You are on page 1of 6

Antonim

Norlishakina Rosli Nurul Iman Kamila Marzuki Shabana Munawwarah Ishak Siti Khalijah Shaari Siti Murni Zinol

ANTONIM

pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama.

Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin lawannya kaya dan sebagainya

Tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut

Oleh itu kata nafi tidak kadang kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan lena lawannya tidak lena ataupun mati bermaksud tidak hidup.

Antonim pasangan komplemen

Jenis jenis Antonim


Antonim hubungan bertentangan
Antonim hubungan darjah

Antonim Pasangan Komplemen


pasangan perkataan berlawanan yang saling melengkapi antara satu sama lain

Contohnya, perkataan tidurjaga, hidup-mati, duduk-bangun, tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembira-sedih

Selain itu, perkataan perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-hidup, tidak tidur-jaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam antonim jenis ini

Antonim Hubungan Darjah


pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah seperti perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek, kurusgemuk

Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan

Sebagai contoh, sebatang kayu itu dikatakan bersaiz panjang dengan merujuk kepada kayu itu secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama jenis.

Demikian juga perkataan laju bagi merujuk kepada kereta lumba tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk kepada kereta biasa.

Sebagai contoh, perkataan kecil pada kerbau kecil sebenarnya ,menunjukkan darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan tikus kecil.

Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak

Antonim Hubungan Bertentangan


Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan

Dalam hal ini, kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang setara, misalnya beriterima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja dan sebagainya

Contohnya jika X beri barang pada Y bermakna Y akan terima barang itu.

You might also like