You are on page 1of 8

MOTOR ARUS ULANG ALIK (AC) 1.

MOTOR FASA TUNGGAL Motor fasa tunggal yang berserta dengan alat pemula (penghidup) khasnya yang bersaiz besar adalah lebih mahal daripada motor fasa-3 berserta alat yang serupa. Penggunaannya terbatas pada motor-motor yang sangat kecil untuk kegunaan domestik dan biasanya dihadkan pada 8kW sahaja pada penggunaan industri. Terdapat dua jenis motor yang utama: Motor komutator yang menghasilkan suatu tork yang tinggi pada permulaannya dan pada laju yang rendah, tetapi dengan suatu beban yang kecil kelajuan akan bertambah dengan cepat kepada suatu nilai yang merbahaya. Motor aruhan mempunyai ciri laju tork yang serupa dengan motor pirau arus terus dan lajunya boleh dikatakan tetap semasa tiada beban dan juga semasa beban yang penuh.

1.1 MOTOR SESIRI FASA TUNGGAL Jika bekalan arus terus ke motor arus terus sesiri disongsangkan, maka motor akan terus berjalan dengan arah yang sama, maka motor akan terus berjalan dalam arah yang sama. Oleh itu motor sesiri boleh dijalankan dengan menngunakan arus ulangalik fasa tunggal. Motor universal seperti yang digunakan dalam alat-alat seperti pembersih vakum akan berjalan sama ada menggunakan arus terus atau arus ulangalik. Un tuk menggunakan arus ulangalik dengan memuaskan, maka litar magnet motor itu yakni kutub-kutub, dening dan teras armature mestilah dilapiskan. Motor ini mempunyai ciri laju tork siri digunakan pada alat-alat berbeban tetap dan motor ini tidak berjalan tanpa beban.

Rajah 1: Motor sesiri fasa tunggal

Rajah 2: Motor sesiri terneutral

Rajah 1 menunjuk suatu gambarajah motor sesiri fasa tunggal yang ringkas. Untuk memperbaiki lagi proses ketukartertiban, suatu lilitan medan, iaitu lilitan peneutral ditambah. Motor sesiri terneutral yang bersais besar digunakan dalam kerja-kerja penarikan fasa tunggal dan untuk tujuan-tujuan industri yang lain di mana suatu motor yang mempunyai ciri laju tork siri diperlukan. Pemulaan Pemula [penghidup] terus biasa digunakan untuk motor-motor kecil. Untuk motor-motor yang lebih besar, pemula rintangan yang ringkas dalam satu talian digunakan supaya arus pemula dapat dikurangkan. Kawalan laju Diperolehi dengan menggunakan suatu rintangan kawalan siri di dalam satu dawai bekalan kuasa. Penurunan voltan merentasi motor akan menghasilkan penurunan laju untuk sesuatu tork yang tertentu. Tork itu berkadar dengan kuasa dua arus dan oleh itu arus berubah apabila rintangan berubah. Dengan suatu beban siri yang tertentu, voltan yang dikenakan kepada terminal-terminal motor akan berubah apabila beban tersebut berubah.

1 Motor AC [aim5887]

Jika beban dan arus berkurang, medan menjadi lemah dan voltan yang dikenakan akan naik; kedua-dua keadaan ini akan meninggikan laju. Keadaan ini yang tipikal bagi semua motor siri disebabkan oleh adanya rintangan siri. Menyongsangkan arah putaran Untuk tujuan ini sambungan-sambungan sama ada ke lilitan medan atau ke armature haruslah disongsangkan.

1.2 MOTOR TOLAKAN FASA TUNGGAL Motor tolakan fasa tunggal terdiri daripada satu lilitan fasa tunggal yang dibalut kepada stator dan sebuah armature lilitan jenis komutator yang biasa dengan beberapa set berus yang dilitar-pintaskan.

