You are on page 1of 20

SMK SUMBANGAN MEMBANTU KADAR

JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA

PEKELILING IKHTISAS BILANGAN SMK/1/2008 PRINSIP DAN TATACARA SUMBANGAN MEMBANTU KADAR

TUJUAN 1. Pekeliling ini bertujuan untuk memberi kefahaman berkenaan prinsip

penilaian Sumbangan Membantu Kadar (SMK). LATAR BELAKANG 2. Sejak tahun 1978 Kerajaan Persekutuan telah menyerahkan pembayaran

SMK harta tanah Kerajaan Persekutuan kepada Ketua Pengarah, Bahagian Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Bayaran setiap tahun berpandukan kepada senarai penilaian yang dipersetujui oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlibat. 3. Prinsip penilaian dan tatacara tuntutan SMK ditentukan oleh Surat

Pekeliling yang dikeluarkan oleh KPKT bertarikh 15 Januari 1986. 4. 1977. Penerangan lanjut boleh diperolehi daripada kertas kerja SMK oleh Encik

Fong Keh Chong (bekas Timbalan Ketua Pengarah Penilaian) bertarikh April

SMK1-1

KETETAPAN 5. Surat Pekeliling KPKT menetapkan bahawa pengesahan adalah untuk

harta tanah Kerajaan Persekutuan atau yang diduduki oleh agensi Kerajaan Persekutuan sahaja. 6. Bagi harta tanah Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun, pengesahan perlu

dijalankan oleh Jabatan sekiranya: 6.1 Terdapat permintaan daripada Kerajaan Negeri tertentu supaya tuntutan bagi SMK oleh sesuatu PBT disahkan oleh Jabatan. 6.2 Terdapat permintaan daripada Badan Berkanun tertentu supaya tuntutan SMK oleh sesuatu PBT disahkan oleh Jabatan dengan syarat Badan Berkanun berkenaan bersetuju untuk membayar yuran ikhtisas yang berkaitan. 7. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah: 7.1 7.2 tuntutan hendaklah mengikut tone of the list peratusan kadar dikenakan tidak melebihi peratusan kadar ke atas pegangan persendirian 7.3 Jabatan hanya perlu menilai harta yang diduduki oleh Kerajaan Persekutuan 8. Bangunan Kerajaan Persekutuan yang dimaksudkan ialah bangunan yang

diduduki oleh Kerajaan Persekutuan termasuk bangunan yang diduduki oleh Angkatan Bersenjata. 9. Bangunan yang dipunyai dan diduduki oleh Jabatan Kerajaan Negeri,

Keretapi Tanah Melayu dan Badan Berkanun tidak termasuk dalam takrif bangunan Kerajaan Persekutuan. PBT perlu menghantar tuntutan mereka terus kepada agensi berkenaan. SMK1-2

10.

SMK dibayar kepada PBT secara atas akaun setiap tahun berasaskan

kepada jumlah bayaran yang dipersetujui pada tahun sebelumnya. Penyelarasan akan dibuat apabila pengesahan diperolehi pada tahun berikutnya daripada JPPH dan dipersetujui bersama oleh PBT berasaskan kepada faktor berikut: 10.1 Pengesahan daripada Ketua Kementerian/Jabatan berkenaan bahawa bangunan terlibat dipunyai oleh Kerajaan Persekutuan serta diduduki olehnya. 10.2 Pengesahan oleh JPPH bahawa tuntutan SMK adalah berpatutan dan mengikut tone of the list. 11. Pegawai hendaklah maklum bahawa tatacara yang perlu dipatuhi oleh

semua PBT adalah seperti berikut: 11.1 Tuntutan hendaklah dibuat setiap tahun dan dihantar kepada JPPH sebelum akhir tahun bagi tahun yang dituntut. 11.2 Borang A mengandungi senarai bangunan mengikut

