumlah teksi sebanyak 330 buah yang beroperasi. Perkhidmatan ini beroperasi dari pukul 5.30 pagi hingga pukul 12.00 malam. Manakala purata penumpang dalam satu hari hanyalah 20 orang bagi satu tiket.

Perkhidmatan Keretapi

Perkhidmatan keretapi juga terdapat di dalam daerah Kubang Pasu dan salah satu stesyennya yang masih beroperasi terletak di Tunjang. Perkhidmatan keretapi di daerah Kubang Pasu berperanan besar mengangkut barangan seperti beras dan makanan binatang. Peranannya untuk mengangkut penumpang adalah kurang penting bagi penduduk tempatan memandangkan perkhidmatan seperti penyediaan jalan raya adalah lebih mudah bagi penduduk untuk menggunakannya.

Perkhidmatan Udara

Lapangan terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar yang terletak di Kepala Batas iaitu di sempadan selatan Daerah Kubang Pasu. Ia memberikan perkhidmatan udara domestik antara Kuala Lumpur dan Alor Star. Penerbangan Malaysia (MAS) pada masa sekarang mengadakan

sebanyak 4 penerbangan sehari (28 penerbangan seminggu) di atas sektor Kuala Lumpur Alor Setar. Berdasarkan kepada pengaliran trafik seperti di atas, sektor berkenaan dalam lingkungan 60% load factor.

6.3.2. PELANCONGAN

Senarai tempat dan produk pelancongan di kawasan Kubang Pasu

1.

Pelancongan sejarah Kubang Pasu

Gua Kerbau,Kodiang Makam Tunku Anom,Kg Pulau Pisang Kota Puteri Lindungan Bulan,Kota Siputeh Kota/Istana Tunku Kudin,Bukit Tinggi

2.

Pelancongan Rekreasi Kubang Pasu

Rimba Rekreasi Bukit Wang Taman Tema Tasik Darul Aman, Bandar Darulaman Black Forest Golf And Country Club, Bukit Kayu Hitam Darulaman Golf And Country Club, Bandar Darulaman Taman Rekreasi Lye Huat Garden, Km19.6, Jalan Changlun

3.

Pelancongan Pendidikan Kubang Pasu

UUM, Sintok POLIMAS, Bandar Darulaman Kolej Matrikulasi Kedah,Changlun ILP Jitra

MRSM Kubang Pasu,Jitra Kolej Komuniti, Bandar Darulaman

4.

Pelancongan Homestay Kubang Pasu

Homestay Kampung Pulau Pisang, Jitra Homestay Kampung Jeruju, Jerlun

5.

Kawasan Tumpuan Beli Belah

Zon Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam

6.

Kawasan Tumpuan Sukan

Universiti Utara Malaysia

7.

Kebudayaan Di Kubang Pasu

Wayang Kulit Asun

8.

Tempat Penginapan Utama Di Kubang Pasu

Hotel Bustani, Jitra Darulaman Suites, Bandar Darulaman Seri Kedah Gardenia Resort, KM1 Jalan Guar Napai, Jitra Hotel Edc, Universiti Utara Malaysia

6.3.3. KEMASYARAKATAN

Mengurus dan menyelia dan menguatkuasakan aktiviti-aktiviti perkhidmatan bandar seperti perkhidmatan sampah, pelupusan sisa pepejal, parit/longkang, jalan dan sebagainya.

Melaksanakan aktiviti-aktiviti kawalan kesihatan awam seperti kawalan mutu makanan, kebersihan alam sekitar kawalan penyakit dan sebagainya.

Mengurus dan menyelia aktiviti-aktiviti perniagaan seperti lesen penjaja, gerai, pasar, premispremis perniagaan seperti kilang-kilang, rumah tumpangan dan iklan.

Mengurus dan mengeluarkan lessen-lesen perniagaan dan menguatkuasakan aktiviti-aktiviti tersebut selaras dengan Akta yang diperuntukan.

6.3.4. EKONOMI

Mengurus dan melaksanakan aktiviti-aktiviti penilaian harta di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Harta Majlis.

Melaksanakan aktiviti-aktiviti penilaian semula kadar sewa (Akta kawalan Sewa) Melaksanakan aktiviti-aktiviti Pengurusan Harta Majlis. Melaksanakan aktiviti penyelidikan seperti kajian semula penilaian, sewa, kos, kaedah penilaian dan sebagainya.