Rajah 3: Motor tolakan fasa tunggal Apabila suatu bekalan fasa tunggal dibekalkan kepada lilitan stator, mesin tersebut akan bertindak sebagai sebuah transformer dan arus aruhan mengalir di dalam rotor dan melalui sambungan litar-pintas. Jika berus-berus itu disusun sejajar dengan medan stator (tegak lurus seperti dalam gambarajah 3, yang berhubung kepada mesun kutub 2), maka tidak ada momen putaran atau tork akan berada dalam keadaan bertentangan. Sebaliknya, jika berus-berus itu disusun secara bersudut tepat kepada medan stator (mengufuk seperti dalam gambarajah), maka tidak ada arus yang akan mengalir di dalam rotor kerana berus-berus itu berada dalam kedudukan tiada voltan, dengan demikian tork tidak akan terbentuk. Oleh itu supaya alat ini bekerja dengan memuaskan berus-berus diletakkan di antara kedudukan-kedudukan ini (di anatara tegak lurus dan mengufuk) seperti di dalam gambarajah. Tindak balas yang terhasil di antara medan-medan akan mewujudkan suatu tork yang memutarkan rotor. Motor tolakan mempunyai ciri-ciri siri, tetapi ia adalah sesuai sekali untuk jenis penggerak laju tetap di mana kualiti pemula yang baik adalah penting. Motor tolakan juga boleh dibuat dalam saiz-saiz yang sederhana besar. Menyongsangkan arah putaran Dengan menggerakkan berus-berus mengelilingi komutator, kedua-dua tork pemula dan arah putaran boleh dikawal. Pemulaan Dalam motor-motorsaiz kecil, pemula terus digunakan, tetapi bagi saiz sederhana, pemula rintangan siri ringkas dalam satu talian diperlukan untuk merendahkan arus.

2 Motor AC [aim5887]

1.3 MOTOR ARUHAN PERMULAAN-TOLAKAN FASA TUNGGAL Motor ini menggabungkan sifat-sifat permulaan yang baik dari motor tolakan dengan motor aruhan laju tetap (lebih kurang). Ia bermula sebagai motor tolakan, tetapi pada kira-kira 70 peratus dari laju kesegerakan, mekanisma emparan akan membawa gelang litar-pintas untuk menyentuh keseluruhan segmen komutator dan juga menggerakkan berus-berus menjauhi komutator muka-plat. Oleh itu ia menukarkan rotor tersebut menjadi sebuah rotor sangkar tupai. Oleh yang demikian mesin ini bergerak seperti biasa sebagai motor aruhan ;sangkar tupai. Motor jenis ini dibina dalam saiz-saiz yang kecil dan boleh dimulakan secara terus atau dengan menggunakan pemula rintangan siri. Sonsangan arah putaran boleh dilakukan dengan mengubah susunan berus.

1.4 MOTOR ARUHAN-TOLAKAN FASA TUNGGAL Merupakan pembaharuan kepada motor aruhan permulaan-tolakan, di mana kesan-kesan yang sama didapati tanpa menggunakan mekanisma mengangkat berus. Stator dililit dengan lilitan motor tolakan yang biasa. Walau bagaimanapun rotor mempunyai dua lilitan di dalam slot yang sepunya. Pada laju yang rendah semasa permulaan, reaktans dari lilitan sangkar tupai adalah tinggi dan lilitan ini mempunyai kesan yang kecil ke atas proses permulaan. Oleh itu motor ini bermula sebagai motor tolakan dengan tork permulaan yang baik. Pada laju yang tinggi pula reaktans lilitan sangkar tupai turun secara berkadaran dan torknya iaitu tork kotor aruhan ditindihkan ke atas tork motor tolakan yang kekal bergerak. Hasil keseluruhan akan memberikan kualiti-kualiti permulaan yang baik dan laju yang boleh dikatakan tetap semasa tanpa rintangan dan semasa rintanagn penuh. Faktor kuasa juga dalah baik, ljunya adalah hampir mencapai kesegerakan di sepanjang julat bekerja dab kecekapan adalah sangat baik. Permulaan Permulaan sama ada secara terus atau dengan pemula rintangan.

