You are on page 1of 14

1.

0 PRABACAAN

Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa iaitu mengenal dan mengecam huruf. Pada peringkat awalnya, kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi menyediakan kanak-kanak untuk bacaan awal atau bacaan asas. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Prabacaan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran dan pergerakan tangan dan mata. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan.

Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly, Chong (1992), tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca . Dengan kata lain, makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran .

Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut. Guru hendaklah menjalankan aktiviti melukis garisan-garisan tertentu yang menyerupai huruf. Garisan-garisan ini hendaklah dimulakan dengan garisan lurus atau bentuk-bentuk yang seimbas dengan huruf yang diperkenalkan kepada murid.

Di akhir tahun-tahun 1970-an, terdapat laporan-laporan yang menyatakan ramai murid sekolah rendah (terutama yang tinggal di luar bandar) yang tidak boleh membaca atau tidak cekap membaca bahasa mereka sendiri (bahasa Melayu). Tentu banyak sebabnya perkara tidak boleh membaca ini berlaku. Tetapi bagi mencari penyelesaian, elok dikaji semula antara lain, kaedah mengajar Bahasa Melayu di peringkat awal (Darjah 1 atau 2), dan menggubal cara yang lebih sesuai, mudah dan berkesan.

Seharusnya sebahagian besar (90%) daripada murid-murid kita dapat membaca bahan-bahan bacaan yang senang pada akhir Darjah 1 persekolahan mereka, jika pengajaran membaca dibuat secara sistematik dengan mengambil kira hal-hal berikut: a) Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah alphabetic dan fonemik ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya. (Ini berbeza sekali dengan sistem ejaan bahasa Inggeris yang amat rumit itu). b) Suku kata perkataan-perkataan bahasa Melayu adalah mudah dan jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain dengan bahasa Inggeris misalnya). Kedua-dua ciri dalam bahasa Melayu di atas sahaja seharusnya sudah dapat meyakinkan kita bahawa kita tidak boleh meniru dan mengambil terus kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris untuk mengajar membaca di peringkat awal. c) Murid-murid Melayu (termasuk sebahagian besar murid-murid Bukan Melayu) yang melangkah masuk ke Darjah 1 rata-rata telah pun mengetahui bahasa Melayu dan mempunyai perbendaharaan kata bahasa Melayu yang mencukupi untuk mereka terus belajar membaca bahasa Melayu. Ertinya mereka belajar bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, bukan sebagai bahasa kedua (misalnya bahasa Inggeris). Jika kita meniru kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris (sebagai bahasa kedua) untuk mengajar mambaca bahasa Melayu sudah tentu ini akan membawa kepayahan dan kelambatan untuk murid-murid kita belajar membaca bahasa kita.

Terdapat pelbagai kaedah mengajar membaca yang pernah digunakan oleh guru-guru kita kaedah abjad , kaedah fonik, kaedah pandang dan sebut, kaedah eklektik dan sebagainya. Bahan-bahan untuk murid berlatih membaca sendiri adalah penting, ini kerana jika murid-murid tidak mempunyai bahan-bahan atau buku yang boleh mereka membaca di masa lapang atau di rumah, pembinaan kemahiran membaca akan terencat. Ini terutamanya akan berlaku di kalangan murid-murid di luar bandar atau daripada keluarga miskin di mana bahan-bahan bacaan di rumah sangat kekurangan. Agak munasabah kenyataan bahawa muridmurid akan menambah kecekapan membaca dengan terus diberi kemudahan untuk mereka membaca.

Dalam rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (3M) nanti, kejayaannya dari segi matlamat supaya semua murid dapat membaca, menulis dan mengira bergantung besar atas faktor adanya bahan-bahan dan buku-buku yang sesuai, beragam dan mencukupi untuk murid-murid membaca. Bahan-bahan itu haruslah menarik dan berisi : berbagai ilmu pengetahuan, mesej moral, dan sebagainya.

