You are on page 1of 77

!

Manual Ubuntu.

Manual Ubuntu. 1
www.melayubuntu.blogspot.com
! Dokumentasi MELAYUBUNTU.
© 2009 Kesemua kandungan dalam
dokumen ini dilindungi oleh akta
hakcipta dan anda dilarang sama-
sekali menggunakan kandungan
dokumen ini untuk apa tujuan
sekalipun tanpa mendapat
kebenaran terlebih dahulu daripada
penulis.
™ Logo ubuntu yang digunakan
dalam dokumen ini adalah
trademark kepada Canonical ltd.
! Oleh kerana ubuntu merupakan
Idea | Penulis | Editor | Pereka Grafik |
sistem operasi yang sering
Pengumpul Bahan : dikemaskini sistemnya, paparan imej
ZULKIFLI BIN ABDULLAH d a l a m d o k u m en in i m u ng k in
zul.malc@gmail.com
berbeza dengan imej dalam ubuntu
anda.

Manual Ubuntu. 1
Penaja.
PAKEJ

MY MAC
for ALL.
Panduan memasang Mac Kesemuanya kini dalam 1
OSX Leopard ke dalam PC. pakej lengkap.

www.mymac4all.com

Manual Ubuntu. 2
Muka surat kosong.

Manual Ubuntu. 3
1
Bagaimana untuk bermula.

Manual Ubuntu. 4
Pasang Ubuntu.
Memasang ubuntu ke dalam komputer mengambil masa lebih kurang 1/2 jam dan
hanya memerlukan 2 item berikut;
" Komputer
" CD Ubuntu

Klik 2 kali
pada ikon
“Install” untuk
memulakan
proses
pemasangan.

Tentukan
bahasa yang
ingin
digunakan
semasa proses
pemasangan.

Jawab beberapa soalan


mudah dan klik Forward.

Manual Ubuntu. 5
Pilih partition dan bersedia untuk pemasangan.

Pilih manual.

Bina satu Partition.


Format = ext3
Mount point = /
Saiz = 5GB keatas

Bina satu Partition.


Format = linux-swap
Saiz = 500-1000MB Klik Restart dan proses
pemasangan selesai.

Manual Ubuntu. 6
Muka surat kosong.

Manual Ubuntu. 7
2
Ini ialah Ubuntu.

Manual Ubuntu. 2
Desktop Ubuntu.
Ubuntu menggunakan GNOME untuk persekitaran desktop yang bersih, mudah
difahami dan ringkas.

Cara pantas
melancarkan
Pilihan perisian Area Paparan nama
Menu Panel Notisfikasi pengguna

Paparan
waktu, hari
dan kalendar.

Paparan latar
belakang

Tong Sampah
Ikon “Show untuk fail-fail
Desktop”

Ruang Kerja

Manual Ubuntu. 9
Pilihan menu memudahkan pengguna melancarkan perisian, membuka fail di dalam
cakera keras dan membuat editasi terhadap sistem pengoperasian ubuntu.

Applications. System.
Pilihan menu perisian Pilihan menu kawalan
yang disusun sistem yang
mengikut kategori menempatkan alatan
untuk memudahkan kawalan kepada
pengguna mencari sistem pengoperasian
perisian yang diingini. ubuntu.

Places.
Pilihan menu yang
memudahkan folder
dan fail dicapai.

Manual Ubuntu. 10
Paparan serba ringkas untuk Kalendar dan waktu dan menu mudah untuk anda keluar
dari sesi ubuntu.

Klik pada nama


pengguna untuk keluar
dari sesi ubuntu atau untuk
tujuan menutup komputer.

Edit Lokasi anda berada untuk


paparan waktu yang tepat. Anda
jua boleh menambah berbilang
lokasi untuk mengetahui waktu
tempatan pada lokasi tersebut.

Manual Ubuntu. 11
Ianya Nautilus.
Menguruskan fail-fail dalam cakera keras lebih mudah dengan antaramuka nautilus
yang ringkas dan mudah digunakan. Anda boleh susun dan paparkan fail-fail anda
mengikut selera anda samada Icon View, List View atau Compact View.

Manual Ubuntu. 12
Side Pane menyediakan kemudahan untuk anda mencapai lokasi fail-fail yang berada
dalam cakera keras dalaman, cakera keras luaran, pendrive, cd, dvd, dan juga folder-
folder lain yang terdapat dalam cakera keras dalaman. Side Pane juga membolehkan
anda unmount (menanggalkan pendrive dengan selamat) dengan hanya satu klik.

Klik disini untuk memilih


apakah yang ingin anda lihat
pada side pane. Places telah
disetkan secara default.

Klik disini untuk menanggalkan


peranti “LOGITECH HD” dengan
selamat (Unmount).

