You are on page 1of 42

CERAMAH

PROGRAM PENDIDIKAN
PEMULIHAN KHAS

anjuran
Maktab Perguruan Tun Abdul Razak

Kota Samarahan
Sarawak
Salam Perkenalan
Salam Persahabatan

MD AZIZ BIN HAJI LANI


Pegawai Pemulihan Khas
Jabatan Pelajaran Melaka
TAJUK YANG DICADANGKAN
Peranan pihak pengurusan sekolah dalam
menangani isu pemulihan
Isu dan cabaran/realiti pendidikan
pemulihan di sekolah
Pengalaman JPN Melaka dalam
pemulihan khas
ISU-ISU
PROGRAM PEMULIHAN
KHAS
ISU-ISU
PROGRAM PEMULIHAN
DI SEKOLAH

LAPORAN KAJIAN PELAKSANAAN


PROGRAM PEMULIHAN KHAS DI SEKOLAH RENDAH
Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Projek dibiayai oleh UNICEF
Januari 2002
Metodologi Kajian
Kadar Jawapan Soal Selidik
BIL SOAL BIL SOAL
BIL SOAL
SELIDIK SELIDIK
KUMPULAN SELIDIK % %
DIKEMBALIKAN DIKEMBALIKAN
DIHANTAR
(BERJAWAB) (TIDAK BERJAWAB)*

Guru Besar 4000 3070 76.7 155 3.8


Guru
Pemulihan 4000 2937 73.4 200 5.0
Khas

Mengembalikan soal selidik tetapi tidak menjawab soalan kerana sekolah tidak melaksanakan/
elah berhenti melaksanakan program pemulihan khas kerana kekurangan guru dan sebab-
sebab lain. Sekolah tidak ada guru pemulihan pada masa soal selidik dihantar kerana GPK
bersalin, telah bersara dan belum ada pengganti, berkursus dan tidak ada kelas-kelas pemulihan
khas.
Metodologi Kajian
Bilangan Sampel Kajian (Temu Bual)

Berdasarkan – 5 buah sekolah rendah yang melaksanakan kelas pemulihan khas


setiap negeri. Seorang pagawai dari Jabatan Pelajaran Negeri yang bertanggungjawab
ke atas pelaksanaan program pemulihan khas

KUMPULAN BILANGAN

GURU BESAR 70 ORANG

GURU PEMULIHAN KHAS 70 ORANG

GURU ASAS (KELAS/MATA PELAJARAN) 340 ORANG

IBU BAPA MURID PEMULIHAN KHAS 220 ORANG

PEGAWAI JABATAN PELAJARAN NEGERI 14 ORANG


FAKTOR MURID

A Murid kerap ponteng sekolah.


B Sikap negatif murid terhadap pelajaran –
ada yang malas, tidak berminat belajar,
kurang motivasi, kurang berusaha, tidak aktif
dan tidak berani mencuba.
C Murid yang bermasalah kesihatan tidak dapat
mengikuti pelajaran dengan sempurna.
D Murid cacat anggota/pekak dan bisu
ditempatkan di kelas-kelas pemulihan khas.
E Murid terlalu lemah untuk menguasai pelajaran.
“Sebab kadang-kadang budak-budak ini tak buat
kerja rumah. Kadang-kadang buat di sekolah, kadang-
kadang tiru kawan. Kadang-kadang saya beritahu
siapa tak buat kerja rumah, cikgu tak bagi masuk
kelas pada hari ini. Kena ugut. Kita beri latihan
sama ada dia boleh buat atau tidak, tapi dia tak buat.
Kadang-kadang latihan dalam kelaspun tak habis,
tak siap’”
“Tidak ada alat-alat menulis seperti buku atau pun
pensel – kalau diberi kerja rumah jangan harap
dapat balik kerja rumah itu kerana habis hilang
bahan sekolah itu. Kemahuan untuk belajar mereka
memang tidak ada”.