1.5 MOTOR ARUHAN FASA TUNGGAL Motor ini terdiri daripada satu stator berlilit dengan lilitan fasa tunggal, diubahsuai untuk pemula fasa terbelah dan sama ada sebuah rotor sangkar tupai atau rotor berlilit. Rotor sangkar tupai terdiri daripada konduktor-konduktor armature tunggal yang diletakkan di dalam slot-slot bertebat dalam permukaan rotor tersebut. Di tiap-tiap hujung rotor terdapat suatu gelang litar pintas di mana tiap-tiap konduktor dilitar-pintaskan menerusi gelang-gelang oleh konduktor-konduktor rotor yang lain. Rotor berlilit biasanya dililitkan sebagai rotor fasa-3 dan disambungkan kepada tiga gelang gelincir. Berusberus yang menyentuh gelang-gelang gelincir disambungkan pula kepada rintangan tersambung seperti bintang berfasa-3 uyang boleh digunkan setingkat demi setingkat untuk tujuan menghidupkan motor. Sebuah motor fasa tunggal memerlukan medan berputar untuk tujuan-tujuan permulaan. Medan berputar boleh didapati dengan menggunakan sama ada bekalan fasa-2 atau bekalan fasa-3. Tindakbalas di antara medan yang dibentuk oleh arus-arus teraruh di dalam lilitan rotor dab medan berputar yang dibentuk oleh lilitan stator membuatkan rotor tersebut berputar. Perbezaan di antara laju rotor dan laju kesegerakan dipanggil gelincir dan biasanya diberikan seba gi peratus dari laju kesegerakan. Makin tinggi beban mekanik pada motor makin besarlah gelincir ini dan makin perlahanlah pula laju rotor. 3 Motor AC [aim5887]

1.6 MOTOR ARUHAN FASA TERBELAH Ianya mendapat arus-arus di luar fasanya dengan menggunakan lilitan utama atau lilitan gerakan dan lilitan tambahan yang disambungkan secara selari untuk tujuan permulaan. Sebuah cok luar boleh disambungkan secara siri dengan lilitan tambahan unutk meninggikan reaktansnya. Apabila mesin ini berjalan, Cuma lilitan utama sahaja yang tinggal di dalam litar, lilitan tambahan dan cik luarnya terputus sambungannya. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan suatu suis pemula tiga kedudukan atau secara automatik oleh suatu mekanisma yang terkendali secara emparan ke atas aci rotor (Rajah 4).

Rajah 4: Motor aruhan fasa terbelah Motor aruhan fasa terbelah mempunyai suatu ciri pirau dan berjalan pada laju yang agak tetap pada kesemua beban dalam julat operasinya tanpa keperluan suatu pengawal laju. Ia tiadak akan bermula jika berbeban dan sangat sesuai untuk menjalankan sesuatu yang memerlukan laju yang tetap. Penurunan voltan memberi kesan yang sangat kecil ke atas laju, tetapi menyebabkan penurunan tork. Songsangan arah putaran boleh didapti dengan menyongsangkan sama ada lilitan permulaan atau lilitan gerakan. Motor ini mestilah dihentikan dahulu untuk tujuan-tujuan ini. Permulaan Motor-motor kecil boleh dimulakan dengan kaedah permulaan terus. Motor-motor sangkar tupai yang besar boleh dimulakan oleh pemula rintanagn setingkat demi setingkat yang disambung secara siri dengan lilitan gerakan. Motor-motor rotor berlilit dimulakan dengan menggunakan rintangan dari rintangan luar rotor sedikit demi sedikit sehinggalah rotor tersebut bergerak pad laju yang biasa.

1.7 MOTOR ARUHAN FASA TUNGGAL JENIS KAPASITOR Motor ini biasanya serupa dengan motor fasa terbahagi, kecuali lilitan permulaannya mempunyai kapasitor bagi menggantikan tempat induktans. Dengan penggunaan kapasitans, suatu sesaran fasa yang lebih besar di antara arus di dalam lilitan permulaan dan lilitan gerakan akan diperolehi. Ini akan memberikan tork permulaan yang lebih besar dengan arus talian yang kecil. Kapasitor juga boleh digunakan untuk pembetulan faktor kuasa apabila motor tersebut mempunyai beban. Rajah 5 menunjukkan satu daripada kaedah-kaedah yang mungkin bagi membuat sambungan. Dua kapasitor digunakan secara selari semasa permulaan. Dalam kedudukan gerakan, kapasitor utama dibiarkan bersambung untuk membekalkan pembetulan faktor kuasa dan kapasisitor permulaan diputuskan sambungannya dan di discaskan (dinyahcaskan) menerusi rintangan discas.

4 Motor AC [aim5887]

Rajah 5: Motor aruha fasa tunggal jenis kapasitor Permulaan Ini dilakukan dengan suis terus atau rintangan permulaan dalam talian untuk mesin-mesin sangkar tupai atau menggunakan rintangan luar rotor untuk mesin-mesin rotor berlilit. Menyongsangkan arah putaran Ini dilakukan dengan menyongsangkan sambungan-sambungan sama ada ke lilitan utama atau lilitan permulaan.

