You are on page 1of 45

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

MAY / 2013

HBAE1403

MALAYSIAN STUDIES

MATRICULATION NO IDENTITY CARD NO TELEPHONE NO E-MAIL LEARNING CENTRE

: : : : :

780614065264001 780614-06-5264 011-14805709 razaimahkaliwan@yahoo.com.my NEGERI SEMBILAN LEARNING CENTRE

Isi Kandungan

Perkara 1.0 2.0 3.0 Pengenalan Proses dan Kaedah Apresiasi Seni Karya Seni Kanak-kanak dan Kreativiti 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 4.0 Lukisan Catan Kolaj Montaj Cetakan Gosokan Resis Percikan Mozek

Muka Surat 2 5 14 14 17 21 24 27 30 33 36 39 42 44

Kesimpulan

Rujukan

1.0

Pengenalan

Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginative, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan Kurikulum berupaya membantu kanak-kanak meningkatkan rasa kesyukuran kepada Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Herbert Read banyak menulis mengenai Pendidikan Seni. Buku terkenalnya adalah seperti Education Through Art dan History of Modern Art. Beliau telah menyentuh tentang kedua-dua keindahan dan kemanusiaan. Menurut beliau, seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik. Seni sebagai alat untuk mendidik seseorang merupakan pernyataan klasik beliau. Beliau selalunya mengemukakan tiga perkara penting dalam seni iaitu , ekspresi diri dan komunikasi, pemerhatian dan pengetahuan konsep melalui aktiviti tampak, seterusnya apresiasi dan tindakbalas individu terhadap hasil kerja orang lain. Beliau memberi satu pengertian baru kepada konsep pengucapan diri dalam seni lukis moden dengan tujuan hujahan terkenalnya mengenai Modern Art is Old as Man. Beliau mendapati terdapat persamaan seni lukis kanak-kanak yang datang dari bahagian dunia yang berlainan. Beliau menulis mengenai peningkatan ketenteraman sedunia melalui persefahaman antara bangsa dengan konsep Global Art. Seperti pendapat Yunani awal, Read berpendapat bahawa seni boleh digunakan untuk menyatupadukan semua Negara. Seni boleh menjadi alat bantu dalam perpaduan manusia. Konsep ini memberi penekanan kepada pembentukan diri.

1.1

Peranan Guru Pendidikan Seni di Sekolah (Pengetahuan Seni dan Kreativiti Kanak-kanak)

Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan bersistematik dapat menentukan keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima. Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, guru hendaklah cekap memilih strategi yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran. Untuk itu guru perlu mempunyai pengetahuan tentang pelbagai pendekatan bagi merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang menarik lagi kondusif bagi mencapai objektif yang hendak dicapai. Pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan pelajar mencipta

penyelesaian mereka sendiri bermula daripada teori pembelajaran behaviorisme kepada kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme. Pembelajaran ini menggalakkan pelajar mencari idea, buat kajian, yakin diri, dapat berinteraksi dan proses inkuiri akan terhasil. Pendekatan konstruktivisme mengingatkan guru menyusun satu tanggapan dan konsep serta pengetahuan baru jika disusun dan dirancang dengan teliti. Ini sesuai dengan pandangan Hilda Taba bahawa kerja yang dilakukan sendiri akan menguatkan Struktur Minda manusia. Struktur berkait dengan Kognitif, Ingatan dan Luahan Semula Memory and Retention, Pemikiran Bercapah, Pemikiran Bertumpu dan Penilaian. Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner (1983), berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinasi konsep kecerdasannyang relevan dalam pendidikan hari ini. Ini merumuskan bahawa kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar, kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan, dan kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Kesemua lapan kecerdasan dimiliki oleh semua individu tetapi tahapnya berbeza. Oleh itu guru pendidikan seni harus memupuk kecerdasan tersebut dalam diri para pelajar. Dalam Pendidikan seni Visual, ICT merujuk kepada kemampuan teknologi itu sendiri. Ia berfungsi sebagai alat kemahiran yang memberi sokongan kepada pelajar, guru serta organisasi sekolah bagi menyempurnakan tugas serta kewajipan yang ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta salah satu kaedah
3

