You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM:PISMP NAMA PELAJAR:

NAMA KURSUS: PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU KOD KURSUS: EDU 3104 TARIKH MULA: 4 FEBRUARI 2013

SEMESTER: 3 AMBILAN 2012

TARIKH HANTAR:

4 MAC 2013

Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Menjelaskan konsep pengurusan bilik darjah rendah. 2. Mengaplikasikan pelbagai model pengurusan disiplin di dalam bilik darjah. 3.Menganalisis masalah disiplin bilik darjah dan menanganinya. 4.Menghuraikan permasalahan pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid murid berkeperluan khas. 5.Melaksanakan tugas dan tanggungjawab guru dalam pengurusan bilik darjah. 6.Menyediakan pelan perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 5, dan 6.

Objektif Kerja Kursus: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1.Menjelaskan tentang konsep pengurusan bilik darjah. 2.Menghuraikan ciri-ciri Guru yang efektif dengan kualiti Peribadi,Kompetensi Pengajaran dan Pembelajara, Penghayatan dan Amalan nilai. 3.Menjelaskan peranan guru dalam pengurusan bilik darjah. 4.Mengenalpasti ciri persekitaran pembelajaran yang kondusif, dari aspek fizikal dan psikososial. 5. Merancang Pengurusan Bilik Darjah Yang Berkesan

Tugasan Projek (100%) Pengurusan bilik darjah antara faktor utama menentukan pengajaran dan pembelajaran berkesan. Apa jua corak pengurusan bilik darjah yang digunakan oleh guru, yang paling utamanya perlulah melihat sejauhmana murid-murid seronok, bermotivasi serta dapat fokus dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahagian A: Markah (60%) Tugasan kumpulan: Pembentangan Kajian Kes i)Pembentangan berdasarkan analisis kajian kes ( 30%) ii)Laporan analisis lebih kurang 1000 patah perkataan (30%) Bahagian B: Markah: (30%) i) Tugasan Kumpulan:Pembentangan Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan Pelan Pengurusan Bilik Darjah yang Efektif secara bengkel dan dibentangkan semasa tutorial minggu ke 15 (bergantung kepada pindaan) BAHAGIAN C( 10%) Tugasan Individi: Penulisan Refleksi: Anda dikehendaki membuat satu penulisan refleksi.Penulisan refeksi anda perlu merangkumi aspek aspek berikut: 1) Pengalaman,pemahaman serta aplikasi/adaptasi sekolah nanti tentang kursus yang pelajari pengetahuan anda di

2) Masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugasan ini dan bagaimana anda mengatasinya. 3) Bagaimana pengalaman anda dalam menjalankan tugasan ini mampu meningkatkan kefahaman anda tentang Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah laku.

D. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK 1.Tugasan ini adalah tugasan individu dan kumpulan. 2.Anda boleh mengumpul data secara kolaboratif 3.Format penulisan tugas adalah seperti yang berikut: i) . ii). iii). iv). v. Font Arial Saiz huruf ialah 12 Langkau satu setengah baris Rujukan mengikut format APA Lampiran

4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali 5. Panjang tugusan tidak melebihi 15 muka surat (termasuk persembahan visual dan Lampiran 6. Tugas ini membawa wajaran markah 100 dan wajaran 50 %

E.Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut: 1.Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. 2.Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujan yang anda hendaklah dikemukakan. 3.Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah. 4.Format dan organisasi laporan perlu jelas dah koheren. 5.Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujan dalam menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal.

F. KRITERIA PENTAKSIRAN Tugasan anda akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan. Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:

(AMIR BIN ISMAIL) Penyelaras Kursus Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Sarawak

(SELVARAJ GRAPRAGASEM) Pakar Bidang (SME) Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Sarawak

Disahkan oleh:

(AMIR BIN ISMAIL) Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Sarawak

You might also like