1.1 Analisis Aktiviti Prabacaan

Membaca ialah asas bagi semua pembelajaran dan pencarian ilmu. Sekiranya seorang ibu selaku pendidik di rumah, mengajar bayinya membaca pada usia satu, dua atau tiga tahun maka ia tidak akan gagal untuk belajar membaca di sekolah pada usia enam, tujuh atau lapan tahun. Kenal huruf dan kejayaan adalah berpasangan, manakala buta huruf dan kegagalan adalah pasangan sebaliknya

Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca, iaitu kesediaan untuk bacaan awal atau asas. Ianya meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, penglihatan, aktiviti kordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Aktiviti pengamatan penglihatan bertujuan untuk melatih keupayaan mata mengecam bentuk-bentuk manakala aktiviti pengamatan pendengaran untuk mempertingkatkan ketajaman pengamatan penglihatan dan pendengaran. Aktiviti permainan huruf, sukukata dan perkataan sebagai pengukuhan bagi pergerakan tangan dan mata.

Antara aktiviti lain bagi memperolehi kemahiran prabacaan ialah aktiviti membezakan bentuk. Objektifnya untuk mengecam bentuk yang berlainan di dalam satu set bahan bantu belajar. Aktiviti meneka bentuk juga boleh dijalankan yang bertujuan mengecam bentuk dengan menggunakan deria sentuh. Aktiviti lain seperti memadan huruf, yang bertujuan dapat memadankan bentuk huruf yang sama, aktiviti nama saya, mengeja nama sendiri, mengenal susunan atau urutan huruf, aktiviti benda-benda di sekeliling saya yang bertujuan mengaitkan huruf dengan bunyi perkataan, aktiviti mengumpulkan kad huruf, menghasilkan mobil abjad. Pada peringkat murid di prasekolah atau tadika terdapat banyak lagi aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti kotak

huruf misalnya yang bertujuan untuk mengaitkan huruf dengan bunyi perkataan. Permainan lain seperti Di Manakah Saya, Permainan Kad Nama, Pokok Nama dan aktiviti membina perkataan.

1.2 Kaedah Pengajaran Yang Biasa Dibuat

1.2.1 Kaedah Abjad Berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata , perkataan dan frasa, membaca ayat dan aktiviti mengeja menggunakan Bahan Bantu Belajar yang sesuai. Kaedah ini juga dikenali kaedah mengeja. Murid perlu mengenalpasti namanama huruf melalui latihan menyebut dan menghafal abjad a hingga z, huruf besar dan kecil. Penggunaan Bahan Bantu Belajar amat membantu guru bagi membolehkan murid menguasai aktiviti membaca. Setelah murid menghafal semua nama huruf, murid perlu di tekankan nama dan bunyi huruf vokal ( a, e, i, o dan u ). Seterusnya pembentukan suku kata secara berturutan dan diikuti perkataan iaitu latih tubi mengeja. Pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf dan seterusnya diikuti dengan sebutan suku kata.

1.2.2 Kaedah Suku Kata Dalam melaksanakan aktiviti seperti menyebut nama huruf abjad A hingga Z, huruf besar dan kecil, menyebut sukukata V(vocal) dan KV (konsonan vocal), mengeja suku kata, perkataan dan frasa serta latihan membaca ayat penggunaan bahan Bantu belajar yang sesuai diperlukan bagi membantu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

1.2.3 Kaedah Pandang dan Sebut Aktiviti utama kaedah ini ialah memandang dan menyebut. Kaedah ini memerlukan murid melakukan aktiviti menyebut perkataan, mencerakin perkataan supaya menjadi suku kata. Ia juga dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajarannya bermula dengan memperkenalkan perkataan terlebih dahulu, barulah huruf atau suku kata. Seterusnya murid dikehendaki membina dan membaca ayat. Dalam melaksanakan kaedah ini, guru perlu juga menggunakan bahan bantu belajar seperti kad imbasan, di mana murid menyebut perkataan-perkataan secara

berulang-ulang. Murid sepatutnya memandang gambar objek yang ditunjuk dan seterusnya menyebut perkataannya pula. Ini bermakna dalam kaedah ini, langkah pertama menyebut perkataan, diikuti mencerakin perkataan supaya menjadi suku kata. Langkah seterusnya ialah latihan membina dan membaca ayat. Penggunaan bahan Bantu belajar perlu disediakan oleh guru untuk melaksanakan kaedah ini.

