You are on page 1of 8

PANDUAN PENYEDIAAN CADANGAN PENYELIDIKAN [Rujuk kepada Topik 2: Penyelidikan Cadangan Kajian atau Topic 2: Preparing a Research Proposal]

Bab 1

PENGENALAN (INTRODUCTION) a) PERNYATAAN MASALAH (PROBLEM STATEMENT) Apakah yang hendak dikaji? Tidak dinafikan bahawa mengenal pasti isu yang hendak dikaji adalah sukar bagi ramai pelajar. Tetapi anda mempunyai satu kelebihan, iaitu; anda seorang guru yang berpengalaman dan telah melalui pelbagai masalah, isu dan cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran atau bidang major anda. Rujuk kepada Topik 3: Masalah Kajian atau Topic 3: Research Problem. Mula dengan pengalaman anda sendiri dan kenal pasti satu daripada masalah, isu atau cabaran anda minat. Mungkin anda minat dengan: o o o o

PERNYATAAN PERNYATAAN MASALAH MASALAH

Bagaimana kanak-kanak belajar matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Cina, atau pendidikan muzik. TUJUAN TUJUAN Bagaimana hendak menjadikan pengajaran sains, PENYELIDIK PENYELIDIK pendidikan jasmani atau Bahasa Tamil lebih menarik. Bagaimana mempertingkatkan pengajaran pendidikan moral, pendidikan musik, Bahasa Arab SOALAN SOALAN atau pendidikan seni visual. PENYELIDIKAN PENYELIDIKAN Bagaimana menggunakan alat bantuan mengajar atau teknologi dalam pengajaran pendidikan khas, Bahasa Inggeris, pendidikan Islam atau kajian tempatan dan sebagainya.

Rujuk kepada Topik 10: Pendekatan Pengajaran atau Topic 9: Teaching Approaches, untuk penjelasan beberapa jenis kaedah mengajar yang boleh digunakan dalam pengajaran pelbagai jenis mata pelajaran di sekolah rendah. Anda juga digalakkan merujuk kepada modiul kursus-kursus yang anda telah selesai serta internet untuk mendapatkan idea dan maklumat lanjut tentang apa yang hendak dikaji. Nyatakan secara umum masalah yang hendak dikaji. Ceritakan secara ringkas latar belakang masalah yang hendak dikaji.

____________________________________________________________________

Panduan Penyediaan Cadangan Penyelidikan

OU MALAYSIA

b) TUJUAN PENYELIDIKAN / KAJIAN (PURPOSE OF THE RESEACH) Setelah mengenal pasti masalah yang hendak dikaji, anda perlu mengatakan tujuan penyelidikan/kajian dengan terperinci dan bahasa yang tepat supaya orang lain memahami apa yang anda ingin mengkaji atau menyelidiki [Rujuk kepada Topik 3]. Contoh: Tujuan kajian ini ialah untuk menyiasat keberkesanan kaedah main peranan dalam pengajaran tajuk wang dalam matematik di kalangan murid Tahun 1. Tujuan kajian ini ialah untuk menyelidik keberkesanan kaedah inkuiri-penemuan mempertingkatkan kemahiran pemikiran murid dalam pendidikan moral.

c) SOALAN PENYELIDIKAN (RESEARCH QUESTIONS) Berdasarkan tujuan penyelidikan/kajian, anda perlu memperincikan masalah yang hendak dikaji kepada beberapa soalan penyelidikan. [Rujuk kepada Topik 3]. Apakah soalan penyelidikan? Soalan penyelidikan mengutarakan hubung kaitan di antara dua atau lebih variabel yang memandu pengumpulan data. o Contoh: Adakah terdapat perbezaan dalam pencapaian matematik di antara murid lelaki dan murid perempuan yang diajar dengan kaedah main peranan? Adakah terdapat hubung kaitan di antara tahap pemikiran kritis dan pencapaian dalam pendidikan moral?

d) KEPENTINGAN PENYELIDIKAN Jelaskan kepentingan kajian anda kepada individu (seperti guru atau murid) atau institusi seperti sekolah). Siapakah akan mendapati hasil kajian anda berguna? Bagaimana kajian anda menyumbang kepada ilmu dalam bidang yang anda kaji? Elakkan mengatakan kajian anda ialah pertama kali di jalankan di Malaysia, kecuali anda dapat membuktikan ia adalah benar.

3) BATASAN PENYELIDIKAN Anda menggunakan kaedah eksperimen, tetapi tidak dapat mengagihkan murid secara rawak dan terpaksa menggunakan semua murid dalam sebuah kelas. Oleh itu, anda terpaksa menggunakan kaedah kuasi-eksperimen di mana murid tidak dipilih atau diagih secara rawak. Sampel anda terhad kepada beberapa murid di sebuah sekolah sahaja. In mungkin dianggap sebagai salah satu batasan kajian.

