You are on page 1of 5

Antonim ialah perkataan berlawanan Pilih perkataan berlawanan erti dengan perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini.

1 Selepas Tan berpindah tempat duduk, penglihatannya menjadi jelas. A kabur B pudar C terang D senang 2 .Kevin sering datang ke rumah saya,. kata Muniandy. A jarang-jarang B kadangkala C selalu D kerap 3 Persembahan budak itu mendapat pujian daripada orang ramai. A sokongan B galakan C sindiran D cacian 4 Orang yang berbaju merah itu gila. A baik B waras C berguna D sempurna 5 Barang-barang itu telah diambil oleh tuannya semalam. A diserahkan B dirampas C dipinjam D diterima 6 Nada suara ayah tegang sahaja ketika memarahi abang. A longgar B lembut C kendur D ringan 7 Persahabatan mereka memang rapat semenjak kecil A renggang B lama C jauh D baik 8 Vellu meluahkan makanan yang sudah basi. A menghabiskan B mengunyah C menyimpan D menelan 9 Cuaca malam ini panas. A hangat B sejuk C suam D merah

10 Ceramah yang disampaikannya agak hambar . A elok B lucu C tepat D menarik 11 Aqila tidak suka menonton filem jenaka. A sedih B lasak C ganas D rencana 12 Kerja-kerja menurap jalan itu terpaksa ditangguhkan atas arahan pihak berkuasa. A diabaikan B diteruskan C ditundakan D diselesaikan 13 Budak lelaki yang diculik itu telah dikurung olehpenculiknya. A dilepaskan B dipenjara C dibunuh D diperap 14 Projek pembinaan rumah pangsa itu terbengkalai sejak setahun yang lalu. A tertangguh B separuh C selesa D siap 15 Hasil tenunan kain sutera itu sangat halus. A kasar B Kesat C keras D ketat 16 Hubungan Fiza dengan Arni menjadi renggang selepas peristiwa itu.. A akrab B baik C putus D mesra 17 Saya meluat akan sikapnya yang mengada-ngada. A suka B benci C terpesona D menyampah 18 Kanak-kanak yang tidak siuman itu berlari-lari di hadapan pusat beli belah. A gila B waras C mabuk D terencat

19 Anis mempelawa bapa saudaranya yang baru tiba dari Ipoh. A mempersilakan B mengundang C menjemput D menghalau 20 Sebagai ketua pasukan, Hafiz masih yakin bahawa pasukannya akan menang dalam perlawanan itu. A tulus B setuju C sangsi D berharap 21 Pisau yang tajam itu diasah oleh datuk. A tebal B karat C rosak D tumpul 22 Lee Lian berasa amat gembira setelah mendengar keputusan yang diumumkan oleh juruacara. A seronok B marah C sedih D ceria 23 Kapal terbang itu akan mendarat dua jam lagi. A tiba B sampai C berlepas D bergerak 24 Rumah mereka berdekatan dengan sekolah. A berjauhan B berhampiran C bersebelahan D bertentangan 25 Baju-baju yang basah itu dimasukkan ke dalam baldi oleh Amira. A kuat B tebal C kering D lembap 26 Saya tidak suka memakai baju yang tebal. A nipis B lebat C padat D sendat 27 Helmi merupakan murid yang paling pandai di dalam kelasnya. A bijak B bodoh C cerdik D pintar

28 Pilih kata lawan bagi keadaan bunga di atas. A mekar B kuncup C kempis D kembung 29 Mei Lan gemar akan durian. A suka B duka C Benci D sayang 30 Rumah saya terletak di belakang pasar raya. A kiri B sisi C tepi D hadapan 31 Rapi sungguh rambut budak berbaju biru itu. A kusut B buruk C hodoh D kemas 32 .Pujian itu khusus untuk murid-murid Tahun Enam Mawar, .kata guru besar. A khas B biasa C umum D tertentu 33 Biskut yang baru dibelinya lemau . A garing B keras C rapuh D rangup LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 8 34 Pokok sentul di hujung kampung itu condong. A tegak B lurus C senget D tumbang 35 Bunga itu layu di bawah terik cahaya matahari. A kembang B cantik C mekar D subur 36 Pada hari tertentu, semua ibu bapa dipelawa hadir ke sekolah. A diajak B ditegah C diherdik D dijemput 37 Murid kelas Enam Jaya sungguh biadap. A patuh B lemah C sopan D gemalai 38 Kapal yang sedang belayar itu milik Syarikat Teguh. A mendarat B berlabuh C berhenti D bergerak LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 9 39 Sejak akhir-akhir ini, perniagaannya mengalami kerugian. A kekayaan B kemajuan C kemewahan D keuntungan 40 Rumah sementara dibina bagi menempatkan penduduk setinggan di Johor. A lama B kekal C sekejap D sekarang 41 Anak warganegara asing itu berpakaian selekeh. A kotor B harum C comot D kemas 42 Masalah itu menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. A sukar B payah C susah D senang 43 Siti agak cuak untuk menyaksikan pameran hantu di ekspo itu. A kuat B cemas C berani D gementar LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 10 44 Pengawal keselamatan melarang Rashid memasuki pejabat itu. A membenarkan B menghalau C menegah D memberi 45 Kamal tergesa-gesa mengenakan pakaian untuk menghadiri temu duga. A tergopoh .gapah B kelam-kabut C senang D tenang 46 Fikiran Mak Senah semakin kusut sejak akhir-akhir ini. A tenteram B serabut C bahagia D risau 47 Akhirnya pemuda itu mengaku bahawa dia yang mencuri motosikal itu. A membangkang B membenar C menyetujui D menafikan 48 Faisal sebenarnya berpura-pura sakit perut pagi tadi. A olok-olok B main-main