“Saya sukar membuat follow-up kerja-kerja mereka


kerana buku selalu dihilangkan, kerja tidak pernah
disiapkan dan alat tulis tak lengkap”.
“Budak pemulihan ini pun bermasalah kerana
senang menghilangkan lembaran kerja yang diberi –
diberi tetapi mereka buat roket.
Mereka ini tidak mahu belajar, senang gaduh –
sikap mereka kurang minat terhadap pelajaran”.

“Murid tidak faham, murid tidak ada disiplin,


murid suka main”.

“Guru akan fed-up ajar murid yang degil.


Murid ada inferiority complex – kalau dimarah
tak datang sekolah”.

“Ada yang betul-betul bermasalah, misalnya mereka


malas dan terbiar – mak bapa mereka tidak
mengambil berat tentang mereka”.
FAKTOR GURU
A Sekolah tidak mempunyai guru pemulihan khas.
B Kekurangan guru di sekolah menyebabkan
GPK tidak dapat dilantik atau GPK diminta
mengajar murid-murid di kelas-kelas biasa.
C GPK dibebankan dengan tugas-tugas
menggantikan guru-guru lain (relief) dan terpaksa
menjalankan tugas-tugas bukan mengajar.
D Sikap negatif sesetengah guru yang tidak
berminat dan tidak komited untuk mengajar
murid-murid pemulihan khas.
E Guru tidak mempunyai kemahiran/tiada latihan
khusus disuruh mengajar.
Masalah yang pertama sekali ialah tidak faham
dengan cara pengajaran pemulihan khas.
Sebab saya tak ada pendedahan.

Saya tidak pernah dapat pendedahan tentang teknik


dan kaedah yang sesuai mengajar kelas pemulihan.
Saya rasa keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
tidak berlaku, buktinya dari segi pencapaian murid-
murid masih lemah, keputusan D dan E sahaja.
Ada murid yang mempunyai masalah fizikal tetapi
mereka dimasukkan dalam kelas pemulihan khas.
Sepatutnya mereka perlukan pendidikan khas,
di tempat lain. Tapi parents tak tahu. –

Buku panduan . . . Tidak faham mengikut


pengajaran…..….. mengikut buku ini kerana
tidak ada pendedahan.
KURANG KERJASAMA DARI GURU-GURU ASAS

Guru yang lain tidak faham pemulihan,


bila dipulangkan ke kelas. Mereka hendakkan
murid pemulihan pandai sepertimana murid-murid
lain di kelas biasa.
Guru-guru kelas selalu ‘complain’ murid yang
mengikuti pemulihan tidak pandai.
Mereka harapkan murid-murid ini perfect.
Guru tahun 1 tidak memulihkan murid yang lemah.
Mereka seronok dengan budak yang pandai sahaja.
Tiada peruntukan masa untuk mereka yang tertinggal.
Tahap 1, khususnya tahun 1, bila kekurangan
mereka tidak ditangani, maka ia akan bertimbun
tambah dan akhirnya mereka betul-betul ketinggalan.
SIKAP PENTADBIR SEKOLAH

Sikap GB tidak mengamalkan dasar pendemokrasian


pendidikan seperti yang dinyatakan oleh seorang GB:
‘mana yang lebih penting…..murid pemulihan khas
yang sedikit atau murid biasa yang banyak?’ – JPN

Walaupun sekolah ada kelas pemulihan, ramai GB


juga tidak membantu slow learners. Sikap GB
mesti diubah. Guru bermasalah jiwa dijadikan
guru pemulihan khas. - JPN
Ada Guru Besar yang tutup
kelas pemulihan khas.
Guru ini kemudiannya disuruh
menjadi guru kelas
atau relief teacher -JPN
BAHAN BANTU MENGAJAR