1.2.4 Kaedah Fonik Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan di antara simbol (huruf) dan bunyi (grapheme phoneme relationship) supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baru yang mereka hadapi. Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, diajar bunyi-bunyi huruf. Ertinya lambing huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya a dibunyikan aa, t tah, s ss. u uu, z zz, dan sebagainya. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, ba, da, tu, ka, lu, mi dan sebagainya. Kemudian baru digabungkan suku -suku kata ini menjadi perkataan-perkataan dada, batu, kata, lalu, dan sebagainya. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataan ini.

Nyata sekali, oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik, (iaitu ada hubungan yang agak teratur di antara huruf dan bunyinya), dan oleh sebab suku kata kebanyakan perkataan Melayu agak jelas, maka kaedah fonik ini sesuai sekali digunakan untuk mengajar permulaan membaca perkataan-perkataan Melayu. Sekurang-kurangnya kaedah ini adalah lebih munasabah dan mungkin lebih berkesan dibandingkan dengan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut.

Kelemahannya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada permulaannya. Dan biasanya masa yang agak panjang diambil untuk mereka mengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang bermakna.

1.2.5 Kaedah Eklektik

Kaedah ini adalah kaedah Campuran campuran kaedah-kaedah mengikut kesesuaian murid, situasi bilik darjah dan bahan-bahan bacaan yang digunakan. Ada yang menggunakan penujuan sintetik, ada penujuan analitik dan ada pula penujuan sintetik-analitik.

Terdapat pelbagai lagi jenis Kaedah Eklektik ini. Bagi bahasa Melayu, kesan yang didapati apabila seseorang menyebutkan Kaedah Eklektik ini, ialah seolah-olah mereka memikirkan Kaedah ini adalah yang paling sesuai untuk mengajar membaca bagi kanak-kanak Melayu kita.

Kemudian jika diperhatikan betul-betul cara Kaedah ini diterapkan, agak banyak yang mengajar kurang sistematik. Jadi kerap kali Kaedah ini menjadi akedah cacamurba, kerana asas gabungan itu kurang diperhatikan. Apa yang harus difikirkan dan diciptakan ialah kaedah mengajar eklektik tetapi sistematik, yang mengambil perhatian keistimewaan sifat-sifat ejaan bahasa Melayu, struktur suku-katanya, dan tatabahasanya di suatu pihak, dan keadaan pembelajaran murid-murid Melayu di pihak lain. Maksudnya kita harus menciptakan Kaedah Eklektik yang sesuai untuk mengajar membaca bahasa Melayu sebagai bahasa pertama; tetapi kaedah itu haruslah sistematik.

2.0 PRATULISAN

Pratulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.

1) Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga keperingkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanakmendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:

1.) Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain- lain 2) Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa. 3) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain.

2.1 Analisis Aktiviti Pratulisan

Sebagai guru kita boleh menerangkan kepada murid bahawa tulisan (abjad) adalah alat bahasa dan pemikiran yang telah dihasilkan melalui proses jangka masa yang begitu panjang, misalnya abjad A, B, C yang kita lihat sekarang adalah hasil rekaan manusia yang bermula daripada tamadun yang berkurun lamanya. Dalam bidang kreativiti, kita perlu mengesan berbagai jenis bentuk dan makna dari satusatu perkara. Sebagai contoh abjad W yang mana 2V berjalan bersama atau 2 gigi jerung, abjad M macam gunung atau W terbalik. Banyak lagi perkara-perkara dari abjad lain yang boleh dihidupkan bentuk atau ertinya yang luar biasa yang boleh meningkatkan kreativiti murid dalam mengajar pratulisan.

Pratulisan merupakan aktviti penting sebelum murid melangkah ke Tahun Satu. Aktiviti ini dijalankan terutama di kelas prasekolah atau tadika. Ianya merupakan asas untuk kemahiran tulisan mekanis. Menulis merupakan satu penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan, ayat dan lain-lain. Aktiviti pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum dapat menulis huruf dengan kemas dan teratur. Latihannya menitikberatkan latihanlatihan pergerakan tangan, latihan gerakan tangan yang bebas supaya dapat menulis dengan sempurna, latihan pergerakan mata, dan latihan koordinasi mata dan tangan.

