You are on page 1of 1

Abstrak Pembangunan skim perumahan dilihat dari perspektif menyediakan kediaman, perkedaian serta kemudahan pasarana lain yang

lebih selesa kepada komuniti.Skim-skim perumahan berskala besar dengan kemudahan yang komprehensif menjadi tarikan pembeli. Apakah mampu Pihak Berkuasa Negeri menerima obligasi dengan melaksanakan dengan mengerakkan pemaju-pemaju perumahan dan juga agensi kerajaan yang terlibat dengan pembagunan skim perumahan menyediakan mekanisme secukupnya. Agensi yang meluluskan pembangunan ini dikehendaki merapatkan jurang perbezaan sekiranya wujud untuk mempercepatkan pembangunan ini secara sistematik dan berprosedur. Skim-skim perumahan berskala besar adalah tidak banyak di Negeri Kelantan, bagaimana keadaan sedemikian wujud, jika dibanding negeri-negeri pantai barat rata-rata skim perumahan di sana bersaiz lebih besar? Terdapat beberapa persoalan yang diselidiki iaitu faktor permintaan dari bakal pembeli, modal kewangan pemaju perumahan, kesukaran mendapat pemilikan tapak/ tanah sesuai, proses tukar syarat dan pecah sempadan lambat, kerenah agensi yang melulus permohonan, kehendak perancangan yang agak ketat, kebanyakan tanah pusaka melalui proses pembahagian pusaka yang lambat. Pemungutan data primer melalui pengedaran borang soal selidik kepada pemaju perumahan dan juga temubual dengan personel dari agensi yang terlibat untuk menjawab soalan penyelidikan.Manakala data sekunder diperolehi melalui kajian dokumen iatu pembacaan buku dan dari laman web mengenai pembangunan skim perumahan. Data diproses dan dianalisa melalui kaedah deskriftif dengan menggunakan peratusan dan jumlah skor faktor. Penemuan kajian ini untuk menggalakkkan pembanguna skim perumahan berskala besar prosedur yang lebih longgar dalam urusan pindahmilik tanah, segala urusan pecah sempadan dan tukar syarat dipercepatkan manakala kerenah birokrasi di agensi kerajaan di minima. Penubuhan ` one stop agency` dijadikan mandatori dengan kuasa authoriti.

You might also like