Klik disini untuk “mount” cakera


keras dalaman, luaran dan
sebagainya.

Heret dan jatuhkan (drag &


drop) mana-mana folder ke
kawasan ini untuk membina
jalan pintas mencapai folder
tersebut.

Manual Ubuntu. 13
Toolbar pada nautilus sangat mudah difahami dan digunakan. Dibawahnya terdapat
penunjuk lokasi (Location Bar) dan anda boleh memilih paparan butang atau alamat
lokasi yang boleh diubahsuai dengan hanya satu klik.

Sebelum
Klik

Selepas
Klik

Manual Ubuntu. 14
Nautilus cukup fleksibel bagi pengguna yang inginkan sesuatu yang berbeza dan unik.
Antaranya pengguna boleh menukar background nautilus yang berwarna putih kepada
pattern atau juga warna selain dari putih. Pada nautilus pergi ke pilihan menu Edit >
Background and Emblems dan heret & jatuhkan pattern atau warna kegemaran anda ke
dalam nautilus. Heret & jatuhkan “Reset” untuk kembali ke asal.

Manual Ubuntu. 15
Jika anda ingin mengubah sesuatu yang lebih kompleks tentang nautilus, pada pilihan
menu pilih Edit > Preferences dan tetingkap Preferences akan muncul. Disini anda
boleh mengubah banyak ketetapan supaya anda selesa untuk berkerja dengan
nautilus. Setiap perubahan yang anda lakukan akan mendatangkan kesan serta-merta.

Manual Ubuntu. 16
Ianya Firefox.
Setiap pemasangan ubuntu dilengkapi dengan perisian pelayar web Firefox. Firefox
ialah perisian pelayar web yang pantas, pelbagai fungsi, stabil dan selamat. Anda boleh
membuka mana-mana laman web termasuk Google, Youtube, Yahoo, Ubuntu dan
sebagainya menggunakan Firefox.

Manual Ubuntu. 17
Email.
Setiap pemasangan ubuntu dilengkapi aplikasi email client Evolution yang terpasang
secara default. Evolution menguruskan email, alamat (contact), peristiwa (event) pada
kalendar, perkara perlu buat (tasks), memo dan sebagainya. Evolution sesuai digunakan
sebagai sistem email komersil berbanding email client yang lain.

Manual Ubuntu. 18
Ianya Thunderbird.
Jika anda inginkan perisian pengurusan email peribadi, perisian Thunderbird adalah
yang terbaik. Ianya dilengkapi dengan pelbagai add-ons yang boleh ditambah dan
dikurangkan selari dengan keperluan pengguna. Ianya juga lebih mudah digunakan
untuk “setup” email yang didaftarkan pada Gmail.

Manual Ubuntu. 19
Ianya Pidgin.
Setiap pemasangan ubuntu dilengkapi dengan aplikasi Pidgin sebagai perisian Instant
Messenger. Pidgin secara default menyokong protokol seperti AIM, Bonjour, Gadu-
gadu, Google Talk, GroupWise, ICQ, IRC, MSN, MyspaceIM, QQ, SILC, SIMPLE, Sametime,
XMPP, Yahoo Messenger dan Zephyr. Anda boleh menggunakan berbilang protokol dan
berbilang akaun dalam satu-satu sesi ubuntu menggunakan pidgin.

Manual Ubuntu. 20
Pidgin membolehkan penggunanya untuk berinteraksi dengan kawan dan kenalan
secara menghantar text segera, berkongsi fail dan sebagainya.

Manual Ubuntu. 21
Document Viewer.
Setiap pemasangan ubuntu dilengkapi dengan aplikasi Document Viewer yang
membolehkan pengguna membuka fail PDF dengan lebih mudah tanpa perlu
memasang aplikasi lain seperti Adobe Reader. Document Viewer adalah jauh lebih
ringan dan pantas dari aplikasi PDF viewer lain.

Manual Ubuntu. 22
Image Viewer.
Setiap pemasangan ubuntu dilengkapi dengan aplikasi Image Viewer yang
membolehkan pengguna membuka fail imej dalam apa jua format seperti JPEG, PNG,
GIF, dan sebagainya.

Manual Ubuntu. 23
Photo Manager.
Setiap pemasangan ubuntu dilengkapi dengan aplikasi F-Spot untuk memudahkan
pengguna menguruskan koleksi album gambar foto disuatu tempat. F-Spot dilengkapi
pelbagai fungsi pengurusan gambar foto dan boleh diperlihatkan secara slideshow dan
sebagainya. Ianya turut menyokong fungsi editasi mudah ke atas gambar foto anda
supaya ianya lebih menarik.