A Sekolah sukar mendapatkan BBM yang


sesuai dan terkini.
B BBM/bahan rujukan sukar /kurang di pasaran.
C BBM yang berbentuk media elektronik tidak
dibekalkan walaupun sangat diperlukan.
D Tiada buku teks yan g sesuai untuk kegunaan
guru dan murid pemulihan khas.
PERUNTUKAN KEWANGAN

A Tiada bantuan kewangan untuk menyediakan


bilik dan peralatan yang sesuai bagi
murid-murid pemulihan khas.
B Tiada peruntukan kewangan untuk
menyediakan/membeli BBM dan
bahan-bahan rujukan untuk GPK.
C Tiada peruntukan khas untuk memberi latihan
kepada GPK/Guru-guru lain.
KEMUDAHAN FIZIKAL

A Ketiadaan bilik yang sesuai dan kondusif


untuk pengajaran dan pembelajaran pemulihan
khas. Sekiranya ada bilik khas, bilik itu terlalu
kecil, sempit dan kurang selesa. Ada kelas di
bilik stor, kantin dan tempat-tempat lain yang
tidak sesuai.
B Kekurangan peralatan/perabut di bilik pemulihan
seperti rak dan almari.
Saya tidak diberikan tempat khas. Kelas pemulihan
diadakan di pusat sumber dan terpaksa berebut
dengan guru lain . Kalau bilik digunakan,
kelas terpaksa dibatalkan. – GPK

Tiada bilik khas – berpindah randah.

Bilik pemulihan khas ialah bilik setor yang terletak


di bangunan lama. Kami tak dapat susun alat dan
kerusi meja dengan baik – terdapat banyak anak-anai.
Bilik stor ini panas, udara nak keluar pun susah.
Masalah tiada bilik – kelas dijalankan di kantin,
di pondok rehat, tiada meja ….

Bilik pemulihan – tidak sesuai. Perlu bilik yang lebih


besar. Bilik sekarang ni udara nak mengalir pun susah.

Bilik tidak sesuai, kadang-kadang digunakan oleh


jururawat pergigian, kadang-kadang sampai sebulan
tak ada kelas pemulihan khas kerana bilik digunakan.
FAKTORT IBU BAPA/PENJAGA

A Ibu bapa tidak mengambil berat tentang


pelajaran anak-anak.
B Ibu bapa tidak memberikan kerjasama
kepada pihak sekolah.
C Ibu bapa kurang memberi perhatian terhadap
pelajaran, pemakanan dan kesihatan anak-anak.
BILANGAN MURID PEMULIHAN KHAS
YANG RAMAI

A Bilangan murid yang memerlukan


pemulihan khas agak ramai berbanding
dengan seorang guru pemulihan khas.

B Sukar melaksanakan program pemulihan khas


dengan berkesan kerana bilangan murid
pemulihan khas yang ramai.
SEBAHAGIAN BESAR TERCAPAI

Matlamat program pemulihan khas sebahagian


besarnya tercapai, kerana 50% daripada murid
pemulihan khas telah bolah membaca, dan terdapat
perubahan pada sikap dan telah mempunyai
keyakinan diri. – GPK

Sebahagian besar objektif tercapai. Daripada 93


orang murid, 50 orang telah dipulihkan. Mereka
sekarang boleh membaca ayat-ayat mudah. Mereka
boleh membuat ayat mudah dengan mengisi tempat
kosong dan campur, tolak yang asas. - GPK
Sebahagian besar objektif pemulihan khas tercapai
kerana ada murid pemulihan yang telah mendapat
pangkat C dalam UPSR. Mereka menunjukkan
perubahan sikap dan berminat belajar, lebih bersih,
ada persaingan, ingin menonjol diri. Juga sudah
boleh membaca dan menulis dengan baik. – GPK

Sebahagian besar tercapai kerana daripada 30 orang


murid Tahun 1 yang dikenalpasti pada bulan Julai
2000 untuk pemulihan, seramai 26 orang murid
telah berjaya dipulihkan dan telah kembali ke kelas
masing-masing. - GB
Anak saya sudah boleh membaca walaupun
merangkak-rangkak. Berminat membaca keratan
akhbar yang dijumpai. – IB

Sudah ada kejayaan dalam ujian bulanan. Rajin


membuat kerja sekolah. Rajin berkemas. – IB

Kadang-kadang anak bawa balik buku untuk dibaca


di rumah. Ini berjayalah. Dulu ada bawa balik
buku tapi tak baca. -IB
SEBAHAGIAN KECIL TERCAPAI

Kurang tercapai… jika guru sentiasa bertukar.