menjalankan kegiatan Seni Visual yang terancang dan menarik. Guru hendaklah mempunyai kemahiran dalam ICT bagi merealisasikan aktiviti pembelajaran yang lebih baik, menarik dan lebih luas. Mengikut teori Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks denga membuat hubungkait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada dalam bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan. Teori ini menggalakkan pendidikan memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. Guru Pendidikan Seni Visual berperanan untuk mengembangkan naluri ingin tahu secara eksplorasi menerusi deria. Pemikiran kreatif dan kritis akan terus dijana melalu ekspresi diri murid. Menurut Bersoon (1982), galakan yang diberi kepada kanak-kanak menggunakan deria dan respon emosinya dalam memperoleh pengalaman yang disediakan menerusi kegiatan seni akan meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membuat pengamatan dan pentaksiran. Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuan tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berupaya mengembangkan pemikiran yang kritis. Guru berperanan untuk mengenali bidang-bidang kemahiran pendidikan seni visual yang diajar disekolah disamping menyerap maklumat dan input-input seharusnya disogok kepada murid di peringkat rendah.

2.0

Proses dan Kaedah Apresiasi Seni

Apresiasi di definisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau kepandaian tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema serta gaya dan stail tertantu. Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh juga dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek afektif. Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar dapat emahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat. Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan di sentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan.

2.1

Tujuan Apresiasi dan Kritikan Seni

Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio-budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkankaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil seni lain berdasarkan persepsi visual. Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, murid dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana murid dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni.

2.2

Pendekatan Apresiasi dan Kritikan Seni

Pendekatan secara logik, adalah yang berbentuk tradisional dan dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya itu. Cadangan aktiviti pendekatan secara logik ; 1. Secara Penerangan Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai-nilai estetika serta pengaruh. 2. Secara Pemerhatian Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun gambar-gambar. 3. Secara Perbandingan Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran. 4. Secara Penghasilan Membuat mengikut gaya artis/stail, menimbulkan kefahaman masalah nilai-nilai khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang, gaya konsep dan zaman.

Pendekatan secara psikologi, merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan lebih realistik dan dapat menerima respons dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan. Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi ; 1. Secara perbincangan dan perbandingan 2. Secara proses inkuiri penemuan 3. Secara kritikan mengenai lukisan / hasil kerja seni 4. Secara menyediakan setting / set induksi

5. Secara membesarkan gambar. 6. Secara mengolah bahan 7. Secara aktiviti permainan seni 8. Secara lawatan / pameran. 9. Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran.

2.3

Kategori Apresiasi

Walter dan Clive Bell yang menyatakan bahawa penghayatan dan apresiasi seni tidak memerlukan pengetahuan mengenai idea, kerana kehidupan normal bagi seseorang adalah berbeza-beza. Mereka juga berpendapat bahawa membuat apresiasi itu adalah sesuatu yang berbeza daripada pengalaman biasa. Pandangan kedua berasal daripada psikologi eksperimental yang diutarakan oleh John Dewey dan Otto Krash. Kedua-duanya bersetuju bahawa apa saja maklumat yang berkaitan dengan seni termasuk pengetahuan asas seni boleh membawa kepada kefahaman terhadap karya seni, seterusnya memudahkan proses ke arah apresiasi seni. Menurut Ecker (1966), kategori utama dalam apresiasi seni ialah apresiasi bercorak analitikal. Apresiasi analitikal adalah satu kaedah bagi melihat aspek penghasilan karya seni visual. Kategori apresiasi bercorak analitikal ini disusun dari konsep mudah kepada yang lebih kompleks.

2.3

Pengenalan dan Penerokaan Alat, Media dan Teknik

Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di kelas, adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. Setiap murid mempunyai keupayaan dan sikap yang berbeza terhadap sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan. Penggunaan alat, media dan teknik dalam pembelajaran seni menggambar juga amat penting untuk menghasilkan hasil kerja yang baik dan bermutu. Pada kebiasaannya alatan yang hendak
7

digunakan adalah terlalu banyak jika hendak disenaraikan. Di bawah ini adalah alatan asas bagi seorang guru seni yang perlu sediakan untuk digunakan di bengkel seni.