Latihan-latihan Pergerakan Tangan Dalam latihan pergerakan tangan, aktiviti seperti menggenggam dan

membuka tangan beberapa kali secara berulang-ulang, menggenggam dan menghancurkan atau meronyok sehelai daun atau kertas, mengenggam dan merasa beg yang berisi kekacang dan memegang benda-benda seperti pensel dengan cara

guru menunjukkan cara memegang benda-benda dengan cara yang betul. Latihanlatihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekan jari, menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya., Aktiviti seperti memasang butang baju dan sebagainya serta latihan membuka dan mengikat semula tali kasut juga merupakan latihan pergerakan tangan . Latihan menggerakkan jari ini bertujuan supaya murid-murid bersedia untuk menggunakan jari bagi memegang pensel disamping sebagai latihan penggunaan otot-otot tapak tangan dengan aktiviti membuat bentuk daripada plastisin, tanah liat atau tepung yang dibancuh dengan air.

Latihan Pergerakan Tangan Yang Bebas Untuk Menulis Dengan Sempurna Aktiviti gerakan tangan secara bebas yang dilakukan oleh murid ini bertujuan

supaya murid dapat menulis dengan selesa dan sempurna. Selain itu latihan membentuk garisan lurus, latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garis lurus boleh dilakukan secara bebas. Latihan melukis gambar-gambar mengandungi garisan lurus dan bulat juga termasuk dalam aspek gerakan tangan secara bebas supaya akhirnya murid dapat menulis dengan lebih sempurna. Aktiviti bagi tangan juga boleh dilakukan melalui aktiviti melukis bentuk bebas menggunakan jari di udara, di meja, di lantai, di rumput tanpa menggunakan alat tulis seperti membentuk bulatan, menulis bentuk-bentuk di atas pasir atau tanah. Aktiviti merasa huruf sebenar dalam bentuk 3D, huruf kertas pasir dan membuat rantai secara bebas turut membantu murid membentuk huruf akhirnya.

Latihan Pergerakan Mata Latihan bagi mata seperti menutup kedua-dua mata murid dengan tangan,

membuka mata dan menyebut benda-benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Aktiviti seperti menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan sebaliknya. Aktiviti lain seperti menyebut benda-benda pelbagai saiz yang dipegang oleh guru. Seterusnya guru boleh menyuruh murid menyebut warna benda atau menyebut bentuk asas objek.

Latihan Kordinasi Mata dan Tangan

Aktiviti mengelas benda mengikut golongan atau kumpulan merupakan latihan bagi kordinasi mata dan tangan. Aktiviti aktiviti lain yang boleh dilaksanakan seperti menyusun , mencantum dan mewarna gambar yang diselaras mengikut urutan. Aktiviti lain dalam aktiviti kordinasi mata dan tangan ialah mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf, memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa, mencari sejumlah benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan dan juga aktiviti membuat garisan lurus dari atas ke bawah dan sebaliknya. Latihan mewarna dari kiri ke kanan dan sebaliknya juga dapat melatih murid bagi kordinasi mata dan tangan.

Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan. Bermula di kertas kosong tanpa garisan, diikuti latihan membentuk huruf pada garisan, di mana peringkat ini ialah peringkat menulis mekanis.

3.0 PEMULIHAN BACAAN

Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan bentuk penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu. Justeru, aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini.

Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat membaca. Yang pertama sekali ialah faktor yang ada pada murid itu sendiri (pembaca). Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti kecerdasan berbahasa, kebolehan berbahasa, pengetahuan, dan pengalaman sedia ada. Yang kedua ialah faktor yang ada pada bahan bacaan. Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini pula meliputi perbendaharaan kata, panjang pendek ayat, kendungan bahan, struktur cerita, penggunaan dan organisasi bahan grafik.

3.1 Analisis Aktiviti Pemulihan Bacaan

Guru sepatutnya dapat mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehbacaan murid. Pengetahuan dan pengalaman guru tersebut dapat membantu perancangan dan penyediaan proses pengajaran. Pengetahuan dan pemahaman guru dapat membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kefahaman. Aktiviti pemulihan membaca perlulah dilakukan dengan menggunakan pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai agar muridmurid mampu menguasai asas kemahiran berbahasa iaitu membaca.

Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah pengajaran fonetik dengan betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan penerimaan akustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan konsonan juga perlulah ditekankan. Justeru, guru perlu mengajarkan alat-alat sebutan bunyi seperti bibir, gigi, gusi, lelangir keras, anak tekak, lidah dan sebagainya.