1.8 MOTOR FASA TUNGGAL KESEGERAKAN Merupakan motor kesegerakan yang kecil dan digunakan pada alat seperti jam elektrik. Mkotor terdiri daripada sebuah sebuah litar besi berlapis di mana di atasnya diletakkan gegelung kemagnetan yang diuja oleh arus ulangalik fasa tunggal. Bahagian-bahagian kutub dipecahkan kepada dua bahagian (satu bahagian dilorekkan seperti gambarajah Rajah 6) dengan meletakkannya di dalam suatu jalur kuprum yng tertutup. Fluks kutub dengan ini terpecah kepada dua bahagian yang di luar fasa di antara satu sama lain.

Rajah 6: Motor jam kesegerakan fasa tunggal Rotornya hanyalah suatu bar keluli atau beberapa cakera. Fluks fasa-2 memberikan medan berputar yang menyebabkan motor itu berkisar. Apabila motor itu mencapai laju yang hampir dengan nilai laju kesegerakan, rotor itu akan mengunci kepada laju segerak. Motor ini adalah jenis bermula sendiri.

5 Motor AC [aim5887]

2. MOTOR FASA TIGA Di mana terdapatnya bekalan fasa-tiga, maka motor-motor fasa-tiga adalah lebih diutamakan daripada motor-motor fasa tunggal melainkan motor-motor yang kecil. Ini kerana: motor-motor ini adalah lebih cekap, mempunyai faktor kusa yang lebih tinggi, mempunyai sifat-sifat permulaan yang lebih baik lebih murah daripada motor fasa tunggal yang sepadan. menghindarkan beban-beban tak seimbang pada sesalur.

2.1 MOTOR ARUHAN FASA-TIGA SANGKAR TUPAI Motor ini mempunyai stator berlilit fasa-3 dan rotor sangkar terlitar-pintas. Tidak terdapat gelang-gelang gelincir dan oleh itu tiada sambungan yang bergerak. Motor yang tahan lasak , ringkas dan murah. Ia merupakan sebuah motor laju tunggal dengan ciri laju beban pirau. Motor-motor yang sangat besar dibuat sedemikian rupa di mana susutan lajunya atau gelincir adalah kirakira 1.5 peratus dari tanpa beban hingga ke beban penuh. Motor-motor yang lebih kecil mempunyai gelincir maksimum kira-kira 4 peratus dari tanpa beban hingga ke beban penuh. Tork permulaan bagi motor sangkar tupai adalah kecil dan motor tersebut hanya sesuai untuk kerja-kerja ringan. Faktor kuasanya adalah rendah pada permulaannya tetapi menjadi lebih baik semasa berbeban penuh, setinggi 0.85 ke 0.9. Apabila bekalan fasa-3 dipasangkan kepada lilitan stator, maka suatu medan berputar akan terbentuk. Mengaruhkan d.g.e di dalam rotor dan dengan ini arus akan mengalir dalam lilitan-lilitan tersebut. Semasa permulaan, apabila rotor berada dalam keadaan pegun, arus adalah berfrekuensi bekalan. Rotor berputar dalam arah yang sama seperti medan sehingga ia mencapai laju yang hampir segerak, iaitu dengan gelincir laju yang kecil sahaja. Arus sekarang berfrekuensi gelincir dan secara bandingan, nilainya adalah rendah. Jika rotor dikehendaki berputar pada laju segerak, maka tidak ada arus yang harus mengalir di dalam rotor ini dan tidak ada tork untuk memutar rotor. Apabila motor dibebankan secara mekanik, rotor akan menjadi perlahan sedikit, frekuensi dan nilai arus rotor akan naik, dan kuasa yang lebuh akan diambil oleh stator dari sesalur. Permulaan Arus permulaan adalah besar dan faktor kuasa adalah rendah jika ianya dimulakan secara suis terus. Oleh keran itu selain motor-motor yang kecil, merendahkan arus permulaan adalah diperlukan. Dengan motor sangkar tupai yang biasa, perkara ini hanya boleh dilakukan dengan merendahkan voltan yang dibekalkan kepada stator. Tork adalah berkadaran dengan kuasa dua voltan, maka tork adalah kecil jika voltan rendah.

