You are on page 1of 12

KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU. PANDANGAN TENTANG SASTERA. Sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa.

(Hashim Awang,1985:2) Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan sastera mampu membentuk tamadun sesuatu bangsa kerana ia bukan sahaja mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat namun hal ini juga terlibat dengan pergolakan yang berlaku dalam masyarakat tersebut. Karya sastera membincangkan apa yang berlaku dan apa yang terlihat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap dan pandangan pengarangnya (Baharuddin Zainal,1975:1) Mengikut Abd. Rahman Shaari (1994) bahan sastera yang dimaksudkan dalam sukatan pelajaran ialah puisi (lama dan baharu), cerpen, novel, drama dan hikayat (prosa lama). Menurut Dr. Ali Mahmood (2007) peranan. Hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan keupayaan membentuk tamadun sesuatu bangsa dianggap sebagai Sastera. Sastera seringkali membincangkan tentang kehidupan dalam sesebuah masyarakat. Sastera biasanya ditulis dengan menyerapkan unsur keindahan dan kehalusan. Antara bentuk sastera adalah seperti novel, cerpen, drama, sajak prosa tradisional dan puisi tradisional. Puisi tradisional adalah seperti pantun, syair, gurindam dan seloka manakala prosa tradisional pula mitos, lagenda, Epik Melayu, Epik Hindu serta Berita Berbingkai. Sastera sering memaparkan nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. teknik pengajaran dan pembelajaran pula ialah

lakonan, teater pembaca, teater bercerita, kerusi panas, simulasi, improvisasi dan main

Huraian Sukatan Pelajarannya iaitu membolehkan murid: i. memahami isi dan menganalisis aspek sastera. ii. mengapresiasi karya sastera melalui aktiviti sastera. iii. menghayati dan menghargai nilai estetik bahasa. iv. menghargai penulis dan karya yang telah dihasilkannya Dalam penghayatan teks sastera , kita perlu mengetahui terlebih dahulu beberapa aspek yang terdapat dalam bahan sastera. Antara aspek-aspek yang perlu dikaji oleh pelajar adalah seperti tema, persoalan, gaya bahasa, bentuk, teknik, plot, watak dan perwatakan dan nilai-nilai yang diterapkan .

TEMA. Merupakan persoalan utama dalam karya yang terungkap secara langsung dan tidak langsung.

PERSOALAN Persoalan pula adalah perkara-perkara kecil yang dikemukakan dan seling berhubungan dengan tema. PLOT Merupakan susunan peristiwa dalam sesuatu karya. Jenis plot terbahagi kepada dua iaitu kronologi dan tak kronologi. Binaan plot pula terdiri daripada permulaa, perkembangan, puncak, penurunan dan peleraian. Plot hanya terrdapat pada novel. Cerpen, drama dan prosa tradisional. Plot tidak terdapat pada sajak.

UNSUR BAHASA Unsur gaya bahasa dapat mengindahkan karya dan bunyinya agar sedap didengar. Gaya bahasa akan memberikan gambaran yang jelas dan tepat. Misalnya penggunaan bahasa personifikasi, simile akan memudahkan pembaca memahami karya yang dikaji. Sekali gus ia dapat memberi gambaran yang tepat dan jelas tentang karya tersebut. Gaya bahasa juga dapat memberikan kesan yang mendalam dan menarik minat pembaca. Selain daripada itu, unsur bahasa penting agar dapat memberikan identiti kepada seseorang pengarang.

WATAK DAN PERWATAKAN Watak adalah pelaku manakal perwatakan merupakan pelukisan watak. Watak biasanya terbahagi kepada watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak static dan watak kodi. ANALISIS SAJAK MATA AYAH. ( Karya Usman Awang. ) Berdasarkan sajak Mata Ayah terdapat pelbagai jenis bentuk bahasa, nilai dan struktur. ASPEK BAHASA. Antara gaya bahasa yang terdapat pada sajak ini ialah: a) Personifikasi. Contoh: mataku tersenyum, matanya menyapa. b) Simile Contoh: Bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang. c) Metafora Contohnya: kolam-kolam derita. d) Penggandaan kata Perkataan yang digandakan dalam sesuatu karya. Contohnya : Garis-garis putih lesu melingkungi hitam suram.

