You are on page 1of 7

HBAE 1103: Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Pengenalan Kritikan dan apresiasi seni visual dalam menilai dan menganalisis karya-karya seni adalah proses pembelajaran yang bersistematik dalam bentuk proses berfikir. Sememangnya perlu diterap dan disemai dalam kurikulum mulai sekolah rendah lagi namun sejauhmana idea ini dapat direalisasikan. Isu ini sentiasa mendapat perhatian daripada pendidik seni dan menarik perhatian penggubal kurikulum, pensyarah dan orang ramai. Keperluan isu ini penting untuk difikirkan bagi melahirkan modal insan yang terdidik berfikir secara kreatif dan kritis. Secara tidak langsung ilmu berhujah dan membuat interpritasi seni menuju ke arah yang positif dalam melahirkan generasi pewaris yang tahu membuat seni, bercakap tentang seni dan mengangkat martabat karya seni itu sebagai karya yang halus. Bagi Bernard Harrison, beliau membawa pandangan yang dikenali sebagaikritikan secara nature dengan meletakkan sesuatu karya itu baik setelah mengenalpasti beberapa kualiti yang terserlah. Dalam istilah R.G.Collingwood, kualiti ini dapat disenaraikan sebagai cara kita memahami apakah itu seni dan apakah yang dikatakan bukan seni. Sama ada ia dalam objek atau sudah ada tersemat di dalam minda boleh membawa perkaitan dengan kesempurnaan dan dianggap menjadi sebahagian daripada teori-teori seni. Penilaian dan apresiasi seni haruslah tidak terkongkong sama ada dalam statusnya tersendiri atau dalam lengkongan pengikutnya. Hilangkan kongkongan dan benteng yang menjadikan ia karya berstatus kepada karya yang diperagakan untuk suatu pengetahuan yang istimewa. Jika terlalu banyak kongkongan dalam menilai seni, boleh menjadikan seni itu kaku dan terhad kepada golongan tertentu. Suatu cara yang dicadangkan ialah kaitkan seni itu dengan fungsinya yang berbagai. Cara sebegini boleh memperkembangkan seni itu dalam statusnya yang luas dan apabila fungsi itu dikaitkan bersama karya seni, aspek nilai akan turut dibicarakan bersama.

HBAE 1103: Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Lukisan 1

The Harvester oleh Hossein Enas (1989)

A. Menggambar (Description) Dalam lukisan ini terdapat dua figura wanita yang sedang menuai padi cukup lengkap sifatnya. Objek yang ditonjoklkan adalah dari pandangan depan. Kedua-dua wanita ini lengkap berpakaian seperi wanita Melayu yang mempunyai ciri-ciri kekampungan dan sopan. Kepelbagaian warna yang digunakan cukup menarik minat untuk menimbulkan keadaan yang lembut. Penggunaan warna yang lembut cukup menunjukkan sifat kewanitaan dan kekampungan wanita-wanita tersebut. Pelukis menggunakan teknik sapuan lembut yang bertujuan untuk mewujudkan keadaan si penuai padi yang gigih.

HBAE 1103: Pengenalan Pendidikan Seni Visual

B. Menganalisa (Analyze) Apabila melihatkan lukisan ini, pemerhati seolah-olah berada di kawasan padi yang luas. Dengan pengamatan yang mendalam, kita dapat merasai sendiri bagaimana orang-orang menuai padi dan kegigihan yang ditonjolkan oleh mereka. pelukis juga membiarkan imej manusia itu bergerak sebebas-bebasnya. Selain itu, imej manusia dibiarkan dan tidak kaku pada satu-satu sudut. Walaupun gambaran ini hanya dilukis di atas papan, namun kita masih dapat merasai keseronokkan menuai padi.

C. Tafsiran (Interpretation) Imej wanita di dalam karya ini lengkap berbaju menunjukkan kesopanan wanita yang melambangkan kekuatan dan kebudayaan bangsa Melayu. Tubuh yang kuat dan raut wajah yang agak menumpu memberi makna bahawa seorang wanita perlu menjadi kuat dan ada keinginan untuk membantu mengubah kehidupannya dengan menuai padi. Palitan warna coklat dan kekuningan seperti warna alam begitu menarik dan amat sesuai dengan tema iaitu penuai padi secara tidak langsung melambangkan kegigihan dan semangat untuk meneruskan hidup dengan mencari sumber rezeki dengan menanam padi.

