You are on page 1of 2

PERSEKITARAN DAN IKLIM BILIK DARJAH

1. Lukiskan pelan bilik darjah yang anda bersama membantu mentor melaksanakan pengajaran pembelajaran. 2. Huraikan bagaimanakah bahan dan sumber pengajaran pembelajaran dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan. Guru yang mengajar akan menggunakan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran dalam pengajaran mereka. Tujuan bahan ini digunakan adalah untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid tidak bosan untuk belajar. Selain itu, murid akan lebih aktif sekiranya guru mengajar dengan kreatif. 3. Catatkan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid? Alat Bantu Mengajar (ABM). Buku latihan dan rujukan.

4. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan ICT? Ya, murid diberikan peluang untuk menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan ICT. Tetapi murid hanya mendapat peluang ini ketika belajar di makmal komputer sahaja. 5. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran? Guru memberi galakkan sepenuhnya kepada murid supaya aktif di dalam kelas. Murid yang aktif memberikan gambaran bahawa mereka seronok dengan kaedah pengajaran. Oleh itu, guru sedaya upaya mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk menghidupkan lagi suasana kelas.

6. Kenal pasti cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan tertentu.


Murid-murid dibahagikan dalam kumpulan secara rawak. Hal ini untuk mengelakkan diskriminasi terhadap murid yang lemah ataupun murid yang berbeza dari segia jantina, bangsa dan agama. Setiap kumpulan mempunyai seorang murid yang mampu memimpin dan memberi tunjuk ajar yang sewajarnya terhadap kumpulan tersebut.

You might also like