Adalah menjadi minat murid apabila menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, berbagai jenis warna dan berbagai saiz. Lainlain kertas yang boleh digunakan dalam aktiviti seni adalah seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah, sugar paper, toilet paper, kertas kadbod dan banyak lagi.

Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau media basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar. Selain dari itu gunting berbagai saiz, gam, bahan-bahan buangan yang boleh digunakan dalam aktiviti menggambar juga perlu. Alatan dan media yang berbagai-bagai yang digunakan keatas sesuatu bahan tujuannya supaya dapat menghasilkan satu hasil kerja seni yang pelbagai untuk menghasilkan jalinan, bentuk dan ton.

Dalam penerokaan terhadap aktiviti menggambar, berbagai media boleh digunakan dan disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut ialah sebahagian contoh alatan dan media yang boleh digunakan bagai aktiviti menggambar.

a. Berbagai jenis pensil b. Warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil c. Kapur berwarna d. Oil pastel e. Artline atau marker f. Berbagai jenis pen g. Gouche, akrilik, cat minyak h. Stensil i. Kolaj j. Capan, cetakan k. Lilin
8

l. Berbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah m. Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan, sayursayuran, dan buah-buahan n. Penyedut minuman o. Gunting, pisau lipat, gam p. Berbagai jenis berus lukisan q. Palet/pembancuh warna

2.4 Tujuan Menggambar

Berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR bidang menggambar yang diajar di sekolah rendah mempunyai hasil pembelajaran secara berperingkat. Hasil pembelajaran adalah berbeza mengikut tahap umur murid iaitu dari tahun satu hingga ke tahun enam. Berikut ialah hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh setiap murid dalam kegiatan menggambar: i. ii. iii. iv. Asas menggambar; Menggambar; Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar; Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid; v. Menggambar berdasarkan tema pengalaman dan imaginasi murid secara manual dan berbantukan komputer; dan vi. Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.

Jika dilihat secara keseluruhannya, setiap hasil pembelajaran tersebut boleh dibahagikan mengikut aras-aras yang tertentu seperti berikut:

Aras pengetahuan Aras kefahaman Aras aplikasi Aras analisa Aras sintesis Aras penilaian

a.

Aras Pengetahuan dan Kefahaman

Pernyataan berikut ialah apa yang murid perlu capai dalam aras pengetahuan dan kefahaman: i. ii. iii. Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi iv. Meningkatkan pengetahuan Asas Senireka serta mengaplikasikannya dalam penghasilan

10

b. Aras Aplikasi dan Analisa

Setelah mengetahui dan memahami apa yang dipelajari murid akan beralih ke tahap atau aras aplikasi dan analisa seperti berikut: i. Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan; ii. iii. iv. Menggunakan bahan asas dan bahan gantian dalam kegiatan menggambar; Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan perasaan gembira; Menggunakan dan meneroka beberapa teknik dan proses menghasilkan karya seni visual melalui penerokaan terhadap bahan alam dan bahan kutipan; v. Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif; vi. Membuat penerokaan berdasarkan pemerhatian dan bantuan komputer dalam penghasilan karya; vii. Meneroka dengan menggunakan perisian komputer dalam proses penghasilan karya; dan viii. Mempelbagaikan alat, bahan dan teknik dalam penghasilan karya seni visual.

11

c. Aras Sintesis dan Penilaian

Aras sintesis dan penilaian ialah aras peringkat akhir yang perlu dicapai oleh murid apabila mereka melalui proses aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi dan analisa. Di antaranya ialah:

i.

Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar serta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak disukai;

ii. iii. iv.

Memilih, memadan, menyusun dan memanipulasi bahan secara kreatif; Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual; Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna untuk penghasilan;

v.

Mengenal dan menggunakan elemen Asas Senireka dalam penghasilan karya secara kreatif;

vi.

Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan keselamatan;

vii. viii. ix.

Meningkatkan minat, daya kreativiti dan imaginasi dalam kegiatan seni visual; Mengenali serta menghargai hasil kerja sendiri dan rakan; Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan alat, bahan dan teknik untuk menghasilkan sesuatu hasil kerja;

x.

Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman untuk menghasilkan portfolio (analisis);

xi.

Meningkatkan pengetahuan serta mengaplikasi elemen Asas Senireka dalam penghasil karya;

xii.

Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan matapelajaran lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif;

12

xiii. xiv. xv.

Menggabungkan pelbagai alat, bahan dan teknik dalam penghasilan secara kreatif; Menghargai sumbangan pelukis tempatan dalam kegiatan menggambar; Menghargai sumbangan pelukis tempatan dan unsur-unsur budaya tanah air melalui kegiatan seni visual; dan

xvi.

Membuat pernyataan secara lisan tentang kerja sendiri dan rakan secara kritis dan merekod pengalaman pembelajaran dalam portfolio.

13

3.0

Karya Seni Kanak-kanak dan Kreativiti

3.1

Lukisan

i.

Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit.

ii.

Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.

iii.

Lukisan adalah satu karya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata.

iv.

Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat.

v. vi.

Proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan. Aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dinamakan lukisan.

vii.

Lukisan bergantung kepada penggunaan garisan yang ekspresif dan nyata.

14

15

Tajuk :

Buah-buahan

Warna

Penggunaan warna yang cerah dan menarik antara warna terang yang menyerlahkan bentuk buah dan menambah nilai estetik karya ini. Kekuatan karya dengan penggunaan warna tertier yang menyerlah seperti jingga dan ungu.

Garisan Ruang Rupa Prinsip Rekaan Imbangan Kesatuan

Menggunakan garisan selari membentuk buah dengan baik Objek dilukis mengimbangi ruang dengan baik Menggunakan objek buah-buahan Penegasan dari aspek garisan, rupa, warna dan ruang yang dapat difokuskan dan menjadi tumpuan oleh pemerhatian. Memanfaatkan buah manga sebagai imbangan Idea yang menyeluruh

16

3.2

Catan Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus.

Lukisan

grafik

mengandungi

komposisi

artistik

dihasilkan

dengan

mengaplikasikan warna ke atas permukaan. Satu ciptaan gambar yang berwarna. Catan ialah latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding. Satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D. Suatu teknik menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain. Satu hasil karya seni mempunyai kesan yang bermakna ke atas permukaan dengan menggunakan bahantara pigmen warna.

Alat, Media dan Bahan

Penggunaan alat, media, bahan dan teknik dalam menghasilkan catan adalah sangat penting dan perlu dititik beratkan semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan. Ia dapat menentukan jenis dan kualiti sesuatu catan yang akan dihasilkan. Terdapat berbagai jenis alatan dan bahan untuk mewarna di pasaran sekarang. Sebelum membeli peralatan warna yang terdapat di pasaran dan bahanbahan lain yang hendak digunakan semasa proses pembelajaran, pastikan pilihan yang dibuat adalah tepat dan betul.

17

Berikut ialah di antara contoh alatan dan bahan yang sesuai digunakan untuk mencatan:

1. Berbagai jenis berus 2. Berbagai jenis warna seperti warna air, warna poster, akrilik, warna minyak, cat mural, warna tempera 3. Palet atau bekas membancuh warna 4. Kertas lukisan, kertas cat air, kain kanvas, permukaan dinding

Rajah 3.1: Alatan dan bahan catan Sumber: Ruzitah Tapah & Mazlan Othman. (2004). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual. Shah Alam: Fajar Bakti

Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar. Bahan-bahan pewarna seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik adalah warna-warna yang dapat membantu seseorang pelukis

menghasilkan catan. Catan yang bersifat 2 dimensi biasanya diwarna di atas permukaan berbagai jenis kertas, kain atau kanvas. Dalam proses mencatan aspek yang paling penting ialah memahami berbagai jenis warna dan cara-cara mewarna kerana ia memerlukan kemahiran mewarna dengan betul. Tujuannya ialah untuk menghasilkan catan yang menarik.