Kementerian/Jabatan secara berasingan. Borang A diisi dalam tiga (3) salinan dan dihantar kepada Kementerian/Jabatan yang berkenaan untuk pengesahan. Setelah disahkan, Kementerian/ Jabatan hendaklah mengembalikan dua salinannya kepada PBT dan satu (1) salinan lagi disimpan oleh Kementerian/Jabatan berkenaan. Borang A digunakan bagi bangunan yang tidak dimasukkan dalam tuntutan untuk tahun sebelumnya. bangunan yang telah dimasukkan dalam tuntutan Bagi tahun

terdahulunya, pengesahan sekali lagi oleh Kementerian/Jabatan tidak diperlukan. 11.3 Borang B mengandungi maklumat semua bangunan Persekutuan yang dikenakan SMK. Bagi bangunan yang tidak dimasukkan dalam tuntutan untuk tahun sebelumnya, dua salinan Borang A atau Borang E yang telah disahkan oleh Kementerian/Jabatan SMK1-3

dengan

menunjukkan

tarikh

bangunan

itu

mulai

diduduki,

hendaklah dihantar kepada JPPH sebelum akhir tahun bagi tahun yang dituntut. 11.4 Apabila Borang B diterima daripada PBT, JPPH akan mengkaji tuntutan itu dan jika perlu, berunding dengan PBT untuk mencapai persetujuan. Borang B dengan nilaian yang telah dipersetujui, hendaklah ditandatangani oleh PBT dan JPPH. Satu (1) salinan Borang B disimpan oleh kedua-dua pihak. 11.5 PBT hendaklah menyediakan Borang C dalam tujuh (7) salinan (sembilan salinan untuk Sabah dan Sarawak) mengikut nilaian yang telah dipersetujui. Borang C yang telah ditandatangani oleh keduadua pihak hendaklah dihantar kepada: (a) Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan salinan kepada Ketua Pengarah, Bahagian Kerajaan Tempatan (b) Ketua Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (c) Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia (d) Ketua Audit Negara (Ketua Audit Negeri Sabah dan Sarawak) (b) (c) (g) Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan Cawangan JPPH berkenaan Kementerian Kerajaan Tempatan Sabah atau Sarawak (untuk Sabah dan Sarawak) SMK1-4

(h)

Pegawai Kewangan Persekutuan (untuk Sabah dan Sarawak)

11.6

KPKT akan mengambil tindakan segera menjelaskan tuntutan yang telah dipersetujui setelah menerima Borang C. Bayaran secara atas akaun bagi tahun yang berikutnya akan dibuat berasaskan jumlah yang telah dipersetujui. Jika tuntutan tahun yang berikutnya tidak dihantar kepada JPPH sebelum akhir tahun yang berkenaan, maka adalah dianggap bahawa PBT berkenaan telah berpuashati terhadap bayaran secara atas akaun dan akan dianggap sebagai bayaran penuh.

12.

Semua Ketua Jabatan Persekutuan perlu bekerjasama dengan PBT untuk

mengesahkan senarai bangunan yang mereka duduki secepat mungkin. Ketua Jabatan Persekutuan dipertanggungjawab memberi notis kepada PBT jika berlaku perubahan ke atas bangunan yang diduduki oleh Jabatan mereka. Peraturan berikut perlu diamalkan oleh Ketua Jabatan Persekutuan: 12.1 Semua Ketua Jabatan Persekutuan dikehendaki membuat rekod bangunan yang diduduki dalam Borang D. 12.2 Semua Ketua Jabatan Persekutuan mesti memaklumkan PBT segala perubahan seperti perobohan, penukaran penghunian dan penambahan yang dibuat ke atas bangunan yang diduduki atau apabila hendak menduduki bangunan baru dengan mengisi Borang E. Jika Borang E telah diberi, maka pengesahan menggunakan Borang A tidak diperlukan. 13. Surat Pekeliling ini boleh digunakan oleh PBT sebagai garis panduan

apabila menuntut SMK daripada Kerajaan Negeri dan Keretapi Tanah Melayu.

SMK1-5

14.

