You are on page 1of 1

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN BAHAGIAN XII - AM DAN PELBAGAI Perkara 156.

Sumbangan bagi membantu kadar-kadar berkenaan dengan harta persekutuan dan Negeri. Jika tanah, bangunan, atau hereditamen diduduki bagi maksud awam oleh atau bagi pihak Persekutuan, sesuatu Negeri atau sesuatu pihak berkuasa awam, maka Persekutuan, Negeri atau pihak berkuasa awam itu tidaklah bertanggungan membayar kadar-kadar tempatan berkenaan dengannya tetapi bagi membantu pembayaran kadar-kadar itu hendaklah memberikan apa-apa sumbangan berkenaan dengannya sebagaimana yang dipersetujui antara Persekutuan, Negeri atau pihak berkuasa awam itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan pihak berkuasa yang melevikan kadar-kadar itu atau, jika tidak ada persetujuan, sebagaimana yang diputuskan oleh suatu tribunal yang terdiri daripada pengerusi Tribunal Tanah yang ditubuhkan di bawah Perkara 87, yang hendaklah mempengerusikannya, dan dua orang anggota lain dengan setiap satu pihak yang berkenaan itu melantik seorang anggota.

FEDERAL CONSTITUTION PART XII - GENERAL AND MISCELLANEOUS Article 156. Contributions in aid of rates in respect of federal and State property. Where lands, buildings, or hereditaments are occupied for public purposes by or on behalf of the Federation, a State or a public authority, the Federation, State or public authority shall not be liable to pay local rates in respect thereof but shall in aid of those rates make such contributions in respect thereof as may be agreed between the Federation, State or public authority, as the case may be, and the authority levying the rates or as may in default of agreement be determined by a tribunal consisting of the chairman of the Lands Tribunal established under Article 87, who shall preside, and two other members of whom each of the parties concerned shall appoint one.

You might also like