Guru pemulihan khas jangan diberi kelas lain,
jangan ganti kelas. Berjaya sebab dari tak tahu
kepada tahu. –GPK

Sebahagian kecil tercapai kerana tidak menjalankan


kelas pemulihan sebenar. –GPK
Sebahagian kecil yang menguasai 3M telah
dipulangkan ke kelas biasa. Lepas iti mereka ini
tertinggal di kelas sendiri. Kebanyakan guru kelas
buat tak kisah. –GPK

Kurang berjaya kerana guru kurang ambil berat. Patut


ambil tahu, panggil ibu bapa. Sikap kurang
tanggungjawab guru. Cikgu tulis di papan hitam, tak
sempat salin….maka kerja tak buat. –IB

Masalah mental dan kesihatan….tak boleh buat


apa-apa. GPK

Sekolah tidak menjalankan kelas pemulihan khas


seperti yang diperlukan. -GA
Kegagalan saya rasa adalah disebabkan faktor diri
murid sendiri. Program, pemulihan khas hanya
boleh memberi kemahiran yang ‘basic’. Yang
selanjutnya terpulang kepada murid itu sendiri. Ada
murid yang tak boleh membaca selepas Tahun 6. –GA

Kegagalan memang ada. Murid ini macam biasa


sahaja, ‘they come and go just like that’.-GA
KEKERAPAN PENCERAPAN,
PEMANTAUAN DAN PENILAIAN

Tiada langsung pencerapan dilakukan oleh JPN,


Nazir sepanjang 10 tahun saya mengajar ….. selain
dari Guru Besar sendiri.

Tiada pemantauan oleh pihak-pihak tertentu.


Hasil penat tiada siapa yang melihat kecuali
murid-murid pemulihan.
Guru pemulihan khas selalu tidak dipedulikan oleh
pentadbir. Pentadbir lebih suka memantau kelas
peperiksaan Tahun 6. Pegawai JPK, Guru Besar,
guru penolong kanan, pegawai JPN, KPM tidak pernah
memantau pengajaran guru pemulihan khas. –GPK

Tidak ada pemantauan daripada mana-mana pihak,


mereka tidak dapat membantu menyelesaikan
masalah kita.
No time. Ada 308 buah sekolah di negeri ini dan
hanya ada 2 pegawai sahaja. Pemantauan
dilaksanakan mengikut kemampuan dari segi masa
dan tenaga. – JPN

Pegawai JPN datang sekali, bukan untuk mencerap


sekadar menemubual untuk mendapat sedikit
maklumat. –GPK

Nazir ada datang tapi untuk mencerap guru lain.


Mereka hanya singgah saja ke kelas ini. -GPK
Nazir – jarang datang, tapi ada juga. Tetapi tidak
banyak feedback. Just take records. PPD – no.
GB Penolong Kanan ada masuk kelas, ada
berbincang dengan GPK.

PPD dan Nazir ada membuat pemantauan.


Mereka membantu guru-guru merancang aktiviti
pemulihan, kaedah mengajar dan bahan-bahan
bantuan mengajar yang patut digunakan. – GPK

GB ada masuk ke kelas pemulihan, saya selalu


berbincang kalau tidak dengan GB dengan guru
Penolong kanan 1. Bincang tentang masalah
budak pemulihan. Budak tak hadir. Mengapa?
Nak buat macam mana? - GPK
TAM AT

You might also like