Manual Ubuntu. 24
Image Editor.
Setiap pemasangan ubuntu dilengkapi dengan aplikasi GIMP yang berfungsi sebagai
image editor yang mudah digunakan dan hebat. GIMP membolehkan pengguna
melakukan hampir segenap perkara keatas imej samada menambah text, mengubah
saiz, warna, kepekaan cahaya, membuang kawasan yang tidak perlu, menambah layer,
dan sebagainya.

Manual Ubuntu. 25
Music Player.
Setiap pemasangan ubuntu dilengkapi dengan aplikasi Rhythmbox yang berfungsi
sebagai Music Player untuk ubuntu anda. Apa yang anda perlu lakukan ialah setkan
satu folder yang mengandungi fail muzik dan import folder berkenaan ke Rhythmbox
untuk memasukkan muzik ke dalam Rhthymbox.

Manual Ubuntu. 26
Movie Player.
Setiap pemasangan ubuntu dilengkapi dengan aplikasi Movie Player yang
membolehkan pengguna ubuntu memainkan apa jua video dalam pelbagai format
seperti WMV, AVI, MP4, MPEG, OGV dan sebagainya.

Manual Ubuntu. 27
Ambil Foto dan Video dari Webcam.
Jika driver webcam komputer anda disokong oleh ubuntu, anda boleh menggunakan
aplikasi Cheese untuk mengambil foto dan video dari webcam komputer. Anda juga
boleh aplikasikan efek tertentu pada foto dan video yang ingin anda ambil.

Manual Ubuntu. 28
Ianya OpenOffice.org
Setiap pemasangan ubuntu dilengkapi dengan perisian pejabat OpenOffice.org yang
lengkap untuk kegunaan samada peribadi mahupun pejabat anda. Ianya merangkumi
aplikasi Word Processor (Writer), Spreadsheet (Calc) dan Presentation (Impress). Selain
itu, pakej OpenOffice.org juga mengandungi aplikasi Drawing dan Database untuk
memudahkan lagi kerja pejabat anda.

Manual Ubuntu. 29
Word Processor (Writer).
OpenOffice.org Writer berfungsi untuk menghasilkan dokumen dalam bentuk text
samada untuk menulis surat rasmi, kertas kerja, assignment dan sebagainya. Anda
boleh memasukkan graf, imej, jadual, carta dan sebagainya ke dalam dokumen untuk
menghasilkan satu hasil kerja yang lebih menarik. Dokumen yang telah siap
kemudiannya boleh disimpan dalam format OpenOffice.org (ODF), Microsoft Office
(DOC), HTML, RTF dan juga PDF.

Manual Ubuntu. 30
Spreadsheet (Calc).
OpenOffice.org Calc membolehkan pengguna untuk menghasilkan spreadsheet untuk
membuat pengiraan keatas kumpulan data atau satu koleksi pengiraan yang tersusun.
Perisian ini juga membolehkan anda membina graf dan carta berdasarkan kumpulan
data yang dipilih dan kemudiannya graf dan carta yang terbina tadi boleh digunapakai
dalam OpenOffice.org Writer dengan mudah.

Manual Ubuntu. 31
Presentation (Impress).
OpenOffice.org Impress merupakan perisian untuk menghasilkan presentation untuk
tujuan membentangkan hasil kerja, cadangan, dan sebagainya. Ianya ternyata mudah
digunakan dan dilengkapi kesan animasi untuk setiap slide perbentangan yang anda
hasilkan. Sudah tentu anda boleh menggunakan graf dan carta yang dihasilkan
menggunakan OpenOffice.org Calc dalam presentation anda.

Manual Ubuntu. 32
Muka surat kosong.

Manual Ubuntu. 33
3
Memahami Sistem.

Manual Ubuntu. 34
Sistem Fail.
Ruang cakera keras yang mengandungi sistem operasi Ubuntu dimulakan dengan
direktori “/” yang dipanggil “root”. Direktori lain yang terdapat dalam “/” adalah seperti
dalam rajah dibawah.

Alamat ke
direktori ini
ialah /Home

Manual Ubuntu. 35
Sistem Kebenaran.
Ubuntu tidak membenarkan penggunanya melakukan perubahan (paste, move, etc)
keatas direktori selepas dari “/” tanpa kebenaran (permission) kecuali satu direktori
iaitu /Home/User/ iaitu direktori peribadi pengguna komputer. NOTA : Disini User ialah
nama pengguna yang disetkan ketika proses pemasangan.

Alamat pada nautilus menunjukkan “/”


bermakna anda dalam direktori root. Tidak ada satu
direktori pun boleh ditambah, dikurangkan atau
diubah lokasinya tanpa kebenaran (permission).

Direktori User. Fail dan folder


dalam direktori ini bebas diubah,
ditambah atau dikurangkan
mengikut kehendak pengguna
tanpa memerlukan kebenaran.

