You are on page 1of 3

EDU 3105-TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ISL 1

Membuat rujukan di pusat sumber tentang Peranan dan kepentingan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran-pembelajaran.

Teknologi memiliki pelbagai takrifan, menurut Heinich, Molenda dan Rusell (1969) Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi prosesdan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakalakejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan pemangkin ke arah mencapai kejayaan. Bagi Naim Hj. Ahmad (1990) mendefinisikan teknologi pendidikan sebagai satu perkaedahan atau pendekatan yang memadukan secara harmonis, fungsi-fungsi pengurusan (organisasi dan personel), pengembangan (penyelidikan, teori reka bentuk, penerbitan, penilaian, pemilihan, logistik, penggunaan dan penyebaran dan sumber ( mesej, manusia, bahan, alat, teknik dan cara penyediaan secara sistematik untuk penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran manusia. Yusuf Hashim (1997), mendefinisikan teknologi pendidikan ialah satu proses merancang, membina, mereka bentuk, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti pembelajaran secara sistematik dengan tujuan meningkatkan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan pelajar juga ditekankan sebagai sebahagian daripada teknologi pendidikan kerana hal ini boleh mempengaruhi
NOOR HARZILIA BINTI HALIM

PISMP PEM.BM

EDU 3105-TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ISL 1


keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi mempunyai banyak kepentingannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran

Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.

Menjimatkan masa, tenaga dan wang

Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.

Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.

Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.

Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.

NOOR HARZILIA BINTI HALIM

PISMP PEM.BM

EDU 3105-TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ISL 1

Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan.

Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalaholah mereka mengalaminya.

Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh.

Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar.

Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu:

sebelum kegunaan - merancangmasa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran.

semasa kegunaan merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran

selepas kegunaan merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.

NOOR HARZILIA BINTI HALIM

PISMP PEM.BM

You might also like