____________________________________________________________________

Panduan Penyediaan Cadangan Penyelidikan

OU MALAYSIA

Jika anda menggunakan kaedah kualitatif, saiz sample yang kecil menyulitkan anda membuat generalisasi.

Bab 2:

TINJAUAN LITERATUR (LITERATURE REVIEW) Mengapa? o Tujuan tinjauan literatur ialah untuk menunjukkan kepada pembaca yang anda memahami dengan mendalam masalah yang dikaji [rujuk kepada Topik 4]. o Nyayakan bagaimana kajian-kajian lepas yang dijalankan oleh orang lain berkait dengan kajian anda. Aspek Penting dan Relevan Sahaja o Oleh kerana ini adalah hanya cadangan penyelidikan/kajian sahaja, anda perlu memberi perhatian kepada aspek-aspek penting dan relevan sahaja sesuatu kajian lepas yang di rujuk. Lokasi Bahan Bacaan o Rujuk kepada Topik 4 yang menunjukkan lokasi beberapa sumber literatur anda boleh rujuk seperti ERIC, sumber internet dan lain-lain. o Rujuk kepada Digital Library, OUM [eBrary mengandungi banyak bahan-bahan yang berkaitan dengan pendidikan]

Jenis Bahan Bacaan o Bahan-bahan yang lazim dirujuk terdiri daripada artikel jurnal, laporan penyelidikan, buku, disertasi, latihan ilmiah, tesis, monograph dan sebagainya. o Utamakan artikel dan laporan yang merupakan penyelidikan / kajian; dinyatakan penemuan/dapatan, sampel yang dikaji, analisis data, tinjauan literatur dan sebagainya.

Tanya Diri Sendiri o Sejauh manakah tinjauan bacaan saya menerangkan pernyataan masalah dan soalan penyelidikan/kajian saya? o Adakah jenis-jenis bahan yang saya telah merujuk relevan, sesuai dan berguna? o Adakah pencarian saya mencukupi? o Adakah saya telah menyentuh bahan-bahan terkenal berkaitan topik saya? o Adakah pencarian saya terlalu sempit? o Adakah bilangan bahan mencukupi? o Adakah saya telah menganalisis dengan kritis setiap bahan? o Adakah saya hanya menyalin literatur daripada tesis /disertasi /projek orang lain tanpa merujuk kepada bahan asal? [Ini merupakan satu amalan yang TIDAK BERETIKA]

____________________________________________________________________

Panduan Penyediaan Cadangan Penyelidikan

OU MALAYSIA

Bab 3:

METODOLOGI PENYELIDIKAN / KAJIAN (RESEARCH METHODOLOGY) [Rujuk kepada Topik 5: Kaedah Kajian atau Topic 5 Research Methodology] KAEDAH KAJIAN SAMPEL INSTRUMEN

Eksperimen Kajian Tindakan Survey Pemerhatian Temu bual Lain-Lain

Eksperimen Kajian Tindakan Survey Pemerhatian Temu bual Lain-Lain

Bab 3 merupakan inti pati Cadangan Penyelidikan atau kajian anda. Dalam bab ini anda perlu menjelaskan langkah-langkah anda akan ambil untuk menjawab soalan-soalan penyelidikan yang disenaraikan di dalam Bab 1.

a) REKA BENTUK PENYELIDIKAN / KAJIAN Reka bentuk penyelidikan atau kajian ialah rancangan tentang tatacara bagaimana anda akan mengumpulkan data untuk menjawab soalan-soalan penyelidikan/kajian. Kaedah Penyelidikan Contoh:

____________________________________________________________________ o

Panduan Penyediaan Cadangan Penyelidikan

OU MALAYSIA

Kaedah Eksperimen Jika anda memilih untuk menggunakan kaedah eksperimen, anda perlu membaca dengan teliti Kajian Kuantitatif atau Quantitative Research. Beri perhatian kepada syarat-syarat penggunaan kaedah eksperimen. Kaedah Tinjauan (survey) Jika anda memilih untuk menggunakan kaedah tinjauan (survey), anda perlu membaca Kaedah Kajian. Kaedah Kualitatif (pemerhatian, temu bual dan meniliti dokumen) Jika anda memilih untuk menggunakan kaedah kualitatif, anda perlu membaca Kajian Kualitatif.

o o o

b) SAMPEL Sudah tentu anda tidak akan dapat mengkaji semua murid dan oleh itu anda perlu memilih sekumpulan kecil murid atau sampel murid untuk dikaji. Baca Kaedah Kajian atau Research Methodology, untuk persampelan kajian kuantitatif. Baca Kajian Kualitatif atau Qualitative Research, untuk persampelan kajian kualitatif. Terangkan bagaimana anda memilih sesuatu sampel untuk dikaji: o Adakah anda memilih sampel secara rawak? o Adakah anda telah mengagih murid secara rawak? Terangkan mengapa anda memilih sampel berkenaan serta ciri-ciri sampel anda. m.s. bilangan murid, umur, jantina, dan sebagainya. Terangkan proses pemilihan sampel; seperti meminta kebenaran guru besar dan guru, menentukan kerahsiaan murid dengan tidak menyebuat nama murid atau nama sekolah.