Prinsip Penentuan SMK 14.1 SMK Kerajaan Persekutuan (a) Harta Yang Ditaksirkan Untuk SMK Semua tanah, bangunan dan hereditamen yang diduduki oleh atau bagi pihak Kerajaan Persekutuan untuk maksud awam (dalam konteks ini dipanggil harta Kerajaan Persekutuan) akan ditaksirkan untuk maksud SMK kecuali: i. ii. Tanah kosong; dan Harta yang diduduki sematamata untuk maksud pelajaran, perubatan, ugama dan fine arts. Tetapi harta yang digunakan sebagai rumah kediaman bagi pejabat pelajaran, perubatan, ugama dan fine arts tidak dikecualikan tetapi mesti ditaksirkan seperti harta lain. (b) Jenis Kadar SMK Mengikut beberapa Enakmen Kerajaan Tempatan, Ordinan Pelajaran, Enakmen Pengeluaran Air dan lain-lain, kadar yang harus dikenakan adalah seperti berikut:i. ii. iii. iv. v. Kadar am (general rate) Kadar pembangunan (improvement rate) Kadar parit (drainage rate) Kadar pelajaran (education rate) Kadar air (water rate)

Jumlah sumbangan yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan ialah berdasarkan kadar am sahaja. SMK1-6

(c)

Prinsip Pembayaran SMK Prinsip pembayaran adalah seperti berikut: i. Sumbangan penuh, iaitu 100% mengikut kadaran yang dikenakan di kawasan harta itu berada. ii. Nilaian ke atas harta tanah berkenaan hendaklah dijalankan mengikut kaedah penilaian biasa dan mengikut tone of the list di kawasan PBT berkaitan. Tone of the list bermakna paras nilaian yang sedia ada di dalam senarai taksiran PBT yang berkuatkuasa. iii. Kerajaan Persekutuan akan hanya membayar kadar am sahaja (general rate) mengikut kadar PBT berkenaan.

(d) Harta Angkatan Tentera Persekutuan Kerajaan Persekutuan hanya membayar 75% SMK bagi harta kepunyaan Angkatan Tentera Persekutuan. (e) Pool Quarters Kerajaan Persekutuan telah membuat keputusan seperti berikut: i. Kerajaan Persekutuan akan membayar balik kepada Kerajaan Negeri sejumlah SMK bagi semua pool quarters yang diduduki oleh pegawai Persekutuan yang berkhidmat dalam negeri itu pada tarikh 1hb. Januari tahun berkenaan. Ini bermakna kuarters yang diduduki oleh pegawai Persekutuan pada 1hb. Januari SMK1-7

bagi sesuatu tahun akan dikira diduduki oleh pegawai itu sepanjang tahun. ii. Pembayaran balik ini akan hanya dilakukan jika agihan kuarters dilaksanakan dengan adil dikalangan pegawai Negeri dan Persekutuan. iii. Peraturan ini boleh dikaji semula apabila tuan punya yang sebenarnya pool quarters ini dapat ditentukan. 14.2 SMK Kerajaan Negeri SMK yang dibayar oleh Kerajaan Negeri berdasarkan kepada prinsip yang sama seperti diterangkan dalam perenggan 14.1 di atas. 14.3 SMK Keretapi Tanah Melayu SMK yang dibayar oleh Keretapi Tanah Melayu berdasarkan kepada prinsip yang sama dan dibahagikan kepada: (a) Harta tanah yang disewakan untuk maksud perdagangan (kantin, kedai buku dll) Harta ini dinilai mengikut prinsip biasa untuk kadaran dan penduduk harta ini akan dikenakan bayaran kadaran kecuali jika syarat dalam perjanjian sewa menyatakan sebaliknya. (b) Harta tanah yang digunakan sebagai rumah kediaman oleh pekerja Keretapi Tanah Melayu Rumah kediaman dimasukkan ke dalam satu senarai berasingan dan dinilai mengikut kaedah bersesuaian dengan jenis bangunan yang sama dalam kawasan yang terlibat. SMK1-8

(c)