6 Motor AC [aim5887]

2.1.1 PERMULAAN SECARA TALIAN TERUS [DOL] Pada asasnya hanya dibenarkan untuk motor-motor yang kecil.

Rajah 7: Pemula talian terus Apabila butang HIDUP ditetkan, maka gegelung pengendalaian magnet mendapat tenaga dari dua konduktor talian dan empat set sesentuh tertutup. Arus akan dibekalkan kepada motor dan butang MULA dilitar-pintaskan. Gegelung pengendalian memegang sesentuh-sesentuh supaya berada di tempatnya sementara motor sedang bergerak. Motor dihentikan dengan menekan butang HENTI. Tindakan ini memutuskan litar pengendalian, menyahtenaga gegelung, memutuskan sentuhan-sentuhan dan akhirnya menghentikan motor. Gegelung beban lamau, sama da terma atau magnet disusun sedemikian rupa sehingga jika terjadi bebanlampau maka ia akan membuka suis di dalam litar pengendalaian dan menghentikan motor tersebut.

2.1.2 PERMULAAN BINTANG-DELTA Merupakan kaedah permulaan yang murah dan ringkas bagi motor sangkar tupai. Hujung-hujung bagi tiaptiap fasa lilitan stator (enam kesemuanya) dikeluarkan ke suis tukar alih.

Sambungan bintang Sambungan delta Rajah 8: Permulaan bintang-delta bagi motor fasa-tiga sangkar tupai Dalam kedudukan permulaan, lilitan-lilitan disambungkan dalam bentuk bintang sehingga tiap-tiap fasa menerima 1/ 3 daripada voltan bekalan biasa. Arus dan tork diturunkan mengikut kuasa 2 dari nisbah voltan, iaitu kepada satu pertiga daripada nilai talin terus. Apabila motor bergerak pada atau hampir kepada laju biasa, suis itu ditukar alih supaya menyambungkan lilitan-lilitan dam bentuk delta, di mana tiap-tiap fasa akan menerima voltan sesalur yang penuh.

7 Motor AC [aim5887]

2.1.3 PERMULAAN TRANSFORMER-AUTO Penurunan voltan pada masa permulaan didapati secara mnggunakan transformer-auto fasa-3 dengan menyambungkan stator kepada bahagian-bahagian yang sesuai dari sisi sekunder transformer tersebut dengan menggunakan suis pengetapan. Biasanya hanya satu sahaja pengetapan voltan digunakan.

Rajah 9: Permulaan transformer-auto bagi motor aruhan fasa-3

Menyongsang arah putaran Motor fasa-3 boleh disongsangkan arah putarannya dengan saling menukar sebarang dua dari tiga sambungan talian ke motor tersebut.

2.2 MOTOR ARUHAN FASA-TIGA JENIS ROTOR BERLILIT Lilitan stator dililit secara fasa-3 seperti mana motor sangkar tupai. Rotor biasanya terdiri daripada satu armature beralur dengan lilitan sambungan-bintang fasa-3. Hujung-hujung fasa dikeluarkan kepada tiga gelang gelincir. Berus-berus yang menyentuh gelang-gelang tersebut menyambungkan fasa-fasa kepada rintangan fasa-3 yang boleh diambil mengikut keperluan.

Rajah 10: Pemula rotor bagi motor aruhan fasa-3 Untuk memulakan motor, voltan sesalur penuh dihidupkan kepada atator. Rintangan-rintangan rotor adalah penuh di dalam litar, ini kan mengurangkan arus aruhan dalam rotor dan menghadkan arus bekalan ke stator. Rotor mula berputar dan rintangan rotor dikurangkan sedikit demi sedikit. Apabila motor berputar pada laju penuh, rintangan-rintangan ini dikurangkan sepenuhnya. Gelang-gelang gelincir dilitar-pintaskan dan berus-berus akan diangkat daripada menyentuh gelang-gelang. Kaedah ini memberikan tork permulaan ynag baik dan membolehkan motor untuk mula bergerak dengan berbeban tanpa memerlukan arus permulaan yang besar. Rintangan permulaan rotor boleh digunakan untuk tujuan-tujuan mengawal laju kira-kira 50 peratus daripada laju segerak. Rintangan tugas berat digunakan untuk penggunaan yang terus menerus. Kaedah kawalan laju ini tidaklah cekap kerana kehilangan tenag a dalam rintangan.

8 Motor AC [aim5887]

You might also like