Manual Ubuntu. 36
Mendapatkan Kebenaran.
Untuk mendapatkan kebenaran (permission), anda perlu menggunakan Terminal
(Applications > Accessories > Terminal). Selain dari Terminal, semasa proses
pemasangan perisian, update software sources dan seumpamanya, sistem ubuntu akan
meminta anda memasukkan password yang membawa maksud ANDA SEDANG
MEMBERI KEBENARAN UNTUK MENGUBAH FAIL DALAM “root” kepada sistem ubuntu.
Sistem kebenaran ini penting supaya hanya aplikasi yang anda kenali sahaja boleh
mengubah apa-apa fail dalam direktori “root”.

Untuk mengubah apa-apa fail dalam


“root” menggunakan apa-apa perisian
samada nautilus, gedit, atau mungkin
GIMP, sila gunakan kata arahan “sudo” dan
diikuti dengan nama perisian.

Selepas memasukkan kata


arahan dan tekan ENTER, anda perlu
memasukkan password disini. INGAT :
password yang anda taip tidak akan
keluar atas sebab keselamatan. Selesai
menaip password, tekan ENTER sekali
lagi.

Paparan seperti ini muncul ketika


anda ingin update APT, dan memasang
perisian. Terdapat juga beberapa
aktiviti yang lain menyebabkan anda
terpaksa memasukkan password ke
dalam ruangan yang disediakan.

Manual Ubuntu. 37
Memahami Sistem Pengurusan Perisian.
APT (Advanced Package Tool) bertindak mendapatkan package (fail-fail yang
diperlukan) dan kemudiannya memasang, membuang, mengekalkan, mengurus
dependencies dan melaporkan tentang perkara tertentu berkenaan perisian tertentu.
Secara default, APT menguruskan maklumat lebih kurang 20,000 package dan perisian
dan ianya boleh dipasang kedalam ubuntu tanpa perlu mendownload perisian tersebut
daripada Internet secara manual (ianya akan didownload secara automatik). 20,000
package dan perisian tersebut berada pada lokasi (dipanggil repository yang diuruskan
oleh pembangun ubuntu) iaitu repository main, universe, restricted, dan multiverse
dalam server di internet.

APT perlu mengetahui dari mana


sesuatu package perisian itu berada
sebelum dimuat turun. Software
Sources ialah antaramuka yang
membolehkan pengguna ubuntu
menetapkan lokasi perisian (dipanggil
repository atau singkatannya repo).
Selesai menetapkan lokasi perisian,
Metadata APT akan dikemaskini untuk
memastikan setiap perisian yang telah
dipasang adalah versi paling terkini
dan juga menambahkan senarai
package perisian yang boleh dimuat
turun.

Manual Ubuntu. 38
Bagaimana APT Berfungsi?
SERVER REPO 3 yang tidak
SERVER dimasukkan kedalam data APT
akan diabaikan oleh APT.
REPO 3 " PERISIAN X versi 1

"Package
"Versi SERVER
REPO 2 " PERISIAN C versi 3.4

SERVER " PERISIAN A versi 1.2 "Package


REPO 1 " PERISIAN B versi 2.3
"Versi
"Package
"Versi KEMASKINI

APT METADATA APT


KEMASKINI
PERISIAN A versi 1.1 :
"Repositories " TELAH DIPASANG
REPO 1, REPO 2 PERISIAN B versi 2.2 :
Masukkan " BELUM DIPASANG
alamat lokasi "Package PERISIAN C versi 3.3 :
Repository ke dalam "Versi " BELUM DIKEMASKINI
APT menggunakan
Software Sources.
Software Sources
(Tetapkan repositories)

Add/Remove Applications
Synaptic Package Manager
Paparan antaramuka yang boleh dilihat. Terminal
(Pasang Perisian)
Proses dan data yang berlaku dalam
sistem APT yang tidak dapat dilihat.
Data Repo di Internet.

Manual Ubuntu. 39
Menambah Repository.
Pengguna perlu menambah sesuatu Repository ke dalam Software Sources ketika dan
hanya ketika untuk memasang perisian yang tidak terkandung dalam Repositories
default Ubuntu. Ini boleh dilakukan dengan memilih tab Third-Party Software pada
antaramuka Software Sources (System > Administration > Software Sources).

APT line ialah alamat kepada


lokasi sesuatu/sekumpulan
package/perisian yang berada
di Internet. APT line ini mudah
ditemui di laman web perisian
atau juga weblog.

Klik Add untuk


menambah repository.

Manual Ubuntu. 40
Kemaskini Metadata APT.
Apa yang terkandung dalam Metadata APT ialah kewujudan sesuatu package/perisian,
keadaan package/perisian (terpasang atau tidak), versi package/perisian, dan lokasi
package/perisian. Metadata APT ini perlu dikemaskini dari semasa ke semasa untuk
memastikan APT boleh memuat turun versi terkini package yang wujud dari lokasi
tertentu.