Harta Tanah Operasi Harta tanah operasi termasuk stesen, depo, bengkel, stor, landasan berkenaan keretapi dinilai dan lainlain, satu sebagaimana unit untuk valuenya yang seluruh (akan diterangkan dalam laporan A. J. Charlton. Harta tanah sebagai dan Semenanjung Malaysia cumulo

dibahagikan kepada semua Penguasa Tempatan di mana harta dalam kawasan mereka itu terletak. 14.4 Prinsip Yang Digunakan Untuk Negeri Sabah dan Sarawak Prinsip dan peraturan yang digunakan di Semenanjung Malaysia juga digunakan di Negeri Sabah dan Sarawak kecuali perkara berikut: (a) Sarawak i. SMK Negeri Sarawak adalah berdasarkan kepada kadar khusus dan bukan atas kadar am. Ini adalah kerana PBT di Sarawak dikenakan kadar khusus bagi setiap jenis perkhidmatan yang disediakan misalnya kadar khusus untuk maksud umum, pemeliharaan jalanraya, conservancy, scavenging, lampu jalan, fire fighting, air, pembetungan dan lain-lain. Tidak ada kadar khusus yang akan dikenakan jika perkhidmatan yang tertentu tidak disediakan oleh PBT. ii. SMK bagi harta yang dipunyai oleh Angkatan Tentera Persekutuan adalah berdasarkan 100% atas semua kadar khusus atas sebab-sebab yang sama. Tidak ada PBT. SMK1-9 kadar khusus yang akan dikenakan jika perkhidmatan yang tertentu tidak disediakan oleh

(b)

Sabah Bagi Negeri Sabah, SMK berdasarkan kepada prinsip yang sama seperti yang dikenakan di Semenanjung Malaysia tetapi selain daripada kadar am, kadar pembetungan akan dibayar juga kepada PBT. Ini kerana PBT berkenaan terpaksa membayar Jabatan Kerjaraya untuk pemeliharaan sistem pembetungan dan kadar pembetungan ini akan dikenakan atas harta yang terletak dalam lingkungan 100 kaki dari sesuatu pembetungan awam.

15.

Pengarah Penilaian Negeri/Penilai Daerah hendaklah mempastikan rekod kes SMK dikemaskinikan. Pejabat cawangan hendaklah

semua

mewujudkan fail kawalan bagi setiap Pihak Berkuasa Tempatan yang beroperasi di bawah kawasannya. Maklumat di dalam fail kawalan hendaklah antara lain mengandungi maklumat terkini dari segi tarikh pembayaran terakhir bagi SMK, tunggakan SMK, jika ada, dan kekerapan pembayaran SMK. Maklumat ini boleh diperolehi daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Fail untuk setiap harta tanah yang dinilai hendaklah diwujudkan dan disimpan dengan teratur. 16. Pegawai yang mengendali kes SMK hendaklah seorang Pegawai

Penilaian atau Penolong Pegawai Penilaian yang telah menghadiri kursus SMK. Semua pengesahan senarai dan tuntutan SMK hanya boleh ditandatangani oleh Pengarah Penilaian Negeri/Penilai Daerah sahaja. Walau bagaimanapun Pengarah Penilaian Negeri dibenarkan menggunakan budibicara jika ingin menurunkan kuasa pengesahan ini ke peringkat Pegawai Penilaian. Semakan hendaklah dibuat terhadap bangunan yang dimasukkan di dalam senarai dari segi sama ada bangunan tersebut masih wujud, sama ada ianya dinilai mengikut tone of the list dan kadar cukai yang dikenakan hendaklah sama atau tidak melebihi kadar untuk harta persendirian. 17. Pejabat Cawangan dikehendaki mengemukakan maklumat tuntutan SMK

oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan kepada Pengarah Bahagian Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Ibu Pejabat sebelum 1 November setiap tahun dengan menggunakan Borang F. SMK1-10