18

19

Tajuk :

Terkurung

Warna

Penggunaan warna yang cerah dan menarik antara warna terang yang menyerlahkan sifat kartun dan menambah nilai estetik karya ini. Kekuatan karya dengan penggunaan warna tertier yang menyerlah seperti ungu, hijau dan jingga.

Garisan

Menggunakan garisan ombak membentuk awan dan garisan zig-zag untuk petir dengan baik.

Ruang Rupa

Objek dilukis mengimbangi ruang dengan baik Menggunakan objek bulat untuk kartun, objek segiempat untuk sangkar dan bentuk silinder untuk tiang. Penegasan dari aspek garisan, rupa, warna dan ruang yang dapat difokuskan dan menjadi tumpuan oleh pemerhatian. Memanfaatkan ruang tengah untuk imbangan, juga awan disebelah kiri dan kanan sangkar.

Prinsip Rekaan Imbangan

Kesatuan

Idea yang menyeluruh

20

3.3

Kolaj

Lukisan Kolaj bermaksud memotong sesuatu kertas dan menampal di atas sesuatu permukaan. Biasanya kertas yang digunakan adalah kertas warna atau surat khabar. Kolaj juga boleh dibuat dengan mengoyak atau mengunting kertas dan menampal di atas sesuatu permukaan. Ia boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti tampal gambar foto atau dari cetakan majalah disusun atau ditindih. Kita juga boleh menggunakan pelbagai jenis bahan untuk ditampal keatas kertas lukisan mengikut keativiti sendiri. Murid boleh menggunakan pelbagai warna atau satu warna untuk menghasilkan kolaj. Murid seronok membuat Kolaj.

21

22

Tajuk :

Pasu Saya

Warna

Penggunaan warna yang cerah dan menarik antara warna yang menyerlahkan bentuk pasu dan bunga, menambah nilai estetik karya ini. Kekuatan karya dengan penggunaan warna bunga yang menyerlah seperti merah dan ungu.

Garisan Ruang Rupa Prinsip Rekaan Imbangan Kesatuan

Menggunakan garisan selari dibahagian lantai dengan baik. Objek dilukis mengimbangi ruang dengan baik Menggunakan objek pasu dan bunga. Penegasan dari aspek garisan, rupa, warna dan ruang yang dapat difokuskan dan menjadi tumpuan oleh pemerhatian. Memanfaatkan pasu dan bunga sebagai imbangan. Idea yang menyeluruh

23

3.4

Montaj

Mengikut pencarian di laman web, http://www.google.com.my/search Montaj boleh dijelaskan seperti berikut: Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk

menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain. Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi. Satu imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan. Satu hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej. Satu komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj. Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain. Teknik mencantum dalam satu elemen komposisi fofografi daripada sumber-sumber yang berlainan seperti sebahagian daripada foto-foto. Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu komposisi daripada bahagian gambar atau imej disusun menjadi satu hasil kerja seni. Aktiviti superimpose daripada berbagai elemen.

24

25

Tajuk :

Haiwan

Warna

Kekuatan karya dengan penggunaan gambar yang berwarna yang menyerlah.

Garisan Ruang

Garisan dibentuk untuk membezakan ruang air, tanah dan udara. Objek disusun tidak mengikut keseimbangan ruang. Ada penggunaan ruang iaitu ruang depan dan belakang.

Rupa

Menggunakan objek gambar-gambar haiwan. Objek di hadapan lebih besar dan kecil di belakang. Penegasan dari aspek rupa dan warna yang dapat difokuskan dan menjadi tumpuan oleh pemerhatian. Tiada unsur imbangan. Idea yang menyeluruh

Prinsip Rekaan Imbangan Kesatuan

26

3.5

Cetakan Cetakan adalah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. Seseorang pelukis biasanya akan menentukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi.

Merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain.

Proses di mana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti. Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat. Proses menghasilkan imej di atas permukaan rata. Satu hasil kerja seni yang menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan.

Perindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain iaitu kertas atau kain.

Proses menggambar atau mencorak yang dilakukan dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat.

Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain.

Cetakan bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan dan tertentu.

27

28

Tajuk :

Kertas Pembalut Hadiah

Warna

Penggunaan warna yang cerah dan menarik menambah nilai estetik karya ini. Kekuatan karya dengan penggunaan warna yang menyerlah seperti merah, ungu, biru dan hijau.

Garisan Ruang Rupa

Garisan semulajadi daripada daun. Objek ditekap mengimbangi ruang dengan baik Menggunakan hasil tekapan daripada daun membentuk rupa daun dengan baik.

Prinsip Rekaan Imbangan Kesatuan

dari aspek garisan, rupa, warna dan ruang yang dapat difokuskan dan menjadi tumpuan oleh pemerhatian. Memanfaatkan bentuk yang disusun untuk menghasilkan imbangan. Idea yang menyeluruh.

29

3.6

Gosokan

Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Ia adalah satu proses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Gosokan adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan. Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggosok menggunakan bahan tertentu.

Gosokan dianggap satu eksplorasi permukaan supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.

30

31

Tajuk :

Cendawan

Warna

Penggunaan warna yang cerah dan menarik antara warna terang yang menyerlahkan bentuk cendawan dan menambah nilai estetik karya ini. Kekuatan karya dengan penggunaan warna-warna yang menyerlah seperti merah, jingga, hijau dan ungu.

Garisan

Menggunakan garisan hitam tebal membentuk cendawan,rumput dan bulatan dengan baik. Jalinan yang terdapat pada ruang berwarna biru dapat mentafsirkan hujan yang turun.

Ruang Rupa Prinsip Rekaan Imbangan Kesatuan

Objek dilukis mengimbangi ruang dengan baik Menggunakan objek cendawan dan rumput. (tumbuh-tumbuhan) Penegasan dari aspek garisan, rupa, warna dan ruang yang dapat difokuskan dan menjadi tumpuan oleh pemerhatian. Memanfaatkan cendawan besar di tengah-tengah sebagai imbangan. Idea yang menyeluruh

32

3.7

Resis Resis atau dalam perkataan inggeris resist boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin.

Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Mengikut apa yang dinyatakan dalam buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian-bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.

Resis bermakna satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin.

Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru.

Satu teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya.

Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal.

Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.

33

34

Tajuk :

Rumah Halimunan

Warna

Penggunaan warna yang cerah dan terang yang. Penggunaan warna yang terlalu banyak tidak dapat menunjukkan penolakan warna dengan jelas.

Garisan Ruang Rupa Prinsip Rekaan Imbangan

Menggunakan garisan tebal membentuk rumah dan pasu. Objek dilukis mengimbangi ruang dengan baik Menggunakan rupa rumah dan pasu bunga. Penegasan dari aspek garisan, warna pelangi.

Memanfaatkan pasu yang di lukis di kiri dan kanan rumah.

Kepelbagaian Dari segi warna yang pelbagai.

35

3.8

Percikan Percikan adalah salah satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni. Ia adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite style finishyang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain.

Percik-percik halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antic Satu teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata Satu kegiatan menyembur bahan cair di atas permukaan Mengikut buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat. Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan.

Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini. Makna ke tiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi. Percikan adalah satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan batu atau marble. Perlu diingatkan bahawa tidak perlu menggunakan warna yang banyak pada berus. Jika terlalu banyak akan menjadikan percikan tidak cantik atau kemas. Cat emulsi paling senang dimulakan kerana cepat kering dan tidak rosak di antara satu sama lain. Berbagai jenis berus boleh digunakan untuk menghasilkan percikan. Kerja-kerja sebegini dikatakan adalah berlawanan dari kaedah stippling iaitu proses membuat titik-titik, menambah titik atau percikan pada sesuatu permukaan. Percikan boleh menggunakan berbagai jenis warna dan kesan percikan dari berbagai warna akan kelihatan lebih menarik.