Selepas menambah Repository dan


anda ingin menutup Software
Sources, tetingkap ini akan muncul
meminta anda Reload yang membawa
maksud kemaskini Metadata APT
diperlukan. Klik Reload.

Cara kedua untuk kemaskini Metadata APT ialah


dengan memasukkan kata arahan sudo apt-get update
ke dalam terminal.

Manual Ubuntu. 41
Package? Perisian? Identiti Perisian.
Perisian ialah himpunan satu atau lebih package. Perisian Pidgin misalnya terbentuk
tidak kurang dari 4 package. Manakala setiap perisian mempunyai satu identiti unik
yang turut menyimpan maklumat tentang package lain yang diperlukan (dipanggil
dependencies). Apabila anda memasukkan sudo apt-get install pidgin, APT akan
mengenali identiti perisian tersebut ialah “pidgin” dan APT juga akan turut sama
memuat turun package yang diperlukan untuk pemasangan Pidgin. Katakan anda
memasukkan sudo apt-get install pidging, APT akan mencari identiti tersebut didalam
metadatanya dan jika tidak ditemui, terminal akan mempamerkan mesej E: Couldn’t
find package pidging

Manual Ubuntu. 42
Memasang Perisian.
Secara asas, terdapat 4 cara yang biasa digunakan untuk memasang perisian dalam
Ubuntu. 4 cara tersebut ialah menggunakan Add/Remove Applications, Synaptic
Package Manager, Terminal dan juga fail .DEB.

1. Add/Remove Applications.
“Tick”kan mana-mana
perisian yang ingin anda
pasang ke dalam Ubuntu.

Klik Apply Changes


untuk memulakan
proses pemasangan
perisian yang di”tick”.

Manual Ubuntu. 43
2. Synaptic Package Manager.

Klik Apply untuk


memulakan proses
“Tick”kan mana-mana pemasangan perisian
perisian yang ingin anda yang di”tick”.
pasang ke dalam Ubuntu.

Manual Ubuntu. 44
3. Terminal.

Taipkan sudo apt-get install NAMA-PERISIAN untuk


memasang perisian yang di ingini.

Manual Ubuntu. 45
4. Fail .DEB

Fail .DEB ini biasanya dimuat turun dari laman web


di Internet. Klik kanan dan pilih Open with “GDebi
Package Installer” atau klik 2 kali pada fail .DEB ini
untuk memulakan pemasangan perisian.

Manual Ubuntu. 46
Membuang Perisian.
“Untick” perisian yang telah terpasang dan klik Apply. Anda boleh membuang perisian
menggunakan Terminal dengan cara berikut.

Taipkan sudo apt-get remove NAMA-PERISIAN untuk


memasang perisian yang di ingini.

Manual Ubuntu. 47
Kemaskini Perisian.
Jika APT (Metadata APT) mendapati package yang terdapat dalam repo di internet
mempunyai versi terbaru, satu mesej akan muncul pada Notisfikasi untuk
memaklumkan tentang Kemaskini Perisian (Software Update). Klik pada ikon kemaskini
dan tetingkap Update Manager akan muncul.

“Tick” package
yang ingin
dikemaskini sahaja.

Saiz keseluruhan yang


perlu dimuat turun
untuk proses kemaskini. Klik Install Update
untuk memulakan
proses kemaskini.

klik Check untuk kemaskini


APT local package index
yang menguruskan perihal
kemaskini versi perisian.

Manual Ubuntu. 48
System Monitor.
Ubuntu memudahkan pengguna memeriksa tahap penggunaan Processor, Memory
dan Ruang Cakera Keras komputer melalui System Monitor. Apabila anda mendapati
ada perisian yang tidak memberikan apa-apa respon, anda boleh klik kanan pada nama
perisian tersebut di System Monitor dan pilih End Process untuk menutup perisian tadi
secara paksa.

Manual Ubuntu. 49
Kelengkapan Hardware.
Hardware seperti kad bunyi, kad jaringan, kad grafik, papan kekungci, tetikus, printer,
scanner, bluetooth dan sebagainya tidak akan berfungsi tanpa driver. Ubuntu
menggunakan KERNEL LINUX yang sudahpun mengandungi kebanyakkan driver untuk
kelengkapan hardware komputer anda. Namun jika masih terdapat hardware yang
tidak dapat berfungsi dalam ubuntu kerana drivernya tergolong dalam Proprietary
driver, anda boleh aktifkan menerusi fungsi Hardware Drivers (System > Administration
> Hardware Drivers). Aktifkan driver yang diingini dan restart komputer anda.

Manual Ubuntu. 50
Muka surat kosong.

Manual Ubuntu. 51
4
Tip & Petua Mudah.