6.4. PERKEMBANGAN

6.4.1. KEISTIMEWAAN

Usaha mewujudkan kawasan rekreasi dan pelancongan dalam daerah ini adalah diambil perhatian oleh pihak kerajaan. Kawasan rekreasi merupakan aktiviti riadah yang memerlukan kemudahan istirehat untuk orang ramai seperti hutan lipur, taman permainan, pantai dan sebagainya. Manakala pelancongan pula melibatkan tujuan dan aktiviti yang lebih luas menekankan kepada kawasan-kawasan yang menarik dengan rangkaian kemudahan yang baik seperti kawasan alam semulajadi, kawasan kemudahan membeli-belah, tempat-tempat

bersejarah dan sebagainya. Terdapat beberapa kawasan rekreasi yang telah dimajukan untuk keperluan penduduk dalam kawasan Majlis Daerah Kubang Pasu amnya dan penduduk luar khususnya. Di antara tempat-tempat yang telah dibangunkan adalah seperti :-

a) Rimba Rekreasi Bukit Wang

Terletak di kompartmen 24 (2,140 ekar) Hutan Simpan Bukit Perangin dan mempunyai keluasan 9.09 hektar. Terletak 12 km dari Pekan Jitra atau 40 km dari Alor Setar dan boleh dihubungi dengan jalan raya. Terdapat beberapa ciri keistimewaan Rimba Rekreasi Bukit wang iaitu Sungai Tosak sepanjang 1.5 km dengan keunikan batu batannya sesuai sebagai kawasan mandi-manda, flora fauna yang hijau, denai hutan sejauh 3 km mengelilingi hutan lipur ini dan 1.5 km yang lain boleh menghubungkan hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Puncak janing, batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar, deretan pokok palma yang menarik serta deretan pokok Permatang Seraya yang berukuran melebihi 120cm diameter tumbuh secara semulajadi. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini ialah 15 buah chalet, 16 buah pondok rehat, 3 unit tandas awam, 10 buah gerai, sebuah kolam renang untuk kanakkanak, jambatan batu, 2.4 kilometer kawasan untuk jungle tracking, sebuah surau dan sebuah dewan untuk kemudahan para pelancong atau pelawat.

b) Gua Kerbau, Kodiang

Terletak di kaki Bukit Kepelu dan merupakan antara gua yang berpotensi dimajukan. Mempunyai keluasan kawasan lebih kurang 5.33 hektar. Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Kubang pasu bertanggungjawab membangunkan beberapa kemudahan seperti menyediakan bangku-bangku untuk pengunjung serta memperindahkan kawasan sekitarnya.

c) Kompleks Perdagangan Bebas Cukai

Kompleks Perdagangan Bebas Cukai (Cergas Jaya) menawarkan berbagai barangan pada harga yang rendah berbanding dengan bandar-bandar besar yang lain. Ianya terdiri daripada 3 bahagian dengan lebih 5000 meter persegi, ruang runcit, tempat letak kereta dan bazaar yang berdekatan dengan gerai-gerai. Antara kemudahan yang disediakan di sini termasuklah kaunter penukaran wang, kaunter insuran, kantin dan gerai jualan. Di samping itu, terdapat juga gerai buah-buahan dan barangan dari negara jiran Thailand. Pelancong-pelancong yang bertumpu di Bukit Kayu Hitam adalah terdiri dari rakyat Malaysia dan Thailand di samping dari negaranegara lain yang turut menggunakan Lebuhraya Utara Selatan.

d) Makam Puteri Lindungan Bulan

Terletak berdekatan Pekan Padang Sera. Makam ini mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri dan sesuai untuk dilawati.

e) Makam Tengku Anom

Terletak di Kampung Pulau Pisang, Mukim Tunjang. Makam ini telah dikenalpasti oleh Muzium Negara sebagai kawasan sejarah dan usaha pemuliharaan serta pengekalan keindahan serta kebersihannya telahpun dilaksanakan.

f) Taman Rekreasi Air Darul Aman

Taman Rekreasi Air Darul Aman berkeluasan 91.7 ekar adalah antara salah satu daya tarikan yang terdapat di daerah Kubang Pasu. Taman ini mempunyai tasik berkeluasan 26.3 ekar dan turut menyediakan trek pejalan kaki sepanjang 2.4 km. Taman Tema Air sesuai dikunjungi

untuk tujuan beriadah kerana menyediakan kemudahan berkayak, serta permainan tema air yang menarik.

g) Padang Golf

Di daerah Kubang Pasu terdapat 3 padang permainan golf yang mana telah dapat menyediakan kemudahan kepada peminat-peminat golf tempatan untuk beraktiviti. Black Forest Golf & Country Club terletak di Bandar Bukit Kayu Hitam dengan kedududukannya bersempadan dengan Negara Thailand dan Darul Aman Golf & Country Club terletak di Bandar Darul Aman, Jitra, masing-masing menyediakan kemudahan bermain golf 18 lubang kepada para pengunjung yang berminat. Manakala Kelab Golf Universiti Utara Malaysia, Sintok pula menyediakan kemudahan bermain golf 9 lubang. Disamping menyediakan kemudahan beriadah, pengunjung juga dapat menikmatai pemandangan serta udara segar di persekitaran yang sentiasa dipelihara.

h) Wat Siam Padang Sera

Merupakan tempat perayaan tahunan penganut-penganut agama budha bukan sahaja dari penganut tempatan malahan dari Negara asing seperti Thailand. Kawasan Wat Siam Padang Sera juga mempamerkan senibina menarik yang boleh dihayati oleh pengunjung-pengunjung yang berminat.