36

37

Tajuk :

Hiasan Kertas Dinding

Warna

Penggunaan warna yang cerah dan menarik menambah nilai estetik karya ini. Kekuatan karya dengan penggunaan warna yang menyerlah seperti merah, ungu, biru dan hijau.

Garisan Ruang Rupa Prinsip Rekaan Imbangan Kesatuan

Percikan berus menghasilkan titik-titik dan bentuk daun. Objek mengimbangi ruang dengan baik. Menggunakan hasil daripada daun membentuk rupa daun dengan baik. dari aspek garisan, rupa, dan warna yang dapat difokuskan dan menjadi tumpuan oleh pemerhatian. Tiada imbangan. Idea yang menyeluruh.

38

3.9

Mozek

Mengikut rujukan dari kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar.

Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata dan menghasilkan pantulan/kilauan.

Satu imej yang berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan. Foto mozek adalah gambar hasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema/tajuk. Satu media seni di mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau seramik disusun di bahagian latar yang di plaster. Satu corak seni yang dihasilkan dengan menekan kepingan batu, kaca, seramik atau tessera. Satu seni dekoratif lama dengan menyusun kepingan kecil kaca, batu, tessera di permukaan dinding, siling dan lantai.

Satu bentuk seni di mana kepingan bahan semula jadi atau bahan buatan manusia yang berwarna disusun bersebelahan tidak ditindih di atas permukaan rata untuk menghasilkan gambar atau corak.

39

40

Tajuk :

Dasar Laut

Warna

Penggunaan warna yang cerah dan menarik antara warna terang yang menyerlahkan bentuk ikan dan menambah nilai estetik karya ini. Kekuatan karya dengan penggunaan warna yang menyerlah seperti jingga,merah, hijau dan biru.

Garisan Ruang Rupa Prinsip Rekaan Imbangan

Menggunakan garisan selari. Objek dibentuk mengimbangi ruang dengan baik Menggunakan objek ikan dan rumpai. Penegasan dari aspek garisan, rupa, warna dan ruang yang dapat difokuskan dan menjadi tumpuan oleh pemerhatian. Memanfaatkan bentuk ikan sebagai imbangan.

Kepelbagaian Idea yang pelbagai melalui potongan bentuk untuk menyusun secara mozek. Bentuk yang pelbagai membentuk ikan dan suasana dasar laut dengan baik.

41

4.0

Kesimpulan

Apresiasi dalam bidang seni khususnya menggambar perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid. Kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik boleh dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Sebagai seorang guru seni, guru hendaklah memahami dan mengetahui alat, bahan dan teknik kerana ia adalah asas yang paling penting dalam kerja menggambar. Maklumat ini penting bagi memudahkan proses mengekspresi diri dalam penghasilan karya. Terdapat pelbagai kaedah untuk melihat seni, antara kaedah-kaedah yang boleh diguna ialah kaedah Hedonistik, Kontekstualistik, Organistik, Normistik, dan Elektik.

Kaedah Hedonistik merupakan satu luahan perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta merta iaitu, suka/tidak, tertarik/tidak, dan pernyataan spontan. Namun kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak Cuma berdasarkan maklumat kendiri.

Kaedah Kontekstualistik dikatakan lebih praktikal di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah, dan prinsip rekaan.

Kaedah Organistik pula menjurus kepada aturan yang mempunyai satu system yang teratur dan terancang. Penilaian ini di buat secara melihat konteks seni secara harmoni, menyentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kepada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni, imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian.

42

Kaedah Normistik merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Kaedah ini menolak peradaban moden dimana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya. Kaedah Elektik lebih berbentuk cara bersepadu dan holistik, ianya adalah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. Kriteria penilaian menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan. Terdapat pelbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan seni mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap iaitu menggambar, menganalisa, tafsiran dan penilaian.

43

5.0

Rujukan

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual, KBSR. KL:DBP. (Tahun Satu Hingga Enam). Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual, KBSR. KL:DBP. (Tahun Satu Hingga Enam).

44

You might also like