Manual Ubuntu. 52
Pasang Codecs untuk Audio dan Video.
Ubuntu secara default hanya menyokong Audio dan Video berformat OGG, OGV dan
OGA. Untuk memainkan Audio atau Video berformat MP3, AVI, MPEG, dan sebagainya
anda harus memasang sesuatu yang dinamakan Codec terlebih dahulu. Ianya tidak
terlalu sukar dalam ubuntu. Apabila Movie Player gagal memainkan sesuatu format
Audio atau Video, satu tetingkap muncul memaklumkan bahawa ubuntu akan
mencarikan codec yang sesuai untuk anda. Ikuti arahan seterusnya dan pasang codec
yang sesuai.

Manual Ubuntu. 53
Menggunakan internet tanpa wayar.
Jika anda mempunyai kad tanpa wayar (wireless card) yang disokong oleh ubuntu,
anda boleh menggunakan perkhidmatan internet tanpa wayar dengan hanya satu klik
dalam ubuntu. Contohnya jika anda berada di Lapangan Terbang, atau Pusat Membeli
Belah yang menyediakan perkhidmatan Wifi, anda hanya perlu klik pada ikon Network
pada panel dan pilih sambungan Wifi yang diingini.

Manual Ubuntu. 54
Aktifkan Efek Desktop.
Jika komputer anda mempunyai kad grafik yang disokong, anda boleh aktifkan Efek
Desktop atau lebih dikenali sebagai Compiz Fusion. Untuk aktifkan Compiz Fusion,
pergi ke menu System > Preferences > Appearance dan kemudian pilih tab Visual
Effects. Pilih Extra untuk aktifkannya ketahap maksima.

Jika kad grafik anda tidak


disokong, None akan
terpilih secara automatik.

Manual Ubuntu. 55
Pasang CCSM.
Untuk membolehkan pengguna melakukan ketetapan keatas kelakuan Efek Desktop
dan juga mengaktif/pasifkan sesetengah efek, pengguna harus memasang satu aplikasi
yang dipanggil CompizConfig Settings Manager. Buka Add/Remove Applications dari
Menu Applications dan pada “Show:” pilih All available applications dan taipkan
Advanced Desktop Effects Settings (ccsm). Pasang item berkenaan dan buka ia melalui
pilihan menu System > Prefereces.
“Tick”kan efek desktop
yang ingin diaktifkan.

Manual Ubuntu. 56
Berikut merupakan contoh Efek Desktop popular yang menarik untuk dicuba.

Manual Ubuntu. 57
Tukar Tema Desktop.
GNOME ialah Desktop Environment yang fleksible dan memudahkan penggunanya
menukar tema desktop dengan mudah. Pergi ke pilihan menu System > Preferences >
Appearance dan tetingkap Appearance Preferences akan muncul. Anda hanya perlu klik
tema yang disukai dan perubahan akan berlaku serta-merta.

Heret dan
Jatuhkan.

Heret dan
Jatuhkan.

Klik mana-mana Klik customize untuk


tema yang ingin membuka tetingkap
digunakan. Customize Theme.

Manual Ubuntu. 58
Mencari dan Memuat Turun Tema Desktop.
Secara default, ubuntu tidak menyediakan banyak pilihan Tema Desktop untuk
pengguna. Namun komuniti GNOME telah berkumpul dan menyumbangkan hasil kerja
mereka secara percuma di www.gnome-look.org. Disana anda perlu memilih kategori
GTK 2.x untuk memuat turun Tema Desktop. Anda juga boleh memuat turun tema ikon,
wallpaper dan sebagainya.

Klik disini untuk


memuat turun
Tema Desktop.

Manual Ubuntu. 59
Berikut merupakan contoh Tema Desktop yang sama sekali berlainan dari tema default
ubuntu. Paparan, warna dan ikon adalah sama sekali berbeza dengan paparan ubuntu
asal.

Manual Ubuntu. 60
Menguasai Panel.
GNOME Panel amat fleksible dan membenarkan ianya ditambah, dikurangkan, dialih
lokasi, ditambah applet (item pada panel) dan sebagainya. Secara default ubuntu
mempunyai 2 panel dibahagian atas dan bawah setiap desktop. Setiap item yang
terdapat pada panel iaitu applet juga boleh ditambah, dikurangkan, dialih lokasi dan
sebagainya. Klik kanan pada mana-mana applet dan anda akan mendapati terdapat
menu lain yang memberikan anda kebebasan untuk mengawal setiap tingkah-laku
applet.

Pilih Add to Panel untuk


menambah applet ke Panel.

Klik kanan pada applet


Workspace dan pilih
Preferences untuk
mengubah ketetapan
bilangan workspace.

