You are on page 1of 11

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP)

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) ialah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jabatan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja, dan melindungi orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor iaitu:
-Pengilangan -Perlombongan dan Pengkuarian -Pembinaan Hotel dan Restoran -Pertanian, Perhutanan dan Perikanan -Pegangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi -Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun Kemudahan - Gas, Elektrik, Air dan Perkhidmatan Kebersihan -Kewangan, Insuran, Hartatanah dan Perkhidmatan Perniagaan -Perniagaan Borong dan Runcit

JKKP

JKKP
Jabatan ini bertanggungjawab untuk memastikan : - keselamatan - kesihatan - kebajikan orang-orang sedang bekerja dan - melindungi orang-orang lain daripada bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti-aktiviti pekerjaan (AKKP1994)

OBJEKTIF
Objektif Jabatan ialah mencegah kemalangan industri dan penyakit pekerjaan menjelang tahun 2010 seperti berikut: Pengurangan kadar kemalangan maut sehingga 20% Pengurangan kadar kemalangan yang dilaporkan(maut, hilang upaya kekal, tanpa hilang upaya kekal) sehingga 20% Penambahan jumlah pemeriksaan penguatkuasaan sehingga 100% dan promosi sehingga 200%; dan Penambahan tempat kerja yang menggaji pengamal KKP (SHO) sehingga 20%

DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


Adalah menjadi dasar Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya. Pihak pengurusan dan pekerja akan sama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dan objektifobjektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama. Khususnya, dasar Jabatan ialah: Untuk menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang selamat dan sihat; Untuk memastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan; Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi;

Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan mengenai keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan tataamalantataamalan yang diluluskan; Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja; dan Untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu. Jabatan yakin bahawa keselamatan dan kesihatan mestilah diintegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti harian kita, dan penggunaan cara kerja selamat dan sihat adalah faktor utama ke arah mempastikan kejayaan misi kita. Untuk mempastikan pelaksanaan dasar ini, seorang pegawai keselamatan dan kesihatan dilantik di setiap pejabat untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti keselamatan dan kesihatan seperti yang telah dirancang.

PERUNDANGAN JKKP
AKTA PERATURAN PERINTAH KOD AMALAN GARIS PANDUAN

CONTOH
AKTA
Akta kilang dan jentera 1967 (pindaan-1974) (akta 134) Akta kilang dan jentera 1967 (pindaan-1974) (akta 134) Akta petroleum (langkahlangkah keselamatan )1984 (akta 302)

PERATURAN
Peraturan dibawah Akta kilang dan jentera 1967 (pindaan-1974) (akta 134) Peraturan dibawah Akta kilang dan jentera 1967 (pindaan-1974) (akta 134) Peraturan dibawah Akta petroleum (langkahlangkah keselamatan )1984 (akta 302)

PERINTAH
- perintah keselamaan dan kesihatan pekerjaan (pegawai keselamatan dan pekerjaan) 1997 - perintah keselamatan dan kesihatan pekerjaan (larangan penggunaan bahan)

KOD AMALAN - Tataamalan Industri


Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan(2010) - Tataamalan Industri Bekerja Selamat Didalam Ruang Berkurung (2010)

GARIS PANDUAN - Guidelines On Occupational


Safety And Health In The Office (1996) - Guidelines On First-aid Facilities In The Workplace (1996)

PERKHIDMATAN JKKP
KELULUSAN PEMBERITAHUAN PENGIKTIRAFAN UJIAN

SEKIAN, TERIMA KASIH RUJUKAN :


http://www.dosh.gov.my/doshV2/index

You might also like