RASIONAL 18. Pekeliling ini akan dapat memberi penjelasaan dan kefahaman kepada

semua pegawai mengenai prinsip dan tatacara penilaian SMK. TARIKH KUATKUASA 19. Pekeliling ini berkuatkuasa mulai 1 April 2008. Dengan berkuatkuasanya

pekeliling ini, maka Pekeliling Ikhtisas Bilangan I/1/1997 bertarikh 28 Januari 1997 dan Bilangan I/1/2003 bertarikh 11 Ogos 2003 adalah dibatalkan.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

[DATO ABDULLAH THALITH BIN MD. THANI] Ketua Pengarah Penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia Tarikh: 1 April 2008

SMK1-11

BORANG A SUMBANGAN MEMBANTU KADAR KEMENTERIAN/JABATAN :.. NAMA PIHAK BERKUASA TEMPATAN: NEGERI:. (Borang ini hendaklah diisi dalam 3 salinan oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk bangunan yang tidak dimasukkan dalam tuntutan bagi tahun sebelumnya. Setelah disahkan oleh Ketua Pejabat Cawangan, dua salinannya hendaklah dikembalikan kepada Pihak Penguasa Tempatan). MUKA:.

No. Butir

No. J.K.R.

Jenis Bangunan dan Kegunaan

Tempat

Tempat diduduki Semua atau Bahagian

Tarikh mulai diduduki

Keterangan keterangan

SMK1-12

BORANG B NAMA PENGUASA TEMPATAN:. NEGERI:. (Borang ini hendaklah diisi oleh Pihak Berkuasa Tempatan dalam dua salinan dan dihantarkan kepada Pejabat Cawangan penilaian yang berkenaan sebelum akhir tahun bagi tahun yang dituntut. Bagi bangunan yang tidak dimasukkan dalam tuntutan untuk tahun sebelumnya, Borang ini hendaklah juga disertakan dengan Borang A atau Borang E). KERAJAAN PERSEKUTUAN SUMBANGAN MEMBANTU KADAR MUKA:..

No. Butir

Kementerian/Jabatan

No. J.K.R.

Jenis Bangunan dan Kegunaan

Tempat

Tarikh mulai diduduki

Luas lantai (k.p.)

Cadangan Nilaian Tahunan atau Nilai Kemajuan

Peratus Kadar

Catatan

SMK1-13

BORANG C RINGKASAN SUMBANGAN MEMBANTU KADAR DI ATAS HARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN Nama Penguasa Tempatan: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Negeri Tahun (1) 1976 : Wilayah Persekutuan Kawasan (2) Kuala Lumpur Proper Kg. Baru Kepong 1977 1978 1979 1980 Saya sahkan bahawa tuntutan yang dibuat seperti di atas adalah benar dan adalah bagi bangunan bangunan yang wujud pada tarikh seperti yang di tuntut, serta tuntutan ini mengikut tatacara yang berkenaan. Tandatangan :.. Disahkan tuntutan yang dibuat di atas telah diperiksa dan didapati betul. Jumlah Bil. Bangunan (3) 3,000 100 200 Jumlah Nilaian Tahunan (4) RM15,000,000.00 RM 200,000.00 RM 500,000.00 Peratus Kadaran (5) 10% 3% 6% RM 1,500,000.00 RM 6,000.00 RM 30,000.00 RM 1,536,000.00 Jumlah Sumbangan (6) Catatan (7) Jumlah Bayaran Atas Akaun Untuk Tahun:

Tandatangan

:..

Nama Pegawai dan Jawatan :.. Cop Penguasa Tempatan Tarikh :. :.

Nama Pegawai dan Jawatan :.. Cop Penguasa Tempatan Tarikh :.. :..

SMK1-14

BORANG D SENARAI BANGUNAN BANGUNAN YANG DIDUDUKI OLEH JABATAN..

Bilangan

No. J.K.R.