Manual Ubuntu. 61
Membuka perisian ketika Startup.
Biasanya terdapat beberapa perisian yang pengguna ingin buka setiap kali komputer
dibuka. Saya mengambil contoh pidgin. Oleh kerana anda buka pidgin setiap kali
selepas memasuki sesi ubuntu, lalu anda ingin pidgin dijalankan secara automatik
setiap kali anda memasuki sesi ubuntu. Disini anda perlu menggunakan Session
Preferences (System > Preferences > Session) untuk memasukkan Pidgin ke dalam sesi
ubuntu.

Klik Add untuk


menambah perisian
yang ingin dibuka
pada sesi ubuntu.

Masih ingat identiti


perisian? Masukkan
identiti perisian
pada Command.

Manual Ubuntu. 62
Mencari fail.
Mencari fail dalam ubuntu cukup mudah. Anda boleh menggunakan mesin pencari
yang terdapat pada Nautilus atau menggunakan Search for Files yang merangkumi
semua lokasi dalam cakera keras dalaman, luaran, pendrive, dan sebagainya.

Klik Search untuk


mencari fail dalam
folder sekarang.

Manual Ubuntu. 63
Ianya Ubuntu Tweak.
Ubuntu Tweak merupakan satu aplikasi yang membolehkan pengguna ubuntu
mengubah banyak ketetapan pada sistem ubuntu seperti memasang perisian,
menambah repository, menetapkan efek desktop, menetapkan perisian pada startup
dan sebagainya. Pergi ke www.ubuntu-tweak.com dan tambahkan repository Ubuntu
Tweak ke dalam Ubuntu anda.

Manual Ubuntu. 64
Pasang perisian windows dalam Ubuntu.
WINE ialah satu perisian yang membolehkan pengguna ubuntu memasang perisian
windows dalam ubuntu. Walaupun WINE masih tidak menyokong kesemua perisian
windows, namun bilangan perisian yang disokong bertambah dari semasa ke semasa.
Ini bagus untuk pengguna yang ingin menggunakan perisian windows tertentu dalam
ubuntu tanpa perlu masuk ke dalam sesi windows.

Manual Ubuntu. 65
Beberapa contoh perisian windows yang dipasang ke dalam ubuntu menggunakan
WINE.

Manual Ubuntu. 66
Mencapai fail melalui Terminal.
Ubuntu memberikan pengguna pilihan samada menggunakan Graphical User Interface
(Antaramuka Bergrafik) atau Command Line Interface (Antaramuka Kata Arahan) untuk
mencapai fail dalam cakera keras. Meskipun Antaramuka Kata Arahan agak kompleks
untuk difahami dan digunakan, namun ianya sangat penting kepada ubuntu. Kata
Arahan berinteraksi dengan sistem kawalan pengoperasian ubuntu melalui Terminal.
Apa jua kata arahan yang ingin digunakan mestilah melalui Terminal dan tekan ENTER
selepas memasukkan kata arahan untuk menjalankan arahan tersebut.

~$ menunjukkan Sistem Penamaan Fail dalam


anda sedang dalam
direktori Home. Ubuntu.
Dalam ubuntu, terdapat beberapa
garis panduan penamaan fail.
! huruf kecil dan HURUF BESAR
dilihat dua benda yang
berbeza.
! Boleh gunakan apajua simbol,
huruf dan nombor dalam
menamakan fail kecuali simbol
Perhatikan “/”.
120canon dan ! Meletakkan “.” (titik) didepan
120CANON adalah 2 mana-mana nama fail akan
benda yang berbeza.
meletakkan fail berkenaan
dalam kategori fail
~/Pictures$ menunjukkan tersembunyi (hidden file).
anda sedang dalam direktori
Pictures.

Manual Ubuntu. 67
Rujukan Kata Arahan Asas.

Kata Arahan Fungsi Contoh Penggunaan


ls Senarai kandungan sesuatu direktori ~$ls
ls -al Senarai kandungan sesuatu direktori ~$ls -al
termasuk fail tersembunyi
cd Memasuki sesuatu direktori - ~$cd Pictures
Biasanya diikuti oleh nama direktori ~$cd --> bermaksud kembali ke Home
pwd Tunjukkan direktori semasa/sekarang ~$pwd
mkdir Bina direktori baru - Biasanya diikuti ~$mkdir Video
dengan nama direktori yang ingin
dibina
rm Buang (delete/remove) sesuatu fail ~$rm mypicture.jpg
rm -r Buang (delete/remove) sesuatu ~$rm -r Video
direktori
sudo apt-get install Pasang perisian dalam ubuntu - ~$sudo apt-get install thunderbird
Biasanya diikuti dengan nama
perisian/package
sudo apt-get remove Buang perisian dalam ubuntu - ~$sudo apt-get remove thunderbird
Biasanya diikuti dengan nama
perisian/package
sudo apt-get update Kemaskini Metadata APT ~$sudo apt-get update
sudo apt-get upgrade Kemaskini kesemua perisian/package ~$sudo apt-get upgrade
dalam ubuntu
killall Tutup perisian yang sedang berjalan - ~$killall nautilus
Biasanya diikuti dengan identiti ~$killall gnome-panel
perisian