Melalui aktiviti pemulihan, guru perlu memastikan murid-murid supaya menguasai dan menghafal huruf a sehingga z dengan urutan yang betul. . Justeru, guru boleh melaksanakan aktiviti seperti nyangian lagu A,B,C dan menayangkan huruf satu persatu secara berulang

Pengolahan bahan pengajaran merupakan aspek yang penting dalam mengajarkan asas kemahiran bacaan. Guru perlu melalui pelbagai proses semasa menyediakan bahan bacaan seperti memproses bahan, memilih bahan, mengolah bahan, membina, menggunakan dan menilai bahan. Bahan pengajaran pula perlulah menarik, dan memenuhi keperluan pancaindera.

4.0 PEMULIHAN TULISAN

Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Konsep menulis ialah; i. Lambang-lambang bunyi bahasa yang dilahirkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan fikiran, idea dan perasaan.

ii.

Proses memindahkan lambang-lambang bunyi untuk dijadikan alat komunikasi.

Objektif menulis : i. Menjadikan asas yang kukuh supaya murid dapat melahirkan idea, fikiran dan perasaan dengan pantas, cekap dan baik. ii. Membolehkan murid menyusun huruf-huruf menjadi suku kata, perkataan dan ayat. iii. iv. Melatih murid menghujah dan mengembangkan idea. Untuk menghasilkan bentuk penulisan kreatif dalam jangka masa panjang.

Peranan tulisan: a) Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap. b) Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya. c) Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup. d) Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. e) Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini).

Antara masalah tulisan yang dihadapi oleh kanak-kanak pemulihan termasuklah perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain, tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan, bentukbentuk huruf yang tidak jelas atau tepat dan sebagainya.

4.1 Analisis Aktiviti Pemulihan Tulisan

Pada masa ini, rancangan pemulihan yang sedang dijalankan di sekolah ditumpukan di sekolah rendah. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran guru bersama murid lain diasingkan, dan seorang guru pemulihan ditugaskan untuk mengajar murid-murid ini. Beberapa waktu pelajaran telah diasingkan untuk memberi pengajaran secara individu kepada murid-murid ini. Kelas pemulihan ini biasanya diberi nama kelas lembam (yang kebetulannya membawa berbagai-bagai makna negatif). Guru pemulihan yang ditugaskan akan membuat penyelidikan dan penyiasatan latarbelakang murid, supaya pengajaran benar-benar sesuai untuk murid tersebut.

Peperiksaan penilaian darjah tiga di sekolah rendah pula ialah bertujuan mengesan kelemahan murid untuk dibetulkan, atau diberi pemulihan dalam darjah empat. Setakat mana perkara ini dilaksanakan terpulanglah kepada kemampuan dan kesanggupan guru-guru darjah empat. Selaras dengan keperluan kurikulum di sekolah rendah yang mementingkan kebolehan membaca, menulis dan mengira, berikut dikemukakan cara-cara pelaksanaan rancangan pemulihan dalam 3M.

Sebelum sesuatu rancangan pemulihan dapat dijalankan, langkah yang pertama sekali ialah untuk mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam bidang membaca, menulis dan mengira. Langkah ini diberi nama saringan. Kemudian, setelah murid-murid tersebut dikesan dan diasingkan, langkah yang kedua ialah diagnosis, iaitu menentukan jenis kelemahan secara khusus dalam sesuatu bidang sahaja, sama ada bidang membaca, menulis atau mengira. Diagosis ini akan memberi petunjuk kepada guru mengenai langkah-langkah khusus dalam pengajarannnya untuk mengatasi kelemahan murid tersebut.

Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh. Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam fikirannya. Perihal menghubungkan bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah amat sukar. Dengan

sebab ini, maka usaha pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya amatlah susah, walaupun murid tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa juga, penulisan adalah lebih mudah dipelaj ari ketika murid masih kanak-kanak kecil lagi, seperti pada umur empat tahun setengah.

Latihan permulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan pensil, atau krayon. Langkah-langkah untuk mengajar mernegang pensil, atau krayon adalah seperti berikut:

1. Murid disuruh memegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukanlah setakat tapak tangan sahaja. 2. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk. 3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa. 4. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini. 5. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di kedudukan yang betul. Tambahan pula, dari perspektif guru, guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan muridmurid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh muridmurid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul.

Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Guru juga perlu membuat pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

You might also like