You are on page 1of 2

NAMA: ______________________________ Kod: _____ Rujukan: Ayat BM

Tarikh: ____________

Ayat yang dibentuk daripada satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat dinamakan ayat tunggal. Berdasarkan konstituen subjek dan predikat, maka terdapat empat pola ayat dasar, iaitu: Ayat tunggal dalam bahasa Melayu boleh juga wujud dalam susunan songsang. Hal ini berlaku melalui proses pendepanan atau penjudulan. Dalam susunan songsang unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Unsur-unsur yang dikedepankan itulah yang hendak diberi penegasan, iaitu melalui proses pendepanan. Proses pendepanan yang berlaku pada predikat adalah seperti yang berikut: (i) a) b) c) d) (ii) Pendepanan seluruh predikat Contoh: Murid itu / sangat rajin. Sangat rajin / murid itu. Kelakuannya / ganjil sungguh. Ganjil sungguh / kelakuannya. Penyelam itu / gagal juga akhirnya. Gagal juga akhirnya / penyelam itu. Rasa masakan itu / lazat sekali. Lazat sekali / rasa masakan itu. Pendepanan sebahagian daripada predikat. Bahagian daripada predikat boleh mengalami proses pendepanan secara berasingan, iaitu: Pendepanan frasa kerja / kata kerja Contoh: Kanak-kanak itu / berkejar-kejaran di halaman rumah. Berkejar-kejaran kanak-kanak itu / di halaman rumah. Anaknya / menangis sepanjang malam. Menangis / anaknya sepanjang malam. Sisa buangan kilang itu / ditanamnya. Ditanamnya/ sisa buangan kilang itu. Pendepanan frasa adjektif Contoh: Pemuda itu / nakal. Nakal / pemuda itu. Gadis itu / lumpuh dengan tiba-tiba. Lumpuh / gadis itu dengan tiba-tiba. Calon itu / cemerlang dalam semua mata pelajarannya. Cemerlang / calon itu dalam semua mata pelajarannya. Pondok durian itu / masih kukuh lagi. Masih kukuh lagi / pondok durian itu. Pendepanan frasa sendi nama Contoh: Surat itu / daripada Aireen. Daripada Aireen / surat itu. Abangnya tinggal / di Seremban. Di Seremban / abangnya tinggal. Dato Nazrin / akan menghadiri seminar itu pada hujung bulan ini. Pada hujung bulan ini / Dato Nazrin akan menghadiri seminar itu. Pelajar-pelajar itu / mengulang kaji pelajaran mereka untuk peperiksaan akhir tahun. Untuk peperiksaan akhir tahun / pelajar-pelajar itu mengulang kaji pelajaran mereka.

a) b) c)

a) b) c) d)

a) b) c) d)

You might also like