i) Universiti Utara Malaysia

Kawasan ini terletak di kawasan istimewa iaitu dalam kawasan Hutan simpan KESBAN, dan bersempadankan sempadan antarabangsa Negara Thailand. Dalam usaha pembangunan yang dijalan di sekitar kampus UUM, ciri-ciri keindahan alam semulajadinya seperti hutan dan tumbuhan asal, sungai mengalir, dan tasik masih lagi dikekalkan. Universiti Utara Malaysia juga menawarkan tempat-tempat penginapan, iaitu Rumah Universiti dan Apartment yang bertaraf hotel di samping kolej kediaman yang boleh disewakan pada masa cuti semester. Di bawah Rancangan Malaysia Keenam, Universiti ini memajukan kawasan hutan simpan seluas 107 hektar sebagai satu lagi tarikan pelancongan di Wilayah Utara dengan mengadakan beberapa projek seperti padang golf 9 lubang, kawasan perkhemahan, lapang sasar memanah dan taman rusa.

6.4.2. PERANCANGAN MASA HADAPAN

Bagi merealisasikan hasrat Majlis Daerah Kubang Pasu untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat setempat, satu pelan tindakan strategik 2009-2013 telah dirangka oleh pihak pengurusan Majlis. Pelan tindakan strategik ini akan menjadi panduan kepada semua semua kakitangan Majlis dalam menjalankan tugasan masing-masing.

Pihak pengurusan Majlis telah mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi merangka pelan tindakan strategik ini. Pihak pengurusan telah menggaris 5 objektif strategik yang perlu diberi perhatian oleh semua kakitangan dari pelbagai peringkat jawatan. Kelima-lima objektif strategik ini adalah seperti

Mempertingkatkan keupayaan dan kapasiti Majlis Memperkasakan tadbir urus Majlis Memperkukuhkan dan memantapkan sumber hasil Majlis

Mempertingkatkan kualiti hidup komuniti Memantapkan kobalorasi strategik

Di bawah objektif strategik ini, pihak pengurusan telah menetapkan beberapa pelan tindakan yang perlu dijalankan bagi mencapai objektif strategic yang telah ditetapkan.

6.4.3. CABARAN YANG DIHADAPI Cabaran berat yang dihadapi oleh perkhidmatan awam kini adalah bagi meningkatkan kecekapan keberkesanan sistem penyampaiannya. Pelbagai usaha dan inisiatif telah diperkenalkan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan awam yang merupakan usaha berterusan secara berpasukan.

6.4.4. PENGIKTIRAFAN 10 November 2009, pasukan Inspektorat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membuat penilaian semula SSR-PBT ke atas pentadbiran MDKP. MDKP merupakan salah sebuah PBT daripada 10 PBT yang terpilih untuk penilaian semula oleh KPKT. Penilaian ini dibuat berdasarkan prestasi SSR-2008 di mana 10 PBT tersebut boleh dinaikkan taraf bintangnya dengan memberi tumpuan kepada indikator-indikator yang ditetapkan. Berdasarkan keputusan yang telah diumumkan pada 10 Disember 2009 bertempat di Dewan DRB, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pusat Bandar Damansara bersempena dengan Majlis Sambutan Hari Inovasi dan Perhimpunan Akhir Tahun 2009, MDKP telah Berjaya meningkatkan kedudukan daripada 2 bintang kepada 3 bintang. Berdasarkan keputusan yang diumumkan ini, MDKP telah Berjaya berada dalam kelompok 3 PBT yang mendapat 3 bintang di Kedah bersama-sama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)

dan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK). Manakala bagi kedudukan dalam Malaysia, MDKP berada dalam kumpulan 25 PBT yang mendapat 3 bintang.

9.0. RUJUKAN Internet www.mdkubangpasu.gov http.//petakedah/kubangpasu.gov Melawat tempat kajian Majlis Daerah Kubang Pasu, Kompleks Pentadbiran Tempatan Daerah Kubang Pasu, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

Orang sumber Encik Mohamad Naem bin Ahmad, 45 tahun, No. 25, Kampung Pengkalan Keriang, Mukim Lepai, 05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Puan Perawamidah binti Manah, 47 tahun, No. 213, Taman Suria 3, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman. Akhbar Sinar Harian, 18 Oktober 2010, halaman U11 Sinar Harian, 28 Oktober 2010, halaman U11 Sinar Harian, 4 Februari 2011, halaman U11 Sinar Harian, 8 Februari 2011, halaman U11 Buku ilmiah Atlas Moden

Pintu masuk ke bangunan utama MDKP Dewan Wawasan yang terletak berdekatan dengan bangunan MDKP

Pintu masuk ke bangunan utama MDKP Bangunan MDKP Dewan serbaguna: Dewan Wawasan

You might also like