You are on page 1of 4

Azam UPSR ibu ku tahu betapa aku menyusahkanmu selama dedaging membalut tulang temulang kau menderita kesakitan

ketika aku mula menjengah dunia tangisan pertamaku kau sambut dengan senyuman berulit airmata gembira ketika itu tipisnya pemisah antara hidup dan mati ditangan takdir Maha Kuasa mak ku tahu dimalam dingin sewaktu manusia diulit mimpi indah kau bangkit melayan karenah yang entah apa mauku mama kaulah manusia pertama mendakapku kaulah yang pertama membelaiku persis aku permata di matamu saat kaki terkulai tanpa kudrat untuk melangkah aku sering mengganggu waktu lenamu mimpimu kekadang berteman tangisan-tangisanku kau bangun dari tidurmu tanpa kesah... kau terus mendakapku hingga aku lena dibahumu perkataan sayang...sayang nak....sayang nak....sayang nak... yang entah kali keberapa menjadi zikir membasah bibirmu membelai membaluti setiap rengekanku umi kau jua mengelap air mata ketika aku tersungkur demi mengatur langkah pertama saat kaki bertatih meneroka dunia kau sentiasa bersama

aku ditatang bagai minyak yang penuh biar derita tertumpah padamu dari aku menderita kesakitan korban segala, demi melihat aku bahagia ibu ku tahu disaat aku melangkah ke alam persekolahan kau berkorban masa tenaga dan wang untuk menghantar aku menimba ilmu. kelak aku jadi insan peneraju tapi mak semalam.aku banyak main dari belajar semalam.semasa guru mengajar aku leka mi semalam.aku ponteng kelas bu semalam.aku tak buat kerja yang guru suruh semalam.aku bermain dalam kelas semasa ketiadaan guru semalam.aku melanggar disiplin sekolah mak semalam ......aku lebih suka membuang masa dari belajar bu semalam ......aku tersebut cikgu gila semalam ......aku terlafaz cikgu bodoh semalam ......aku terkata cikgu BA.... semalam....aku sering merungut dalam hati lantaran nasihatmu ku anggap leteran yang membosankan dan semalam.semalam.semalam.. banyaknya cerita yang membuat kau tersedan kehampaan.mabu makumi. ma... aku menjejak usia remaja aku semakin nakal.... apatah lagi mengikut nasihatmu aku tidak mendengar laungan hati segumpal harapan untuk aku berjaya dunia akhirat aku tutup jalan menuju soleh dan solehah. aku tidak bersungguh

untuk menjadi impianmu mak... kubiar air mata ibu terus mengalir kekecewaan kehampaankedukaan tapi aku tahu dan pasti di hatimu bukan penyesalan memiliki anak seperti ku butidak terlambat kan sekira aku memohon ampun dari hujung rambut ke hujung kaki hari ini aku berjanji mi akan jadi insan seperti kau harap agar nanti tiada air mata menitis dihujung solatmu hari ini.. aku bulatkan tekat untuk bersungguh-sungguh dicabaran upsr tahun ini. umi. ku akan ganti air mata yang mengalir dengan selaut kebanggaan.. agar nanti ombak akan tertewas dengan bahtera kejayaan yang kulayarkan akan ku gumpal selangit awan yang ukirannya kesungguhanku menjadi insan berguna harapanmu... mak sempena hari ibu ini juga akuanakmu berjanji dibibirmu kelak terpahat senyuman yang akan kutenun dengan siratan emas hiasannya taburan permata indah dan harumannya sekudus kasturi yang menanti mu dengan dakapan kebahgiaan di pintu syurga

upsr 5a dalam genggamanku Hasil Nukilan Adnin Rais Sempena Hari Ibu 2007 "Cikgu ampunkan kesalahan kami Maafkan Keterbiadapan kami Ikhlaskan Kekurang ajaran kami Mohon RESTU dan HALALKAN ilmu Yang cikgu-cikgu limpahkan kepada kami Doakan kami mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR..."

You might also like