C betul-betul D diam-diam LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 11 49 Penerangan penceramah agak kabur dalam sesi motivasi itu. A samar B keliru C ceria D jelas 50 Bilik yang disewa itu agak luas. A kecil B lebar C selesa D sempit 51 Ibu menanam pokok bunga ros di halaman rumah. A menyemai B mencabut C membaja D menjirus 52 Perniagaan Encik Sham semakin merosot sejak sebulan yang lalu. A mengecil B meningkat C membesar D meluas 53 Dia kelihatan resah apabila menerima berita sedih itu. A tenang B gelisah C bimbang D dukacita LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 12 Soalan 54 berdasarkan gambar 2 Gambar 2 54 Pilih perkataan berlawanan yang sesuai dengan jenis haiwan tersebut. A liar B buas C jinak D ganas 55 Hujan lebat telah turun tidak berhenti-henti sejak malam tadi. A banyak B gerimis C sedikit D deras 56 Air sungai itu menjadi tohor pada waktu-waktu tertentu. A banyak B sedikit C dalam D cetek LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 13 57 Shamini membangkang cadangan abangnya untuk makan angin ke Melaka. A menolak

B membantah C menyokong D membidas 58 Kakaknya gemar memakai pakaian yang berwarna gelap. A putih B pudar C cerah D terang 59 Pencemaran sungai tersebut berpunca daripada kilang yang beroperasi di hulu sungai tersebut. A hilir B muara C hujung D tebing 60 Ibu menegah abang mandi pada waktu pagi untuk menjaga kesihatannya. A melarang B mendorong C menghalang D menyuruh 61 Pada musim ini pokok buah-buahan di dusun Pak Ali melawas. A menjadi B berlambak C menimbun D berkurangan LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 14 62 Mei Ling berasa dukacita apabila mengetahui bahawa dia gagal dalam peperiksaan itu. A riang.lulus B sedih.berjaya C sukacita.kalah D gembira.tumpas 63 Kata-kata yang diucapkan oleh Abang Shazni benar-benar mengecewakan Ai Ling. A mendamaikan B menambahkan C menyenangkan D menggembirakan 64 Aminah kecundang dalam pertandingan itu. A gagal B tewas C berjaya D meningkat 65 Banyak manfaat jika kita melibatkan diri dalam kegiatan itu. A sia-sia B keburukan C kerosakan D kesilapan 66 Suzana amat kagum melihat suasana perkampungan tradisional di Kampung Chendering,Terengganu. A klasik B moden C dinamik

D kontemporari LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 15 67 Seramai 51 orang telah terperangkap dalam operasi yang dijalankan semalam. A sekat B timpa C bebas D kurung 68 Cadangan pembinaan lebuh raya bertingkat dibantah oleh penduduk kampung. A disukai B dihalang C disenangi D dipersetujui 69 Shafiq bercadang untuk melipatgandakan aktiviti berpersatuan. A meredakan B menurunkan C menyingkatkan D mengurangkan 70 Semakin hari semakin maju perniagaannya. A mundur B lembap C malas D lesu 71 Ezad berhasrat berhenti menjadi kelasi kapal kerana tidak sanggup berpisah begitu lama dengan keluarganya. A anak kapal B awak-awak C jurumudi D nakhoda LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 16 72 Mangsa kemalangan itu mengalami kecederaan serius. A Biasa B Parah C ringan D Berat 73 Pintu kereta itu kelihatan rapat. A kuat B Ketat C Kejap D renggang 74 Ketika kami sampai, kapal tangki itu sedang berlabuh A belayar B bergerak C mendarat D bertambat 75 Pihak pembangkang memenangi pertandingan perbahasan itu. A pencadang B penyokong C pembahas D penonton 76 Nadirah makan dengan sopan sekali. A lahap B bising

C gemuruh D rakus LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 17 77 Anak pasangan itu sering mengingati jasa ibu bapanya. A mengeji B melupai C menolak D membiarkan 78 Persengketaan antara negara itu terus berpanjangan. A Permusuhan B Persahabatan C Perundingan D Perdamaian 79 John fasih berbahasa Melayu. A petah B gugup C gagap D lancar 80 Wajah Noni kelihatan berseri apabila menerima berita itu. A muram B suram C masam D ceria 81 Pihak polis berjaya membongkar kes pembunuhan itu. A menyembunyikan B mengeluarkan C membuka D menutup LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 18 82 Penyerahan kuasa tersebut akan dijalankan pada petang ini di Dewan Orang Ramai Kampung Sentosa. A Penutupan B Pengambilan C Penyampaian D Penganugerahan 83 Mangsa bot karam yang terapung di laut sejak semalam telah diselamatkan. A tenggelam B hilang C hanyut D timbul 84 Pertelagahan antara kedua-dua pihak itu telah lama berlaku. A Pergaduhan B Perdamaian C Permusuhan D Pertengkaran 85 Saya amat jahil dalam bidang astronomi. A prihatin B pintar C asing D arif 86 Kebanyakan penduduk kampung itu amat daif kehidupannya.

A fakir B mewah C melarat D merempat LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 19 87 Adik menyedut air dengan penyedut minuman. A menghembus B membuang C menghisap D meniup 88 Helmi mendongak apabila terdengar deruman kapal terbang. A mengangguk B menggeleng C menunduk D memaling 89 Pemuda itu meluahkan hasrat hatinya untuk memperisteri gadis yang cantik itu. A mengumumkan B memberitahu C memendam D merendam

You might also like