c) INSTRUMEN Nyatakan instrumen yang akan digunakan; sama ada ujian, skala sikap, soal selidik, senarai semak pemerhatian, senarai semak temu bual dan sebagainya. o Soal selidik o Skala Likert [Rujuk Topik 7] Sekiranya anda menggunakan instrumen pengkaji lain, sila nyatakan kebolehpercayaan dan kesasahan instrument berkenaan.

____________________________________________________________________ [Rujuk Topik 5] Sekiranya, instrumen akan digubal oleh anda, sila nyatakan prosedur anda menggubal instrumen atau ujian. Instrumen atau alat kajian hendaklah bersesuaian dengan tujuan dan objektif kajian. Anda mungkin mengadakan kajian rintis kebolehpercayaan dan kesahan instrumen. untuk menentukan

Panduan Penyediaan Cadangan Penyelidikan

OU MALAYSIA

Lampirkan salinan instrumen yang akan gunakan.

d) PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Nyatakan bagaimana anda bercadang mengumpul data untuk menjawab soalan-soalan penyelidikan. Contoh: o Bagaimana anda bercadang mentadbirkan instrumen atau soal selidik? o Bagaimana anda bercadang mengendalikan temu bual dengan murid? o Bagaimana anda bercadang membuat pemerhatian dalam bilik darjah? o dan seterusnya

e) ANALISIS DATA Nyatakan bagaimana anda akan menganalisis data yang diperolehi daripada instrumen yang ditadbirkan kepada murid. Nyatakan teknik-teknik statistik anda bercadang guna. o Ujian t untuk menentukan perbezaan min di antara dua kumpulan murid. o o Ujian ANOVA satu hala untuk menentukan perbezaan min di antara tiga atau lebih min kumpulan. Hubung kaitan atau korelasi antara dua variabel [Rujuk Topik 8]

RUJUKAN
o Adalah dicadangkan anda mengikuti stail rujukan yang ditetapkan oleh American Psychological Association (APA). Berikut ini ialah beberapa contoh stail APA. Contoh Petikan Pendek:

o Grant (2000) dalam kajiannya dapati bahawa murid sekolah rendah yang diajar.

____________________________________________________________________

Panduan Penyediaan Cadangan Penyelidikan

OU MALAYSIA

o Pengajaran yang berpusatkan guru berjaya meningkatkan keyakinan murid memberi pendapat (Brown, 1999, h:78). o Grant (1997) berpendapat bahawa murid yang diberi peneguhan positif akan lebih minat untuk belajar (h:56). o Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2000), sekolah bestari akan .
Contoh Petikan Panjang:

o Menurut, Khalid Ahmad (2003) dalam kajian yang dijalankan di kalangan 100 subjek: Murid yang diberi lebih banyak peluang menyoal telah menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi dalam pendidikan moral berbanding dengan mereka yang diajar tanpa diberi peluang menyoal (h: 199).
Rujukan (di akhir Cadangan Penyelidikan)

Daripada Jurnal: o Berndt, T. J. (2002). Friendship quality and social development. Current Directions in Psychological Science, 11, 7-10. o Wegener, D. T., & Petty, R. E. (1994). Mood management across affective states. Journal of Ethics. 12, 23-30.

Daripada Buku: o Berg, B. L. (2004). Qualitative research methods. Boston: Pearson Education Inc.

Bab dalam Buku: o Brown, A. A., & Gardner, B. B. (2000). Methods of teaching health science. Dalam A. Craig & B. Williams (Eds.), Health science education in the primary grades (2333). London: Routledge. o

Daripada Internet: o Bernstein, M. (2002). 10 tips on writing the living Web. A List Apart: For People Who Make Websites, 149. Diperolehi May 2, 2006, daripada http://www.alistapart.com/articles/writeliving.

Artikel daripada Jurnal daripada Internet:

____________________________________________________________________

Panduan Penyediaan Cadangan Penyelidikan

OU MALAYSIA

o Kenneth, I. A. (2000). A constructivist response to the nature of human rights. Journal of Ethics & Psychology, 8. Diperolehi Februari 20, 2001, daripada http://www.cac.psu.edu/jbe/twocont.html

SILA RUJUK KEPADA LAMAN WEB BERIKUT UNTUK KETERANGAN LANJUT :

http://www.learningdomain.com
Klik pada Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan Click on Research Methods in Education Wah, Dah selesai !! -----

------------000-----------

You might also like