ASPEK NILAI Antara nilai-nilai murni yang terdapat dalam sajak ini ialah: a) Kecekalan. Nilai ini dapat dilihat pada ayah penyajak yang cekal mengharungi kepayahan dan kesusahan hidup. b) Bertanggungjawab. Sikap bertanggungjawab sebagai seorang ayah adalah penting dalam sesebuah keluarga. c) Kasih saying. Kasih sayang penting dalam membina sebuah keluarga yang bahagia. d) Menghormati orang lain. Menghormati serta menghargai orang lain merupakan nilai yang murni.

ASPEK STRUKTUR. a) BENTUK DAN UNSUR BUNYI. i) ii) Jenis bentuk sajak ini mempunyai empat rangkap dan setiap rangkap terdapat empat baris. Jumlah perkataan jumlah perkataan yang terdapat pada sajak ini ialah empat hingga sepuluh patah perkataan dalam setiap baris. Contoh: Kujabat mesra tangan ayah ( 4 patah perkataan ) Dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia ( 10 patah perkataan )

iii)

Jumlah suku kata Jumlah suku kata ialah sembilan hingga 21 suku kata dalam sebaris. Contoh: Kujabat mesra tangan ayah ( 9 suku kata ) Dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia ( 21 suku kata )

iv)

Rima akhir dalam sajak ini penggunaan rima akhir adalah bebas. Berikut adalah bentuk rima akhir sajak ini: Rangkap 1 : a,b,b,b Rangkap 2 : a,b,c,a Rangkap 3 : a,b,c,c Rangkap 4 : a,b,c,b Ini menunjukkan sajak ini tidak terikat dengan bentuk sajak tradisional.

b) TEMA. Sajak Mata Ayah hasil karya Usman Awang ini, membawa tema tentang kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Melalui sajak ini, kita dapat melihat bagaimana seorang ayah sanggup berkorban dengan menyembunyikan kesusahan hidup yang dialaminya daripada pengetahuan anaknya. Walau pun si ayah hidup dalam keperitan si ayah tetap tersenyum dan tidak pernah merungut di hadapan anak-anaknya.

c) PERSOALAN Persoalan pula didefinisikan sebagai perkara-perkara kecil yang berhubungan dengan tema yang dikemukakan. Antara persoalan yang dikemukakan oleh penyajak ialah: Tanggungjawab seorang ayah dalam mencari rezeki bagi menampung kehidupan keluarganya. Kasih saying seorang ayah terhadap anaknya. Walau pun penat dan merasa lesu dalam mencari rezeki, si ayah tetap mencurahkan kasih sayangnya terhadap anaknya. Kecekalan, ketabahan dan kesungguhan dalam menempuh kehidupan yang serba mencabar. Si ayah tetap tabar menghadapi dugaan keperitan hidup demi menampung kehidupan anaknya. d) PENGAJARAN. Beberapa pengajaran dapat dilihat melalui sajak Mata Ayah. Antaranya ialah: *Kita hendaklah cekal dalam menghadapi degaan dan cabaran. Kehidupan didunia penuh dengan pancaroba. Oleh yang demikian kita sebagai makhluk di dunai ini perlulah cekal menghadapi dugaan yang menrjah dalam kehidupan kita. *Kita juga hendaklah menjalankan tanggungjawab kita . Walau bagaimana pun peritnya kehidupan, kita perlulah berusaha menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab kita sebaik mungkin. *Kita juga mestilah saling sayang-menyayangi. Sebagai makhluk Allah SWT , kita perlulah menerapkan sifat sayang menyayangi den menggelakkan sifat dengki dan bermusuh-musuhan.

*Kita mestilah menghormati ibu bapa kita. Sebagai anak, kita perlulah menghormati ibubapa kita dan jagan sekali-kali menderhaka kepada ibu bapa. e) MAKSUD Dalam sajak Mata Ayah berkisahkan tentang kepulangan penyajak ke kampong telah disambut oleh ayahnya dengan perasaan gembira dan penuh kemesraan. Ayah penyajak digambarkan sudah tua dan penyajak terasa tangan ayahnya yang keras. Penyajak dapat merasai keperitan dan penderitaan hidup yang ditanggung oleh ayahnya selama ini. Kegembiraan yang terpancar pada wajah ayahnya bukan menunjukkkan kegembiraan yang sebenar. Penyajak diminta oleh ayahnya supaya pulang ke kampung halaman untuk menikmati beras baru. Ketika ini penyajak menyedari bahawa ayahnya cuba menyembunyikan keperitan kepayahan hidupnya kepada penyajak. Ayah penyajak tidak pernah merungut dan dia menganggap perjalanan hidup yang dilaluinya itu sebagai suatu lumrah.

