You are on page 1of 6

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN PKG 2008 Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato Razali bin Ismail

Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Hadirin diminta berdiri bagi menghormati Lagu Negaraku. Terima kasih. Bismillah.... Assalamualaikum wbt Salam ceria, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam penuh kemesraan Yang Berhormat Dato Razali bin Ismail Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Yang Berbahagia Dr. Haili bin Dolhan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan Yang Berusaha Tuan Abdullah bin Mohammad Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd. Adenan bin Deraman Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Berusaha Dr. Masnah bin Ali Muda Timbalan Pengarah Pembangunan Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Berusaha Tn. Hj. Rosland bin Hussein Timbalan Pengarah Pembangunan Pendidikan Bestari Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Dihormati Pengarah-Pengarah Dan Setiausaha-Setiausaha Bahagian

Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Berusaha Ketua-Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Dan Ketua-Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pembentang-Pembentang Kertas Kerja Konvensyen PKG 2008 Pengetua-Pengetua serta Guru-guru Besar Dan seterusnya yang dialu-alukan.. Tuan-tuan dan puan-puan Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan pemangkin semangat keutuhan Pusat Kegiatan Guru seluruh Malaysia

Alhamdulillah terus dipanjatkan, Setulus hati, seikhlas nurani, semurni jiwa, Dimunajatkan rasa syukur ke hadrat Illahi, Allah Yang Maha Agong dan Maha Tinggi, Maha Pengampun, Maha Bijaksana, Maha Pengatur dan Maha Perencana, Ke atas segala ciptaanNya di langit dan di bumi. Demi kebesaran dan ketulusan rahmat yang dilimpahkan, Demi kekuatan azam dan iltizam yang dikurniakan, Beserta izin dan innayahNya jua, Didorong dan digerakkan minda serta deria rasa, Dianugerahkan aqal kita dengan kewarasan, Fizikal mapan dengan afiah kecergasan, Lantas dihimpun dan dipertemukan kita semua Bagi menjayakan kemurnian agenda KONVENSYEN PUSAT KEGIATAN GURU 2008 Pihak majlis mengambil ruang seawal waktu untuk menyatakan sepenuh aprisiasi setulus hati, atas kehadiran tetamu kehormat Yang Berhormat Dato Razali bin Ismail Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Dan para dif jemputan ke majlis perasmian Konvensyen PKG 2008 pada pagi yang bahagia ini. Selamat datang kami alu-alukan. Terima kasih. Yang Berhormat, Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan.. Demi memberkati acara dan agenda kita, Marilah kita semua, Selaku insan kerdil sifat dan upaya, Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih, Menghimpunkan segala harapan dan hasrat, Dengan bait-bait doa serta munajat. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.. Yang Berbahagia Tn. Hj. Md. Zin bin Abu Bakar Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah Tampil seketika untuk memimpin pembacaan doa pembuka majlis pada pagi ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Aamin, Ya Robbal Aalamiinn.. Semoga pertemuan kita pada pagi ini dipelihara, Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan, Menambah tautan kemesraan, Serta, berpisahnya kita nanti akan diiringi dengan jutaan ketenangan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Md. Zin bin Abu Bakar Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah Atas pimpinan doa sebentar tadi. Yang Berhormat, Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan.. Majils diteruskan dengan menjemput Yang Berbahagia Dr. Haili bin Dolhan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hotmatnya mempersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kepada Yang Berbahagia Dr. Haili bin Dolhan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Atas ucapan aluan yang telah disampaikan itu tadi. Yang Berhormat, Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan.. Abu Hamid Al-Ghazali pernah berkata : Awal dari pengetahuan itu ialah diam, lalu mendengar, kemudian menyerap, mengamalkan dan menyebarluaskan. Seterusnya ajarkanlah ilmu itu kepada orang yang tidak mengetahuinya. Surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5. Maka sejajarlah ayat tersebut dengan objektif Konvensyen PKG 2008 untuk mendedahkan ilmu-ilmu yang mampu meningkatkan profesionalisme pegawai-pegawai PKG dalam rangka untuk memperkasakan PKG sebagai satu pusat kecemerlangan centre for professional learning organization untuk peningkatan profesionalisme keguruan. Antara lain matlamat yang ingin dicapai melalui konvensyen ini adalah untuk melonjakkan dan memperluaskan penggunaan teknologi pendidikan dan fungsi BTP dan rangkaian kepada pihak yang berkepentingan.

Bagi meneruskan acara, marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan klip video PKG. Dipersilakan. Sidang hadirin yang dikasihi sekalian, Kini tibalah saat yang dinanti Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berhormat Dato Razali bin Ismail Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan perasmian KONVESYEN PUSAT KEGIATAN GURU 2008 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis dengan sukacitanya menjemput dif-dif kehormat untuk tampil bersama-sama Yang Berhormat Dato Razali bin Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia untuk menyempurnakan gimik multimedia perasmian. Dipersilakan. Maka, terasmilah sudah KONVESYEN PUSAT KEGIATAN GURU 2008 Majlis setulus hati merakamkan aprisiasi dan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Razali bin Ismail Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Orang memberi kita merasa Orang berbudi kita berbahasa Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd. Adenan bin Deraman Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Bagi mempersilakan

Yang Berbahagia Dr. Haili bin Dolhan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Dato Razali bin Ismail Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Atas kesudian Yang Berhormat menyempurnakan perasmian Konvensyen PKG 2008. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Terima kasih. Yang Berhormat, Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan.. Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis perasmian Konvensyen PKG 2008. Bagi pihak majlis, saya memohon jutaan ampun dan maaf seandai sepanjang pengendalian majlis ini, terdapat kesilapan tutur kata, tersilap bicara kerana sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah swt dan yang serba kekurangan itu datangnya daripada saya dan barisan AJK. Sekian, Wabillah...... Yang Berhormat, Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan.. Sebentar lagi ada sesi bergambar di ruang legar Seri Negeri Ballroom. Dif-dif Kehormat akan bergambar dengan semua peserta mengikut negeri seperti yang telah ditetapkan. Selepas selesai sesi bergambar, para hadirin dijemput untuk menikmati juadah yang telah disediakan. Terima kasih.

You might also like