Jenis Bangunan dan Kegunaan

Tempat

Luas Bangunan

Tarikh mulai diduduki

Catatan

SMK1-15

BORANG E Perhatian : Satu borang digunakan untuk satu bangunan KENYATAAN PERUBAHAN (Borang ini hendaklah diisi dalam 4 salinan dan dua salinan hendaklah dihantar kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan 1 salinan dihantar ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

Yang Dipertua/Pengerusi, . Kerajaan... . Saya memberi notis pertukaran penduduk Bangunan-bangunan Kerajaan Persekutuan. Keterangan-keterangannya ialah bagaimana di bawah:Bilangan No. J.K.R. Jenis Bangunan dan Kegunaan Tempat Luas Bangunan Catatan

Pertukaran yang menyentuh Carum Membantu Kadar ialah seperti di bawah:* (a) Jabatan ini berhenti menduduki bangunan ini pada .. kerana bangunan ini dirobohkan. * (b) Jabatan ini telah keluar dari bangunan ini pada * (c) Jabatan ini menduduki bangunan ini mulai daripada ... Jabatan yang menduduki dahulu ialah . * (d) Jabatan ini menduduki bangunan ini mulai daripada Ini ialah bangunan baharu. * (e) Bangunan ini ditambah, dan tambahan ini diduduki oleh Jabatan ini mulai daripada . * di mana yang sesuai ... Ketua Pejabat

SMK1-16

BORANG F RINGKASAN TUNTUTAN SUMBANGAN MEMBANTU KADAR OLEH PENGUASA TEMPATAN TAHUN: NEGERI: Bil. Nama Penguasa Tempatan Jumlah Bilangan Pegangan Yang Dikenakan Sumbangan Jumlah Nilai Tahunan Peratus Kadaran Jumlah Sumbangan Tarikh Disahkan Oleh JPPH Catatan

. Ketua Pejabat

SMK1-17

Perbincangan A) Pengesahan Borang C Perkara-perkara yang perlu dipatuhi ialah: i) ii) Ikut Tone of the list. Tidak termasuk harta tanah yang dikecualikan daripada bayaran sumbangan membantu kadar. a) b) iii) Tanah kosong Harta tanah yang diduduki semata mata untuk maksud pelajaran, perubatan, agama dan fine arts.

Hanya dikenakan kadar am (general rate) sahaja untuk Semenanjung Malaysia, kadar khusus untuk negeri Sarawak dan kadar am serta kadar pembetungan untuk negeri Sabah. Hanya termasuk harta tanah Kerajaan Persekutuan atau yang diduduki oleh agensi Kerajaan Persekutuan sahaja. Peratusan kadar dikenakan hendaklah tidak melebihi peratusan kadar yang dikenakan ke atas pegangan persendirian. Tidak termasuk bangunan yang telah diroboh, terbakar atau tidak diduduki lagi kerana usang. Nilai tahunan atau nilai kemajuan adalah tepat.

iv) v)

vi) vii) B) C)

Tindakan yang perlu diambil jika Pengesahan Borang C tidak dapat dibuat. Senarai harta yang diduduki semata mata untuk maksud pelajaran, perubatan, agama dan fine arts.

Pengecualian Dari SMK : keputusan telah dibuat terhadap bangunan berikut: SMK Tidak dikecualikan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Asrama jururawat pelatih Asrama jururawat terlatih Asrama murid-murid sekolah Asrama guru-guru sekolah Kantin sekolah/hospital* Pejabat sekolah/hospital Pejabat Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pengarah Kesihatan Negeri Pejabat Pegawai Kesihatan Daerah Dikecualikan

10. Klinik bidan/desa :i. Bahagian Klinik ii. Bahagian tempat tinggal 11. Tempat sembahyang - surau 12. Kedai buku sekolah/hospital* *

Jika disewakan, hendaklah dibayar oleh penghuni mengikut Seksyen 163, Akta Kerajaan Tempatan 1976 kecuali perjanjian sewa mensyaratkan sebaliknya. tidak dimasukkan dalam list Harta Persekutuan.

Pool Quarters

Untuk keterangan lanjut a) b) D) INSPEN Penjara to what extent is the holding inclusive? prison cells?

Agensi yang tidak boleh buat tuntutan di bawah SMK. Contoh : CIDB, TNB, STM

Bahagian Penilaian Dan Perkhidmatan Harta IP JPPH 20/3/09

You might also like