KESIMPULAN Pada keseluruhannya sajak Mata Ayah ini amat sesuai dijadikan bahan pengajaran kerana ia menggunakan perkataan dan ayat yang mudah. Walaupun menggunakan ayat yang mudah difahami sajak ini tetap mempunyai unsur puitis. Sajak ini juga banyak menggunakan kata ganda. Sajak ini menjadi panduan kepada murid betapa besarnya pengorbanan seorang ayah. Dari sajak seorang guru boleh menyerapkan nilai murni dalam diri pelajar.

SEKOLAH KEBANGSAAN KUKUSAN TAWAU SABAH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN LIMA Nama Guru Mata Pelajaran Tingkatan Bilangan Pelajar Tarikh Masa Tajuk : Juliana Bt Mohd Ali : Bahasa Melayu : 5 Bestari : 25 Orang : 03.03.2009 ( SELASA ) : 07.30-08.30(60 Minit) : Sajak Mata Ayah

Pengetahuan Sedia Ada: 1. Murid telah mengetahui pelbagai bentuk sajak. 2. Murid telah didedahkan dengan cara mendeklamasikan sajak Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, diharap murid-murid dapat: 1. mendeklamasikan sajak dengan menggunakan nada dan intonasi yang betul. 2. menulis semula sajak dalam bentuk tulisan berangkai. 3. menyenaraikan kata ganda yang terdapat dalam sajak..

Hasil Pembelajaran : Fokus utama ( Bacaan ) Bacaan 5.2 ( Aras 1. i ) Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Fokus sampingan ( Lisan dan Bacaan ) Lisan 1.5 9 Aras 2 i ) Menghubungkaitkan dan menjelaskan isi tersurat dan Tersirat dalam sesuatu bahan. Tulisan 8.3 ( Aras 1.i ) Menulis perkataan dan ayat dengan menggunakan tulisan Berangkai yang kemas dan betul

LANGKA H P&P Set induksi 5 minit

AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Guru meminta murid mencantum gambar yang diberi mengikut kumpulan. Guru mengaitkan gambar dengan pembelajaran hari ini.

CATATAN

KBKK : Menjana minda. Pendekatan P&P: Berpusatkan Pelajar. BBM: Kad gambar, Komputer

Langkah 1. 8 minit

Guru memperdengarkan murid contoh mendeklamasi sajak melalui LCD Murid diminta mendengar dan menontonnya dengan tekun. Guru memberi penerangan tentang cara-cara mendeklamasikan sajak yang betul. Guru juga membincangkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam sajak.

Penyerapan : Nilai : Bekerjasama Ilmu : Pendidikan ICT, Moral BBM: LCD

Langkah 2 15 minit

Murid diberi masa selama 5 minit bagi berlatih mendeklamasikan sajak dengan cara tersendiri. Murid mendeklamasikan sajak dengan iringan muzik Kitaro

Murid dibagi kepada 4 kumpulan. Penyerapan: Nilai : Berani Ilmu : ICT BBM : LCD dan komputer

Murid diminta membincangkan maksud dan penggunaan bahasa dalam sajak. Murid juga Langkah 3 ( 15 minit ) diminta menyenaraikan kata ganda yang terdapat dalam sajak. Guru membimbing murid dalam perbincangan ini.

Penyerapan: Nilai : Bekerjasama

Gabungjalin Bahasa: Kata ganda metafora, personifikasi dan simile.

10

Langkah 4 15 minit

Latihan Pengukuhan. Murid dikehendaki menulis semula sajak menggunakan tulisan berangkai. Guru membimbing murid secara individu.

BBM : Lembaran kerja

Penutup 2 minit

Guru memberi aktiviti susulan bagi pengajaran esuk hari. Setiap kumpulan diminta mencari sajak untuk membuat buku skrap.

Penyerapan nilai: Bekerjasama.

Refleksi

80% murid dapat memahami maksud yang terdapat pada sajak. Ini dapat dilihat dalam perbincangan kumpulan. Murid mudah memahami sajak kerana penulis sajak menggunakan ayat ayat mudah. Terdapat sebilangan murid yang tidak dapat menguasai kemahiran tulisan berangkai

11

12

You might also like