You are on page 1of 2

REFLEKSI BIG LAWATAN PENANDA ARAS GURU CEMERLANG (AHMAD IZZUDIN BIN ABDULLAH) 900804-03-6337 Bersyukur kepada Allah

h S.W.T yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu kerana dengan izin-Nya saya dan rakan-rakan seperjuangan dari opsyen Bm/ Pj/ Rbt 1 serta bersama tutor kami iaitu Encik Azaha Bin Ibrahim telah berjaya menamatkan salah satu komponen wajib yang mesti dilalui semasa Kursus Pendidikan Guru bagi semester 6 ini iaitu menjalani program Bina Insan Guru (BIG) bagi Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang pada 8 Julai 2013 di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 1 yang terletak di Besut, Terengganu. Program Lawatan Penanda Aras (benchmarking) Guru Cemerlang ke Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 1 ini merupakan suatu pengenalan tentang Pengurusan Guru Cemerlang serta bertujuan mendedahkan para guru pelatih kepada alam persekolahan yang sebenar dimana pembentukan iklim dan budaya kerja cemerlang oleh guru serta kepimpinan pentadbiran sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan. Guru cemerlang yang kami temui di sekolah tersebut ialah Puan Noraini Binti Ibrahim yang merupakan Guru Cemerlang Sains. Sepertimana yang kami berbincang sebelum ini, kami ingin mencari Guru Cemerlang Bahasa Melayu untuk dijadikan Guru Cemerlang Penanda Aras kami. Akibat kekangan masa untuk mencari sekolah yang mempunyai Guru Cemerlang bahasa Melayu, kami terpaksa memilih Guru Cemerlang Sains di Sekolah tersebut bagi memudahkan pengurusan kerana ada sebilangan dari kami sudah biasa dengan sekolah tersebut. Perbezaan subjek bukanlah kayu ukuran untuk menentukan kecemerlangan seseorang guru, akan tetapi cara pengurusan yang digunakan untuk menjadi guru cemerlang itulah yang di ambil kira. Melalui sesi bersama guru cemerlang ini saya mendapat banyak input baru mengenai proses proses untuk mendapatkan gelaran guru cemerlang. Antara proses yang perlu dipelajari ialah seseorang guru tersebut mestilah berkhidmat sekurang kurangnya lima tahun dan telah disahkan jawatan sebagai guru. Kemudian, guru boleh memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengisi borang guru cemerlang dalam talian. Bagi Puan Noraini, beliau merupakan penerima anugerah cemerlang sebanyak tiga kali sebagai guru matapelajaran sains. Sikap komited dan dedikasi beliau dalam pengajaran dan pembelajaran telah membawanya selangkah kehadapan dari guru-guru yang lain. Beliau juga telah banyak membawa inovasi dalam pengajaran dan pembelajarannya yang membolehkan murid-murid mudah faham dalam setiap langkah yang di ajar.

Seterusnya, guru cemerlang juga mestilah mendokumentasikan kajian tindakan, lembaran kerja, refleksi pembelajaran, senarai pelajar, markah dan pencapaian pelajar ( akademik ataupun kokurikulum ) untuk memudahkan proses apabila dinilai oleh jemaah nazir nanti. Seorang guru cemerlang mestilah menyumbang kepada pihak sekolah dalam bidang yang ingin dimohon dan juga memberi sumbangan kepada pihak luar sekolah bagi kecemerlangan subjek tersebut. Ini merupakan proses untuk memohon menjadi Guru Cemerlang. Prosedur ini perlu diikuti oleh setiap guru yang ingin menjadi guru cemerlang kelak. Walaupun prosedurnya yang agak rumit untuk menjadi guru cemerlang, tetapi guru yang betul-betul komited tidak menjadikan isu ini sebagai masalah untuk berjaya malah mereka akan menjadikan isu ini satu cabaran untuk berjaya. Berikutnya, kelemahan yang dilihat sepanjang Bina Insan Guru adalah semua guru pelatih pada awalnya kelihatan segan dengan Puan Noraini Binti Ibrahim. Semua guru pelatih kelihatan malu malu untuk bertanya soalan semasa sesi soal jawab dijalankan. Namun, selepas itu, semua guru pelatih bersemangat untuk bertanyakan soalan. Masing masing tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan tips dan info berkenaan dengan guru cemerlang ini. Kemudian, kelemahan lain ialah guru pelatih dilihat kurang memberikan perhatian semasa guru cemerlang sedang menyampaikan ucapan. Masing masing asyik bersembang sehingga kadangn kala menyebabkan bunyi bising. Namun begitu, mereka mula fokus dan komited dengan pengajaran guru cemerlang selepas sedar akan keadaan tersebut. Oleh itu, program Bina Insan Guru pada semester ini banyak membantu saya meningkatkan pengetahuan berkenaan dengan profesion keguruan dan juga memberi pendedahan kepada kami untuk melengkapkan diri dengan semaksimum mungkin untuk memberi kepuasan semasa bekerja sebagai guru. Kepuasan seorang guru tidak terletak pada gajinya tetapi apabila melihat kejayaan pelajarnya memahami sesuatu perkara yang diajar. Saya ingin menjadikan input yang saya dapat melalui program ini sebagai pemangkin saya untuk menjadi guru yang komited dan berwibawa seterusnya dapat mengejar gelaran guru cemerlang apabila berkhidmat sebagai guru kelak. Sekian, terima kasih.

You might also like