D. Penilaian (Judgement) Melalui lukisan ini, pelukis cuba menyampaikan keperluan penuai padi ini kepada sumber makanan kita iaitu beras. Disamping menunjukkan semangat pelukis menyokong usaha dan penat lelah si penuai padi ini untuk mencari sesuap nasi bagi keluarganya.

HBAE 1103: Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Lukisan 2

Self Potrait (1982) oleh Amron Omar

A. Menggambar (Description) Potret Amron ini satu drama diri yang handal, sebuah penegasan identiti Melayu yang sifat lemah lembutnya langsung tidak tertutup oleh cara agresif dia duduk di atas kerusi malas rotan. Lutut kaki kiri naik, kaki kanan mencecah lantai, bersedia untuk berhadapan dengan musuh yang melemparkan bayang-bayang. Rambut kerinting panjang berserabut, dada terdedah, berpakaian sarung, Amron melenting menyambut provokasi. Kepala menjenguk ke depan, siku kiri sedia menangkis, tangan kanan menanti untuk menampar.

B. Menganalisa (Analyze) Potret ini dirakam dari atas, nampak dahi, tulang hidung, satu mata, dan sedikit mulut. Bahu kiri terjungkit sebab tangan berehat di atas lutut yang tersandar pada alas tepi. Otot dada tegang, menunjukkan tulang dada tertonjol. Kedutan sarung menambah kepada watak Amron yang suka pada kesederhanaan dan benci pada kepura-puraan, meluat pada orang yang cakap besar padahal 4

HBAE 1103: Pengenalan Pendidikan Seni Visual

dia sendiri apa kurangnya. Sarung itu ringan, berangin, selesa, lekat pada punggung, betis, lutut, paling sesuai dalam cuaca tropika. Reka corak sarung sesuai dengan komposisi yang sendeng, dibantu pula jalur kelabu meminggir ke tepi, sama seperti bayang-bayang di lantai. Mesej Amron ialah bahawa potret itu lebih dari hanya separas muka, secara depan atau sisi, sejenis rakaman yang kita warisi dari zaman Renaissance.

C. Tafsiran (Interpretation) Dalam diri figura itu sendiri tertanam sifat lembut dan sifat kasar; sifat rendah diri dan sifat kurang ajar; sifat tenang dan sifat amuk, timbang menimbangi, nyaris-nyaris bergeseran. Kerusi malas juga disusun-letak demikian sehingga limpahan cahaya itu jatuh ke atas lipatan kain, dada sebelah kanan, jari-jari, ibu jari kaki yang terangkat. Gelap yang memudar tepi cahaya di lantai adalah rekacorak sarung yang diperbesarkan, sebagai cara untuk membahagi ruang, menyatukan cerita yang hujungnya masih menjadi tanda tanya.

D. Penilaian (Judgement) Melalui karya ini dapat dilihat bahawa dalam diri seseorang itu mempunyai banyak benda yang tersirat yang tidak diketahui oleh orang lain. Pelukis berjaya membawa mesej yang ingin disampaikan dari bentuk dan figura potret tersebut. Bukan sekadar rupa tetapi mempunyai seribu jawapan disebalik rupa potret itu.

Penutup Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid. Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai.

HBAE 1103: Pengenalan Pendidikan Seni Visual

LAMPIRAN Rujukan Evelyna Usun (2011). Apresiasi Seni. Dimuaturun daripada http://www.slideshare.net/ushune1908/21963733-apresiasiseni pada 21 Februari 2012. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Visual : KBSR. K.L.: DBP. Zulkifli (2011). Apresiasi dan kritikan seni visual. Dimuaturun daripada http://cikgusenismbd.blogspot.com/2011/10/apresiasi-dan-kritikan-seni-visual.html pada 21 Februari 2012

Potret-Potret

The Harvester oleh Hossein Enas (1989)

HBAE 1103: Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Self Potrait oleh Amron Omar (1982)

Malay Couple oleh Redza Piyadasa (1988)

You might also like