Manual Ubuntu. 68
Help Center.
Pada panel bahagian atas, terdapat satu ikon berbentuk tanda soal. Ianya ialah Ubuntu
Help Center yang mendokumentasikan pertolongan untuk pengguna ubuntu dan juga
merupakan tempat rujukan ubuntu yang paling mudah untuk dicapai. Jika terdapat
perkara-perkara asas yang tidak difahami tentang cara-cara menggunakan ubuntu, sila
klik ikon tanda soal berikut dan Ubuntu Help Center akan muncul.

Manual Ubuntu. 69
Muka surat kosong.

Manual Ubuntu. 70
5
Soal & Jawab.

Manual Ubuntu. 71
S Apakah yang dimaksudkan oleh “Ubuntu”?

J
Ubuntu bermaksud “Kemanusian untuk semua” dalam bahasa Zulu di Afrika.
Nama ubuntu dipilih oleh pengasasnya iaitu Mark Shuttleworth yang berasal
dari Afrika untuk menunjukkan bahawa Ubuntu ialah sistem operasi untuk
semua.

S Adakah Ubuntu sesuai untuk komputer saya?

J Ubuntu dibangunkan dengan fokus untuk ia boleh dipasang dan dijalankan


dalam mana-mana komputer samada minima atau maksima keupayaannya.
Dengan hanya 256MB RAM, dengan kepantasan processor 1.2GHZ dan 8GB
ruang cakera keras, anda mampu melarikan sistem operasi ubuntu berserta Efek
Desktop 3D tanpa masalah gangguan dari segi prestasi dan kestabilan.

Manual Ubuntu. 72
S Apakah beza Ubuntu dan Microsoft Windows?

J
Ubuntu dan Microsoft Windows kedua-duanya merupakan perisian sistem
operasi untuk komputer. Ubuntu adalah PERCUMA dan BEBAS manakala
Microsoft Windows adalah berbayar dan pengguna tertakluk kepada kekangan
akta hakcipta.

S Adakah Ubuntu selamat untuk digunakan?

J
Ya, Ubuntu merupakan sebuah sistem operasi yang stabil dan selamat untuk
digunakan secara komersil, organisasi mahupun peribadi. Ianya bebas dari Virus
komputer bawaan Microsoft Windows, dilindungi oleh firewall untuk
menghalang pencerobohan dari luar secara jaringan internet, dan stabil untuk
dijalankan dalam mana-mana komputer tanpa merosakkan komponen
hardware komputer.

Manual Ubuntu. 73
S Saya sangat berminat mencuba Ubuntu. Dimana saya
boleh dapatkan CD Ubuntu?

J Ubuntu ialah PERCUMA dan boleh dimuat turun menerusi laman web rasminya
iaitu di www.ubuntu.com. Anda juga boleh menempah CD ubuntu secara
PERCUMA dari www.shipit.ubuntu.com.

S Dimana saya boleh membuat rujukan yang lebih tentang


Ubuntu?

J
Di Internet. Kami di www.melayubuntu.blogspot.com menyediakan ilmu dan
rujukan yang mantap tentang ubuntu setanding dengan laman web blog
ubuntu antarabangsa yang lain. Kelainan yang kami bawakan ialah setiap artikel
ditulis dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan berdasarkan
eksperimentasi yang dibuat terlebih dahulu sebelum sesuatu artikel dan tutorial
dihasilkan.

Manual Ubuntu. 74
S Bagaimanakan perkembangan penggunaan Ubuntu di
Malaysia?

J
Ubuntu di Malaysia masih lagi diperingkat permulaan dan pengenalan. Ubuntu
bakal menjadi sistem operasi yang berkembang pesat di Malaysia satu hari nanti
kerana kekuatannya dari segi jaminan keselamatan dan KEBABASAN yang
menawarkan sesuatu kelainan berkomputer kepada penggunanya.

S Apakah Matlamat Manual Ubuntu?

J
Manual Ubuntu ini dihasilkan dengan semangat berkongsi ilmu dan harapan
supaya Ubuntu dapat diperkenalkan lagi kepada pengguna komputer diseluruh
Malaysia secara meluas. Manual Ubuntu dihasilkan dengan begitu teliti
berdasarkan pengalaman penulis memperkenalkan ubuntu kepada pengguna
komputer yang tidak tahu apa-apa tentang linux, sumber terbuka dan ubuntu.
Dengan penuh rendah diri, saya persembahkan Manual Ubuntu.

Manual Ubuntu. 75
Manual Ubuntu. 76

You might also like